“Janji Halal, Ayah Tak Kisah Susah. Janji Anak Tersenyum.” Kagum Semangat Ustaz Hanafi!

Share

Keadaan sekarang sangat mencabar kerana semua perkara yang nak dilakukan bergantung kepada WANG. Ini berbeza berbanding zaman mak ayah kita sebelum ini.

Orang kata semua memerlukan wang. Contohnya baru sahaja start kereta dan jalan di atas jalan raya sudah perlu bayar tol atau isi minyak. Keluar pasar raya belum tentu bawa RM50 dapat beli semua barang dapur yang nak.

Jadi nak tak nak, bagi yang ada tanggungjawab dan mempunyai anak memang tak boleh lari dari hakikat ini. Namun percayalah jika niat kita untuk mencari rezeki halal buat keluarga, pasti Allah akan permudahkan. Asalkan RAJIN!

Sebelum ini tular gambar penceramah terkenal Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek yang melakukan part time menjadi seorang penghantar makanan dan telah tular di media sosial.

Beliau yang sebelum ini disahkan menghidap kanser limfoma tahap 4 dan semangatnya untuk terus sihat cukup mengagumkan orang ramai.

Kini dengan statusnya sebagai kanser fighter, Ustaz Hanafiah tidak menjadikan tahap kesihatannya itu sebagai halangan untuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah yang baik.

Melalui gambar yang dimuat naik di facebooknya, beliau berkongsi gambarnya dengan menaiki motosikal sambil membawa sebuah beg Grab.

Janji halal, tak kisah susah demi anak!

Dalam perkongsian tersebut, beliau turut meninggalkan kapsyen dengan menyatakan tidak kisah untuk bersusah-payah demi anak-anak asalkan mereka boleh tersenyum bahagia.

‘Janji Halal.. Bismillah.. Ayah tak kisah susah.. janji anak anak tersenyum indah. Kepada Allah aku bertawakkal’

Hanya berkongsi gambar dengan kapsyen yang pendek, rata-rata warganet kagum dengan cara Ustaz Hanafiah.

Kehebatan & kekuatan ustaz belum tentu orang sihat mampu galas

Tanpa mengira statusnya sebagai orang yang dikenali, selagi ada peluang mencari rezeki halal, semua itu diketepikan.

Terbaik ustaz!

Semua kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Ustaz Hanafiah dan berdoa agar Allah permudahkan urusannya dan sentiasa diberi kesihatan yang baik serta dilindungi oleh Allah SWT.

Sumber: Ustaz Hanafiah

IKLAN