Anak menangis dan sentiasa berkepit bukan alasan untuk meninggalkan solat. Pelakon cantik manis, Eyra Hazali tampil berkongsi cara menunaikan solat dengan anak kecil yang sukar untuk ditinggalkan sendirian.

“Janji Kusyuk & Aurat Terjaga” Anak Sentiasa Nak Berkepit, Eyra Hazali Kongsi Cara Solat Sambil Dukung Anak!

Menerusi satu entri di instagram miliknya, Eyra turut memuat naik sebuah videonya bersama anak ketika bersolat. Ternyata video dan tip solat sambil mendukung anaknya, Hayder itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet malah berterima kasih atas perkongsian itu.

“Janji Kusyuk & Aurat Terjaga” Anak Sentiasa Nak Berkepit, Eyra Hazali Kongsi Cara Solat Sambil Dukung Anak!

“Solat itu wajib, tak kira dalam keadaan apa pun, pasti ada cara yang memudahkan. Islam itu mudah.

” Before this tak tahu, if Hayder cranky, dia nangis teruk memang biar je nangis. Sampai Eyra terfikir, takkan tak ada cara?,” kongsinya.

“Janji Kusyuk & Aurat Terjaga” Anak Sentiasa Nak Berkepit, Eyra Hazali Kongsi Cara Solat Sambil Dukung Anak!

Kata Eyra lagi, Hayder yang menangis teruk membuatkan dia susah hati untuk meninggalkan Hayder ketika solat. Dan cara ini sangat-sangat membantunya. Malah katanya ia cukup mudah.

“Janji Kusyuk & Aurat Terjaga” Anak Sentiasa Nak Berkepit, Eyra Hazali Kongsi Cara Solat Sambil Dukung Anak!

“Susah juga macam ni sebab kita susah hati dia nangis kuat. Hayder sekarang memang cranky teruk, nak dukung saja. Alhamdulillah, Eyra jumpa cara and sangat-sangat mudah.

” Dukung, if dia still nangis, tenangkan saja, tak batal pun, janji kusyuk and aurat terjaga. Tengok la Hayder, time dukung elok, bila letak mengada-ngada nak juga guling 😂.

IKLAN

“Semoga bermanfaat untuk kita semua, ” tulisnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali)

Mudahkan ibu solat dengan anak


Dalam pada itu, menerusi portal rasmi Mufti Wilayah Persekutuan turut menjelaskan mengenal hal ini secara terperinci sebagai panduan untuk semua ibu.

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Qatadah Al-Ansari R.anh beliau berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ يُصَلِّي وَهْوَ حَامِلٌ أُمَامَةَ بِنْتَ زَيْنَبَ بِنْتِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَلأَبِي الْعَاصِ بْنِ رَبِيعَةَ بْنِ عَبْدِ شَمْسٍ، فَإِذَا سَجَدَ وَضَعَهَا، وَإِذَا قَامَ حَمَلَهَا

IKLAN

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W pernah menunaikan solat dalam keadaan baginda memikul/mendukung Umamah Binti Zainab Binti Rasulillah S.A.W, dan dia merupakan anak kepada Abu Al-‘Ash bin Rabi’ah bin ‘Abd Syams. Apabila baginda sujud, baginda meletakkannya. Dan apabila baginda berdiri, baginda mendukungnya.

“Janji Kusyuk & Aurat Terjaga” Anak Sentiasa Nak Berkepit, Eyra Hazali Kongsi Cara Solat Sambil Dukung Anak!

Begitu juga berdasarkan sebuah riwayat lain yang juga daripada Abu Qatadah R.anh beliau berkata:

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَؤُمُّ النَّاسَ وَهُوَ حَامِلٌ أُمَامَةَ بِنْتَ أَبِي الْعَاصِ عَلَى عَاتِقِهِ فَإِذَا رَكَعَ وَضَعَهَا وَإِذَا رَفَعَ مِنْ سُجُودِهِ أَعَادَهَا

Maksudnya: Aku melihat Rasulullah S.A.W menjadi imam kepada orang ramai dalam keadaan beliau mendukung Umamah binti Abi Al ‘Ash di atas tengkuk baginda. Apabila baginda rukuk, baginda meletakkannya dan apabila baginda bangun baginda mengangkatnya semula.

Riwayat Al-Nasai (827)

“Janji Kusyuk & Aurat Terjaga” Anak Sentiasa Nak Berkepit, Eyra Hazali Kongsi Cara Solat Sambil Dukung Anak!

IKLAN

Berdasarkan hadis-hadis yang telah disebutkan, jelas menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W memang pernah melakukan solat sambil memikul kanak-kanak.

Walaupun begitu, hendaklah dipastikan:

* Pastikan anak bersih dan suci daripada najis.

* Kawal pergerakan iaitu tidak melebihi tiga kali berturut-turut.

* Dada sentiasa mengadap kiblat.

* Hanya dilakukan ketika keadaan memaksa. Adalah lebih baik anak dijaga oleh orang lain ketika bersolat.

Artikel berkaitan: Tengok Dia Kena Cucuk Jarum Nangis Kena Buat Covid Test, Hayder Alami Pneumonia, Eyra Hazali Kongsi Momen Sedih Lihat Anak

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @eyra.hazali & Portal Rasmi Mufti WP

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI