
Anak kepada pelawak dan penyanyi, Achey iaitu Tiara Ziniriah sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila mahu gambarnya terpampang di billboard di jalan raya.
Menerusi akaun Tik Tiknya, Achey memuat naik video Tiara yang tidak mahu turun dari kereta hanya semata-mata mahu kedua ibu dan ayahnya bersetuju untuk meletakkan gambarnya di billboard. Memang comel.
“Dia nak gambo kat billboard pulakkk.
“Kenapa billboard sekarang ni dah macam tv yea, payah lahhh gini.. pening aku lahhhh.
“Dia tak tau semua yang kat dalam tu yang dah jadi duta produk,” tulisnya menerusi kapsyen.
Menerusi video itu, Tiara memberitahu ayahnya akan keinginannya untuk wajahnya terpampang di billboard. Namun Achey dan isteri sekadar berjanji untuk menunaikan permintaan anaknya itu.
Jakel tawar jadi duta
Paling menarik perhatian, jenama pakaian terbesar, Jakel turut mempelawa Tiara sebagai duta Jakel bagi memenuhi hasratnya itu.
Tidak dipastikan pelawaan itu serius atau tidak, namun Achey terlebih dahulu menolak pelawaan hebat itu kerana merasakan anak kecilnya itu tidak mampu memberi komitment yang tinggi.
“Hahaha admin @jakeltextile pun dah rosak, fake acc ke apa?
“Malam-malam mana ada admin kerja uii. Pukul 1 pagi dah ni, kalau betul pun tak sanggup nak lepaskan anak uiiii. Rosak bisnes orang nanti.. alahhhh Tiara,” tulis Achey.
Wargamaya juga turut mencadangkan Achey dan isteri menempah slot billboard di Bukit Bintang yang cukup dikenali ramai.
Semoga impian dan hasrat Tiara untuk melihat wajahnya sendiri di billboard tercapai.
@achey_kintangkintung Dia nak gambo kat billboard pulakkk.. kenapa billboard sekarang ni dah macam tv yea.. payah lahhh gini.. pening aku lahhhh..dia tak tau semua yang kat dalam tu yang dah jadi duta produk..@KAK_ANNE @tiaracandy_official ♬ original sound – ACHEY KINTANG KINTUNG