Kisah tular pelakon Janna Nick yang kecewa dengan pelbagai pertanyaan mengenai zuriat, membuatkan ramai yang prihatin.
Menerusi Instagramnya, Janna berterima kasih pada semua yang memahami keadaan dirinya serta memberikan kata-kata semangat buat dirinya yang sedang berjuang untuk mendapatkan zuriat.
“Thank you semua atas doa & kata-kata yang baik.
“I’m ok…menangis tu biasa bagi semua yang sedang TTC. They’re monthly grieving cycles. I had a worse breakdowns than the one I posted,” tulisnya.
Ads
Tambahnya lagi, dia reda dengan ketentuan Ilahi buatnya bila diberikan ujian sedikit terlambat mendapat zuriat berbanding orang lain namun dia tetap percaya pasti anda cerita indah buat dirinya dan suami kelak.
“Nangis senyap senyap dalam tandas after tahu period, nangis senyap-senyap sebab tak nak husband kita sedih juga. Ini lumrah semua yang berusaha untuk dapatkan anak.
“Redha, bukan tak redha. Just nak share, my TTC journey 🤍
Ads
“Tetap percaya & bersangka baik dengan Allah. Semoga ada antara doa dari kalian yang di angkat oleh Allah,” tambahnya.
Meninjau diruangan komen, rata-rata pengikutnya menitipkan kata-kata semangat dan meminta Janna berehat sebaik mungkin dan menenangkan dirinya sepanjang bercuti.
Terdahulu, beberapa hari lalu Janna merayu agar dirinya tidak diasak dengan pertanyaan mengenai zuriat.
Lapan pasangan kembar buat cikgu selalu keliru gara-gara semua belajar satu sekolah. Sebuah Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Model Kerajaan di Aizawl, Mizoram di timur laut India telah menarik perhatian orang ramai selepas tular kisah lapan pasangan kembar belajar di sekolah tersebut.
Persamaan dimiliki kembar tersebut sering kali mengelirukan guru-guru. Kadangkala mereka tersilap menghukum salah seorang pasangan kembar yang tidak membuat kerja sekolah.
Guru Besar, H Lalventluanga berkata, kemasukan lapan pasangan kembar itu sekali gus memecah rekod sekolah itu, yang sebelum ini pernah merekodkan pendaftaran empat pasangan kembar.
Lapan pasangan kembar bergambar dengan guru di Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Model Kerajaan di Aizawl, Mizoram di timur laut India. Foto Agensi
“Kebetulan semua kanak-kanak kembar ini dimasukkan ke sekolah ini bersama-sama.
“Kami gembira apabila mengetahuinya ketika perbincangan dengan kakitangan bahawa kami mempunyai lapan pasangan kembar dalam satu sekolah,” katanya sambil menambah mereka mempunyai empat pasangan kembar pada tahun lepas.
Menariknya, Lalventluanga juga mempunyai anak kembar tidak seiras di sekolah sama di mana anak lelakinya bernama Remruatdika dan yang perempuan, Lalzarzovi, akan berusia lima tahun pada 21 Julai depan.
Situasi sama turut berlaku di Sekolah Arena di Udaipur, Rajasthan di mana 14 pasangan kembar belajar di sekolah sama. –
Bagi pencinta haiwan, kasih sayang terhadap haiwan peliharaan bukan sekadar suka-suka. Ada yang sanggup berhabis apa sahaja demi memastikan ‘anak bulus’ mereka hidup penuh bahagia. Begitulah juga dengan kisah menyentuh hati usahawan tudung terkenal, Haliza Maysuri, pengasas jenama Bawal Exclusive.
Sempena ulang tahun kucing kesayangannya yang diberi nama Money, Haliza telah menghadiahkan sebuah kereta BMW i7 bernilai kira-kira RM714,000, serta seutas rantai emas! Boleh dikatakan belanja sempena ulang tahun kucing kesayangan suami isteri ini hampir cecah RM1 Juta. Namun itu semuanya demi tanda kasih buat si bulus berbulu gebu itu.
“Saya tak kisah pun berhabis untuk Money. Saya dah anggap dia macam anak saya sendiri,” ujar Haliza
Menurut Haliza, bukan Money sahaja yang ‘dimanjakan’, malah seekor lagi kucingnya, Aspen, juga menerima layanan yang sama. Setiap bulan, mereka berdua menerima pelbagai hadiah istimewa dan keperluan eksklusif – dari makanan, pakaian sehinggalah aksesori mahal.
Antara hadiah yang paling mencuri perhatian ialah mangkuk makanan khas bernilai RM11,000, yang dibeli khusus buat Money.
Lebih menarik, si bulus bertuah ini juga difahamkan mempunyai bilik sendiri, dan akan terbang ke Bangkok setiap enam bulan untuk membeli baju serta mainan baru.
Money bukan saja disayangi, malah disifatkan oleh Haliza sebagai haiwan yang punya personaliti unik kuat cemburu, pandai tunjuk perasaan, dan tahu bila dirinya diraikan.
Malah, pihak jenama mewah Louis Vuitton (LV) sendiri pernah menjemput Money menghadiri majlis ulang tahun eksklusif di butik mereka.
“Pihak LV cakap, Money ni ada aura tersendiri,” Haliza
Sebelum ini, Haliza juga pernah menghadiahkan rantai emas bernilai RM25,890 yang ditempah khas sempena tarikh lahir Money, lengkap dengan ukiran nama dan tarikh lahir – 9 Mei 2017, sebagai tanda kasih sayang dirinya dan suami.
Bagi Haliza, Money bukan sekadar peneman sunyi, malah dianggap pembawa rezeki dalam perniagaannya. Katanya, sejak kehadiran Money, hidup dan perniagaannya lebih tenang dan berkembang.
Untuk seorang isteri memenangi hati suami sebenarnya tidaklah susah. Kadang-kadang suami tidak kisah pun bentuk fizikal isteri, yang dia inginkan hanya seorang isteri yang menyayangi serta memanjakannya. Suami ni kalau diikutkan, kalau manja lebih dari anak-anak!
Untuk menambat hati suami, ada beberapa amalan yang boleh dibuat oleh isteri. Sesetengah daripadanya cukup mudah, tapi tak sangka pula suami berbesar hati jika dibuat oleh isterinya.
Memetik sebuah artikel melalui portal akuislam, katanya untuk menambat hati suami bolehlah si isteri cuba praktikkan beberapa perkara ini:
Sesetengah suami suka jika isteri berikan perhatian kepada hal-hal remeh berkaitan dirinya. Sebagai contoh, isteri cadangkan baju apa untuk dipakai atau bantu untuk butangkan bajunya. Kadang-kadang, apabila isteri tolong potongka kuku suami atau cukurkan misai dan janggutnya juga, boleh buat suami jatuh hati pada isteri.
Mungkin sesetengah isteri tidak suka buat begitu kerana merasakan seperti dia perlu menjadi seperti hamba pula untuk sediakan semuanya. Sebenarnya banyak kelebihan jika anda melakukannya hal ini untuk suami.
Ada disebut dalam hadis:
“Ya Fatimah, barangsiapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya serta memotong kumisnya dan mengerat kukunya, Allah akan memberinya minum air dari sungai-sungai di Syurga, diringankan baginya sakaratul maut, akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman Syurga, Allah mencatatkan baginya bebas dari api Neraka, dan selamat dari Titian Sirat.”
Mungkin kedengaran remeh, tapi sebenarnya bila suami memanggil isterinya kenalah bersegara kepadanya. Sebaik dipanggil, sekurang-kurangnya menyahut dan katakan yang anda sedang datang. Atau jika anda tidak boleh meninggalkan pekerjaan yang dibuat ketika itu seperti memasak, bolehlah beritahu kepadanya.
Ketika menyambut suami pulang dari pejabat, senyumlah padanya. Ada sesetenagh masa, mungkin dia pulang dalam keadaan masam mencuka. Tidak mengapa, jangan marah padanya.
Tetapi hadiahkan senyuman, sekurang-kurangnya pahala untuk anda buat begitu sudah ada. Tidak perlulah berhias seperti malam anugerah, cuma pastikan anda berada dalam keadaan kemas dan berbau harum. Anak-anak juga perlulah dalam keadaan kemas dan ceria.
Bukan bermakna anda harus jadi seperti hamba. Cara untuk melayan suami seperti raja tidaklah susah. Kadang-kadang, soalan ringkas seperti “Abang nak makan dulu atau nak mandi dulu? Kalau nak makan, saya siapkan.” Tahukah anda, soalan begini sudah cukup untuk buat seorang suami merasakan si isteri mengambil berat soalnya. secara tidak langsung, rasa letihnya semakin berkurangan tapi cintanya pada anda semakin mekar mewangi!
Hargailah setiap pemberiannya. Jangan diperlekehkan walaupun anda tidak suka. Terima dengan hati terbuka. Jika mungkin anda kurang suka dengan apa yang diberikan, ucapkan terima kasih kemudian beritahu padanya. Tidak perlu condemn terus usahanya itu.
Suami akan merasa kurang selesajika selalu sangat dileteri si isteri.
Kadang-kadang ketika sedang menemankan suami makan inilah anda boleh bersembang dan berbincang dengannya. Kalau tak mahu makan pun tidak mengapa, cukup sekadar berada di sampingnya.
Suami suka jika isterinya seorang yang bijak. Sesetengah suami suka bersembang pelbagai topik dengan isteri, jadi sekurang-kurangnya anda ambil tahu hal semasa, bolehlah dibuat topik berbual.
Tidak salah untuk meluahkan pendapat anda. Pendekatan perlu betul, jangan terus bangkang apa kata suami anda. Secara lembut, tegurlah yang mana perlu.
Isteri suka jika isterinya menjadi penenang ketika dia berada dalam keadaan gundah.
Tempat tidur adalah ruang peribadi untuk pasangan suami isteri. Di situlah tempat paling sesuai untuk bercerita hal serius dan sebagainya. Cantikkan ruang di dalam bilik supaya menenagkan hati suami.
Sekali dua, suami tak kisah untuk memujuk. TEtapi bila sudah dipujuk tetap mengada-ngada suami akan bosan dan membiarkan sahaja. Suami sukakan isteri yang manja, tetapi bukanlah sehingga tidak mampu berdikari.
Suami suka jika isteri menjadi penyokong terkuatnya. Sebaik-baiknya, janganlah isteri memperlekehkan kemampuan serta kredibilitinya. Tunjukkan rasa hormat dan anda kagum padanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.