Banyak yang kita masih tidak tahu berkenaan dengan virus korona baharu (COVID-19) yang kini menjangkiti hampir 200,000 individu di seluruh dunia.

Apa yang lebih menakutkan adalah beberapa negara sudah mengisytiharkan pelbagai jenis langkah pencegahan drastik. Ia bagi memulihkan keadaan semasa dan memastikan kadar jangkitan tersebut turun.

Jarak Sosial ‘Senjata’ Utama Perangi Virus Ini, Ada Sebab Kerajaan Umumkan Kawalan Pergerakan

Suatu ketika dahulu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pernah menggerakkan amalan cuci tangan secara agresif. Kini, ia masih saranan utama bersama dengan langkah pencegahan baharu iaitu social distancing atau jarak sosial.

Jadi apa yang termaktub dalam amalan jarak sosial ni? Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Kepentingan amalan jarak sosial dalam mencegah wabak COVID-19 di Malaysia
virus korona

IKLAN

Amalan jarak sosial tidak dapat membantu merawat mereka yang telah dijangkiti. Walau bagaimanapun, ia merupakan langkah yang baik bagi mengelakkan individu lain daripada dijangkiti.

Salah satu daripada maklumat penting berkenaan dengan penyakit berjangkit adalah nilai R0 (R-naught). Nilai tersebut memperincikan risiko penyebaran kepada beberapa individu lain bagi satu individu yang berjangkit.

Sebagai contoh, bagi virus COVID, nilai R0 adalah pada sekitar 2 hingga 3. Ini bermakna, satu orang berjangkit berisiko untuk menyebarkannya kepada 2-3 individu lain pada satu masa. Berbeza dengan virus influenza yang mempunyai nilai R0 1.3.

Virus yang disebarkan melalui titisan udara seperti COVID tidak berlegar-legar lama di udara. Ia kebiasaannya akan jatuh kira-kira 1 meter daripada kedudukan orang yang bersin atau batuk.

IKLAN

Namun, itu bukanlah cara penyebaran utama. Model jangkitan yang sering digunakan bagi membuat kiraan risiko bergantung kepada sentuhan rapat di antara dua individu. Barang bertukar tangan, bersalaman dan berpelukan, ini semua merupakan kaedah penyebaran COVID.

Penyelesaiannya? Sudah tentulah amalan jarak sosial. Ia merupakan satu tindakan bagi meningkatkan jarak fizikal di antara dua individu bagi mengelakkan jangkitan atau tularnya jangkitan (jika anda sumber COVID).

Wabak COVID di Malaysia berada pada tahap yang serius. Peningkatan pada jumlah mereka yang dijangkiti berkait rapat dengan faktor kontak rapat sewaktu menghadiri sesuatu majlis seperti yang terbaru, di Masjid Sri Petaling.

Peristiwa tersebut menunjukkan kepentingan menjaga jarak dalam usaha untuk membasmi wabak COVID di Malaysia. Semakin jauh jarak anda dengan individu lain, semakin sukarlah sesuatu jangkitan untuk bertapak di dalam badan anda.

IKLAN

Langkah amalan jarak sosial untuk basmi virus korona baharu

Berikut merupakan cara-cara bagaimana anda boleh mengurangkan risiko untuk dijangkiti virus korona baharu.

-Basuh tangan secara kerap dan utamakan kebersihan rumah.
-Elakkan daripada memeluk, bersalam atau mencium ahli keluarga yang lain.
-Bersihkan permukaan yang disentuh berulang kali seperti meja makan, dapur, tombol pintu dan kerusi sofa secara kerap.
-Buka tingkap untuk pengudaraan yang lebih baik atau laraskan penyaman udara kepada suhu dan kadar pengudaraan yang bersesuaian.
-Kurangkan daripada membeli barang di kedai (melainkan barang basah dan keperluan masakan). Beli barang secara di atas talian.
-Jika ada ahli keluarga yang sakit, tempatkan dan asingkan mereka di dalam satu bilik.
-Individu sakit dan mereka yang menjaganya perlu memakai topeng muka tiga lapis apabila berada di dalam bilik yang sama.
-Jaga orang tua (mereka yang berusia 65 tahun ke atas) dengan baik. Jika ada individu sakit di dalam rumah, pastikan orang tua ditempatkan jauh dari bilik mereka yang sakit. Sebaiknya, cari tempat tinggal alternatif. Lindungi diri anda di tempat kerja daripada virus korona baharu

Jika anda sakit, rehat di rumah dan jangan datang ke tempat kerja.
-Elakkan daripada bersalaman dengan individu lain.
-Jika hendak bermesyuarat, lebih selamat jika anda bermesyuarat menggunakan talian telefon atau konferens video.
-Sediakan sumber untuk cuci tangan yang cukup. Pastikan sabun sentiasa ada, bekalan air tidak dipotong dan hand sanitizer diletakkan di tempat umum untuk digunakan oleh semua orang. Lebih baik jika anda boleh bekalkan hand sanitizer kepada setiap pekerja.
-Makan di meja sendiri atau di luar, mana-mana kawasan bukan tempat orang berkumpul. -Jangan kongsi makanan anda.
-Bersihkan meja kerja anda secara kerap.
-Pastikan kawasan kantin atau kafeteria bersih dan mengamalkan cara penyediaan makanan yang baik.
-Batalkan aktiviti luar syarikat atau apa-apa aktiviti

Sumber: Hello Doktor 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI