Si comel Nur Aisywara Nealofa, anak keempat pempengaruh dan MUA, Mua Bellaz sentiasa mendapat perhatian ramai. Mana tidaknya, ada sahaja aksi comelnya yang dikongsikan oleh ibunya di media sosial.
Perkongsian gambar Aisywara atau nama panggilannya Wara yang tampil dengan pakaian ikan duyung buat ramai yang geram.
Mana tidaknya, tidak hanya berpakaian ala ikan duyung berwarna merah jambu bahkan Wara dengan begitu berani memegang seekor itik kesayangannya.
“Itik dia dah besaq gais. Mermaid & itik, selalu mermaid dengan tapak sulaiman kan.
Ads
“Dia ni kan, memang feeling watak sangat tau Wara oii,” tulis Mua Bellaz berseloroh menerusi kapsyennya.
Perkongsian video pendek si comel Aisywara yang muncul sebagai ikan duyung di dalam banjir buat ramai terhibur. Memang serius comel!
Ads
Rata-rata pengikut setia Mua Bellaz turut teruja dengan gaya Wara serta meninggalkan pelbagai komen.
Terdahulu, Mua Bellaz dan suaminya dikurniakan empat cahaya mata bernama Airis Alisha, Aidil Mikhail, Ean Yusuf dan Nur Aisywara Nealofa.
Memandangkan sekarang ini kebanyakan wanita boleh memandu kenderaan sendiri untuk ke mana-mana pastinya lebih mudah bergerak. Bagaimanapun dalam situasi di mana wanita yang memandu dan membawa anak-anak kecil dalam kereta melalui tol, ada harinya terlupa pula untuk top up kad tambah nilai.
Jadi nak tak nak, terpaksa ke pondok top up dan meninggalkan anak-anak sekejap. Keadaan ini sebenarnya boleh membahayakan keselamatan diri sendiri dan anak dalam kereta. Jika ada pasangan tiada masalah.
Apa yang dikongsikan oleh El Ameerah ini boleh dijadikan panduan bersama.
Pihak PLUS bagi beritahu, jika kita exit tol dan tiba-tiba baki tak cukup, kita perlu tekan button intercom dan tunggu runner PLUS dtg.
Runner akan bantu kita untuk topup dan serahkan semula kad TnG kita.
Untuk semua pengguna jalan raya, pegawai tu pesan janganlah membahayakan nyawa anda dengan melintas dari lorong ke lorong. Perkara ini bertentangan dengan SOP pihak PLUS.
Jika kenderaan belakang anda dah bunyikan hon sbb marah ke apa2, just stay calm sampai runner PLUS dtg.
Again, jangan keluar dari kereta dan pergi ke pondok topup.
Pihak PLUS beritahu, insiden pengguna yg melintasi lorong untuk ke pondok topup adalah perkara yang tidak patut berlaku.
Jika runner di tol itu mengarahkan pengguna utk datang sendiri ke pondok topup, maka dia telah melanggar SOP dan pengguna dinasihatkan buat aduan segera.
PLUS sendiri akui ada keadaan di mana pengguna memang impossible utk tinggalkan kereta. Contohnya, memang tak boleh berjalan (OKU), wanita sarat mengandung atau pun ada baby dalam kereta.
So lepas ini, especially wanita-wanita. Kalaulah berlaku insufficient balance, terus tekan button intercom dan tunggu bantuan runner.
Pegawai itu pesan, jangan panick dan tolong jangan membahayakan nyawa anda.
Apapun, lebih bagus jika kita pastikan kad kita cukup baki. TAPI ada juga keadaan di mana sesetengah dari kita yg nasib tak berapa baik. Time nak exit tu lah baki tak cukup.
Kita janganlah marah-marah dan hon berkali-kali bila nampak ada pengguna yg tak cukup baki.
Hari ini hari dia susah. Esok lusa entah-entah hari kita pulak.
Kredit: El Ameerah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah arwah Zayn Rayyan Abdul Matin, kanak-kanak autisme berusia enam tahun, sekali lagi meruntun hati seluruh rakyat Malaysia apabila ibunya, Ismanira Abdul Manaf, 30 tahun, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam atas kes pengabaian terhadap anaknya dua tahun lalu.
Menurut laporan Sinar Harian, keputusan itu dibacakan oleh Hakim Dr Syahliza Warnoh pada Jumaat selepas mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Dalam suasana hiba, Ismanira kelihatan berpaling ke arah keluarganya dan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, dari kandang tertuduh.
Ahli keluarga yang hadir turut kelihatan terkejut mendengar keputusan tersebut sebelum kedengaran laungan “Allahuakbar” dari galeri awam. Suasana di mahkamah bertukar pilu bukan hanya kerana keputusan itu, tetapi kerana ia mengingatkan semula kisah kehilangan seorang anak istimewa yang menjadi doa seluruh negara.
Prosiding kemudian ditangguhkan bagi memberi ruang kepada pihak pendakwaan untuk berhujah berhubung pemberatan hukuman, manakala pihak pembelaan dijadualkan mengemukakan rayuan mitigasi bagi mengurangkan hukuman yang bakal dijatuhkan.
Kes ini menggemparkan seluruh negara pada Disember 2023 apabila Zayn Rayyan, kanak-kanak lelaki autisme yang manis dan pintar, dilaporkan hilang selepas dibawa pulang dari sekolah oleh ibunya di kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai.
Pencarian besar-besaran dilakukan oleh pihak polis, bomba dan orang awam. Namun pada malam 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemui tidak bernyawa di anak sungai kira-kira 200 meter dari blok rumahnya. Pemergiannya meruntun hati ramai yang mengikuti kisah ini, termasuk ibu bapa yang turut mempunyai anak-anak istimewa.
Mengikut pertuduhan, Ismanira bersama suaminya didakwa mengabaikan anak mereka dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal antara jam 12 tengah hari 5 Disember hingga 9.55 malam 6 Disember 2023. Namun pada 21 Julai lalu, mahkamah membebaskan Zaim Ikhwan selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Di Majalah Pa&Ma, kami memahami beratnya ujian mendidik anak-anak autisme. Bukan mudah, dan setiap ibu bapa memerlukan sistem sokongan yang kuat daripada keluarga, komuniti, dan juga pihak berwajib.
Setiap anak istimewa berhak membesar dalam suasana selamat, disayangi dan difahami. Kisah Zayn Rayyan mengingatkan kita semua agar tidak pernah leka dalam menjaga amanah yang Allah titipkan.
Zayn Rayyan mungkin telah pergi, namun kisahnya terus hidup sebagai pengajaran untuk semua ibu bapa tentang erti kasih sejati dan amanah yang tidak ternilai. Setiap anak autisme berhak mendapat kasih, perhatian dan perlindungan tanpa batas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesebuah perkahwinan tidak akan lengkap jika suami isteri itu tidak pernah bermasam muka. Ia adalah normal, kerana dalam kehidupan yang dikongsi dengan dua hati dan pemiran berbeza sudah tentu ada rasa tidak puas hati dan sebagainya.
Dengan bergaduh manja, ia akan membuatkan hubungan sesebuah pasangan lebih kuat dan saling memahami. Perselisihan pendapat pasti berlaku kerana pertembungan pendapat dua individu dengan perwatakan dan cara berfikir yang berbeza.
Ketika bergaduh dengan pasangan, tidak bolehlah kedua-duanya menunjukkan ‘angin’ masing-masing.
Jika salah seorang sudah jadi api, maka yang seorang lagi perlulah menjadi air. Tidak salah beralah, anda tidak kalah pun.
Selepas amarah mulai kurang, pasangan anda pasti akan merasa bersalah kerana memperlakukan begitu. Pada waktu itulah, paling sesuai untuk kalian berbincang dan masing-masing mengakui kesilapan sendiri.
Untuk mengekalkan kebahagiaan dalam perkahwinan, ada dua elemen penting yang harus dibuat bersama. Pertama, solat berjemaah. Kedua, saling bermaafan. Sebaiknya, tidurlah dalam keadaan anda dan pasangan saling menyayangi dan tidak bergaduh. Mengapa solat berjemaah itu penting?
Saat usai solat, isteri akan bersalam dengan suami dan mencium tangannya. Itu adalah satu simbol bagi mengingatkan si isteri bahawa suami adalah ketua dan perlu dihormati.
Sebelum tidur, bermaafan sesama sendiri. Dengan cara ini, Allah SWT akan memberi ketenangan kepada kita sekaligus melindungi rumah tangga dari sebarang anasir jahat.
1. Setiap hari kita akan sedar kesilapan yang kita lakukan. Mungkin salah itu tidaklah besar dan kita pun tak sedar telah berbuat silap. Jadi dengan tabiat bermaafan sebelum tidur, pasangan akan reda dan kita tiada lagi ‘hutang’ maaf terhadap si dia.
2. Apabila saling bermaafan, kita akan sedar yang pasangan selalu peka dengan perlakuan atau perkataan yang dibuat. Jadi tidaklah kita mengulangi perkara yang sama pada masa hadapan kerana sudah tahu, pasangan kita tidak suka dengannya.
3. Hati lebih tenang jika kita tidur dalam keadaan sudah mohon maaf dan juga memaafkan orang lain. Ia adalah sifat yang mulia dan sangat diredai oleh Allah SWT. Tidur dalam dendam akan membuatkan kita menjadi manusia yang negatif.
Sekiranya anda sedang bertelagah dengan pasangan. Dalam hati terasa amarah yang teruk, jangan lupa untuk terus beristighfar dan bolehlah baca doa ini.
Sebenarnya, kepentingan bermaafan ini sangat banyak. Kesimpulannya, katakan jika pasangan kita ‘pergi’ ketika dalam tidur (minta dijauhkan), sekurang-kurangnya kita sudah pun bermaafan dengan satu sama lain.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.