Dalam perkahwinan, amat penting untuk setiap pasangan memahami antara satu sama lain. Banyak yang akan kita belajar tentang si dia setiap hari. Harus matang dan sentiasa bersedia dengan sebarang perubahan yang mungkin berlaku.
Semua itu pasti akan berubah sedikit demi sedikit mengikut peredaran masa, terutama jika kita sudah tidak berdua lagi. Masa yang dahulunya diberi sepenuhuhnya buat suami atau isteri kini sudah harus dibahagikan dengan anak-anak pula.
Kredit foto: Facebook Eymma Mohamad Noh
Isteri sentiasa diminta untuk menjadi seorang isteri yang taat pada suami dan menyediakan segala kelengkapan suaminya, namun apa sebenarnya apa tugas suami selain menyediakan kemudahan buat si isteri? Sebenarnya tiada lain yang isteri minta, cuma mahukan telinga dan bahu untuk tumpang bersandar sahaja. Biar betul?
Ketika awal perkahwinan, mungkin isteri boleh habiskan masa untuk bereksperimen macam-macam. Yalah, masak itu ini. Rumah pun dikemas bertukar-tukar. Sekejap sofa sebelahkanan, nanti dialih pula sebelah televisyen. Ikut mood.
Waktu itu banyak masa sebab hidup masih berdua. Awal perkahwinan, suami pun senyum saja sebab bila pulang ke rumah sudah terhidang makanan enak-enak. Sarung kusyen pun sentiasa bertukar. Kadang-kadang ke pejabat pun boleh bawa bekal, sebab isteri rajin sangat masak!
Ads
Bila datang rezeki isteri hamil dan melahirkan anak mungkin kurang sedikit perhatian yang diberikan kepada suami. Kalau dahulu mungkin boleh ada tiga atau empat lauk, sekarang isteri hanya mampu masak dua jenis sahaja. Itu pun yang paling mudah.
Mungkin juga dulu sempat isteri nak tanyakan hari di pejabat bagaimana sambil mengurut bahu si suami, kini sudah tak sempat. Pun begitu, suami jangan salah faham. Isteri sebenarnya tak cukup masa bukan sebab meminggirkan anda.
Ketika ini sudah mula berlaku, janganlah disalahkan isteri. Suamilah yang perlu berbuat sesuatu. Dah tiba masanya pinjamkan telinga dan bahu anda. Tanpa sedar, sebenarnya isteri ni letih sangat. Cuma tak sempat nak diluahkan.
Ads
SUAMI YANG PEKA DENGAN KEADAAN ISTERI DAH TENTU AKAN PERASAN ISTERINYA BERUBAH. WAKTU INI, KALAU ANDA ‘CUIT’ SIKIT EMOSINYA, MENANGIS. ANDA CUBALAH TANYAKAN PADANYA JIKA ADA APA-APA YANG BOLEH ANDA BANTU. ATAU ANDA PULA TAKE OVER, URUTKAN BADANNYA. SEBENARNYA WAKTU ITU, ANDA AKAN MENDENGAR SETIAP LUAHAN PERASAANYA.
Kredit foto: Facebook Eymma Mohamad Noh
Jangan marah, sebaliknya pinjam bahu anda untuk isteri bersandar dan merasakan sedikit perhatian dari anda. Percayalah, esok dia pasti akan senyum sampai ke telinga. Kalau anda dah buat begitu, dan esoknya dia masak special sikit, maksudnya ada berjaya menjadi suami yang prihatin dengan keadaan isteri.
ISTERI TAK PERLUKAN WANG RINGGIT YANG BANYAK (KALAU ADA, BONUS!) ATAU DIBELIKAN HADIAH-HADIAH MEWAH, CUKUPLAH SEKADAR ANDA TANYAKAN KEADAANNNYA ATAU BANTU DIA SEDIKIT SEBANYAK DALAM MELAKUKAN KERJA RUMAH.
Isteri inginkan suami yang ‘celik’, ‘tidak pekak’ dan mampu menjadi orang yang menghapuskan air matanya. Sebenarnya, ucapan TERIMA KASIH sudah cukup untuk buat isteri merasa bahagia. Ambillah hati isteri dengan kata-kata manis yang membahagiakannya.Itu sahaja yang isteri mahukan, PINJAMKAN TELINGA DAN BAHU SUAMI pada mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat pengacara dan pelakon, Imran Aqil yang berkongsi berita gembira isterinya, Dahlia Rizal yang kini sedang hamil anak pertama mereka.
Imran atau nama lengkapnya Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin berkata, Dahlia berada dalam keadaan yang baik meskipun dimasukkan ke hospital baru-baru ini selepas pengsan di sebuah restoran.
“Alhamdulillah, Dahlia bertambah sihat cuma baru-baru ini, dia dimasukkan ke hospital selama dua malam kerana kekurangan gula dalam badan dan tekanan darah rendah sehingga pengsan di sebuah restoran.
“Alhamdulillah, kandungan juga okay.
“Saya juga banyak nasihatkan dia untuk ambil ‘job’ yang tidak terlalu berat,” ujarnya berkongsi.
Syukur isteri tak ada alahan
Berkongsi kisah kehamilan isterinya itu, akui bekas peserta program Hero Remaja ini lagi, dia dan isteri teramat bersyukur dengan rezeki hebat itu.
Malah kata Imran Aqil lagi, dia lega kerana isterinya itu tidak mengalami alahan teruk sepanjang kehamilan.
“Alhamdulillah, setakat ini Dahlia tiada sebarang alahan bahkan dia juga tidak ada alahan dengan saya.
“Itu pun saya takut juga sebab sesetengah orang ada alahan tak boleh bau suami tapi Alhamdulillah tak ada. Cuma makin ‘clingy’ itu adalah,” kongsinya lagi.
Akui Imran lagi, dia kini banyak mempelajari ilmu keibubapaan melalui ibunya namun berniat untuk mendaftar kelas antenatal sebagai persediaan menyambut bayi sulung mereka.
“Kalau persediaan bergelar bapa, saya ada juga nak daftar kelas tapi mak saya sendiri kata, ‘Biar dia yang ajar’,” ceritanya.
Terdahulu, ramai yang mendakwa Dahlia Rizal kini hamil anak pertama selepas bentuk badannya kelihatan berisi sewaktu menghadiri sebuah majlis bersama Imran.
Imran dan Dahlia telah selamat mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Villa Istana Ayer Keroh Melaka, pada September tahun lalu
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hidup berumahtangga, pasti ada ketidaksefahaman yang kadang kala melanda kehidupan kita. Namun paling utama, kala dilanda ujian ini, elakkan bertekak sehingga boleh menjejaskan emosi anak-anak.
Anak-anak orang yang paling terkesan bila melibatkan pergaduhan ibu dan bapa. Emosi anak terdera, anak mula berfikir dan mula mencari ketenangan di luar.
Menurut perkongsian Pakar Motivasi, Dr. Haji Tengku Asmadi Tengku Mohamad, usahakan ruang untuk elakkan ketegangan suami isteri agar anak-anak tak terjejas emosinya.
Dengarkan perkongsian beliau:
Kadang-kala kita lihat ada ibu bapa yang bergaduh depan anak. Memang sukar untuk kita elakkan seratus peratus sebab kita duduk dalam rumah yang sama. 24 jam sentiasa bersama.
Kalang kala kita terpaksa bertekak atas beberapa perkara yang mungkin anak ada terdengar.
Apa yang boleh saya katanya, sekiranya anak ada dalam rumah, nak bergaduh masuklah ke dalam bilik supaya anak tak dengar dek anak-anak.
Yang keduanya kalau kita marah sekalipun, elakkan dari menggunakan bahasa yang kasar sebab anak akan dengar dan anak akan ikut.
Contoh kalau kita maki hamun, mencarut dan sebagainya, elakkan perkara sebegitu sebab kesan jangka panjang pada anak yang melihat.
Sebaik-baiknya, kalau nak bergaduh sekalipun tunggu waktu anak pergi sekolah. Bergaduhlah masa itu.
Kalau tak dapat nak tahan, yang ayah bolehlah pergi keluar minum sekejap dengan kawan-kawan dan redakan keadaan supaya bila kita balik, kalau nak bergaduh pun keadaan dah tak setegang seperti sebelumnya.
Jadi tak adalah memberikan kesan negatif kepada kepada anak-anak. Sebaiknya kita elakkan.
Seharusnya semakin lama usia perkahwinan, kita lebih menghargai dan menyayangi antara satu sama lain. Perlu sentiasa tunjukkan rasa sayang walaupun dengn satu tindakan kecil. Itu dah boleh buat suami atau isteri kita rasa happy dan dihargai.
Tak dinafikan, kadang-kadang kita rasa pasangan dah tahu apa perasaan kita. Jadi kita putuskan untuk tak perlu nk beritahu lagi apa yng kita rasa. Sebenarnya bila kita buat macam ni, ia akan buat hubungan tu rasa ‘kosong’ dan tak best dah. Makin lama terasa berjauhan dengan suami atau isteri. Tak naklah macam tu!
Mungkin pernah terdetik di hati, anda terasa seperti pasangan kurang memberi perhatian kepada anda. Apabila kita dan pasangan semakin ‘menjauh’ sekaligus ia membuatkan hubungan tidak mesra dan seronok seperti dahulu. Banyak yang boleh dilakukan untuk mengembalikan kemesraan sesebuah pasangan, tetapi mungkin memerlukan effort yang lebih.
Itu bukanlah perasaan yang janggal, kerana kebanyakan kita pernah merasainya. Dengan itu, kembalikan semula rasa rindu dan kasih terhadap pasangan dengan mengamalkan doa-doa tertentu. Konsisten berdoa dan tawakal, antara kunci kebahagiaan rumah tangga.
Boleh juga amalkan doa di bawah ni untuk saling menguatkan rasa kasih sayang antara kita dan pasangan;
Cara Amalkan Doa Ini:
1. Selalu laksanakan solat lima waktu tepat pada waktu.
2. Usai solat, bacalah doa ini sebanyak 33 kali sebagai wirid doa supaya dia selalu teringatkan kita.
3. Niatkan dalam hati agar pasangan selalu setia, selalu rindu dan tidak pernah melupakan kita walau di mana dia berada.
4. Mintalah pada Allah SWT supaya melindungi hubungan kita serta mohonlah agar dia menjadi jodoh yang terbaik untuk kita.
Jadikan doa ini sebagai amalan konsisten setiap hari, niatkan dengan ikhlas serta istiqamah, Insya Allah anda akan merasai hikmah doa ini yang sangat besar. Umpama pengantin baru, si dia akan selalu teringat dan merindukan anda selalu.
Barang dalam katil bayi seperti bantal, selimut, patung dan pelapik katil boleh meningkatkan risiko lemas serta SIDS. Ketahui 7 barang yang perlu dielakkan demi memastikan ruang tidur bayi lebih selamat.