Astro, peneraju kandungan dan hiburan negara, tampil dengan satu pelancaran istimewa yang cukup bermakna — “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam”, sebagai tanda penghargaan kepada lebih 1.6 juta penjawat awam di seluruh Malaysia. Usaha ini direka khas untuk meraikan jasa dan komitmen luar biasa penjawat awam yang menjadi tulang belakang pembangunan negara.

Melalui tawaran ini, Astro ingin menghadiahkan hiburan yang penuh nilai — bukan saja dari segi kandungan, tapi juga dari segi harga yang jauh lebih berbaloi. Ini sebahagian daripada Pek Astro One yang memang popular dan penuh variasi, termasuk saluran tempatan dan antarabangsa, program Astro Originals, serta akses on demand dan Astro GO.

Jasa Anda Dihargai: Pek Astro Istimewa Untuk Penjawat Awam

Jasa Anda Dihargai: Pek Astro Istimewa Untuk Penjawat Awam

Semua Dalam Satu Pek – Hiburan Untuk Seluruh Keluarga

Astro memahami bahawa setiap keluarga penjawat awam punya cita rasa berbeza — jadi pek ini datang lengkap dengan pelbagai genre: hiburan, sukan, berita, pendidikan, filem dan juga kandungan untuk kanak-kanak. Semuanya disusun agar selari dengan minat anda sekeluarga, sambil kekalkan bajet hiburan yang mesra poket.

Ads

Menurut Tai Kam Leong, Ketua Pegawai Jualan & Pemasaran Astro, “Sebagai jenama yang dah lama sebati dalam kehidupan rakyat Malaysia, kami sedar betapa besar peranan penjawat awam. Maka, pek ini hadir sebagai tanda terima kasih kami, lengkap dengan hiburan berkualiti dan harga yang sangat berpatutan.”

Diskaun Menarik, Tontonan Percuma & Pemasangan Mudah

Antara highlight dalam tawaran ini termasuklah diskaun menarik untuk dua pakej utama Astro One — Pek Entertainment dan Pek Sports. Siap dengan penjimatan sehingga RM960, tontonan percuma untuk kandungan kanak-kanak, dan pemasangan Plug & Play percuma!

Jasa Anda Dihargai: Pek Astro Istimewa Untuk Penjawat Awam

Ads

Jasa Anda Dihargai: Pek Astro Istimewa Untuk Penjawat Awam

Bagi yang pilih Pek Entertainment Astro One, anda akan dapat akses lebih 100 saluran dengan kandungan seperti Big Stage Alpha, Dia Bukan Syurga, Seribu Tahun, dan banyak lagi. Paling best, dengan Astro GO, anda boleh menonton di mana-mana, bila-bila masa.

Kalau peminat sukan, Pek Sports Astro One memang wajib ambil — semua kandungan dalam Pek Entertainment, ditambah pula dengan aksi sukan LIVE seperti Premier League, Liga Malaysia, Formula 1, MotoGP, badminton, tenis dan para pelanggan dengan “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam” juga akan menikmati tontonan percuma kandungan kanak-kanak (RRP: RM9.99) dengan akses kepada 6 saluran kanak-kanak termasuk Cartoon Network, Nickelodeon, CBeebies dan banyak lagi.

Jasa Anda Dihargai: Pek Astro Istimewa Untuk Penjawat Awam

Ads

Daftar Sekarang & Nikmati Hiburan Hebat Untuk Sekeluarga

Astro terus komited dalam menyokong kesejahteraan rakyat Malaysia, dan inisiatif ini bukti penghargaan buat penjawat awam yang telah banyak berkorban demi negara. Inilah masa terbaik untuk anda dan keluarga menikmati hiburan berkualiti dengan lebih nilai.

Daftar sekarang di: astro.com.my/penjawatawam
Atau terus WhatsApp ke: +60 3-9543 3838
Jangan lupa sediakan bukti pekerjaan atau status pesara untuk pengesahan.

Nota: Tawaran sah selama 24 bulan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI