Anak kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden benar-benar mencuri perhatian ramai apabila menerima jumlah kutipan duit raya yang dilihat luar biasa dan mengundang pelbagai reaksi netizen.
Duit Raya Cecah Lebih RM18K
Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, Jebat dikatakan berjaya mengumpul duit raya mencecah RM18,369. Jumlah ini bukan sahaja membuatkan ramai terkejut, malah menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Ads
Rata-rata kagum melihat rezeki si kecil ini, apatah lagi pada usia yang masih muda sudah menerima jumlah yang begitu besar.
Ads
Hadiah Emas Jadi Tarikan Utama
Lebih menarik, bukan sekadar wang tunai, Jebat juga menerima hadiah istimewa berupa jongkong emas daripada orang tersayang. Antara yang diberikan termasuk emas keluaran Poh Kong dengan rekaan Bunga Raya seberat 10 gram dan 1 gram.
Selain itu, turut diberikan jongkong emas daripada jenama terkenal seperti PAMP Suisse seberat 10 gram serta Tomei seberat 1 gram.
Ads
Pemberian ini difahamkan datang daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat yang ingin berkongsi kegembiraan Aidilfitri bersama Jebat.
Sumber: Instagram Rosix Omar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bergelar ibu tiri bukanlah satu peranan yang mudah. Sering kali dipandang serong, malah ada yang cepat melabel tanpa mengenal hati budi.
Namun bagi penyanyi dan pengacara terkenal, Arrora Salwa, cabaran sebagai ibu tiri dihadapi dengan hati yang kuat dan niat yang jujur demi mendidik dan membentuk anak agar menjadi insan yang bertanggungjawab.
Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik oleh Arrora di akaun TikToknya telah mencetuskan pelbagai reaksi. Dalam video tersebut, Arrora kelihatan berang sambil memarahi anak tirinya, Ahmed Eshan Ahmed Mahfuz, 15 tahun, kerana gagal menyiapkan kerja sekolah selepas hampir sebulan bercuti.
Lebih mencuri perhatian, aksi Arrora yang membaling buku-buku ke arah anak tirinya mengundang pelbagai reaksi netizen – ada yang menyokong, tak kurang juga yang mengecam.
“Saya memang garang,” tegas Arrora tanpa berselindung.
Namun katanya, garangnya itu bukan kerana benci, tetapi kerana rasa tanggungjawab dan kasih terhadap anak yang dijaga.
“Saya tak mahu anak saya rasa hidup senang-lenang, sampai lupa tanggungjawab. Saya pernah lalui hidup yang susah, jadi saya tak mahu anak saya ulang kesilapan yang sama,” ujarnya.
Bagi Arrora, tanggungjawab mendidik bukan hanya terletak pada ibu kandung sahaja. Ibu tiri juga ada hak dan ruang untuk membentuk anak, bukan untuk mengambil alih tempat sesiapa, tapi untuk membantu membina masa depan mereka.
“Saya tahu, ramai akan kecam. Tapi siapa faham, faham lah,” katanya menjawab kritikan segelintir netizen yang menuduhnya tidak menghormati ilmu kerana membaling buku.
“Ini bukan soal tak hormat ilmu. Saya marah bukan sebab benci buku, tapi kerana anak tak buat tanggungjawabnya. Kadang, kita kena tegas supaya mereka sedar,” jelasnya lagi.
Walaupun menerima banyak kecaman, Arrora tetap tenang. Baginya, netizen hanya nampak 1 minit dari keseluruhan kisah hidupnya sebagai ibu tiri.
Arrora mengakui bahawa sebagai ibu tiri, beliau perlu bijak memainkan peranan. Tidak boleh terlalu lembut hingga dipijak, tapi juga tidak boleh terlalu keras hingga anak menjauh.
“Saya garang bila perlu. Tapi dalam rumah, kami juga bergelak ketawa. Anak-anak tahu saya sayang mereka. Kadang bila saya tak sihat, anak tiri saya jugalah yang paling ambil berat,” kongsinya lagi dengan nada syukur.
Salah satu kekuatan Arrora dalam mendidik anak tiri ialah sokongan penuh daripada suami. Katanya, suami sentiasa menjadi tempat rujukan dan tidak pernah mempersoalkan cara dia mendidik selagi tidak melampaui batas.
“Bila suami sokong, saya rasa kuat. Kami selalu bincang, sebab nak besarkan remaja zaman sekarang ni memang perlukan strategi dan kerjasama,” tambah Arrora.
Di sebalik watak “ibu tiri” yang sering digambarkan negatif dalam masyarakat, Arrora membuktikan bahawa kasih seorang ibu itu tidak semestinya datang dari darah dan genetik, tetapi dari niat hati yang tulus untuk melihat anak membesar menjadi insan berguna.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tragedi Meruntun Jiwa di Melaka, Bayi 6 Bulan Ditemui Tidak Bernyawa di Taska. Hati ibu mana yang tak luluh. Seorang bayi lelaki berusia enam bulan disahkan meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan tertiarap di atas tilam dalam sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Padang Temu, Melaka.
Insiden menyayat hati yang berlaku pada petang 16 Julai itu dipercayai berpunca daripada kejadian lemas, selepas bayi malang tersebut dikatakan dibedung dan ditinggalkan dalam posisi meniarap.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, bayi berkenaan dikatakan telah dikejarkan ke Klinik Utama Ujong Pasir oleh pihak pengasuh, namun disahkan meninggal dunia selepas dirujuk ke Hospital Melaka.
Menurut sumber, kejadian hanya disedari berlaku selepas pengasuh bayi berkenaan memeriksa keadaan mangsa selepas menidurkannya kira-kira sejam.
“Pada 5 petang, pengasuh yang menjaganya secara bergilir-gilir mendapati bayi tersebut berada dalam keadaan tertiarap dan mukanya kebiru-biruan.
“Pihak taska terus membawa bayi itu ke klinik dan pasukan perubatan telah memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) selama 30 minit sebelum bayi dirujuk ke Hospital Melaka menaiki ambulans,” katanya.
Tambahnya, sebaik tiba di zon merah hospital, bayi tersebut sekali lagi diberikan bantuan CPR, namun disahkan telah meninggal dunia.
“Hasil pemeriksaan ke atas badan bayi berkenaan tidak menjumpai sebarang unsur jenayah dan laporan polis telah dibuat,” katanya.
Sementara itu, dalam satu kes lain di taska sama, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mengalami kecederaan pada telinga kiri dipercayai akibat ditepuk pengasuh.
Lebih mengejutkan, kejadian itu dikatakan berlaku pada hari sama bayi lelaki berusia enam bulan itu dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat lemas tertiarap.
Ibu kanak-kanak tersebut, Cik Nurul Shafiqa Dawood, 33 tahun, berkata kejadian disedari ketika beliau mengambil anaknya, Faiqah Dalila Faris Danial, daripada taska berkenaan pada 5.30 petang.
“Anak saya mengadu telinga kirinya sakit kerana ditepuk cikgu di taska dan sepanjang malam dia menangis tanpa henti sebab kesakitan.
“Saya terus bawa ke klinik dan doktor sahkan ada kesan luka serta bengkak di telinga kiri. Kami kemudian ke Hospital Melaka dan buat laporan polis,” katanya.
Menurutnya lagi, kejadian itu bukan kali pertama dialami anak sulungnya, dengan yang pertama pada Februari lalu, apabila anaknya mengadu sakit semasa buang air kecil.
“Apabila diperiksa kemaluannya kemerahan. Anak beritahu dia dipukul dan dicucuk dengan rotan oleh pengasuh, tetapi masa itu saya tak buat laporan sebab tak nak panjangkan hal tersebut,” katanya.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Penolong Pesuruhjaya Christopher Patit, mengesahkan pihaknya menerima dua laporan itu dan sedang menjalankan siasatan.
Sumber: Kosmo & Utusan Malaysia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya anak-anak kecil, tarikan utamanya adalah permainan. Pergi mana-mana sekalipun, nampak ada mainan, pasti rambang mata. Bagaimanapun menerusi satu perkongsian di TikTok baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan mengambil keputusan untuk membeli barang kemas menggunakan duit raya sendiri.
Jelas nampak kematangan anak kecil ini. Jika beli mainan, cepat rosak kan? Sekurang-kurangnya ia menjadi pelaburan masa depan dan jika terdesak bolehlah digunakan. Tidaklah membazir begitu saja.
Menerusi video berdurasi 19 saat itu, Puan Diyana Razip menyatakan anaknya lebih memilih untuk membeli barangan kemas berbanding permainan.
Dalam video tersebut, kelihatan si anak sambil makan muruku, menghulur beberapa keping wang ringgit kepada pekerja kedai barangan kemas itu.
“Duit raya beli emas. Kecil-kecil dah pandai nak beli emas budak ni,” jelas ibunya di ruangan kapsyen.
Perkongsian video tersebut mendapat respon positif dan rata-rata memuji tindakan anak kecil itu kerana membuat pilihan bijak dan barangan kemas satu aset pelaburan yang tak rugi jika membelinya sekarang.
@Yatie Aieyya: kita pun sama…dari ank umur 1 tahun. 30% duit raya kita bagi dia orang merepek! 70% lagi kita beli emas untuk dia orang. Sekarang dah 13 tahun umur anak. lengkap semua.
@Ai.IntelligentReal: My daughter punya duit since lahir orang sedekah sekali duit raya memang sentiasa belikan emas.
@lia: Bagus dia pandai guna duit dia..terbaik lah dik dari beli mainan baik adik beli emas.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!