
Anak kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden benar-benar mencuri perhatian ramai apabila menerima jumlah kutipan duit raya yang dilihat luar biasa dan mengundang pelbagai reaksi netizen.
Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, Jebat dikatakan berjaya mengumpul duit raya mencecah RM18,369. Jumlah ini bukan sahaja membuatkan ramai terkejut, malah menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Rata-rata kagum melihat rezeki si kecil ini, apatah lagi pada usia yang masih muda sudah menerima jumlah yang begitu besar.
Lebih menarik, bukan sekadar wang tunai, Jebat juga menerima hadiah istimewa berupa jongkong emas daripada orang tersayang. Antara yang diberikan termasuk emas keluaran Poh Kong dengan rekaan Bunga Raya seberat 10 gram dan 1 gram.
Selain itu, turut diberikan jongkong emas daripada jenama terkenal seperti PAMP Suisse seberat 10 gram serta Tomei seberat 1 gram.
Pemberian ini difahamkan datang daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat yang ingin berkongsi kegembiraan Aidilfitri bersama Jebat.
Sumber: Instagram Rosix Omar