KLINIK PERGIGIAN REDHA
INFO
Klinik Pergigian Redha telah ditubuhkan dan berkhidmat kepada masyarakat sejak tahun 2000. Nama “REDHA” diambil sebagai gabungan daripada nama dua pengasasnya, iaitu Allahyarham Prof. Syed REDzuan dan Allahyarhamah Dr. YuszaHAnim.
Selama lebih dua dekad beroperasi, Klinik Pergigian Redha telah berkembang pesat dengan tujuh cawangan yang terletak di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Misi utama klinik ini adalah untuk membantu pelanggan mencapai versi terbaik senyuman mereka, sekali gus meningkatkan keyakinan diri dan kualiti hidup mereka.
SERVIS YANG DITAWARKAN
Pergigian Am
1. Pemeriksaan Gigi & Rundingan
2. Pembersihan Gigi (Scaling & Polishing)
3. Tampalan Gigi (Pergigian Restoratif)
4. Cabutan Gigi
5. X-Ray Gigi & Perkhidmatan Diagnostik
6. Pendidikan Penjagaan Kesihatan Mulut
Pergigian Kosmetik
1. Pemutihan Gigi (Teeth Whitening)
2. Veneer Gigi
3. Tampalan Komposit untuk Estetik
Pergigian Pencegahan
1. Rawatan Fluorida
2. Pelindung Gigi (Dental Sealants)
3. Pelindung Mulut (Mouthguard untuk Sukan & Gigi Bruxism)
4. Rawatan Penjagaan Gigi Kanak-kanak
Ortodontik
1. Braces (Conventional, Self Ligating, Ceramic)
2. Clear Aligner
Periodontik (Rawatan Gusi)
1. Rawatan Penyakit Gusi (Scaling & Root Planing)
2. Rawatan Laser untuk Gusi (Gummy Smile)
Prostodontik
1. Gigi Palsu (Sebahagian & Penuh)
2. Dental Crown
3. Dental Bridge
Endodontik
1. Rawatan Akar Gigi (Root Canal)
Pembedahan Mulut
1. Cabutan Gigi Bongsu
2. Cabutan gigi terimpak
Implan Gigi
1. Bone graft
2. Sinus lift
KELEBIHAN SERVIS ATAU PRODUK
- Barisan doktor yang bertauliah dan berpengalaman dalam pelbagai bidang kepakaran sentiasa bersedia memberikan rawatan terbaik untuk memenuhi setiap keperluan pergigian anda.
- Rawatan dilengkapi dengan jaminan selama 1 bulan, memberikan ketenangan minda dan keyakinan kepada pesakit terhadap kualiti perkhidmatan Klinik Pergigian Redha.
- Menyediakan perkhidmatan menyeluruh, termasuk penjagaan sebelum dan selepas rawatan, serta susulan khusus untuk memastikan kepuasan pesakit dan hasil rawatan yang optimum.
- Dengan pilihan pembayaran yang fleksibel, termasuk pelan ansuran, memudahkan pelanggan mendapatkan rawatan yang diperlukan. “Rawat sekarang, bayar kemudian” adalah komitmen klinik ini untuk kesejahteraan pelanggan.
- Klinik pergigian ini menawarkan waktu operasi yang fleksibel, termasuk pada cuti umum dan waktu lanjutan sehingga jam 10 malam, sesuai untuk mereka yang mempunyai jadual harian yang sibuk.
- Dengan lebih daripada 6,000 ulasan dan penilaian 4.9 bintang di Google Review, klinik pergigian ini menjadi pilihan utama pesakit yang mencari penjagaan pergigian berkualiti tinggi.
- Klinik Pergigian Redha diiktiraf dan disokong oleh pelbagai panel, memastikan kemudahan akses untuk pelbagai kategori pesakit.