KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM
INFO
PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) merupakan salah satu dari anak syarikat milikan penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang telah diwujudkan pada tahun 2012 bagi menguruskan aset-aset komersial milik PKNS. Antara aset komersial yang diuruskan PREC adalah beberapa pusat beli belah yang cukup dikenali di Selangor seperti Kompleks PKNS Shah Alam, SACC Mall, Kompleks PKNS Bangi, Menara Worldwide Kuala Lumpur, Menara PKNS Petaling Jaya dan Wisma Yakin Kuala Lumpur.
Kompleks PKNS Shah Alam (KPSA) mula beroperasi pada tahun 1976 di bawah pengurusan PKNS dan PREC mula mengambil alih pengurusan bangunan pusat beli belah KPSA yang cukup terkenal di Shah Alam ini pada tahun 2012. PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) mempunyai enam aset yang terdiri dari tiga pusat beli belah dan tiga menara pejabat.
SERVIS YANG DITAWARKAN
- Kompleks PKNS Shah Alam pernah mencipta rekod sebagai pusat beli belah terpanjang di Asia Tenggara pada tahun 80an.
- Kompleks beli belah pertama di Shah Alam ini juga cukup terkenal dan sinonim sebagai hub fesyen dengan aneka kedai pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak.
- Menempatkan hampir 400 penyewa yang terdiri daripada lot kedai dan pejabat.
- Pelbagai jenis kedai yang merangkumi fesyen, gaya hidup, makanan, servis dan barangan keperluan rumah.
KELEBIHAN SERVIS ATAU PRODUK
- Kompleks beli belah ini kekal relevan dan sentiasa menjadi pilihan pengunjung untuk dikunjungi malah menjadi satu-satunya pusat beli belah tertua di Shah Alam.
- Kemeriahan bangunan ini jelas dirasai ketika bulan ramadan dengan penganjuran Festival Ramadan Selangor (FESTIRA) yang menempatkan ratusan peniaga yang menjual pelbagai jenis barangan keperluan menyambut ramadan dan hari raya.
- Selain dari FESTIRA, Festival Buku Kanak-Kanak Selangor Karnival Pendidikan Khas dan KPSA Year End Sale juga merupakan antara acara tahunan yang sering dinanti-nantikan pengunjung.
- Memperkenalkan pusat beli belah yang sedang menjalankan inisiatif Komuniti Bebas Plastik Sekali Guna.