Jenazah Bapa & Anak Tertindih Lengan Disemadikan Dalam Satu Liang Lahad

Share

Suasana haru menyelubungi kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Duyong, Melaka Tengah apabila dua jiwa – seorang bapa dan bayinya – dikebumikan dalam satu liang lahad yang sama.

Allahyarham Nurulefendy Ibrahim,35 meninggal dunia akibat serangan jantung, dikatakan tertindih bayinya yang berusia tiga bulan, menyebabkan detik-detik terakhir mereka begitu tragis.

Dianggarkan 100 orang termasuk ahli kariah, waris dan kenalan terdekat hadir mengiringi upacara pengebumian yang selesai sekitar pukul 9 malam.

Lebih menyayat hati apabila tragedi ini berlaku pada hari pertama isteri Nurulefendy, Azura Abd Malek Yaher kembali bertugas selepas cuti bersalin selama tiga bulan.
Published by
Nana