Ramai ibu bapa yang tidak faham tentang apa beza tangisan bayi yang easy going, high need baby ataupun infantile colic. Sebagai ibu bapa terutama bagi yang baru mendapat cahaya mata tentu sekali tidak dapat membezakan tangisan mereka. Ada yang melihat anak baru menangis terus dianggap high demand baby.

Sebenarnya tangisan bayi diketegori kepada beberapa jenis tangisan dan tangisan bayi juga menentukan bagaimana kita sebagi ibu bapa perlu memahami mereka untuk mendidik mereka. Daripada tangisan bayilah ibu bapa akan belajar bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan bayi.

Jenis Tangisan Bayi Sebenarnya Cara Tentukan Bagaimana Dia Perlu Dididik. Gunakan Corak Keibubapaan Ini

1. EASY GOING

💧Ciri tangisan dan karektor💧
📍Menangis sekitar 2 jam/24 jam.
📍Mudah di tenangkan. Tak perlu sebarang teknik tertentu untuk mententeramkan mereka.
📍Jarang menangis beria-ia. Malah ramai yang hanya merengek walau sedang benar lapar.
📍 Tiada masalah ditinggalkan sendirian. Boleh ‘bermain’ sendiri.

😴 Stail Tidur 😴
📍 ‘Sleep anywhere, anytime’ kerana kawalan pusatnya yang tinggi. Kawalan pusat ialah kebolehan beralih dari fasa berjaga ke fasa rehat. Maka mereka juga boleh sambung tidur sendiri dengan mudah jika terjaga.
📍 Tak perlu sebarang peralatan tidur spefisik untuk terlelap. Boleh terlelap sendiri.

2. HIGH DEMAND

💧Ciri tangisan dan karektor💧
📍Tegang (intense)
📍Sangat aktik
📍Pengekstrak tenaga penjaga
📍Kerap menyusu
📍Mahu respon segera (menggesa)
📍Kerap terjaga
📍Sukar di puaskan
📍Tidak terjangkakan
📍Sangat sensitif
📍Tidak suka di letakkan
📍Tidak pandai menghiburkan dan menenteramkan diri sendiri
📍Adaptasi rendah terhadap perkara baru
📍Boleh bertenang dengan banyak mendukung, mendakap, menggendong, mendodoi dan sebagainya. Namun perlu teknik khas jika mahukan mereka kekal tenang bila diletakkan.Teknik meniru sensasi alam rahim paling berkesan.

IKLAN

😴 Stail Tidur 😴
📍 Kawalan pusat rendah bermaksud tidak tahu ‘tidur sendiri’. Perlu dibantu setiap kali.
📍Majoriti perlukan gabungan 2 atau 3 alat bantu tidur mirip alam rahim untuk kekal lena contohnya: bedung + bunyian white noise atau bedung + bunyian white noise + buaian, akibat adaptasi pada dunia baru yang rendah.

3. SAWAN TANGIS (INFANTILE COLIC)

💧Ciri tangisan dan karektor💧
📍Kumpulan paling lemah adaptasi pada perkara baru
📍Paling banyak menangis tapi mereka SIHAT. Sekurang-kurangnya 3 jam dalam sehari dan akan berkurangan selepas usia 3 bulan. Sawan tangis(infantile colic BUKAN kembung). Mereka cuma suka nangis.
📍Sangat sukar di tenteramkan walau banyak mendukung dan mendakap. Sangat perlu teknik khas yang meniru alam rahim untuk boleh diam kerana cara rahim saja yang mereka kenal.

😴 Stail Tidur 😴
📍 Sangat perlu bergantung kepada KESEMUA sensasi alam rahim dan selalunya mesti BERTERUSAN sepanjang tidur: bedung + bunyian white noise ‘on’ sepanjang tidur + hayunan ‘on’ sepanjang tidur + hisapan (e.g puting untuk rileks sebelum lena) untuk sekurang-kurangnya sepanjang 3 bulan.

IKLAN

👪Tip Keibubapaan Bagi Semua Kategori👪

🚩Pemahaman tentang personaliti bayi adalah untuk bantu ibubapa faham ‘jenis’ bayi yang mereka miliki serta cara berkesan mententeramkan dan membantu bayi lena. TIADA bayi yang lebih baik dari bayi yang lain.

🚩’Baik’ dan ‘Buruk’ anak pada akhirnya, SANGAT DIPENGARUHI oleh cara ibubapa membesarkan mereka.

🚩 Bayi ‘easy going’ memang ‘sempoi’ dan mudah mesra dengan ramai orang, dalam banyak situasi. Namun terlalu ‘easy’ boleh mengundang risiko seperti gagal mengesan bahaya. Contohnya, individu yang tak patut di dekati atau terlalu mudah beralah kerana enggan mencetus pergaduhan. Sebahagian ibubapa terkurang beri perhatian kepada anak ‘easy’ lantaran kurangnya mereka meragam dan pandai pula ‘buat hal’ sendiri. Ini boleh memberi kesan jika berpanjangan di mana anak boleh merasa kurang di beri perhatian, memendam rasa, tidak mahir menonjolkan diri, menyuarakan pendapat dan menuntut kemahuan.

IKLAN

🚩Bayi high demand dan colic memang ‘menyusahkan’. Ini kerana mereka sangat tahu apa yang mereka mahukan dan tidak akan berhenti menuntut apa yang mereka mahu. Mereka sangat vokal memberitahu apa yang mereka suka dan tak suka. Maka ibubapa boleh memilih untuk menjadi a) ibubapa yang tidak sensitif, dingin dan bermusuhan dengan anak atau b) sensitif, empati dan positif.

Kajian pasukan Sweden yang diterbitkan Acta Paediatrica, mengkaji 50 bayi colic bersama 100 bayi bukan colic. Bayi-bayi di jejaki hingga usia mereka 4 tahun. Hasilnya? Tiada beza ketara dalam corak tidur, makan dan perangai normal kanak-kanak kesemua mereka kecuali ; majoriti kanak-kanak bekas bayi colic sangat beremosi dan bertantrum. Ibubapa pula di kehendaki melengkapkan borang kaji selidik yang mengandungi lebih 50 soalan dan corak jawapan mendapati kanak-kanak bekas bayi colic yang sangat beremosi ini mempunyai persekitaran membesar yang berputar sekitar rasa tak puas hati dikalangan ahli dan rutin hariannya.

Dalam kajian lain oleh pasukan Anne Stright ke atas 1300 kanak-kanak Amerika dari lahir hingga usia gred 1 pula mendapati, pelajar paling cemerlang sikap, ketrampilan diri serta akademik di dalam kelas adalah bekas bayi-bayi colic yang dibesarkan dengan corak keibubapaan yang betul dan positif.

Mengapa ini terjadi? Ini kerana bayi high demand dan colic lebih peka dengan respon dan layanan ibubapa kepada mereka. Maka, mereka paling terkesan dengan apa yang di terima dari ibubapa mereka. Jika apa yang mereka terima itu bersifat positif, maka rasa saling percaya dan hormat akan di bina. Bila ia ada, maka sikap mereka lebih mudah diselaraskan ke arah yang ibubapa mahukan.

Oleh;
Uswatun Hasanah Mohd Habib
Konsultan Tangisan Bayi
Penulis Buku Mengapa Bayi Anda Menangis
THB Edu Assc USA

Sumber:
The Happiest Baby on the Block, MD Harvey Karp
Difficult Babies Can Turn Into Super Kids, Gwen Dewar, PHD

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI