Ajar anak suka bawang sejak mereka kecil. Kalau anak dah besar pun kita masih mampu encourage mereka makan bawang. Manusia ini Allah cipta dengan pelbagai kelebihan dan keupayaan untuk adapt dengan situasi baru dalam hidup. Never underestimate them. Mereka boleh, jika kita sentiasa beri galakan.
JIKA ANAK KERAP SEMBELIT, SAKIT, SELESEMA BATUK, MULALAH USAHA SUPAYA ANAK SUKA MAKAN MAKANAN SEMULAJADI,
SALAH SATUNYA: BAWANG.
• Bawang kaya prebiotik, sejenis bahan yang bagus untuk usus dan penghadaman anak, bantu elak sembelit.
• Prebiotik dalam bawang adalah stabil keadaannya walaupun dimasak. Ajak anak sukakan bawang untuk khasiat optimumnya.
• Bawang bagus untuk anak-anak yang sedang membesar. Ia bantu otak yang cerdas, pengaliran darah yang baik. It is BRAIN FOOD FOR KIDS.
Ads
• Sistem saraf anak juga terjaga jika jadikan bawang salah satu bahan dalam diet harian.
• Anak batuk dan selesema, bawang bantu singkirkan kahak dan hingus dengan lebih cepat.
• Letak hirisan bawang dalam masakan atau jika anak belum dapat terima, hancurkan sebelum masak lauk dan pastikan anak makan kuahnya. Juga boleh buat onion rings, cucur dan letak bawang dalam nugget, sosej homemade. Letak dalam sup, ajak anak hirup kuahnya.
• Memang ramai anak kurang sukakan rasa bawang. Tapi kita juga ada banyak cara dan usaha untuk bantu mereka suka. Understand our kids.
Ads
• Usah komplen. Kita encourage dan puji usaha mereka walaupun baru makan sepotong kecil bawang hari ini. 🙂
• Elak kata kata “Anak saya ni susah sangat nak makan makanan sihat. Degil tak boleh bawa bincang.”
Kata-kata adalah doa. Doa ibu bapa itu sangat makbul. Peliharalah kata kata kita walaupun ia perkara betul. Beri sokongan pada mereka
Ads
“Tak apa, hari ni Abang makan 1 bawang, Mama bangga sangat. Esok kita cuba 2 okay? Mama tahu Abang boleh dan mesti boleh.” Simple je kata kata tu, tapi itulah yang anak akan ingat. Itulah yang akan jadi doa.
Bukan main banyak stok makanan di dapur. Sepanjang tempoh PKP ni, kita akan tambah stok banyak-banyak supaya tak susah untuk keluar lagi. Sebaiknya belilah bekalan yang mencukupi sekurang-kurangnya untuk dua minggu untuk memudahkan urusan di dapur.
Ada sesetengah bahan dapur yang tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Sesetengahnya perlu disimpan bagi kerana ia memerlukan suhu sejuk untuk bertahan lama. Nana Ruzanna ada berkongsi tentang pengurusan peti ais yang betul di laman Facebooknya.
Ikuti perkongsian ini.
1. #SOS Ini termasuk sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonaise yang sudah dibuka. Ada yang suka simpan kat luar tapi cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais. Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis “refrigerate after opening”.
Ini untuk mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol. So nak simpan kat mana? Kat bahagian pintu peti ais.
2. #SUSU 🥛 🥛 Ok next susu. Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dalam peti ais dibahagian pintu peti. Sebelum simpan kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca). Elakkan simpan dengan tin-tin sekali dalam peti ais, sebab kita tahu dalam peti keadaannya lembap dengan oksigen, boleh mengalakkan pengaratan pada tin. For safety reason tu belum lagi kalau terambil terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah nanti.
Susu segar/ susu kotak simpan kat bahagian dalam, jangan simpan kat bahagian pintu. Bahagian pintu suhunya paling tak stabil, berubah ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu cepat rosak.
3. #TELUR 🥚 🥚 Cara menyimpan telur dengan betul. Ada dua cara :
📌Simpan di luar peti ais 👉Lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab satu: ada tarikh best before dicetak pada bekas telur, kedua: telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum dimana telur kuning dia berada ditengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang2nya sebelum best before date) 👉Jangan dibasuh, disebabkan dikulit telur ada satu lapisan perlindungan untuk menghalang bakteria masuk dalam telur dan percepatkan proses telur rosak. 👉Simpan ditempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan sekejap panas sekejap sejuk.
📌Simpan dalam peti ais (chiller) 👉Jangan disimpan di bahagian pintu peti ais. Seeloknya hendaklah disimpan di bahagian dalam peti (bahagian shelf) sebab pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cepat rosak. 👉Kalau disimpan bahagian dalam peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat untuk elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jangan dibasuh for same reason as above) dengan makanan lain dalam peti ais. Jangan dibasuh telur, nak masak baru basuh.
4. #UBAT-UBATAN 💊💊 Ramai yang suka letak ubat dalam peti lagi-lagi bahagian pintu peti ais,kan? Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bahagin pintu peti ais. Kalau kita simpan kat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita cepat rosakkan dia lagi ada.
Ubat-ubat cecair sangat sensitif dengan haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Kita pun tahu dalam peti ais tu kawasan nya lembap. Lagipun kat botol ubat ada label “keep in dry and cool place” bukan cool peti sejuk ye. Memadai dalam kabinet yang jauh dari cahaya matahari dan agak dingin.
So nak simpan kat mana, simpan je dalam kabinet/pantry. Ubat dah buka atau belum simpan je dalam pantry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So penting nya bila bukak cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu.
Setiap ibu bapa pasti mengimpikan untuk memiliki anak yang sihat dan sempurna dalaman serta luarannya. Disebabkan itu, isu berat badan akan sangat dititikberatkan. Ibu bapa semestinya tidak mahu anak mereka terlalu gemuk atau obesiti kerana ia akan mendatang pelbagai jenis komplikasi kesihatan yang lain. Selain itu, ibu bapa juga tidak mahu anak mereka terlalu kurus kerana ia turut menjejaskan kesihatan anak mereka.
Berat badan yang normal dan ideal bagi seorang kanak-kanak adalah berbeza mengikut BMI, jantina dan pelbagai lagi kondisi yang lain. Oleh itu, ibu bapa seharusnya bawa anak berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kepastian mengenai berat badan yang normal dan ideal untuk anak anda.
Apakah punca anak anda terlalu kurus?
Sebenarnya, turun naik berat badan bagi kanak-kanak adalah normal. Namun jika perubahan ini berlaku secara mendadak, ia merupakan suatu perkara yang perlu dirisaukan. Kanak-kanak akan mengalami kehilangan berat badan sekiranya mereka tidak mengamalkan tabiat pemakanan sihat, mempunyai kadar metabolisma yang rendah atau menghidapi suatu jenis penyakit. Ini seterusnya akan memberi impak yang sangat membimbangkan kepada kesihatan dan tumbesaran mereka.
Selain itu, ada juga kondisi kesihatan lain yang boleh menyumbang kepada masalah anak anda terlalu kurus. Berikut merupakan kondisi kesihatan tersebut:
Bagaimanakah mengatasi masalah ini?
Sebagai ibu bapa, anda perlu memainkan peranan yang sangat besar dalam memastikan anak anda yang terlalu kurus untuk tidak putus asa dan berpuas hati dengan berat badan yang mereka punyai ketika ini. Paling penting, anda perlu terapkan semangat kepada anak anda agar mereka makan dengan lebih banyak dan bijak. Berikut merupakan beberapa tip yang boleh diiikuti untuk mengatasi masalah ini:
1. Makan secara konsisten
Majoriti kanak-kanak akan makan mengikut kemahuan dan bukan keperluan mereka. Ini merupakan salah satu faktor anak anda terlalu kurus. Anda sebagai ibu bapa seharusnya membuat jadual pemakanan yang teratur dan pastikan mereka mematuhinya. Jangan sesekali biarkan anak anda terlewat waktu makan kerana ia boleh menyebabkan anak anda kehilangan nutrisi-nutrisi yang penting untuk tumbesaran.
2. Makan dalam kuantiti yang lebih besar
Kanak-kanak sangat gemar untuk makan dalam kuantiti yang kecil kemudian tidak menghabiskan makanannya. Ini juga merupakan faktor anak anda terlalu kurus. Anda perlu menggalakkan mereka makan dalam kuantiti, bahagian atau saiz makanan yang lebih besar di dalam satu pinggan sajian. Jika mereka meminta untuk menambah makanan lagi, jangan teragak-agak untuk memberikannya kepada mereka.
3. Makan makanan yang berkalori tinggi
Kalori merupakan pemangkin kepada pertambahan berat badan yang bagus dan cepat. Baca label yang terdapat pada makanan untuk mengetahuinya. Selain itu, anda juga boleh mengikuti panduan berikut untuk menambahkan kalori pada jenis makanan ini:
4. Minum minuman yang berkalori tinggi
Selain makanan, minuman yang berkalori tinggi juga dapat membantu anak anda menambahkan berat badan mereka. Antara contoh minuman yang berkalori tinggi adalah jus buah-buahan dan susu rendah lemak.
5. Makan makanan yang berlemak
Walaupun berbunyi agak klise, makanan yang berlemak tinggi adalah makanan yang terbaik untuk menambahkan berat badan anak anda. Antara contoh makanan berlemak sihat adalah kekacang, avokado, mentega kacang dan minyak zaitun.
Buah-buahan adalah kuncinya
Selain itu, ibu bapa juga perlu tahu bahawa pengambilan beberapa jenis buah-buahan juga mungkin boleh buat anak anda menjadi lebih gemuk. Wah, apakah buah-buahan berikut? Berikut adalah jawapannya:
Buah ara
Buah ini boleh dikategorikan sebagai sumber serat dan kalium yang baik. Percaya atau tidak, ia sebenarnya mengandungi jumlah gula yang agak serupa dengan gula-gula biasa. Ia mengandungi sekitar 27 gram setiap satu. Jadi, ia sudah pasti merupakan antara buah-buahan yang boleh mungkin meningkatkan berat badan anak anda. Cuma pastikan mereka tidak ambil dalam kuantiti yang terlalu banyak, ya?
Pisang
Buah ini sangat sesuai diambil semasa sarapan pagi. Ia bukan sahaja akan dapat menghilangkan rasa lapar, namun ia juga mengandungi sehingga 180 kalori. Dalam pada itu, ia juga mengandungi kadar serat, kalium dan vitamin C yang tinggi, menjadikan ia buah yang boleh meningkatkan berat badan anda. Jadi, anda sudah boleh minta anak anda ambil buah ini atau jika mereka kurang gemarkannya, boleh jadikannya minuman atau smoothie.
Mangga
Buah ini adalah antara buah-buahan yang boleh meningkatkan berat badan anak anda ekoran jumlah vitamin C dan seratnya yang sangat banyak. Namun, ia juga mengandungi kandungan gula yang tinggi. Ya, ia mungkin berita baik bagi individu yang ingin menaikkan berat badan mereka, namun, ia mungkin akan mengakibatkan masalah lain pula seperti diabetes. Jadi, anda mungkin boleh ambilnya sebagai pencuci mulut dan dalam jumlah yang sederhana.
Avokado
Buah ini adalah alternatif kepada krim berat atau mana-mana produk tenusu yang sudah pasti boleh meningkatkan berat badan anak anda. Namun, jika anda tidak mahu berat badan anak anda naik terlalu banyak, beri mereka buah ini dalam jumlah yang sederhana sahaja. Ini kerana ia mempunyai lemak mono tepu dan kalori yang sangat tinggi. Jadi, sila berjaga-jaga ya?
Ceri
Buah ini walaupun kecil sahaja, ia mengandungi pelbagai manfaat seperti kalium yang mampu membuang sodium berlebihan di dalam badan sekali gus mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Namun, pengambilannya yang terlalu banyak akan meningkatkan kadar gula dalam darah, sama seperti buah-buahan yang lain. Jadi, sama juga seperti buah yang lain, minta anak anda ambil dalam jumlah yang sederhana sahaja okay?
Namun, segala jenis makanan dan buah-buahan yang dinyatakan ini adalah cadangan semata-mata. Ia mungkin boleh atau tidak mampu meningkatkan berat badan anda. Sebaiknya dapatkan pandangan pakar nutrisi atau pakar pediatrik untuk merealisasikan hasrat anda itu.
Konklusi
Kesimpulannya, anak terlalu kurus mungkin akan membuat anda berasa gagal sebagai ibu bapa. Namun, anda tidak seharusnya berasa begini dan cuba beri mereka makanan yang diperkatakan dalam artikel. Sebaiknya, dapatkan pandangan pakar terlebih dahulu okay?
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resipi biskut telur, menu kudap-kudap waktu petang untuk anak-anak. Sememangnya biskut kering menjadi pilihan kudapan yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
Enak dinikmati bila-bila masa sama ada untuk sarapan pagi, minum petang dan minum malam, biskut kering sering dihidangkan bersama kopi dan teh ‘O’ panas. Pendek kata biskut kering sangat sesuai dijadikan makanan untuk mengalas perut sebelum waktu makan utama.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Adizul Semerbak berkongsi menu biskut telur. Mungkin ramai tidak menyangka biskut kering yang biasa dicicah bersama kopi dan teh ini boleh dijadikan satu menu yang cukup unik.
Menurut AdiZul, hidangan tersebut enak dinikmati begitu sahaja tanpa perlu dimakan bersama nasi atau roti. Biskut telur ini sangat sedap dimakan ketika masih panas.
Berikut resipi biskut telur seperti yang dikongsikan oleh Adizul Semerbak
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur
1/2 kg biskut petak kecil
Bawang besar/bawang merah
Cili hijau/merah
Sedikit garam
4 sudu makan minyak masak
Sedikit marjerin
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. Hiris bawang dan cili.
2. Pukul telur dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam. Campurkan dengan bawang dan cili yang telah dihiris tadi.
3. Seterusnya masukkan biskut, gaul-gaul dan biarkan seketika.
4. Panaskan kuali, masukkan minyak masak. Apabila minyak telah panas, kecilkan api dan masuk biskut tadi.
5. Balik-balikkan supaya semua biskut masak sekata. Boleh juga tambah sedikit marjerin di dalam kuali semasa membalik-balikkan biskut. Siap untuk dihidangkan.
Ada warga maya memaklumkan bahawa ibu bapanya biasa memasak menu itu untuk dinikmati seisi keluarga. Rupa-rupanya ramai juga warga maya yang pernah makan menu istimewa berasaskan biskut kering ini.
Sumber: Adizul Semerbak ( Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official)
Anak jadi pandai tidak semestinya memerlukan kelas mahal. Ketahui rahsia sebenar yang diamalkan ibu bapa untuk membantu anak membaca, belajar dengan yakin dan cemerlang di sekolah.