Dalam musim panas hujan ni, cuaca tak menentu dan kesihatan semua orang pun dah up and down terutamanya anak kecil, pemantauan ibu bapa sangat penting. Ini kerana anak lebih terdedah dengan perubahan cuaca (ke taska, main dengan kawan-kawan, bercampur dengan mereka yang tak sihat dan lain-lain).
Selalunya ibu-ibu bimbang bila anak dah mula demam bila suhu dah cecah 38-39’C. Waktu ini ibu bapa kena betul-betul pastikan tiada sebarang masalah pada anak.
Menurut perkongsian Dr Suriyakhatun sekarang ini adalah musim flu. Berdasarkan kes yang diterimanya ada pesakit yang positif influenza A dan influenza B.
Langkah pencegahan, jangan bawa anak keluar ke tempat ramai orang, tanya guru taska ada tak anak demam, jika ada, jaga sendiri dulu lah.
Jika ada escalator dan lif guna escalator. Jika anak kita yang demam segera bawa doktor untuk periksa, jangan bawak jalan anak yang disahkan influenza dan jangan pergi taska selagi belum baik demam.
Ads
Pastikan anak makan makanan seimbang dan berkhasiat, tambahkan makanan yang tinggi vitamin dan zat galian.
Rasanya dengan cuti sekolah minggu depan lagi ramai akan dapat flu ni.
Gambar ujian rapid test untuk flu.
Ads
C control. Jika ada line kat A influenza A, jika line kat B influenza B. Sampel adalah swab dari dalam hidung.
Gejala penyakit:
Demam dulu atau sakit tekak dulu. Lepas tu sakit kepala, sakit badan, batuk selsema dan bersin. Tidur terganggu. Mungkin juga ada cirit dan loya serta muntah. Tidak semua orang ada gejala sistem Gastrointestinal ini.
Ads
Bagi individu yang biasa lelah, flu boleh cetuskan lelah.
Komplikasi lain termasuk pneumonia dan secondary infection dengan bakteria. Kahak akan tukar jadi kuning dan pekat. Mungkin kena dirawat di hospital bila ada komplikasi.
Saya sendiri rawat diri saya dengan penawar Homeopathy tanpa guna paracetamol.
Masa demam saya rehat ( bed rest) minum lebih air dan ambil ascorbate serta extract kunyit. Bila lenguh sangat saya guna hot packs. Saya elak ubat drug sebab ia akan panjangkan durasi demam. Ini untuk diri saya, mungkin ada orang yang tidak begitu. Saya juga elak drugs sebab saya alah banyak drugs dan menjadi lemah selepas baik dari demam jika saya ambil antihistamine, ubat batuk dan paracetamol. Antibiotik tidak di perlukan untuk influenza sebab ia virus.
Paracetamol, ubat kahak, tamiflu, ubat batuk, antihistamine adalah rawatan doktor konvensional untuk flu.
Kisah anak syurga, Muhammad Yusoff yang disahkan menghidap penyakit hydrocephalus berakhir apabila Allah dah ambil buat selamanya untuk berehat di taman syurga. Penderitaan yang dialami oleh arwah Yusoff sejak lahir itu telah mendapat perhatian ramai.
Menerusi perkongsian di Facebook Asma Assakinah, pemergian anak syurga ini di saat orang ramai membantunya untuk mempercepatkan urusan pembedahan tak kesampaian apabila arwah pergi dalam keadaan cukup tenang pada 29 Disember lalu.
Alhamdulillah jenazah adik yusoff telah selamat di semadikan.Alhamdulillah jugak telah selesai amanah menyerahkan seluruh baki sumbangan kepada mak angkatnya Puan Anita sebanyak RM27,740.00.
Terima kasih kepada semua penyumbang dan kepada semua yang tidak putus mendoakan, janji Allah itu pasti, baby Yusoff telah menunggu kalian semua di sana untuk memberi syafaat kelak InsyaAllah.
Aamiinn Allahhumma Aamiin. Muhammad Yusoff menjadi kisah yang sentiasa abadi di ingatan. Memory tahun 2020.
Sementara itu, menurut Asma Assakinah lagi, ada individu yang tak bertanggungjawab terus membuat kutipan dengan menggunakan gambar dan nama arwah.
Dapat berita, ada yang mengatakan bahawa ada hamba Allah buat kutipan untuk baby bernama Yusoff dan menggunakan gambar arwah baby Yusoff tapi berlainan akaun.
Sekali lagi di ingatkan kepada semua, segala bentuk sumbangan untuk arwah baby Yusoff kita dah hentikan serta merta sejak 28/12/2020 lagi, boleh refer post sebelum ni di wall fb saya. Terima kasih.
Sumbangan buat anak syurga Muhammad Yusoff DITUTUP & telah DIHENTIKAN.
Sebelum ini kisah arwah baby Yusuff mendapat perhatian apabila memerlukan pembedahan segera untuk penyakitnya itu.
Walaupun baby Yusuff ini dijaga oleh ibu angkat, kasih sayang dan doa orang ramai sentiasa mengiringinya setelah ibu kandung baby Yusuff menyerahkan kepada ibu angkat untuk di jaga. Difahamkan ibu kandung baby Yusuff ini adalah warganegara Indonesia.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sehingga kini, tidak jelas punca sebenar yang menyebabkan penyakit ekzema. Ekzema bukanlah penyakit berjangkit, tetapi ianya adalah satu masalah alahan yang diwarisi dan juga bersangkut paut dengan sistem imun badan bayi yang kurang matang.
Selain itu, ekzema mungkin berpunca dari tindakbalas alahan terhadap makanan, bahan pencuci yang mendatangkan alahan kepada seseorang. Tapi betul ke sesetengah makanan atau produk memberikan kesan kepada semua pengidap? Atau hanya kepada individu sahaja?
Fakta vs mitos yang anda perlu tahu
1. Produk Tenusu
Mitos – Produk tenusu itu mencetuskan ekzema
Fakta – Cuma sesetengah bayi sahaja yang ada alahan kepada susu lembu. Walaubagaimanpun, produk tenusu seperti yogurt mengandungi bakteria sihat yang dikenali sebagai probiotik sebaliknya mungkin boleh membantu. Penyelidik di Universiti Michigan mengesyorkan probiotik sebagai sumber yang berguna untuk mengurangkan gejala-gejala ekzema.
Memandangkan anak-anak berekzema mungkin mempunyai intolerans makanan atau alahan, probiotik boleh membantu kerana ia menggalakkan fungsi pencernaan. Gabungkan yogurt atau lain-lain produk tenusu kultur secara tetap untuk hasil yang terbaik. Makanan tambahan lain yang mengandungi probiotik termasuk tempe, sauerkraut, dadih dan miso elok juga di tambah pengambilannya.
Mohon perhatian yang kajian yang lebih mendalam diperlukan untuk mengesahkan kebaikan probiotik terhadap anak-anak berekzema.
Untuk mencegah ekzema pada bayi pula, penyusuan ibu amat digalakkan secara eksklusif sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan pertama dalam kalangan bayi dalam keluarga yang cenderung mendapat asma, ekzema dan alergi kerana ia didapati boleh menurunkan kadar ekzema.
2. Ikan
Mitos – Ikan tidak digalakkan untuk diambil dalam hidangan kerana boleh menyebabkan kegatalan kulit pada penghidap ekzema
Fakta – Cuma sesetengah bayi sahaja yang ada alahan kepada ikan. Pemakanan ikan berlemak yang kaya dengan omega-3 seperti salmon dan herring mungkin baik untuk pesakit ekzema. Minyak ikan mengandungi kandungan omega-3 tinggi dikatakan dapat mengurangkan keradangan. Walaubagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkan kebaikan minyak ikan terhadap anak-anak berekzema.
3. Vaksin
Mitos – Jangan vaksinkan anak, semua vaksin berpotensi mencetuskan ekzema yang ada dalam badan penghidap
Fakta – Vaksin tidak menyebabkan terjadinya ekzema tetapi ianya adalah satu reaksi tekanan terhadap sistem imun, dan ini boleh menyebabkan ekzema itu ‘flare’.Kandungan vaksin adalah antigen. Antigen tersebut akan merangsang sistem imuniti badan utk hasil kan antibodi. Penghidap ekzema yang alahan teruk kepada telur, mungkin juga aka mendapat reaksi flare apabila disuntik vaksinflu dan MMR kerana vaksin ini diperbuat dengan menggunakan embrio ayam.
4. Air Panas
Mitos – Mandikan anak dengan air panas dan tambah garam untuk redakan kegatalan
Fakta – Elakkan mandi air panas kerana ianya menambahkan kering kulit. Berendam di dalam tub mandi dengan suhu air biasa adalah digalakkan dan ringkaskan mandian. Gunakan sabun lembut untuk kulit sensitif sahaja. Selepas mandi, segera pakaikan pelembap yang sesuai.
5. Berjangkit
Mitos – Ekzema boleh berjangkit
Fakta – Tidak. Ianya bukan satu jangkitan tetapi satu masalah kompleks yang berkaitan dengan gen yang diwarisi, sistem imun bayi yang tidak matang dan masalah persekitaran. Risiko adalah lebih tinggi jika ada sejarah alahan keluarganya samada asma (lelah), resdung (allergic rhinitis) dan ekzema atopik.
6. Ada Ubat
Mitos – Ekzema ada ubat penyembuh
Fakta – Tidak. Ekzema tiada ubat penyembuh tetapi ada pelbagai cara untk merawatnya dengan baik. Masalah ekzema boleh berulang-ulang apabila ada pencetusnya. Berita baiknya ialah 60% dari kanak-kanak akan pulih dengan sendirinya apabila dia meningkat remaja kemungkinan kerana sistem imunnya sudah matang.
7. Pelembap Yang Mahal
Mitos – Produk popular atau organik semestinya ialah yang paling baik untuk ekzema
Fakta – Tidak. Semua pelembap ada kelebihan dan kekurangan tersendiri, dan tiada satu pelembap di pasaran pun yang boleh dikatakan paling sempurna. Contoh pelembap yang baik adalah jenis yang boleh mengekalkan kelembapan kulit dan selesa dipakai, dan tidak terlalu mahal. Gunakan pelembap asas yang murah jika ada masalah kos, kerana pelembap mesti dipakai dengan kerap dan banyak terutama jenis ekzema yang kering, dan ini boleh meningkat kan kos perbelanjaan untuk mengawal ekzema. Pemillihan pelembap adalah bergantung kepada kesesuaian bayi terhadap bahan-bahan isi kandungannya, kekeringan kulit, cuaca, aktiviti yang sedang dijalankan, kawasan kulit dan kos.
8. Steroid Berbahaya
Mitos – Sapuan semua jenis steroid adalah merbahaya.
Fakta – Tidak. Krim atau minyak sapuan steroid adalah salah satu cara rawatan paling utama dalam membendung keradangan ekzema ini. Ianya berkesan melegakan iritasi dan gejala kegatalan ekzema. Biasanya doktor yang merawat akan memberikan ubat sapu ini untuk digunakan semasa tempoh keradangan tersebut, dan sapuan ini dihentikan apabila keradangan sudah reda. Ada pelbagai jenis ubat sapu steroid dipasaran, dan ianya dikategorikan kepada potensi (kekuatan) ubat sapu steroid itu, kepada ubat steroid yang lembut, sederhana lembut dan kuat . Penggunaan ubat sapu steroid adalah sangat efektif untuk semua jenis ekzema dan selamat jika digunakan dengan betul.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila sebut soal anak, suami isteri dah ada perancangannya. Cuma selepas setahun berkahwin belum ada tanda-tanda hamil, jangan berlengah. Mungkin ada masalah tertentu dan memerlukan penyelesaian pakar.
Begitu juga buat pasangan yang dah ada anak pertama tetapi nak dapatkan anak kedua susah lekat, jangan tunggu. Berikut antara tip yang dikongsikan oleh Pakar Sakit Puan & Perbidanan, Dr Hamid Arshat.
11 Cara Mudah Hamil Untuk Wanita & Pasangan Berkahwin
1. ELAK MENANGGUH KEHAMILAN TERLALU LEWAT
Tahukah anda, wanita sebenarnya paling subur sebelum umur 20 tahun. Masa itu belum tumbuh endometriosis , fibroids dan lain-lain penyakit peranakan.
Dengan keadaan ekonomi tidak menentu kini, kita faham ramai yang perlu merancang kehamilan dengan teliti.
Namun sebaiknya disarankan jika ada jodoh jangan tangguh terlalu lewat walau pun masih mengejar pendidikan tinggi dan
2. JUMPA DOKTOR CEPAT JIKA ADA GANGGUAN HAID
Lebih 80% akan hamil satu tahun lepas kahwin. Jika ada senggugut atau gangguan haid janganlah menganggap ia sebagai perkara biasa. Pastikan anda jumpa doktor untuk periksa peranakan dan ujian kesuburan.
3. PASTIKAN TAHAP KESIHATAN SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN TERBAIK
Tentukan status kesihatan suami isteri dalam keadaan yang terbaik. Buat rawatan jika ada penyakit.
4. PASTIKAN PASANGAN TIDAK MEMPUNYAI MASALAH SEKSUAL
Mampu buat hubungan seksual yang sempurna dan memuaskan, tidak kiralah bagi pihak isteri ataupun suami.
Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri kerana mengalami masalah kesihatan seksual tanpa disedari. Berbincanglah dengan pakar untuk mendapatkan kepastian tentang hal ini.
5. GUNAKAN WAKTU SUBUR ISTERI SEBAIK MUNGKIN
Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isteri teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation pada hari ke14 jika pusingan 28 hari dan subur hari ke 16 jika pusingan 30 hari. Waktu subur boleh dikesan oleh catitan suhu BBT dan ovulation test kit BBT.
6. HUBUNGAN SEKSUAL JUGA PERLU ADA STRATEGI
Hubungan seksual selang malam mulai hari ke12 hingga hari ke 20. Kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam.
Baca fatihah, ayat Qursi dan tiga Qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan.
Panduan doa ketika mendatangi isteri :
بِاسْمِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ، وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
Maksudnya: Ya Allah, Ya Tuhanku, hindarilah daripada syaitan dan singkirkanlah syaitan itu dari apa yang Engkau rezekikan kepada kami (anak). Sesungguhnya jika ditakdirkan (Allah) buat kamu berdua anak pada waktu itu, maka anak tersebut tidak akan dimudharatkan oleh syaitan selamanya.” [Riwayat al-Bukhari (6388)]
Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah punggung selama 2-4 jam atau terus tidur.
Jika ada peluang pergi cuti ditempat peranginan ketika isteri subur.
7. TENANGKAN JIWA DAN FIKIRAN
Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat untuk menjayakan kehamilan.
Exercise selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki , jogging , kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah. Buat senaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise.
Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT. Baca quran 2-3 muka setiap hari. Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.
8. KAWAL BERAT BADAN
Salah satu perkara yang sering diingatkan ialah kawal berat badan. Kegemukan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telur/ovulation.
9. MAKAN MAKANAN BERKHASIAT
Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Sebaiknya 70% makanan dari bahan-bahan segar mentah – buah dan sayuran. Minum jus segar dari buah-buahan dan sayur-syauran.
Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods . Rujuk garis panduan Piramid Makanan Malaysia 2020 yang terkini oleh KKM.
10. MAKAN MAKANAN TAMBAHAN, SUPPLEMEN DAN VITAMIN
Makan supplemen multivitamin seperti vitamin E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.
11. LAKUKAN UJIAN MEMBANTU KEHAMILAN JIKA PERLU
Terdapat beberapa prosedur-prosedur ujian menghasilkan kehamilan:
• Xray HSG untuk buka saluran falopian menghasilkan kehamilan dalam 30% dalam tempoh 3-6 bulan.
• Begitu juga prosedur D&C hydrotubation.
• Rawatan suntik benih suami IUI juga menghasilkan 10 – 30 % kehamilan.
• Ubat subur clomid dan ubat subur suntikan gonadotropin juga sama hasilnya.
• IVF ICSI begitu juga hasilnya 30 % kehamilan dengan kos tinggi RM15 – 20K.
• Pembedahan laparoscopy / minilaparotomy untuk mengatasi pelbagai penyakit – cyst, fibroids, endometriosis , tubes blocked dan lain2 menghasilkan 50 – 60% kehamilan dalam jangka panjang.
Semoga bermanfaat untuk semua wanita dan pasangan yang mengimpikan zuriat. Insha Allah.
** Nak shopping barangan bayi pada harga yang berbaloi, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!