Apabila kita mengherdik dan membentak anak, isyarat “TAKUT” dihantar oleh telinga kecilnya ke amygdala otak hanya dalam masa 1/12,000 saat. Dan itu hanya untuk sekali herdikan. Apabila kita terus-terusan mengherdik dan membentak, kita telah membanjiri otak anak kita dengan bahan kimia yang menyebabkan tekanan/stres. Ketika ini, apa yang dilakukan oleh otak anak adalah memberitahu mindanya supaya mendiamkan diri, memberontak atau mematuhi untuk berasa lebih selamat.
Apabila trauma kecil ini ditangani dengan baik (seperti menjalinkan semula hubungan mesra dengannya), sistem dan otak anak kita boleh “DIBETULKAN” untuk berfungsi semula. Tetapi, apabila tiada langkah pembaikan malah berterus-terusan berlaku, otak anak kita akan membuat perubahan yang perlu untuk melindungi dirinya daripada ketakutan dengan menjadi defensif atau memberontak.
Apa pula yang berlaku kepada kita? Apabila kita marah, mengherdik dan membentak, kita juga membanjiri otak sendiri dengan bahan kimia yang menyebabkan stress/tekanan, yang seterusnya mengganggu sistem imun, meningkatkan tekanan darah, dan menghindarkan otak kita untuk rasa empati serta mengurangkan keupayaan kita untuk mengawal diri sendiri.
Bagaimana kita boleh menenangkan diri? Berikut adalah beberapa cadangan …
Beristighfar
Tarik nafas panjang dan lepas nafas
Ads
Senaman
Senyum/ketawa
Pelukan/belaian
Ads
Solat sunat/berdoa
Bertafakur
Ads
Dan semua ini adalah PERCUMA! Mari kita praktiskan untuk mendapatkan ketenangan. InsyaAllah, otak yang mengalami stress/tekanan akan menjadi tenang, serta meningkatkan kesihatan yang baik secara keseluruhan.
Seorang ibu telah menceritakan bahawa setiap kali beliau berasa ingin marah, mengherdik dan membentak anak, beliau akan cepat-cepat berdiri di hadapan cermin. Di hadapan cermin itu, beliau menilik wajahnya sendiri. Beliau melihat wajahnya yang buruk dan menakutkan. “inilah sebenar wajah yang dilihat oleh anak. Sungguh menakutkan. Kalau aku sendiri pun takut, anak aku apatah lagi” katanya di dalam hati. Dari situ timbul rasa keinsafan dalam dirinya. Tentu sekali tidak ada ibu yang sanggup apabila memikirkan bahawa anak memandang kita seperti HANTU. Dalam hati tentu akan rasa sedih.
Sumber: ibubapacemerlang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengapa anak kita ‘pantang’ tengok tangga, grill pintu atau sofa suka sangat MEMANJAT? Anda silap jika melarangnya!! Mengapa ya?
Ingat kalau anak kita dah masuk umur 1 hingga 2 tahun, JANGAN terkejut mereka dah mula suka memanjat sofa, pintu grill, baby cot dan tangga rumah. Kadang-kadang di tempat awam dan umah orang pun anak tak boleh duduk diam. Mereka lasak memanjat sana sini. Ni yang buat kita rasa malu sangat.
Menurut Dr Rahim, pada waktu ini anak suka memanjat BUKANnya kerana HYPERAKTIF, bukan anak BERMASALAH atau NAKAL. Bukan! Bukan! Bukan! Ni perspektif fikiran ibu bapa yang SILAP!. Tapi ia adalah salah satu SKILL penting & BARU dalam perkembangan motor kasar pada diri dan perkembangan otak anak tu ketika pembesaran dirinya.
Saya nak anda fikir sejenak:
i) Anak yang baru lahir terus menyusu dari Kita tak pernah mengajarnya. Skill tu ANUGERAH ALLAH cara automatik dalam proses perkembangan bayi yang normal. Bagitu jua belajar MENIARAP, BERANGKAK, DUDUK, BERDIRI danBERJALAN. Anda tak perlu bagi tuisyen kepada anak, bukan????
ii) Anda tak payah ajar anak anda macam mana nak MEMANJAT. Tpi SKILL SPECIAL MEMANJAT ni ANUGERAH ALLAH terjelma bila tahap perkembangan bayi tu tiba waktunya dalam perkembangan otak yang normal. Sebabnya ketika ni mereka dah mula ada Deria Vestibular (deria pergerakan & keseimbangan). Ini yang menyebabkan mereka suka memanjat dan cuba deria tersebut lalu kelamaan dapat pupuk SKILL tu dalam dirinya dengan baik dan berguna pada masa depan mereka.
Memanjat memang normal dan adalah satu KEPERLUAN dalam perkembangan anak-anak. Masa kecil dulu kita pun bebas panjat pokok dan main-main panjat tangga dan papan gelonsor.
Tapi sekarang ni, mak ayah sibuk dengan karier hingga balik larut malam cari DUIT. NO TIME dengan anak-anak di taman permainan. Sebab tu anak-anak zaman sekarang suka memanjat dalam rumah untuk dapat skill daripada Deria Vestibular yang sedang berkembang dalam dirinya.
Nasihat doc:
– Biar je anak anda nak naik turun tangga dirumah. JANGAN halang mereka menguatkan skill ni. Hanya waspada mereka daripada jatuh dan cedera diri mereka je. – Anak nak panjat grill rumah, bagi je. JANGAN marah atau rotankan mereka. . JANGAN KATA MEREKA NAKAL! HYPERAKTIF! Patut kata GOOD…KEEP IT UP!!. Mak ayah kena faham ni ye. – Anak panjat sofa, RELAX je. Kalau rosak sofa tu beli yang baru. Maklumlah nak bagi anak develop skill. Jaga je baik-baik supaya JANGAN ada injury/ cedera je. – Ramai mak ayah buka tv dan beri gadget untuk UBAH ATTENTION anak daripada memanjat. Ini tindakan yang TAK BETUL & MEROSAKAN MINDA & DEVELOPMENT anak dengan media tersebut tanpa aktiviti lasak.
-Memanjat boleh buat Otot, Tulang, Sendi serta Deria Saraf Vestibular anak berkembang cepat dan lagi matang.
Rata-rata ibu bapa akan belikan anak-anak mereka mainan dan perhiasan tanda kasih sayang. Anak-anak ini suka sangat kalau mainan mereka ni warna-warni…ada bling-bling..bahagia rasanya bila tengok anak gembira.
Tapi ibu bapa kena hati-hati ya..sekarang ni kes kanak-kanak autisme dah jadi macam wabak. Sains belum menemui punca sebenar penyakit ini. Maka perkara kecil seperti ini harus diberi perhatian serius.
Tahu tak mak ayah yang prihatin, amatlah tinggi risiko bahan toksik PLUMBUM di dalam mainan anak- anak kita.
BAHAN MAINAN TERCEMAR PLUMBUM
Menurut Centre for Disease Control (CDC), sumber utama keracunan plumbum ialah:
1) Mainan kanak-kanak plastik.
– Plumbum digunakan untuk melembutkan dan menjadikan plastik lebih fleksibel.
– Apabila terkena cahaya matahari, udara dan detergen, plastik ini akan menjadi debu mengandungi plumbum tercemar.
2) Warna pada mainan kanak-kanak.
– Walaupun sudah diharamkan, pewarna tercemar plumbum masih lagi boleh didapati di pasaran.
– Pada tahun 2014, Kementerian Perdagangan mendapati banyak barangan mainan kanak-kanak yang diseludup masuk daripada China tercemar dengan logam berat plumbum ini.
BAHAN TOKSIK PLUMBUM
– Plumbum merupakan logam berat yang tidak mempunyai nilai paras yang selamat di dalam badan.
– Ia sangat toksik kepada sistem saraf, sistem darah dan organ hati dan buah pinggang.
– Keracunan akut (emergency) adalah jarang dan berkait pekerjaan.
– Keracunan biasanya adalah dalam dos rendah secara jangka masa panjang (kronik).
– Penyerapan dan keracunan pada kanak-kanak adalah lebih pantas berbanding dewasa.
– Kesan paling merisaukan ialah kepada sistem saraf yang mana kesan keracunan plumbum boleh menyebabkan KEROSAKAN KEKAL.
– Kajian saintifik merumuskan bahawa logam berat plumbum memberi KESAN BURUK YANG SIGNIFIKAN PADA DOS YANG RENDAH dan setakat ini rawatan secara “chelation” tidak dapat memulihkan kesan kerosakannya.
– CDC mengesahkan kanak-kanak dengan paras lebih rendah daripada 10 mcg/dL boleh menderita masalah:
1) Rendah IQ
2) Lambat bercakap
3) Hilang pendengaran
4) Masalah pembelajaran
5) Lambat atau kurang membesar
6) Masalah tingkahlaku seperti ADHD, agresif dan ganas.
Selain itu, kajian menunjukkan plumbum boleh mencemari susu badan dan juga bayi dalam kandungan.
Paras plumbum darah yang tinggi pada wanita hamil boleh menyebabkan keguguran, bayi kurang berat, bayi pramatang dan juga masalah perkembangan kemudiannya pada zaman kanak-kanak.
Menurut PROF. MADYA DR. MOHD. HASNI JAAFAR, Pakar Kesihatan Persekitaran dan Toksikologi, Pusat Perubatan UKM:
(Diterbitkan oleh Utusan Online, Jun 2017)
“Kajian darah pusat bayi baru lahir di Kuala Lumpur menunjukkan hampir 30% daripada mereka mempunyai paras plumbum
melebihi 10 mikrogram per desiliter, tahap yang dibenarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Satu kajian lain turut mendapati ibu-ibu hamil di kota ini mempunyai paras plumbum yang agak tinggi.
Kajian-kajian tersebut telah dilakukan pada awal tahun 2000, yang secara tidak langsung boleh meramalkan
akan berlaku peningkatan kes-kes juvana seperti buli, vandalisme, dadah dan kerosakan akhlak dalam jangka masa 15 tahun selepas itu.
Kini, pada 2017, kita dapat mendengar pelbagai masalah salah laku dalam kalangan remaja kita.”
SIMPTOM BERKAITAN KERACUNAN PLUMBUM
Semua sistem di dalam badan boleh terjejas kerana keracunan plumbum ini. Antaranya:
1) Hilang selera makan
2) Sakit perut
3) Muntah
4) Kurang berat badan.
4) Sembelit
5) Kurang darah merah.
6) Kerosakan buah pinggang.
7) Mudah marah/tersinggung.
8) Lesu
9) Masalah pembelajaran
10)Masalah tingkahlaku
11)Kebas hujung kaki dan tangan
12)Hilang memori
Dahsyat bukan kesan plumbum kepada kesihatan kita..semua sistem kita mungkin terjejas..perlahan demi perlahan.
Ini bukan bermakna tak boleh beli mainan. Cuma kita perlu lebih berhati-hati dan ambil langkah pencegahan.
4 LANGKAH PENTING PENCEGAHAN
1) Pilih mainan yang berlabel MC
( Malaysian Conformity).
Mainan ini mematuhi piawaian keselamatan termasuk bebas plumbum insha Allah.
2) Plumbum sangat minima kesannya jika bersentuhan berbanding melalui sedutan pernafasan ataupun mulut.
Maka jauhkan pewarna atau permainan yang mungkin tercemar plumbum daripada anak kecil yang suka masukkan mainan dalam mulut.
3) Elakkan mainan lama terdedah matahari . Buang sahaja jika plastik sudah mengeras dan luluh warnanya.
4) Sepertiga mainan daripada China didapati tercemar plumbum. Elakkan jika mampu. Jika tidak, mungkin perlu lebih penekanan tentang 3 point penting di atas.
Jika anda berminat mengetahui mengenai bahan mainan toksik plumbum, boleh rujuk katalog menarik dikeluarkan oleh badan jaringan NGO pembasmi bahan toksin POPs iaitu IPEN…
Barangan mainan ini mungkin sudah berada di rumah kita. Semoga kita dijauhi daripada bahaya logam berat toksik ini.. Jangan biarkan anak-anak kita menjadi mangsa kealpaan kita..
Satu hal yang mak ayah perlu perhatikan adalah melihat perkembangan anak pada semua perkara termasuklah mengenai isu sensori. Ada anak-anak yang mudah merasa sensitif dalam kebanyakkan perkara dan ini sedikit sebanyak menyukarkan mereka.
Menurut Pn Norsyamimi Rusli, Ahli Terapi Cara Kerja di Kementerian Pendidikan Malaysia, ada dikalangan kanak-kanak yang boleh merasa sakit apabila badan mereka disentuh. Dan ini merupakan contoh keadaan di mana kanak-kanak itu mengalami Tactile Defensiveness.
Ini yang mak ayah perlu tahu.
Tactile Defensiveness atau sensitif kepada deria sentuhan.
Deria sentuhan tergolong dalam 7 sistem deria yang pernah saya mention sebelum ini. Kanak-kanak yang mengalami masalah dengan deria sentuhan (terlalu sensitif) mungkin merasa sakit apabila badan mereka disentuh. Antara contoh-contoh keadaan di mana kanak-kanak mengalami Tactile Defensiveness ialah:
1. Tidak suka memakai pakaian yang diperbuat daripada certain fabrik. 2. Tidak suka memakai stokin. 3. Kesukaran memakai kasut. 4. Mengelak bermain dengan permainan ‘messy’ contohnya finger painting, playdough, slime dan pasir. 5. Mengelak dengan certain types of food texture. 6. Tidak suka dipeluk atau dicium. 7. Kesukaran dalam aktiviti penjagaan diri seperti gosok gigi, potong kuku dan rambut, serta memakai baju yang mempunyai ‘tag’.
Sekiranya anda mempunyai anak/murid yang mengalami keadaan seperti di atas, boleh la merujuk kepada terapi carakerja untuk penilaian lanjut.
Apa yang boleh dilakukan untuk meningkatkan rangsangan sensori sentuhan kepada anak/murid anda yang disyaki mempunya tactile defensiveness?
1. TIDAK MEMAKSA anak/murid anda menyentuh tekstur yang tidak disukainya.
2. Boleh pelbagaikan sentuhan kepada anak/murid anda. Mulakan dengan tekstur yang kering dahulu, kemudian tekstur basah, dan akhir sekali tekstur campuran kering dan basah. Contohnya, gunakan tepung dahulu. Kemudian sekiranya anak/murid sudah selesa boleh campur dengan air. Contoh lain boleh juga gunakan beras dan water colour.
3. Sekiranya anak/murid anda tidak suka menyentuh tekstur tersebut, boleh gunakan sudu, garfu dan sebagainya untuk menggalakkam mereka explore tekstur sesuatu bahan tersebut.
4. Gunakan sentuhan yang ‘firm’ apabila ingin menyentuh mereka. Ala2 ketika membuat massage. Sentuhan yang firm memberi kesan yang lebih menenangkan.
5. Heavy work activities atau kerja-kerja berat boleh juga membantu mereka bertenang. Contohnya seperti mengangkat bakul yang dipenuhi pakaian, mengangkat kerusi, buku, menyapu sampah, melakukan aktiviti wheelbarrow dan sebagainya.
Note: Kebiasaannya kalau buat intervention untuk kanak-kanak dengan masalah pemprosesan deria sentuhan ni memang lepastu bilik terapi akan bersepah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!