Jika kerap mengalami senggugut, susah mengandung atau kerap keguguran mungkin tanda penyakit endometriosis. Penyakit ini merupakan sejenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya.
Jika diperingkat teruk, wanita yang mengalaminya perlu dibedah buang rahim.
Untuk pengetahuan wanita, penyakit endometriosis ini disebabkan tisu-tisu darah haid, iaitu endometrium tumbuh diluar rahim. Darah haid tumpah ke belakang rahim, sering berlaku jika rahim retroverted atau pintu rahim sangat sempit. Sebab mengapa tisu-tisu endometrium tumbuh diluar rahim tidak diketahui, mungkin ada kaitan ketahanan atau imuniti yang lemah.
Awas jika anda ada tanda-tanda berikut:
Senggugut yang semakin teruk, bermula sejak umur remaja dan tidak hilang lepas kahwin.
Senggugut dan tidak hamil selepas lebih setahun kahwin.
Senggugut dan hamil tetapi sering gugur diawal kehamilan.
Mengalami sakit atau tidak selesa waktu persetubuhan dengan suami.
Sakit pinggang khususnya waktu haid.
Perdarahan tidak tentu masa disertai sakit dibawah perut.
Senggugut atau perdarahan setelah lama tidak melahirkan anak dan umur dalam lingkungan40an.
Jika didapati rahim retroverted (kebelakang) bila discan oleh doktor pakar gyne, berserta tanda-tandasenggugut dan sukar hamil atau sering gugur.
Jika ada tanda atau gejala tersebut ambil langkah berikut;
– Jumpa pakar buat scan vaginal atau TVS dimana akan dapat dikesan rahim retroverted, cyst dalam ovari dan dinding otot rahim menebal dibahagian dinding belakang.
– Buat bedah laparoscopy dan minilap untuk laser endometriisis, buang cyst, repair saluran fallopian jika sumbat, betulkan rahim yang retroverted kepada anteverted.
Ada kala saya lakukan pembedahan ini pada gadis yang mengalami senggugut teruk. Bertujuan mengawal kerosakan peranakan. Endometriosis adalah penyakit yang berterusan dan merosak peranakan.
Ads
– Lepas bedah penting untuk meningkatkan imuniti untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis dan meningkatkan peluang hamil. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, ambil langkah untuk kurangkan stres dan mengurangkan pendedahan kepada toksin.
– Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, seperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dan lain-lain.
Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung – donut, kuih-muih, ais krim, coklat dan berkaitannya. Jauhkan minuman ringan, jus dan kordial dalam botol atau kotak.
– Makan 70% bahan mentah dan segar, iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan lebih buah tempatan seperti betik, nenas, jambu batu, tembikai , buah naga dan sebagainya.
Saya galakkan makan ulam-ulaman, sayur bayam, bendi, terung, kangkung, cekur manis, daun turi dan keledek merah.
– Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji epal hijau, 2 lobak merah, 2 batang celery dan 1/4 buah betik. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
– Makan 2 biji telur separuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih.
Ads
– Makanan selingan (tea dan coffee break) – jauhkan makanan bergula dan karbohidrat. Makan buah atau segenggam campuran almond, gajus dan kacang. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.
Makan tengah hari – Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis karbohidrat.
Makan malam – Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kubis, lobak merah, brokoli dan cendawan. Atau buat rojak/pecal dari sayur kangkung, tauge, sengkuang, tempe, tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit, bawang putih dan merah serta serai . Gantikan nasi putih kepada brown rice.
Ads
– Suplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU. Makan juga goji beri, spirulina, rumpai laut.
Anak sakit memang buat semua ibu akan rasa susah hati. Tambah lagi bila asyik merengek, boleh jadi serba tak kena. Begitu juga yang berlaku pada pelakon Dayana Roza apabila anak sulungnya, Astrid Raheeya mengalami masalah sembelit lebih seminggu.
Berkongsi pengalaman tersebut di instagram, Dayana memberitahu anak perempuannya itu mula berdepan kesukaran untuk membuang air besar sehingga adakalanya mengalami pendarahan.
Dah seminggu lebih @astridraheeya poopoo keras dan kadang berdarah. Setiap kali poop mesti dia menangis. Dah tukar diet dia ke high fiber fruits & veggies pun sama. Hari rabu, lepas habis shooting umi call bgtau astrid masih menangis time poop. Jadi bawa Astrid pergi hospital untuk check. Memang dah plan kalau tak okay juga nak tukar susu tapi nak minta pendapat doktor dulu.
Tiba-tiba doktor cakap perut dia dah keras dan kena x-ray, bila result keluar rupanya poop Astrid dah penuh dan block sampai usus atas. Doktor cakap kena warded for blood test, masuk drip & flush poop dia.
Doktor cakap ada kes yang teruk sampai baby kena operate sebab dah flush pun tak keluar habis. Saya terus seram sejuk dengar & doa harap after flush terus okay. Tak nak sampai operate, tak sanggup.
Masa cucuk kat tangan dia untuk drip tu rasa hancur sangat hati tengok dia nangis. Hasil blood test result pula, memang dah mula ada infection & everyday kena inject antibiotic. Lepas tu Astrid alergik pulak dengan antibiotik tu naik merah macam kena gigit pepijat kat badan-badan dia. Tapi dah okay lepas tukar ubat.
Dalam sehari tak tau la berapa kali Astrid nangis kat hospital, dia trauma nampak nurse masuk, menangis merengek je sebab perut tak selesa kot lepas kena flush. Tidur pun tak cukup macam kat rumah.
Tak sangka sembelit untuk baby boleh sampai macam ni. Kita orang besar ni kalau tak boleh poop minum detox je senang. Tapi baby tak boleh, dah la tak boleh cakap yang dia sakit ke tak selesa. Bila anak sakit memang jadi stres, penat tak cukup tidur semua. Memang mental breakdown bila tengok Astrid macam ni. Thats why mama bawa semua toys favourite dia, walker bagai. Biarlah orang cakap macam nak pindah rumah asalkan anak happy.
Alhamdulillah harini Astrid dah nampak okay. Hasil flush pun berjaya, banyak poopoo dan tak keras dah. Makan tak payah cakap la dia sakit ke tak memang sentiasa berselera. Menangis pun dah tak seteruk sebelum ni. Kalau dia boring ke apa mama cuba sedaya upaya untuk hiburkan dia.
Kredit: IG Dayana Roza
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Risau sakit lama sewaktu bersalin? Sampaikan ada yang lebih 24 jam tahan sakit tapi bukaan jalan belum terbuka. Memang sangat seksa.
Bagi wanita yang mudah bersalin itu satu kelebihan untuknya tapi bila ada yang terpaksa menahan sakit berjam-jam lamanya akibat kontraksi akan jadi serik. Tapi inilah pengorbanan seorang wanita yang sukar dibandingkan.
Berikut antara beberapa cara nak cepatkan bukaan rahim untuk mudah bersalin.
Banyakkan berjalan
Ye, memang sakit. Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali cek, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh.
Jangan minum air selusuh terlalu awal
Biasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil. Banyak juga kes rahim pecah sebab ibu dah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awal-awal ye. Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labour room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum.
Doa Nabi Yunus dalam perut ikan yu
Jangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya Allah…Allah maha mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi.
Minta maaf dengan ibu bapa dan suami
Yang ni part paling syahdu. Dekat-dekat nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, lebih-lebih lagi suami. Minta dorang doakan supaya kita mudah bersalin. Minta dorang doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua
orang. Manalah tahu kot ditakdirkan kita syahid sewaktu melahirkan, at least kita dah sempat minta maaf.
Baring mengiring sebelah kiri
Bila dah penat berjalan, ketuk ketampi, dan jalan itik mesti kita nak berehat kan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri. Bukan terlentang.
Banyakkan bersujud
Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami. Itulah dia 10 cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin yang boleh anda amalkan. Saya doakan supaya anda melalui proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi & semoga anda dan baby selamat.
Kredit: ragamanak via Fazariah Nordin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasa kita lihat ibu dan ayah yang menjaga anak-anak tambah pula yang masih kecil, tapi berbeza pula keadaannya yang berlaku di bandar Cebu, Filipina apabila gambar-gambar seroang kanak-kanak lelaku yang masih kecil diikat tali di badan oleh ibu dan bapanya.
Jika dilihat pada mulanya keadaan tersebut mungkin akan kelihatan pelik namun setelah diamati dengan teliti, rupa-rupanya ibu bapa kanak-kanak berkenaan merupakan golongan IKU yang mempunyai masalah penglihatan.
Gambar-gambar yang tular di media sosial itu dikongsikan oleh pemuda yang dikenali sebagai John Cuenca Alterado yang kebetulan sedang berjalan-jalan di sekitar Cebu ketika sedang bercuti di sana.
Lebih membuatkan ramai tersentuh, kanak-kanak berkenaan dilihat tersenyum dengan sangat comel walaupun terikat dengan kedua-dua orang tuanya yang cacat penglihatan. Kanak-kanak itu juga dilihat setia menemani ibu dan ayahnya walau ke mana sahaja.
Daripada maklumat yang diperolehi dari penduduk sekitar mengatakan bahawa anak beranak ini bukannya berasal dari bandar berkenaan, tetapi mereka sekeluarga menetap di Kawasan pergunungan.
Identiti dan juga maklumat penuh satu keluarga ini masih lagi belum dapat dikenal pasti. Namun perkongsian gambar-gambar ini telah menyentuh perasaan dan memberikan inspirasi kepada ramai pihak. Semoga ada yang sudi membantu mereka sekeluarga dan anak tersebut dapat menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak seusianya kelak. Kecil-kecil lagi dah berkorban demi keluarga.
Bukan mudah jadi ibu bila terpaksa bangun awal pagi, anak menangis, rumah bersepah, kerja tak habis-habis tapi dalam penat tu, ibu tetap layak bahagia.