Gaya Hidup

Jom, Bonding Satu Keluarga! Tiga Hari Penuh Aktiviti, Gelak Tawa dan Memori Manis

Share

Kalau ibu ayah sedang mencari aktiviti keluarga yang seronok untuk hujung minggu, mark your date bermula 24 hingga 26 Julai 2026 dalam kalendar! GSC x AIA Vitality Playfest 2026 bakal kembali menceriakan East Concourse, IOI City Mall 2, Putrajaya dengan pelbagai aktiviti interaktif, permainan dan pengalaman menarik untuk seisi keluarga.

Dengan tema “Play at Every Turn”, festival selama tiga hari ini mengajak keluarga berehat seketika daripada skrin, meluangkan masa bersama dan mencipta kenangan manis menerusi aktiviti yang menyeronokkan.

Bukan Sekadar Menonton Wayang

GSC x AIA Vitality Playfest 2026 merupakan acara utama di bawah GSC Ultimate Family Adventure (GUFA), sebuah inisiatif daripada GSC Play yang membawa pengalaman hiburan keluarga keluar dari panggung wayang.

 

Lebih menarik, festival ini menawarkan kemasukan percuma dan menyediakan ruang yang selamat serta inklusif untuk ibu bapa dan anak-anak bermain, belajar dan meneroka bersama.

Daripada bengkel hands-on, persembahan menarik sehinggalah aktiviti fizikal dan permainan imaginatif, semuanya direka untuk mengeratkan hubungan keluarga. Dalam dunia yang semakin dipenuhi gajet, inilah peluang untuk ibu ayah dan anak-anak kembali berinteraksi, ketawa dan mencipta memori tanpa gangguan skrin.

Empat Dunia, Keseronokan Tanpa Batas

Tahun ini, GSC x AIA Vitality Playfest 2026 tampil dengan konsep kreatif “Four Worlds, Endless Play”. Pengunjung akan dibawa mengembara ke empat dunia berbeza yang dipenuhi pelbagai kejutan.

Selepas mendaftar, setiap keluarga akan menerima Mission Card yang mengandungi peta acara, jadual aktiviti dan ruangan koleksi cop. Peserta perlu meneroka keempat-empat dunia serta mengumpulkan lapan cop untuk menebus hadiah eksklusif dan berpeluang menyertai cabutan bertuah.

Macam misi pengembaraan keluarga, kan? Bezanya, kali ini ibu ayah pun boleh turut sama bermain!

Movie World: Masuk Ke Dunia Filem Kegemaran

Di Movie World, suasana panggung wayang dibawa keluar menjadi pengalaman interaktif yang lebih hidup.

Keluarga boleh meneroka reruai bertemakan filem dan watak popular daripada Monsta Studios menerusi Boboiboy Movie 3, United International Pictures Malaysia dengan Minions & Monsters serta Paw Patrol: The Dino Movie, Sony Pictures Malaysia menerusi Spider-Man: Brand New Day, Walt Disney Studios Malaysia dengan Moana, dan Warner Bros. Malaysia menerusi The Cat in the Hat.

Turut tersedia ialah aktiviti daripada Sheldonet termasuk photobooth dan Funko, selain pelbagai kejutan lain untuk peminat dunia perfileman.

Main World: Masa Untuk Aktif dan Berimaginasi

Anak-anak yang suka bergerak pasti teruja di Main World. Ruang ini direka khas untuk memastikan mereka kekal aktif, ingin tahu dan terlibat dalam setiap aktiviti.

Mereka boleh meneroka elemen gergasi Four Worlds, mencuba aktiviti hands-on dan bermain bersama keluarga. Setiap pengalaman memberi peluang kepada anak-anak untuk bergerak, menggunakan imaginasi dan membina keyakinan diri.

Makan World: Isi Tenaga Sebelum Sambung Bermain

Dah penat bermain, mestilah kena makan! Di Makan World, keluarga boleh menikmati pelbagai pilihan makanan kegemaran ramai.

Antaranya ialah gyoza udang dan ayam daripada Ajinomoto, pizza lazat serta minuman menyegarkan daripada Pizza Hut x Coca-Cola Malaysia, popcorn karamel GSC dan nuget sejuk beku popular yang boleh dibawa pulang.

Pendek kata, anak kenyang, ibu ayah pun senang hati!

Market World: Teroka Produk dan Aktiviti Mesra Keluarga

Di Market World, pengunjung boleh meneroka pelbagai produk, perkhidmatan dan pengalaman menarik untuk keluarga.

Antara jenama yang mengambil bahagian ialah AIA Vitality, Eucerin, Hansaplast, Farm Fresh dan Keepsake by GSC. Setiap reruai menawarkan aktiviti tersendiri yang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi turut memberi nilai tambah kepada kehidupan keluarga.

Jadual GSC x AIA Vitality Playfest 2026:

Lima Tahun Mencipta Memori Bersama

Penganjuran kali ini turut meraikan ulang tahun kelima GSC x AIA Vitality Playfest.

AIA Vitality kembali sebagai rakan utama acara, selari dengan komitmennya membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sihat, panjang dan berkualiti. Acara ini turut mendapat kerjasama Ajinomoto, Coca-Cola Malaysia, Farm Fresh Malaysia, Eucerin, Hansaplast dan Club IOI, dengan penghargaan khas kepada Jasmine yang menaja hadiah reruai.

Kesemua kerjasama ini menjadikan GSC Ultimate Family Adventure sebuah destinasi keluarga yang bukan sahaja penuh keseronokan, tetapi turut membuka ruang untuk belajar, bermain dan meluangkan masa berkualiti bersama.

Jadi, jangan lupa bawa seluruh keluarga ke GSC x AIA Vitality Playfest dari 24 hingga 26 Julai 2026 di East Concourse, IOI City Mall 2, Putrajaya.

Published by
Emy H