Tanda tanya beg berwarna putih dan di dalamnya ada objek yang dibungkus dengan kain tuala terjawab apabila mayat bayi perempuan yang baru dilahirkan telah ditinggalkan tanpa apa-apa dokumen.
Mayat bayi itu telah ditemui oleh seorang pekerja warga Pakistan yang ketika itu sedang menyapu sampah di tepi pagar Jalan Sri Rejang 3, Taman Sri Rampai (17 Mei).
Dibalut dengan tuala, letak tepi pagar
Dikatakan kejadian itu disedari kira-kira jam 8 pagi oleh seorang tukang sapu daripada Syarikat Alam Flora. Pada waktu kejadian, dia sedang menyapu sampah dan ternampak satu beg berwarna putih di tepi pagar.
Lebih mengejutkan lagi apabila dia membuka beg berkenaan dan menemui mayat bayi yang di balut dengan kain tuala warna merah jambu di dalam beg tersebut.
Ads
Menurut Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian berkenaan setengah jam kemudian dan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur telah bergegas ke tempat kejadian bagi siasatan lanjut.
Bayi perempuan itu disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur yang turut dipanggil membantu siasatan di tempat kejadian.
Ads
Tiada sebarang dokumen dijumpai
Ashari mengatakan bahawa tiada sebarang dokumen pengenalan dijumpai bersama bayi berkenaan dan ketika pemeriksaan awal pada tubuh bayi tidak menjumpai sebarang kesan kecederaan.
Pihak polis mempercayai bahawa mayat bayi itu telah ditinggalkan dalam tempoh kurang 12 jam sebelum dijumpai di lokasi berkenaan.
Ads
Mayat bayi tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur bagi bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka bayi terkecil di dunia yang dilahirkan dengan berat 212 gram (7.5 auns), akhirnya keluar dari hospital setelah lebih dari setahun menjalani rawatan di sebuah hospital di Singapura.
Seberat sebiji epal waktu lahir
Kwek Yu Xuan yang digambarkan sebagai ‘pejuang kecil’, seberat sebiji epal ketika dilahirkan melalui kaedah pembedahan di Hospital Universiti Nasional Singapura pada bulan Jun tahun lalu.
Walaupun saiznya kecil dan dilahirkan empat bulan pramatang, dia masih hidup dan dikeluarkan dari Unit Rawatan Rapi Neonatal hospital setelah 13 bulan dengan berat 6.3 kilogram (kg).
Paling ringan di dunia
Menurut Daily Mail, pihak hospital percaya bahawa dia adalah bayi paling ringan di dunia yang selamat dari kelahiran pramatang.
Pemegang rekod sebelumnya yang paling ringan di dunia adalah bayi lelaki seberat 230 gram yang dilahirkan di Jerman, menurut rekod Pendaftaran Tiniest yang dikendalikan oleh University of Iowa.
Ibu bapanya, Kwek Wee Liang dan Wong Mei Ling, keduanya 35, kelihatan lega ketika memegang Yu Xuan pada 9 Julai lalu ketika membawanya keluar dari hospital.
Mereka pada awalnya telah merancang untuk melahirkan Yu Xuan di Malaysia, tempat di mana anak lelaki mereka berusia empat tahun dilahirkan, tetapi Wong terpaksa menjalani pembedahan setelah mengalami tekanan darah tinggi semasa kehamilannya.
Wong melaporkan pada akhbar Singapura Straits Times bahawa “Saya tidak menyangka akan melahirkannya dengan cepat dan kami sangat sedih kerana Yu Xuan dilahirkan begitu kecil.”
“Tetapi kerana keadaan saya, kami tidak mempunyai pilihan. Kami hanya berharap dia terus membesar dan sihat.”
Jururawat yang menjaga Yu Xuan, Zhang Suhe, mengatakan bahawa dia tidak dapat mempercayai ketika melihat bayi itu dibawa ke unit rawatan intensif neonatal.
“Saya sangat terkejut sehingga saya bercakap dengan profesor di jabatan yang sama dan bertanya adakah dia boleh mempercayainya?
“Selama 22 tahun saya menjadi jururawat, saya belum pernah melihat bayi kecil yang baru lahir ini,” kata Zhang.
Hospital Universiti Nasional mengatakan bahawa bayi yang dilahirkan empat bulan sebelum waktunya seperti Yu Xuan mempunyai kadar untuk hidup sekitar 70 peratus.
Yu Xuan diletakkan di dalam ventilator untuk membantunya bernafas kerana paru-parunya belum berkembang sepenuhnya dan kulitnya juga begitu nipis dan rapuh.
Dr Yvonne Ng merupakan seorang perunding kanan di jabatan neonatologi, berkata: “Penjagaan hariannya adalah perkara penting terutama untuk dua minggu pertama kehidupan bayi itu.
“Kami perlu berinovasi dan mencari beberapa kaedah baharu untuk menjaga bayi yang kecil ini kerana ini adalah pertama kali kami mengendali seseorang yang sekecil ini.”
Buat lampin khas
Jururawat turut menghasilkan lampin khas untuk Yu Xuan kerana lampin bayi saiz normal terlalu besar sehingga menutup keseluruhan badannya.
Segala usaha bagi menyelamatkan Yu Xuan tidak berakhir di sini apabila penjagaan rapi diperlukan bagi memastikan Yu Xuan selamat dan sihat walaupun selepas dia keluar dari hospital.
Keadaan Yu Xuan berbeza dengan penyakit paru-paru kronik dan ibu bapanya mesti meletakkan dia di dalam ventilator di rumah untuk membantunya bernafas.
“Saya harus berterima kasih kepada jururawat yang telah merawatnya sejak sekian lama, mereka benar-benar menjaganya.
”Kami sangat gembira kerana semua orang datang untuk melihatnya keluar dari hospital. Pasukan ini seperti keluarga,” kata ibu Yu Xuan.
Bil hospital bagi rawatan Yu Xuan mencapai sekitar RM 848,000 ($ 200,000) tetapi dibayar melalui dana orang ramai yang telah meraih sekitar RM 1,272,000 ($ 300,000).
Tambahan kepada wang itu dibahagi kepada dua untuk penjagaan masa depan Yu Xuan dan yang selebihnya dikembalikan ke platform Give Asia untuk membantu keluarga lain.
Hospital Universiti Nasional dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook, menceritakan semula perjalanan menakjubakan Yu Xuan ketika dilahirkan tahun lalu.
”Bayi Yu Xuan hanya 212 gram, hampir seberat sebiji epal besar ketika dia dilahirkan menerusi kaedah pembedahan kecemasan pada bulan Jun tahun lalu.
”Setelah 13 bulan di Unit Rawatan Rapi Neonatal kami, bayi Yu Xuan keluar dari rumah dengan baik. Dia mungkin bayi paling ringan di dunia yang selamat dari kelahiran pramatang.
“Kami gembira untuk pejuang kecil ini dan keluarganya, dan bangga dengan penjagaan yang diberikan oleh pasukan kami. Keinginan terbaik kami kepada Little Yu Xuan agar dia terus membesar dengan sihat dan berjaya menghadapi cabaran setiap hari,” kata kenyataan.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dato’ Sri Siti Nurhaliza memuatnaik video di instagramnya dan mendapat tontonan hampit 640 ribu pengikutnya. Dalam video tersebut, beliau sedang membuat latihan vokal untuk #sitinurhalizaontour yang akan berlangsung di Senayan, Jakarta pada 21 Februari ini.
Menurusi video yang dimuatnaik tersebut, Siti Aafiyah turut serta melakukan latihan vokal dan aksi lucu tersebut menghiburkan mereka semua termasuklah netizen yang menonton.
Ibu ada kelas Vocal harini , Aafiyah plak yang excited nak belajar.. kuat plak tu suara dia .. hahahaha..
Namun, apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah sikap Dato’ Siti sendiri yang tetap ke kelas vokal walaupun sudah menjadi penyanyi No.1 negara. Sikap Dato’ Siti yang ingin belajar dan dapat menerima teguran daripada guru vokal tersebut telah mendapat pujian netizen.
OMG, dah penyanyi NO.1 Malaysia pun still masuk kelas lagi
Vokal dah mantap pun masih belajar
Aafiyah terikut ibu
Pandai Aafiyah, ada bakat
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rancangan Pa&Ma yang bersiaran di Astro Prima (105) dan Astro Prima HD (121) kini kembali dengan musim ke-4 dan berwajah baru dengan menampilkan Fad dan isterinya Syaheera sebagai pengacara.
Bagi musim ke-4, rancangan Pa&Ma mengupas topik-topik kehamilan dari trimester pertama hingga ketiga dan berkongsi pandangan bersama pakar, komuniti dan kumpulan sokongan dan menjawab pelbagai isu yang menjadi tanda tanya bakal ibu bapa.
Menurut Editor Pa&Ma, Hasnita Sawal, Pa&Ma musim ke-4 tampil dengan tema baru iaitu jurnal kehamilan wanita sebelum bergelar ibu.
Bermula daripada peringkat merancang kehamilan hinggalah memasuki trimester pertama hingga ketiga, Pa&Ma musim ini mesti ditonton oleh pasangan suami isteri yang baru pertama kali hendak bergelar ibu bapa.
Selain menampilkan Fad dan Syaheera, kupasan terperinci daripada doktor pakar obstetrik & ginekologi berpengalaman dan terkenal sudah pasti memberikan info dan penjelasan kepada permasalahan yang banyak berlaku pada ibu hamil,” katanya.
Sementara itu menurut Syaheera, gandingan mereka kali ini diharapkan memberi satu momentum baru untuk rancangan Pa&Ma musim ke-4.
“Walaupun saya tiada pengalaman tetapi apabila dapat tawaran ini perasaannya sangat teruja. Memandangkan Fad biasa jadi pengacara, melalui dialah saya banyak belajar untuk memberi yang terbaik kepada penonton.
“Kami juga banyak merujuk kepada pengacara Pa&Ma sebelum ini untuk melihat cara penyampaian mereka,” jelasnya.
Syaheera turut berkongsi kenapa penonton patut menonton rancangan Pa&Ma musim ke-4 kerana inputnya sangat banyak dan boleh dijadikan panduan untuk bakal ibu, ibu yang dah anak kerana setiap pengalaman hamil berbeza.
“Perkongsian pakar juga sangat membantu bagi menjawab setiap persoalan,” ujarnya.
Terdahulu rancangan Pa&Ma telah mula bersiaran sejak Jun tahun lalu dengan musim pertama dikendalikan oleh Azad Jazmin dan Eira Syazira, musim kedua Ijoy dan Shiera dan musim ketiga Zahiril Adzim dan Shera Aiyob.
Bagi musim terbaru ini, Pa&Ma mengalu-alukan ibu bapa yang mempunyai video gelagat anak boleh kongsikan dengan kami.
Video yang terpilih akan disiarkan dalam rancangan Pa&Ma nanti. Anda hanya perlu hantarkan video tersebut di inbox Facebook Pa&Ma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!