Setiap orang perlu peka dan bertanggung jawab terhadap kesihatan diri sendiri. Juga, jangalah pentingkan diri jika mulai terasa seperti ada simptom dijangkiti COVID-19. Usah mengelak dari melakukan saringan dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Pengasas jenama tudung terkenal, Hanis Arif ada berkongsi tentang pengalamannya membuat ujian saringan COVID-19. Dia mengambil langkah untuk membuat ujian ini kerana kawannya disahkan positif virus tersebut.
Jumpa Kawan Sehari Sebelum PKP
Menurut Hanis, dia ada berjumpa dengan kawannya yang dikenali sebagai Dira pada 17 Mac. Mereka tidak bersentuhan tetapi duduk di satu tempat yang sama selama satu jam.
Pada hari esoknya, Dira menghantar pesanan Whatsapp memberitahu yang dia ada kontak rapat dengan pengantin (bersalam, berpeluk dan cium pipi) pada 6 Mac. Dira memberitahu pada semua untuk bersedia kerana dia ada merasai simptom dan perlu menjalani ujian saringan.
Pada 22 Mac, Dira beritahu yang dia positif COVID-19 dan dimasukkan ke Hospital Sg Buloh. Dira turut memberitahu yang dia telah memberikan senarai orang yang dia jumpa sepanjang tempoh itu.
Ads
KKM Call & Suruh Buat Ujian Saringan
Pada hari yang sama, Hanis dihubungi oleh KKM untuk memintanya membuat ujian saringan di mana-mana klinik kesihatan berhampiran.
Memandangkan pada 23 Mac Hanis perlu membawa anaknya ke klinik, dia meminta untuk membuat ujian saringan. Malangnya di klinik tersebut tidak ada tempat untuk membuat ujian tersebut, Hanis diminta untuk ke klinik yang lain. Dia juga tidak dibenarkan masuk ke klinik itu.
Perlu Monitor Sekiranya Ada Simptom Dalam 14 Hari
Hanis diminta untuk monitor sekiranya ada simptom selama 14 hari. Memandangkan bayi Hanis ada kuning dan perlu kerap ke klinik untuk pemeriksaan, KKM mempertimbangkan untuk mengadakan satu slot ujian saringan buat Hanis. Doktor memintanya untuk balik dahulu dan monitor simptom sebelum dihubungi KKM.
Ads
Saringan Secara Drive Thru
Pada 27 Mac, Hanis dihubungi sekali lagi untuk membuat ujian swab. Ujian ini mudah kerana dibuat secara drive thru dan tidak perlu turun dari kereta.
Ada 2 stesen, untuk mengisi borang dan melakukan ujian swab tersebut. Tambah Hanis, swab dilakukan dalam mulut sahaja.
Ads
Sepanjang dari 23-27 Mac, setiap hari KKM akan hubungi untuk tanyakan keadaan kita. Kata Hanis, dari pemahamannya selagi tidak bersentuhan dan duduk jarak dengan pesakit COVID-19, risiko untuk dijangkiti rendah.
Hanis turut berkongsi simptom yang dialami oleh kawannya itu, sebelum disahkan menghidap COVID-19:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walau pun pernah merahsiakan kandungan pada awal kehamilan daripada suami dan keluarga atas sebab tertentu, Shakilla Khiriri akhirnya selamat bersalinkan bayi perempuannya.
Shakilla melahirkan bayi perempuannya yang dinamakan Ameena Sofia pada pada 14 Mac 2019, jam 11.20 pagi. Dia turut mengakui tatkala menatap wajah anak, rasa sakitnya hilang.
shakillakhoriri Semalam 14 March 2019, Jam 11.20am , budak ni kena keluar juga jumpa Umi & Daddy dia. Alhamdulillah.
Semua berjalan lancar seperti plan doctor dan kami berdua.
Syukur. Anak sihat. Betul lah orang kata, hilang rasa sakit lagi2 bila tengok muka anak.
Allahuakbar. Terima Kasih Allah. My darling baby girl @ameenasofia_ ?
Si kecil Ameena Sofia sudah memiliki akaun Instagram sendiri. Menerusi Instagram Ameena, Shakilla mendedahkan yang dia pernah merahsiakan kehamilannya daripada suami dan keluarga atas sebab-sebab tertentu.
ameenasofia_Masa ni umi saja2 beli pregnancy test ni sebab umi rasa badan umi rasa macam lain sangat so umi saja nak test sebelum umi start badminton tournament. Umi tak sangka berdezup double line. Umi relax. Dalam fikiran, mungkin tersalah.
Then esok test lagi… Berdezuppp lagi. Alamak ! ?
Entah kenapa Umi macam nak menafikan kewujudan awak waktu ni. hmmm…i feel bad masa ni ! ?
Next morning, Hari tournament. Umi test lagi. zupppp lajunya macam kilat.
Allah, apa yang umi cuba nak nafikan lagi?
Umi tak tahu nak happy ke nak sedih sebab kejap lagi umi ada banyak game badminton dan lusa tu umi ada misi ke Rinjani untuk Hiking. Awak tahu umi rahsiakan pasal ni pada semua orang termasuk Daddy awak. Family. Yang tahu kawan2 terdekat umi dan partner badminton umi. Allah , bayangan kan betapa payah dan seksanya jiwa raga umi pegang rahsia ni. Im sorry darling. ?
Saat ni, umi terima awak seadaanya. Berharap awak kuat dan bertahan. Umi minta maaf sebab umi degil.
Tapi Umi dapat 1st place dengan partner umi masa ni. Bukan sebab umi hebat, tapi awak umi yang kuat dan semestinya rezeki awak.
Menjadi bapa buat kali pertama, Fizi Ali mengakui rasa sebak. Bertambahnya tanggungjawab dipikul dalam membesarkan dan mendidik.
fiziali_ alhamdulillah..setelah dua hari baru dapat cium @ameenasofia_ ..masa awak keluar dari perut umi tu daddy rasa sebak sangat..lepas ni tanggungjawab daddy akan jadi lagi besar..macam mana nak membesarkan awak..macam mana hidup kita nanti..apa2 pun kita akan hadap sama2 yea..love you ameena..
Sekian lama menantikan cahaya mata perempuan, akhirnya penyanyi, Asfan Shah dikurniakan cahaya mata perempuan selepas isterinya selamat melahirkan anak keempat mereka pada Sabtu lalu.
Berkongsi khabar gembira itu menerusi Instagramnya, Asfan bersyukur urusan kelahiran cahaya mata keempatnya itu dipermudahkan Allah SWT.
“Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.
” Isteri saya telah selamat melahirkan baby ke 4 kami malam semalam. Tq pada semua yang mendoakan,” tulisnya di kapsyen.
Paling menarik kata Asfan menerusi kapsyen ringkasnya, kehadiran anak perempuan dalam keluarga mereka setelah memiliki tiga orang cahaya lelaki sebelum ini pastinya menyerikan lagi keluarga mereka.
Bahkan kata Asfan lagi, puteri comel mereka itu pastinya menjadi peneman isteri tersayang kelak.
“Paling best mommy dah ada kawan dah lepas ni, nak gi shopping nak gi nursery, nak gi pasar. Hihi.
“Selamat datang sayang daddy si baby girl. 3 imam 1 ma’mum untuk family ni. Khalas,” tulisnya lagi.
Melalui entri itu juga, Asfan turut sama memuat naik gambarnya bersama bayi perempuannya tetapi masih belum berkongsi wajah kesayangannya itu kepada umum.
Rakan-rakan selebriti dan pengikut Asfan di Instagram turut sama mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahaya mata yang sudah pastinya menyerikan lagi Asfan sekeluarga.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit foto: @asfanshah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Air selusuh diminum selepas tanda-tanda awal bersalin itu berlaku, keluar darah awal bersalin pecah air mentuban pecah atau sakit kontraksi sudah bermula. Bukan sahaja boleh diminum, ada yang boleh disapu pada perut, bersertakan bacaan-bacaan tertentu. Benarkah akar fatimah mempercepatkan proses kelahiran?
SELUSUH YANG MELIBATKAN HANYA AIR KOSONG DENGAN BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN DAN DOA, SEPATUTNYA TIADA MASALAH UNTUK DIAMALKAN. ADA BEZA TU, DOA DAN JAMPI YANG BUKAN-BUKAN. JANGAN KELIRU!
Air rendaman akar fatimah, minyak selusuh bidan kampung, air jampi, air asam jawa yang dibacakan jampi, rendaman akar kayu dan herba – sekadar menamakan sedikit jenis-jenis selusuh amalan orang melayu. mungkin ada banyak lagi selusuh yang mungkin tidak saya ketahui.
Selusuh jenis ini tidak diketahui cara penghasilan dan bahan kimia aktif di dalamnya – ada kajian membuktikan bahan yang digunakan mempunyai aktiviti seperti hormon oksitosin yang menyebabkan kontraksi pada rahim.
Ia merbahaya kerana jumlah dos untuk menggalakkan kontraksi ini tidak dapat diketahui berbanding hormon oksitosin yang digunakan dalam dalam perubatan obstetrik moden diketahui dosnya dan diubah mengikut keperluan pesakit. Ia juga tidak diberikan kepada si ibu sewenang-wenangnya tanpa alasan yang kukuh.
Ikuti penerangan dari Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kehamilan & Kesihatan Wanita, tentang isu ini.
Melihat kepada pengalaman saya yang sekelumit cuma ini sepanjang berkhidmat di bidang ini yang sentiasa berhadapan dengan ibu-ibu yang sedang bertarung nyawa ni, secara peribadinya, saya TIDAK menggalakkan penggunaan air selusuh yg menggunakan bahan-ibu seperti yang saya nyatakan tadi. Ada banyak sebab mengapa saya tidak menggalakkan penggunaannya dan jika ada ahli debat yang sanggup berdebat, saya persilakan.
IBU BERPUASA
PERTAMA : Ibu digalakkan berpuasa sepanjang tempoh bersalin – yakni ibu-ibu yang sudah memasuki fasa aktif bersalin yang berada di dewan bersalin untuk menyediakan ibu jika berlaku sebarang kecemasan yang memerlukan pembedahan ceaserean , ibu itu sudah berpuasa dan boleh segera dilakukan pembedahan ke atasnya. Jadi jika air selusuh diberikan kepada ibu-ibu nak bersalin ini secara tak langsung akan memberikan risiko kepada ibu.
AIR SELUSUH ‘PAKSA’ PINTU RAHIM
KEDUA : Air selusuh ini seolah-olah memaksa pintu rahim terbuka sedangkan belum tiba waktunya untuk bersalin. Hal yang demikian akan menyebabkan ibu-ibu mengalami kesakitan yang amat sangat. Bukan kepalang sakitnya. Di mana, melalui pengalaman saya, hampir kesemua ibu yang mengamalkan air selusuh ini meracau dan tidak keruan akibat kesakitan yang melampaui biasa.
Tambah menyedihkan, ada di antara mereka terpaksa kami tolak ke dewan bedah untuk pembedahan caeserean kerana pintu rahim langsung tidak terbuka sedangkan ibu tersebut dalam kesakitan yang amat sangat, berjam jam lamanya.
KONTRAKSI YANG KERAP KETIKA BERSALIN AKIBAT AIR SELUSUH INI KADANGKALA MENYEBABKAN PEREDARAN DARAH PADA BAYI TERGANGGU DAN BOLEH MENGAKIBATKAN BAYI LEMAS SECARA TIDAK SEMENA-MENA.
Pandangan peribadi saya kepada pasangan yang baru berkahwin, terutamanya yang duduk di bandar-bandar besar, kalau boleh, janganlah mengharap kepada air selusuh ini. Lazimnya air selusuh ini bukan buatan sendiri, kadang kadang kita meminta orang lain yang buatkan, jadi kita tidak tahu apa yang terkandung dalam air tersebut.
Memang diakui, syaitan itu ada, bahkan di setiap pembuluh darah kita, syaitan itu akan melaluinya. Jika inginkan kesenangan dan kemudahan dalam bersalin, lakukanlah solat taubat, mohon keampunan kepada Allah, mohon dipermudahkan segala urusan, solat hajat. Minta ampun pada suami, kedua ibu bapa, dan para suami, ampunkan dosa dosa isteri. Insyallah, Allah itu akan ADA untuk kita.
KONTRAKSI ‘TERPAKSA’, SAKITNYA BUKAN MAIN!
Setiap kali, melihat pesakit yang mengamalkan air selusuh ini , sangat ‘terasa’ kesakitan para wanita itu, tapi apa kan daya. Kadang kala, kejahilan di atas ilmu yang ada membuatkan kita lupa, alpa dan lalai. Oleh itu, Allah sediakan masa 40 minggu bersamaan dengan 9 bulan untuk bersedia menghadapi semua itu.
Dan, yang terakhir pesanan saya, amalkanlah doa ini setiap masa – Laillahha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin (Tiada Tuhan melainkan Engkau, Masa Suci Engkau, sesungguhnya aku dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri). Ini adalah doa Nabi Yunus ketika baginda ditelan oleh ikan Nun, di mana pada ketika itu baginda berpaling dari kaumnya yang enggan mengaku Allah itu sebagai Tuhan. Amalkan setiap kali musibah dan masalah melanda, insyallah akan melimpah Rahmat dari Yang Maha Berkuasa.
Saya bukan ustaz mahupun alim ulama, hanyalah manusia biasa yang menilai alam sekeliling, yang kadang-kadang terlupa, terlalai, penulisan kali ini, untuk diri saya sendiri dan pembaca yang disayangi.
SELUSUH TAK MEMUDAHKAN BERSALIN.
Semoga dengan penerangan dari Dr Izzat ini dapat memberi penjelasan kepada para ibu yang sedang ‘menunggu hari’ tentang penggunaan air selusuh untuk melancarkan proses kelahiran. Elakkan meminumnya untuk kebaikan ibu dan bayi dalam kandungan. Sebaiknya apabila datang kontraksi atau sebarang tanda untuk melahirkan, segeralah ke hospital untuk pemerhatian doktor dan jururawat berpengalaman.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!