Bagi ibu bapa yang baru pertama kali mempunyai pengalaman anak akan masuk Tahun 1, anda akan rasa sukar sikit kerana ada beberapa perkara perlu dilakukan dulu sebelum semuanya selesai.
Antaranya wajib isi borang secara online sebelum cetak dan dihantar kepada sekolah pilihan ibu bapa. Namun semasa mengisi borang, ada bahagian rekod kesihatan anak harus di isi dengan lengkap.
Biasanya bahagian rekod kesihatan anak ini, ibu bapa kena tahu dan faham singkatan penggunaan perkataan bagi setiap suntikan yang pernah dilakukan ketika membawa anak menerima imunisasi.
Bagi memudahkan semua ibu bapa untuk mengisi borang secara online, Jururawat, Faszlin Abd Rahman memberi tipnya.
Memang agak leceh nak isi maklumat kesihatan murid ni tapi jika ibu bapa faham memang senang je, janji rekod imunisasi anak lengkap.
Misi Lin nak share maksud singkatan kat rekod kesihatan anak supaya senang ibu ayah nak isi borang pendaftaran nanti.
Betullah di sebalik ujian yang Allah berikan, pasti terselit kemanisan dipenghujungnya. Begitu juga perasaan yang dilalui oleh Shuib Sepahtu apabila mendapat perkhabaran gembira setelah doktor membenarkan anak bongsunya pulang ke rumah.
Setelah lebih dari sebulan berada di hospital, akhirnya, Ayash Affan dibenarkan keluar hospital sehari sebelum hari lahir arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin.
Berita ini dimaklumkan sendiri oleh Shuib di Instagram miliknya dengan meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan Allah kali ini.
Dalam pada itu, pelawak dan juga usahawan berkenaan juga mengakui kepulangan anak bongsunya itu nanti di rumah akan menjadi hadiah yang sangat bernilai dari Allahyarham isterinya bersempena dengan hari lahir arwah pada esok hari iaitu 15 September.
Syukur Ya Allah, Besok Birthday Ibu (15/9) Allah hadiahkan kepulangan AYASH AFFAN harini. InsyaAllah kejap lagi dah boleh balik dah..Allahuakbar..
Tangan, jari sebijik tangan Ibu…Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan anak soleh ini..Terima kasih semua..SYUKUR YA ALLAH diatas RAHMAT MU
Sehubungan dengan perkongsian yang dikongsikan Shuib, semua rakan artis dan peminatnya mengucapkan rasa syukur atas perkhabaran gembira ini.
Semua mendoakan agar amanah yang ditinggalkan oleh arwah Siti Sarah kepada Shuib dan ahli keluarganya akan akan menjadi pengubat rindu buat semua. Malah ramai yang tak sabar untuk melihat kecomelan Ayash.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa kita hendak menolak takdir Allah. Itu yang berlaku kepada pasangan suami isteri ini apabila kehilangan anak yang masih belum puas bermanja akibat kemalangan dan menyebabkan pendarahan dalaman di bahagian kepala sebelah kiri akibat hentakan airbag ketika sedang tidur dan dipegang ibunya di kerusi depan penumpang.
Berkongsi perasaan dan detik ketika berlakunya kemalangan yang mengorbankan nyawa Naufal Hadi bin Saiful Hadi yang ketika itu berusia 1 tahun 8 bulan cukup buatkan Saiful Hadi Zamari dan Hairun Nisa Khamis rasa trauma hingga hari ini.
Hentakan airbag, pendarahan di kepala
“Sebelum ini arwah Naufal akan sentiasa duduk dalam car seatnya. Tapi pada hari kejadian seolah-olah macam ada yang tak kena dan dia asyik merengek serta nak dipeluk sepanjang masa.
“Disebabkan rasa kasihan, saya pangkunya atas riba dan dia tertidur semasa perjalanan balik ke rumah selepas kenduri. Apa yang membuat saya tertanya sebelum ni arwah tak akan tidur dalam kereta tapi pada hari tersebut sikapnya sangat lain.
“Dalam 200 meter nak sampai di kawasan rumah kami sekeluarga kemalangan kerana kereta terbabas sehingga menyebabkan arwah yang ketika itu sedang tidur terkena hentakan airbag dan tercampak ke kerusi bahagian belakang.
“Dalam keadaan kelam kabut, suami terus melihat keadaan arwah dan arwah buka mata dalam keadaan tak bermaya. Tiada sebarang kecederaan di bahagian badan cuma kesan lebam di dahinya.
Melihatkan keadaannya itu, kami terus di bawa ke hospital dan dalam perjalanan itu masih terdengar suara arwah seperti mengerang sakit dan tiba di hospital keadaannya tenat dan doktor tidak dapat memberi jaminan pada kami,” jelas pasangan ini.
Lepaskan Naufal pergi dengan tenang
Menurut Hairun Nisa, sepanjang dua hari ditempatkan di ICU Naufal memang tak sedar dan beberapa kali jantungnya terhenti.
“Doktor pun tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya minta kami sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan.
“Masuk hari kedua di ICU, sebagai ibu saya tak sanggup melihat keadaan anak sehinggalah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir saya cakap di telinganya “Mummy lepaskan Naufal, halalkan susu mummy serta makan dan minum Naufal.”
Kehilangan yang cukup dirasai
Tambah Hairun Nisa, pemergian Naufal ini cukup dirasai oleh kami suami isteri hinggalah saya rasa macam tak mahu berjumpa orang dan suami pula trauma hingga tak boleh pandu kereta dalam tempoh beberapa bulan.
“Selepas beberapa bulan, kami berdua dapat semangat baru dan percaya apa yang berlaku dah ditakdirkan.
“Apa yang buat kami tak sangka, kehilangan Naufal telah digantikan pula dengan kehadiran orang baru dan adiknya kini seiras muka arwah. Bila tengok adik, terubat rindu pada arwah,” katanya.
Duit boleh cara, nyawa tiada gantinya
Sementara itu, menurut Saiful Hadi, walaupun kemalangan yang melibatkan arwah ini dah lebih dua tahun (27 Ogos 2017) namun memori itu masih kuat.
“Sebagai bapa yang pernah kehilangan anak, saya rasa penggunaan car seat sangat penting. Mungkin kita rasa anak menangis tak mahu duduk buatkan perjalanan terganggu tetapi demi menyelamatkan nyawa kena tahan telinga. Betul ajal maut di tangan Allah tapi kita boleh ikhtiar untuk menyelamatkan anak.
“Pengajaran bagi saya untuk anak kedua ini pun setiap kali masuk kereta, kami suami isteri akan meletakkannya dalam car seat.
“Saya dah tak mahu kehilangan anak buat kali kedua. Jika orang kata kerusi keselamatan kanak-kanak mahal itu sebenarnya bukan masalah besar sebab duit boleh dicari manakala nyawa tidak boleh diganti.
“Lepas ini buat ibu bapa Beli, Pasang & Gunakan kerusi keselamatan anak sebaik mungkin. Jangan setakat ada dalam kereta tetapi sebagai hiasan kerana anak tak mahu duduk. Biasakan dari awal lagi mudah untuk anak faham,” jelasnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekeping gambar menceritakan segala-galanya. Apa yang dikongsikan Hanis Zalikha ini ada benarnya. Rakamlah seberapa banyak gambar sebagai kenangan dan tatapan anak-anak.
Perkongsian Hanis ini mungkin turut dirasai para ibu-ibu yang lain. Mungkin ada di kalangan ibu yang tidak mahu terlalu beria-ia bergambar tambahan pula keadaan ibu yang selalu sibuk dengan anak tak memungkinkan ada masa untuk merakamkan gambar bersama.
Bagaimana ibu bapa kita dahulu berusaha mencipta momen indah dalam setiap rakaman gambar sebagai kenangan kita untuk hari ini. Perkara yang sama perlu dilakukan juga oleh kita untuk tatapan anak-anak pada masa depan pula.