Bila usia perkahwinan dah masuk ke tahun yang kelima dan ke atas, kita dah terlalu ‘biasa’ dengan pasangan sehingga kadang-kadang jarang ada kemesraan sesama kita. Perkahwinan kita lebih serius dan banyak memikirkan tentang anak-anak serta kemudahan buat mereka.

Isteri misalnya, lebih fokus kepada urusan rumah tangga sehingga kadang-kadang terlupa untuk bermanja dan menyakat suami seperti di awal perkahwinan. Sesekali, cuba ‘usik’ suami dan buat sesuatu di luar jangkaan. Pasti suami terkejut, tapi suka dengan apa yang anda lakukan.

Sibuk Dengan Anak-Anak, Isteri Fokus Tak Pada Suami? Dia Pun Nak Manja Juga

Berikut perkongsian Dr Taufiq Razif tentang hal ini. Turut disenaraikan perkara yang boleh anda cuba lakukan untuk suami tersayang!

Isteri Kena Rajin Sakat Suami

Terkejut saya bila buka galeri henfon saya tadi. Penuh dengan selfie si isteri! Entah bila dia boleh ambil henfon saya senyap senyap semalam dan snap gambar selfie dia banyak banyak. Saya syak ini strategi dia nak bagi saya rindu dia lah.

Artikel Lain: [Wahai Ayah, Buatlah Petua Ni Ketika Anak Masih Kecil. Berlelah-Lelah Dahulu, Besar Nanti Anak Akan Lebih Rapat]

IKLAN

Sibuk Dengan Anak-Anak, Isteri Fokus Tak Pada Suami? Dia Pun Nak Manja Juga

 

Alang-alang isteri saya buat strategi macam ni saya nak usulkan juga lah pada yang lain untuk buat strategi macam ni pada suami masing masing. Tak aci lah saya je yang kena sakat gini. Patutnya semua suami kena sekali ni.

Belek Gambar Isteri Sambil Senyum-Senyum

IKLAN

Hehe. Tapi serius strategi tu menjadi. Saya duk belek gambar si dia je daripada tadi ni sambil tersenyum senyum.

Ni beberapa strategi licik yang anda boleh buat pada suami sendiri:
+ cuba buka wallet suami senyap senyap dan letak gambar anda
+ cuba ambil henfon suami dan tukar wallpaper henfon suami kepada gambar anda
+ cuba ambil henfon suami, save nama di henfon suami dengan nama yang sweet sweet manja macam Bidadariku ke, Cintaku ke, Muah Muah I Love You ke
+ sembur minyak wangi anda yang menjadi kegemaran suami pada wallet suami. Barulah setiap kali nak buka wallet je suami jadi teringat pada isterinya sendiri

Artikel Lain: [Sebelum Tidur, Suami Isteri Kena 0-0 Dulu. Baru Terang ‘Nur’ Dalam Rumah Tangga]

Sibuk Dengan Anak-Anak, Isteri Fokus Tak Pada Suami? Dia Pun Nak Manja Juga

IKLAN

Isteri Ni Unpredictable

Isteri saya selalu pesan pada kawan kawan dia kalau jadi isteri ni kena ada ‘nakal-nakal’ juga. Jangan skema dan serius sepanjang masa. Nanti suami cepat bosan.

Sebab tu la isteri kita ni jenis ‘unpredictable’ dia punya emosi. Rupa-rupanya ianya untuk kebaikan si suami juga. Rupanya benda tu lah yang buatkan suami jadi tak bosan bosan dengan isterinya sendiri.

Taufiq Razif
Gembira disakat isteri.

Sibuk Dengan Anak-Anak, Isteri Fokus Tak Pada Suami? Dia Pun Nak Manja Juga

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI