Tidak ada yang lebih membekas di hati seorang wanita selain detik-detik menjadi seorang ibu. Begitulah juga yang dirasai oleh Watie Hanifiah, isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib.
Menerusi satu hantaran yang cukup menyentuh perasaan di laman Instagram, Watie berkongsi rasa rindu yang mendalam terhadap momen-momen berbadan dua—satu fasa yang pernah mewarnai hidupnya dan kini menjadi kenangan yang amat dirindui.
Ads
Pemilik nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, memuat naik video memaparkan dia mengusap perutnya ketika mengandung sebelum ini.
Ads
Mengakui perkara itu adalah yang terindah dalam hidupnya, Watie berkata kadang-kadang perasaan rindu itu hadir membuatkannya mengingatkan kembali memori semasa dia hamil.
Kadang rindu itu datang…rindu nak merasa usap-usap perut lagi…
Semoga yang to conceive (TTC) juga diberikan rezeki…
Sebelum ini, Watie memaklumkan mengalami keguguran pada 11 Mei lalu. Katanya, dia telah mengalami mimpi sebagai tanda awal akan kehilangan anaknya sebelum perkara itu benar-benar menjadi realiti.
Ramai pekerja harian dan peniaga yang terkesan selepas arahan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan. Ada yang mula mencatu makanan dan ada juga yang tiada bekalan makanan untuk meneruskan kehidupan.
Apa yang lebih menyedikan apabila ada ibu bapa yang mula memberi anak sirap, tea, milo dan juga susu pekat manis akibat kesempitan hidup dan tidak mampu membeli susu tepung.
Menurut page Polis Johor, semasa anggotanya membuat rondaan mereka terjumpa dengan satu keluarga yang sedang duduk ditaman. Disangka mereka ingkar rupanya ada cerita disebaliknya. Ikuti perkongsian ini.
Semasa rondaan OP COVID 19 di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, dua pegawai Polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor terkesan pasangan suami isteri bersama seorang anak berada di taman permainan. Apabila pegawai polis mendekati pasangan tersebut dengan memberi nasihat supaya akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan minta pasangan keluarga tersebut pulang ke rumah. Namun si isteri terus menangis dan memaklumkan tiada wang ringgit serta tiada lagi bekalan makanan di rumahnya.
Pegawai Polis telah bawa keluarga tersebut ke kedai runcit dan telah berikan bantuan susu anak yang berumur 1 tahun 4 bulan yang membuatkan tersentuh hati pegawai polis tersebut yang dikatakan hanya beri minum milo bercampur gula.
Pasangan keluarga ini tinggal di Taman Tampoi Indah dengan sewa bilik, Suaminya yang telah berhenti kerja sambilan di Singapura kerana tiada permit kerja. Isteri pula seorang tukang cuci di kawasan Larkin dan kini telah dicutikan.
Ucapan terima kasih kepada Pegawai Polis Koperal 150367 Mohd Hisham Mustafa dan Konstabel 204588 Mudrikah Nazirul Nordin yang membantu keluarga tersebut dan moga pasangan keluarga tersebut dapat diberikan bantuan.
Anak-anak yang masih kecil mudah terdedah dengan pelbagai risiko kemalangan di dapur. Kemalangan yang sering berlaku di dapur ialah terkena minyak panas, air yang mendidih dan sebagainya.
Amat penting menjadikan dapur ‘baby-friendly’ supaya kemalangan ini dapat dielakkan. Namun begitu, jika musibah ini terjadi ibu bapa harus bertindak pantas dan mempunyai pengetahuan asas untuk melakukan langkah rawatan asas yang betul bagi mengelakkan kecederaan anak bertambah teruk.
Melalui perkongsian seorang doktor perubatan Hana Hadzrami, beliau berkongsi pengetahuan dan pengalaman tentang perkara asas yang perlu ibu bapa lakukan jika anak terkena minyak atau air panas. Sekaligus membantu meminimumkan kecederaan anak.
“Beberapa bulan dahulu saya menjaga seorang bayi berumur setahun yang dirawat PICU akibat melecur lebih 40% badan. Habis kepala, muka, dada, tangannya kehilangan kulit, hanya tinggal isi yang merah.
Satu badan berbalut dengan hanya menampakkan sebahagian muka (sebahagian lagi ditutup dengan lapisan kolagen) dan kedua-dua belah kaki.
Dia memerlukan bantuan pernafasan dengan mesin bantuan hayat kerana tak mampu bernafas dengan baik.
Anak itu memerlukan pembedahan buang lapisan tisu mati serta menukar balutan (dressing) pada badannya setiap selang sehari.
Tersiram air kopi
Setiap kali dressing dilakukan ianya perlu dibuat di dewan bedah dengan bius penuh. Ini kerana tisu kulit yang mati atau membusuk harus dikikis buang untuk mencegah jangkitan kuman.
Puncanya ialah bayi itu menaiki walker dan menarik alas meja makan. Di atas meja pula ada seteko air panas yang baru setengah jam siap dididih.
Air panas itu telah tersiram pada kepala dan sebahagian besar tubuhnya. Menggelupur anak itu menahan sakit.
Saya teringat anak saya dulu sewaktu berumur dalam 3-4 tahun pernah tersiram kopi panas yang baru dibancuh dengan air mendidih; belum 15 minit selepas didih pun.
Kopi itu saya letakkan di rak almari sebelah atas. Namun anak saya telah memanjat almari dan mencapainya. Lalu kopi panas tersiram daripada kepala sampai ke badannya. Anak tadi melecur teruk sampai masuk ICU. Manakala anak saya selamat tak jadi apa-apa. Syukur!!
Rawatan asas
Kenapa boleh berbeza hasilnya sedangkan mengalami kemalangan yang sama? Bezanya ialah saya mengetahui bantuan rawatan asas (first aid) dan dengan izin Tuhan, berjaya mengaplikasi pengetahuan tersebut kepada anak sendiri.
Sebaik saja tersiram kopi panas, segera saya bawa dia ke bilik air dan saya siramkan air paip secara berterusan. Dengan bajunya sekali saya siram (kerana bajunya tipis).
Siraman itu perlu berterusan sehinggalah dia tak lagi berasa sakit dan tiada lagi kesan merah pada badannya.
Manakala anak yang malang tadi; ibubapanya tiada pengetahuan first aid. Dalam keadaan panik, terus anak itu di bawa ke hospital. Kulit yang tersiram air panas terus ‘masak’ secara perlahan-lahan kerana haba terus masuk kedalam kulit secara langsung.
Sampai di hospital, semua dah terlambat; lecur tadi dah jadi third degree burn. Kesian si anak perempuan tadi. Wajah dan tubuhnya takkan kembali seperti dulu!
Petua
Kerap saya terdengar cara merawat lecur dengan cara menyapu ubat gigi atau dengan merendam anggota melecur dalam guni tepung . Ada juga yang suruh sapu minyak masak. Bermacam jenis petua ada.
Petua-petua tersebut diturunkan oleh nenek moyang dengan niat baik. Namun ianya kurang tepat dan boleh memburukkan keadaan jika lecur itu serius dan melibatkan kawasan besar.
Jika tersiram minyak atau air panas, jangan panik. Segera bawa mangsa ke bilik air dan lalukan dengan air paip secara berterusan selama sekurang-kurangnya 20 minit atau hilang rasa sakit.
Jika anggota melecur dilitupi dengan barang kemas, lampin bayi atau pakaian tebal; tanggalkan dengan serta-merta supaya kulit boleh segera disejukkan sebelum ia ‘masak’.
Percayalah, jika first aid dilakukan dengan segera; jangankan melecur, tanda merah pun tiada. Belajarlah asas rawatan seperti mengendalikan luka kecil dan pendarahan, memberi rawatan permulaan bagi luka melecur, kerana kemalangan kerap terjadi dalam rumah.
Dengan pengetahuan rawatan asas, anda boleh mencegah kecederaan yang lebih besar.
Simpan barang berbahaya
Paling baik jika ada anak kecil di rumah ialah menjadikan rumah anda baby-friendly supaya kemalangan dapat dicegah.
Simpan segala alas meja, perhiasan kaca atau kristal. Elakkan wayar elektrik berjuntai ke bawah. Simpan benda tajam dan berbahaya di tempat yang tak boleh dicapai oleh anak kecil.
Bagi ibu bapa pula, amat penting untuk kita lebih berhati-hati dan membuat rawatan asas yang betul jika berlakunya kemalangan seperti ini.
Rumah tangga yang bahagia boleh dikekalkan dengan memberi perhatian pada beberapa perkara kecil yang sebenarnya penting dalam menjaga perhubungan sesama pasangan. Hentikan berharap pasangan anda berubah menjadi seperti yang anda harapkan. Mulakan perubahan tersebut dengan diri anda sendiri, hari ini.
Setiap orang tak sempurna. Jadi perkahwinan inilah untuk saling melengkapi kekurangan yang ada pada setiap pasangan kita.
Apakah Kunci Kebahagiaan Rumah tangga
Apakah erti kebahagiaan dalam perkahwinan? Setiap orang ada definisi kebahagiaan masing-masing. Ada yang merasa bahagia hanya dengan memiliki pasangan yang saling memahami, ada pula yang menginginkan pasangan yang boleh menjanjikan kemewahan hidup, dan ada juga yang bahagia dengan hanya hidup beserdahana tapi saling melengkapi.
Perkahwinan adalah penyatuan dua hati dalam melayari gerbang perkahwinan yang diselang seli dengan duka dan bahagia. Menerusi hubungan inilah pasangan mula belajar untuk berkongsi kasih sayang, minat, pandangan dan seluruh kehidupan mereka. Dalam proses mengenali akan wujudnya masalah, sebab itu pentingnya ilmu rumah tangga.
Sejujurnya,tiada kayu ukur untuk mengatakan sesebuah rumah tangga bahagia atau tidak. Hanya pasangan itu sendiri yang boleh merasakan kebahagiaan bersama. Jadi ini adalah kunci untuk menjamin kebahagiaan rumahtangga berterusan di samping dapat menjadi contoh untuk anak-anak kelak.
Hormati pasangan anda. Walau apa pun dia tetap suami/isteri anda dan ibu/bapa kepada
anak-anak anda. Kawal kemarahan dan cari jalan untuk kawal emosi. Mungkin anda stress
dengan kerja, uruskan anak sehingga anda jadi rasa susah sangat nak mengawal emosi.
Jadi penting sangat untuk anda menyalurkan kemarahan tu dengan betul apabila berhadapan dengan pasangan atau anak-anak. Selain itu, elakkan juga mengungkit kebaikan dan pengorbanan yang telah anda buat selama dengan pasangan anda. Redha lah dengan apa yang telah anda berikan. Pasakkan niat dekat hati apa yang anda buat selama ni adalah kerana Allah semata-mata. Jadi, anda tidak mudah mengharapkan sesuatu jika pasangan tidak menghargai apa yang telah anda lakukan.
Mula cari ilmu bagaimana untuk merawat hati, mengurus emosi, konflik dan berkomunikasi secara bijak sehingga dapat membawa kepada pendamaian. Cipta kebahagiaan itu dan bukan menjadi pengemis kebahagiaan.
2. Wujudkan Hubungan Hati Dengan Pasangan
Ramai orang tak tahu betapa pentingnya untuk ada deep connection dengan pasangan, ianya bukan sekadar hubungan fizikal sahaja yang nak kena jaga. Tapi hubungan hati antara pasangan pun sangat penting. Hubungan fizikal ini sekejap kesannya, tak kan ke mana-mana dan keseronokkannya sekejap sahaja. Tapi, bila kita ada hubungan hati yang sangat mendalam dengan pasangan, ia akan menjadi suatu kekuatan, malah akan membangkitkan dan mengintimkan lagi hubungan fizikal.
Jadi penting untuk anda buat suatu aktiviti atau ritual untuk membina dan menjalinkan
hubungan yang mendalam antara anda dan suami. Bukan sahaja sexual connection, tetapi heart to heart connection pun amat penting.
3. Beri peluang dan penghargaan
Seterusnya, sentiasa berikan suami atau pasangan anda untuk berubah menjadi lebih baik.
Jangan fokus pada kelemahan dan kesalahan sahaja. Jadi, pada saya penting untuk anda ingat semula satu persatu kebaikan-kebaikan yang telah pasangan anda berikan dan hargainya walau dalam sekecil-kecil hal sekalipun.. Kerap ucapkan “Terima Kasih” dan “Minta Maaf”.
Ingatlah bahawa bukan anda sahaja yang sukakan pujian dan penghargaan, suami atau
pasangan juga perlukan itu. Pada saya, kebanyakan isteri atau pasangan ni dia tak nampak
pengorbanan suami pada dia, yang dia tahu asyik nak tengok kesalahan suami je sampai lupa nak menghargai suami sendiri. Hentikan drama itu.
Jadi saat ini mulakan dengan pujian ikhlas bila suami menolong anda sekecil-kecil hal
sekalipun. Ucapkan terima dan selalu ingatkan bahawa anda sangat beruntung dapat suami
yang membantu anda. Semakin kerap anda ucapkan terima kasih akan buat suami anda rasa dihargai. Ramai terlepas pandang dengan hal ini. Walaupun ianya nampak kecil namun
percayalah ianya membawa impak yang sangat besar.
4. Lihat musibah sebagai suatu peluang
Masalah atau musibah yang hadir dalam hidup anda tu dia bukan datang saja-saja.
Kehadirannya bersebab. Masalah itu sebenarnya adalah satu peluang untuk anda bertumbuh menjadi lebih baik.
Jadi, ini adalah peluang anda dan pasangan untuk go to the next level. Masalah dalam
rumah tangga kita bukanlah musibah tetapi ia adalah hadiah dan berkah dari Allah SWT untuk kita go to the next level supaya kita menjadi isteri yang bukan sekadar bercinta dengan suami saja tetapi menjadi pencinta sejati dan pencipta kebahagiaan. Iaitu menjadi pencinta tanpa syarat. Ingatlah bahawa anda bukanlah mangsa.
Anda adalah pejuang dalam hubungan anda. Bila ada masalah, ambil lah peluang itu untuk
menyelamatkan rumahtangga anda dan bina kembali perkahwinan anda. Katakan pada diri
anda, “kalau bukan aku yang akan menyelamatkan rumahtangga aku, siapa lagi?”
Sebagai contoh salah seorang peserta saya, dulunya dia seorang yang sangat pemarah dan
susah nak kawal emosi hanya kerana beliau tidak dapat menerima hakikat yang dia telah pun diduakan oleh suaminya. Hampir setiap hari dia memaki hamun suami dan anak-anaknya.
Semakin hari dia terseksa melihat suami semakin jauh malah anda-anaknya sendiri juga tidak rapat dengannya. Namun, selepas saya guide beliau dalam kelas online percuma saya iaitu Kembali Bercinta, alhamdulillah kini dia sedar bahawa penting untuk mengawal emosi dan salurkan rasa negatif dengan baik. Hubungan dengan suami dan anak-anak semakin rapat malah lebih bahagia. Sebenarnya, saya suka untuk berkongsi kisah peserta-peserta saya sebab saya yakin dengan perkongsian inilah mungkin dapat membuka mata anda bahawa masalah yang dihadapi ada penyelesaiannya dan bukan anda seorang sahaja yang menderita atau terseksa.
Sahabat, ada masanya kita perlu muhasabah diri untuk upgrade status hati kita. Keikhlasan kita dalam rumah tangga dan meredhai baik buruk masing-masing. Mungkin perkara yang berlaku bukanlah berpunca dari kita. Namun ingatlah, inilah satu ujian dalam alam rumah tangga. Yang penting, anda sentiasa upgrade diri dan ilmu untuk jadi lebih baik. Cuba untuk lakukan sebaik mungkin demi anak-anak anda.
Kredit: Diyana Tahir (Pakar Perhubungan & Keintiman, E Hati International Sdn Bhd)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.