Membimbangkan! Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendedahkan bahawa kadar kelahiran di Malaysia mencatat penurunan sebanyak 11.5% kepada 93,500, berbanding 105,613 kelahiran pada suku pertama tahun 2024.
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, jumlah kelahiran hidup pada suku pertama 2025 merupakan rekod terendah pernah dicatatkan.
Difahamkan nisbah jantina bagi kelahiran hidup adalah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Selangor mencatat bilangan kelahiran tertinggi dengan 18,254 kelahiran (19.5%). Wilayah Persekutuan Labuan pula mencatat jumlah terendah dengan hanya 278 kelahiran (0.3%).
Golongan ibu berusia antara 30 hingga 39 tahun mencatat 49,816 kelahiran (53.3%), diikuti oleh kumpulan umur 20 hingga 29 tahun (39.3%).
Ads
Hanya 1.4 peratus kelahiran melibatkan ibu berumur kurang daripada 20 tahun, manakala terdapat tiga kelahiran dicatatkan oleh ibu yang berusia 55 tahun dan ke atas.
Dari segi etnik, kaum Melayu menyumbang sebanyak 68.8% (64,326 kelahiran), diikuti oleh Bumiputera Lain (12.6%), Cina (8.6%) dan India (3.8%).
Etnik Cina dan India mencatatkan penurunan ketara kerana berkurang sebanyak 1 peratus dan 0.4 peratus berbanding suku pertama 2024.
Ads
Selain itu, Ketua Perangkawan turut menyatakan bahawa jumlah penduduk Malaysia kini dianggarkan seramai 34.2 juta, meningkat sebanyak 0.9 peratus berbanding 33.9 juta pada suku pertama 2024.
Ads
Beliau menjelaskan penurunan kadar kelahiran dan kadar kesuburan (Total Fertility Rate atau TFR) kini merupakan isu global yang memberi tekanan terhadap struktur demografi, pertumbuhan ekonomi serta keseimbangan sosial.
“Banyak negara kini mencatatkan TFR di bawah paras penggantian 2.1 anak bagi setiap wanita berusia 15-49 tahun. Ini memberi kesan kepada populasi menua, penurunan populasi dan tenaga kerja,” ujarnya.
Negara-negara seperti Korea Selatan, Jepun, Singapura, Thailand, China dan Rusia yang sedang menghadapi cabaran ini melaksanakan pelbagai dasar sokongan keluarga, pemberian insentif kewangan serta peluasan cuti bersalin sebagai usaha untuk mengatasi isu populasi yang semakin menua.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bapa kepada bayi yang dibekukan jenazahnya, Safwan Roshdy meluahkan rasa pilunya selepas apa yang menimpanya bayi dan dirinya sekeluarga.
Akui Safwan lagi, dia sudah pun memberikan penjelasan kepada pihak hospital namun mereka tetap berkeras menahan isteri dan mayat bayinya atas alas an bil perubatan belum dibayar.
Menerusi satu temubual di kediaman Peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, bapa ini meluahkan rasa hatinya.
“Apa salah aku, apa dosa anak aku. Aku tahu anak aku tidak sempurna tapi kenapa kau buat aku sampai macam ni?
“Pada pendapat saya jika isteri saya ditahan di hospital pun, cukuplah lepaskan anak saya untuk dikebumikan. Tapi tidak, mereka tetap tahan isteri dan anak saya,” katanya sayu.
Apa yang lebih menyedihkan bila mana pihak hospital didakwa membuat kenyataan fitnah terhadap dirinya dan isteri.
Peguam mewakili Safwan, Ahmad Zaharil menyatakan pihaknya mengenal pasti beberapa pemilik akaun media social yang menyebarkan fitnah terhadap anak guamnya, termasuk dakwaan bahawa Safwan tidak berkahwin.
Ahmad Zahiril melakukan semakan status perkahwinan anak guamnya melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islan Perlis (Jaips) yang mengesahkan kesahihan siji tersebut.
Terdahulu, bayi Muhammad Adham yang dilahirkan tidak sempurna dibekukan oleh pihak hospital kerana ibu bapanya tidak mampu menjelaskan kos kelahiran di sebuah hospital swasta.
Memilih pasangan bukanlah satu hal yang mudah. Selain gerak hati yang berikan Allah, kita juga perlu bijak menilai mana pasangan yang serasi dengan kita malah sanggup hidup susah senang sepanjang bersama. Bukan mudah. Bukan hanya sekadar suka dan terus berkahwin tetapi perlu melihat latar belakang keluarga jika mahu kehidupan aman bahagia.
Ini yang cuba dikongsikan oleh Dr Mohd Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani, suami kepada pelakon Ummi Nazeera di instagram miliknya. Benar, berkahwin bukan satu keputusan mudah. Malah nak pilih pasangan pun perlu melihat pelbagai krateria. Nak mudah ikut sahaja kriteria yang digariskan oleh agama kita sebagai panduan.
4 KRITERIA MEMILIH PASANGAN
Rasa-rasanya sejak sekolah lagi kot kita dah diajar mengenai perkara ni. So ia bukan rahsia la. Nak pilih pasangan kenalah betul-betul. Bukan pilih pasangan tu je semata-mata, tetapi pilih keluarga dia juga.
Ade 4 kriteria nak pilih pasangan ni.
1) AGAMA – Aspek terpenting untuk menjanjikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Pilihlah pasangan yang mengamalkan ajaran agama Islam.
2) KECANTIKAN / KETAMPANAN – Beauty lies on the eyes of the beholder. Ukur kain di badan sendiri sama. Korang sendiri rasa ok, ons jelah. Takyah dok compare dengan orang-orang kat IG, tambah filter je muka diorang tu.
3) KETURUNAN – Keluarga berperanan besar untuk mempengaruhi ilmu, akhlak, dan keimanan seseorang. Kalau ada problem dengan wife nanti, mesti dia block no phone atau unfollow IG etc. So, si suami kenalah berhubung dengan keluarga mertua dia la kan. So, berbaiklah dengan keluarga mertua sama. Family mertua mesti akan support kita kalau kita betul-betul. Yela, kan kita pun akan menyambung nasab keturunan depa juga (melalui anak-anak kita).
4) HARTA – Pilihlah pasangan yang setara harta dan darjat/status sosial. Ini pun boleh jadi isu. Ada yang rasa superior atau ada yang rasa inferior kang. Banyak salah faham terjadi sebab isu ni.
Ni sebenarnya 4 kriteria yang Rasulallah SAW pesan kat kita. Just sebagai peringatan semua.
Elak kongsi cerita rumah tangga di media sosial
Berkongsi tip, melalui instagramnya Dr Izzar juga sempat berpesan kepada pasangan berkahwin agar berhati-hati setiap kali memuat naik status di media sosial.
Malah beliau juga sempat berpesan jangan membandingkan isteri atau suami kita dengan orang lain. Belajar menerima pasangan kita seadanya malah sebaiknya cubalah menggembirakan hati isteri, barulah aman bahagia kehidupan berumah tangga kita. Itu yang sebaiknya.
“Kalau gaduh tu janganla dok post-post kat IG ayat-ayat deep perli isteri/suami. Jangan compare pasangan dengan orang lain.
Isteri always right. Happy wife, happy life. Kalau suami nak keluar main basketball, kasi jela tanpa had. Tu jela kot,” katanya lagi.
Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle setiap minggu? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina.
Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !
Penguatkuasaan Pindaan Akta Kerja 1955 yang sebelum ini ditangguhkan, akan tetap diteruskan mulai 1 Januari tahun depan.
Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, berkata pihaknya harus meneruskan penguatkuasaan akta terbabit kerana undang-undang itu sudah diluluskan Parlimen.
“Perkara ini harus kita teruskan sebab undang-undang ini sudahpun diluluskan Parlimen dan sebahagian besar pindaan yang dibuat adalah berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
“Jadi perkara ini adalah penting untuk kita laksanakan, ini adalah jaminan kepada pekerja,” katanya pada sidang media.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pelaksanaan akta itu perlu ditangguhkan hingga 1 Januari 2024 bagi memberi lebih masa kepada pihak industri dan majikan.
Pindaan Akta Kerja 1955 sepatutnya mula berkuat kuasa 1 September lalu, namun ditangguhkan ke 1 Januari ini selepas pihak industri dan majikan sebulat suara memohon penangguhan atas beberapa faktor termasuk memerlukan sedikit masa berikutan kebanyakannya masih dalam proses pemulihan ekonomi.
Antara kandungan pindaan yang ditangguhkan itu ialah penambahan cuti bersalin daripada 60 hari ke 98 hari, penetapan cuti paterniti tujuh hari, pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam serta aturan kerja fleksibel untuk pekerja.
Selain itu, pindaan Akta Kerja 1955 ini juga mewajibkan keperluan mendapatkan kelulusan penggajian pekerja asing daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia ( JTKSM) di bawah Seksyen 60K (4) Akta Kerja 1955.