Ads

Kadar Zakat Fitrah 2026: Senarai Lengkap Mengikut Negeri Di Malaysia, Kira Berapa Satu Keluarga Perlu Bayar Tahun Ini

Setiap tahun, apabila Aidilfitri semakin hampir, kesibukan menyambut raya bukan sahaja tertumpu kepada persiapan baju baru, juadah raya dan duit raya, tetapi juga tanggungjawab penting sebagai Muslim. Antaranya ialah menunaikan zakat fitrah bagi diri sendiri dan keluarga, serta melunaskan fidyah bagi mereka yang tidak berkesempatan berpuasa sepanjang Ramadan.

Ramai ibu bapa sebenarnya tertanya-tanya tentang kadar zakat fitrah 2026 dan berapa jumlah sebenar yang perlu dibayar untuk satu keluarga. Walaupun jumlahnya kelihatan kecil, kewajipan ini mempunyai makna besar dalam membantu golongan yang memerlukan menyambut Aidilfitri dengan lebih sempurna.

Kepentingan Mengetahui Kadar Zakat Fitrah 2026 Untuk Anak-Anak

Kadar Zakat Fitrah 2026: Senarai Lengkap Mengikut Negeri Di Malaysia, Kira Berapa Satu Keluarga Perlu Bayar Tahun Ini

Betul, mak ayah memang kena tahu kadar zakat fitrah yang perlu dibayar untuk anak-anak mereka, walaupun anak masih kecil. Anak-anak yang masih dalam tanggungan tidak membayar sendiri dan tanggungjawab ini berada pada ibu bapa atau penjaga.

Zakat fitrah bukan sahaja kewajipan agama, tetapi juga peluang untuk ibu bapa mengajar anak-anak tentang kepentingan memberi, berkongsi rezeki dan prihatin terhadap golongan memerlukan.

Dengan cara ini, anak-anak mula memahami bahawa Aidilfitri bukan sekadar tentang baju baru atau duit raya, tetapi juga tentang tanggungjawab dan empati terhadap orang lain. Sebab itu, memahami kadar zakat fitrah 2026 lebih awal dapat membantu ibu bapa merancang pembayaran zakat keluarga dengan lebih teratur.

Berapa Kadar Zakat Fitrah 2026 Di Malaysia?

Berikut ialah kadar zakat fitrah 2026 (1447H) mengikut negeri di Malaysia. Kadar ini berbeza mengikut negeri dan sebahagiannya mempunyai beberapa pilihan bergantung kepada jenis beras yang dimakan oleh pembayar zakat.

Kadar Zakat Fitrah 2026 Mengikut Negeri

Terengganu: RM10 / RM20

Selangor: RM8 / RM16 / RM25

Wilayah Persekutuan: RM8 / RM15 / RM25

Kelantan: RM10 / RM22

Perak: RM10 / RM16 / RM25

Pahang: RM8 / RM14 / RM21

Johor: RM8 / RM10 / RM20

Pulau Pinang: RM10 / RM15 / RM25

Ads

Negeri Sembilan: RM7.50 / RM12 / RM20

Kedah: RM9 / RM15 / RM23

Melaka: RM8 / RM15 / RM22

Sabah: RM7.50 / RM15

Sarawak: RM7.50

Perlis: RM9

Kadar ini ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing berdasarkan jenis beras yang menjadi makanan harian masyarakat di negeri tersebut.

Oleh itu, setiap keluarga perlu menyemak kadar zakat fitrah 2026 di negeri tempat tinggal mereka supaya jumlah yang dibayar adalah tepat mengikut ketetapan semasa.

Kadar Zakat Fitrah 2026: Senarai Lengkap Mengikut Negeri Di Malaysia, Kira Berapa Satu Keluarga Perlu Bayar Tahun Ini

Ads

Hukum & Umur Bayar Zakat Fitrah

Kanak-kanak / Anak Tanggungan

Wajib dibayar oleh bapa atau penjaga bagi pihak anak-anak yang masih dalam tanggungan, tanpa had umur minimum. Ini bermakna bayi yang baru lahir sebelum malam raya juga termasuk dalam tanggungan zakat.

Anak Baligh & Bekerja

Sekiranya anak sudah baligh, bekerja dan mampu, mereka wajib menunaikan zakat fitrah sendiri. Jika bapa membayarnya, ia dikira sebagai ihsan tetapi memerlukan keizinan anak tersebut.

Wanita / Warga Emas

Golongan wanita dan warga emas wajib menunaikan zakat fitrah selagi memenuhi syarat kemampuan. Memahami kadar zakat fitrah 2026 membantu memastikan kewajipan ini ditunaikan dengan betul.

Bila Waktu Membayar Zakat Fitrah?

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada beberapa hukum berdasarkan masa pembayaran:

Wajib – Bermula apabila terbenam matahari pada malam Hari Raya Aidilfitri, iaitu pada akhir Ramadan.

Afdal – Sebelum solat sunat Aidilfitri pada pagi 1 Syawal.

Harus – Bermula dari awal bulan Ramadan.

Makruh – Selepas solat sunat Aidilfitri tetapi sebelum terbenam matahari pada 1 Syawal.

Ads

Haram – Selepas terbenam matahari pada 1 Syawal.

Sebab itu ramai yang memilih untuk menyelesaikan pembayaran lebih awal sebaik sahaja kadar zakat fitrah 2026 diumumkan oleh pihak berkuasa agama negeri.

Panduan Praktikal Untuk Ibu Bapa Kira Zakat Keluarga

Bagi memudahkan ibu bapa membuat kiraan, berikut langkah ringkas yang boleh diikuti:

1. Senaraikan semua ahli keluarga – termasuk diri sendiri, pasangan, anak-anak kecil dan yang masih dalam tanggungan.

2. Semak kadar negeri masing-masing – pilih kadar yang sesuai dengan jenis beras yang dimakan oleh keluarga.

3. Kira jumlah zakat – contohnya, jika keluarga ada 2 dewasa dan 3 anak kecil di Selangor (pilih kadar RM16 untuk beras pilihan):

Dewasa: 2 × RM16 = RM32

Anak-anak: 3 × RM16 = RM48

Jumlah keluarga = RM80

4. Bayar lebih awal – elakkan menunggu detik terakhir supaya dapat membantu golongan fakir dan miskin membuat persiapan raya.

Dengan memahami kadar zakat fitrah 2026 dan membuat kiraan lebih awal, ibu bapa bukan sahaja menunaikan kewajipan agama, tetapi juga mengajar anak-anak menghargai nilai memberi, berkongsi rezeki dan memahami tanggungjawab sosial sejak kecil.

Hukum bayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan

Menerusi laman website Pusat Zakat Selangor menjelaskan bahawa bayaran Zakat harus mengikut beras yang dimakan oleh ahli keluarga seharian.
Hukum adalah sunat dan dalil galakan individu yang ingin membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan bersandarkan kepada hadis Rasulullah SAW.
“Dari Abi Sa’id Al-Khudri ra : Sesungguhnya kami di zaman Rasulullah SAW memberinya (membayar zakat fitrah) satu sha’ dari makanan yang dimakan, satu sha’ dari kurma. (Sahih Bukhari)
Soalan popular:
1.Kenapa kita digalakkan membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan?
Kita digalakkan membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan kerana ianya merupakan kebajikan bagi golongan yang berkemampuan dan lebihan daripada zakat fitrah tersebut akan disalurkan kepada golongan fakir dan miskin.
Firman Allah SWT
*Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya”.
(Al Baqarah 184)|
2. Bolehkah saya membayar zakat fitrah mengikut kadar umum RM7.00 walaupun saya berkemampuan untuk membayar lebih mengikut harga beras yang dimakan?
Dibolehkan kerana keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 12 Disember 2017 menetapkan kadar umum dan minima zakat fitrah untuk tahun 1439H/2018M adalah sebanyak
RM7.00 seorang

 

Kadar Zakat Fitrah 2026: Senarai Lengkap Mengikut Negeri Di Malaysia, Kira Berapa Satu Keluarga Perlu Bayar Tahun Ini

Sumber: Pusat Zakat Selangor & Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Doa Mustajab Di Bulan Ramadan, Termasuk Doa Anak Jadi Pintar

Doa Mustajab Di Bulan Ramadan menjadi amalan penting bagi ibu bapa yang mendoakan kebaikan keluarga termasuk doa agar anak menjadi pintar, berilmu dan diberkati Allah.