Hebat betul! Seorang kanak-kanak comel bernama M Rajamitheran, baru je berusia 2 tahun 11 bulan, dah berjaya mencipta sejarah dalam Malaysian Book of Records (MBOR) pada 25 Oktober lepas. Rajamitheran dengan pantasnya dapat menyebut 57 logo kereta dalam masa satu minit sahaja. Ini merupakan suatu pencapaian luar biasa bagi anak sekecil ini!
Memetik laporan Sinar Harian, ibunya, C Saranyaa, 33, berkata, pencapaian tersebut diterima bagi kategori bilangan logo kereta terbanyak yang dikenal pasti oleh kanak-kanak.
Rajamitheran yang merupakan anak tunggal mula menunjukkan minat terhadap logo kereta sejak berumur satu tahun selepas melihat kereta model Volkswagen di jalan raya buat pertama kali.
“Bermula dari situ, suami saya, S M Mugilan, 35, mula ajar (Rajamitheran) dengan kenal lima logo kereta dahulu menggunakan kad imbas kanak-kanak. Keesokan harinya, anak saya boleh ingat lima logo itu.
Ads
“Dalam masa dua bulan sahaja, dia sudah tahu 70 logo kereta. Dari situ selepas bincang dengan suami, kami cadang bawa Rajamitheran untuk MBOR,” katanya yang menetap di Ipoh, Perak.
200 LOGO KERETA
Menurut Saranyaa, sehingga kini Rajamitheran mampu menamakan 200 logo kereta.
Ads
Ujarnya, ketika sesi ujian bersama panel MBOR, Rajamitheran hanya dapat menjawab 45 logo kereta bagi percubaan kali pertama sebelum mencuba untuk kali kedua.
“Tapi hanya dapat jawab 10 logo sahaja dan untuk pengiktirafan ini, kami hanya diberi tiga kali percubaan.
Ads
“Saya ingat mereka hanya soal 70 logo kereta yang saya ajar sahaja, tetapi tidak sangka logo kereta yang Rajamitheran tidak tahu pun mereka tanya juga,” ujarnya.
Jelas Saranyaa, bagi percubaan terakhir, mereka diberi tempoh selama sebulan untuk membuat persediaan.
“Rajamitheran berjaya jawab 70 logo tetapi selepas tolak dari segi salah sebutan, pihak MBOR tetapkan sebanyak 57 logo yang berjaya dinamakan.”
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru yang tidak pernah berkira mendidik anak-anak, pelakon, Shima Anuar tidak terkecuali memberi penghargaan buat kesemua guru yang menaburkan ilmu buat anak-anaknya.
Paling istimewa, pelakon serba boleh ini menggubah sendiri 20 jambangan bunga buat kesemua guru-guru anaknya.
“20 jambangan bunga dengan coklat untuk Hari Guru hari ini. 10 untuk guru Sophia dan 10 lagi untuk guru Mikhael.
“Selamat Hari Guru kepada semua guru hebat di luar sana. ♥️,” tulisnya menerusi kapsyen.
Apa yang menarik perhatian bukan hanya usaha bahkan kesemua jambangan bunga ini dihias cukup cantik seperti di kedai-kedai bunga.
Malah setiap satunya pula turut disertakan dengan sekotak coklat sebagai hadiah sampingan. Tidak hairanlah dipuji wargamaya. Memang cantik persis tenaga terlatih.
Video perkongsian Shila Anuar ini sudah semestinya menerima tanda suka dari wargamaya yang memuji usaha pelakon ini untuk menghargai guru-guru anaknya.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Tak sangka, ayah Jebat Jayden betul-betul hebat! Pelakon terkenal tanah air Sharnaaz Ahmad membuat kejutan apabila diumumkan sebagai pemilik kelab bola sepak amatur Carabat FC yang bakal beraksi dalam Liga Selangor (FAS League)
Ini disahkan menerusi laman sosial rasmi Carabat FC yang memaklumkan Sharnaaz adalah pemilik pasukan itu yang ditunjangi pemain muda.
Pelakon ini yang merupakan anak kepada Dato Basir Ahmad di mana ibunya juga berstatus Dato iaitu Malina Putih yang merupakan usahawan di Pulau Pinang diketahui amat meminati sukan bola sepak dan pasukan terbabit ditubuhkan untuk dijadikan sebagai platform kepada pemain amatur mempamerkan bakat mereka.
“Penubuhan kelab didorong oleh semangat kesukanan dan keinginan untuk menyediakan platform untuk pemain berbakat untuk mempamerkan kebolehan mereka.
“Dengan tumpuan kepada kedua-dua prestasi kompetitif dan pembangunan pemain, Carabat FC berazam untuk berada di peringkat lebih tinggi dalam bola sepak Malaysia.
“Saya harap kami boleh mencapai lebih banyak kejayaan dalam masa terdekat dan membuat penampilan sulung kami dalam Liga Super FAS,” kata kenyataan rasmi Sharnaaz.
Carabat FC baru beraksi dalam satu perlawanan dan mereka bakal menentang Bangi City untuk aksi persahabatan kedua pada 19 Oktober ini di KV Arena, Shah Alam.
Mengikut rekod, pelakon popular Rita Rudaini tampil sebagai selebriti wanita pertama negara ini menubuhkan kelab bola sepak pada 2018.
Rita menubuhkan kelab bola sepak RR Cougars FC pada pertengahan tahun 2018 demi cintanya terhadap sukan bola sepak sejak dulu namun ia lebih kepada pembangunan kerana hanya disertai pemain berusia 5 hingga 10 tahun.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan satu kenyataan media menerusi laman facebook rasminya berhubung larangan jualan produk makanan yang dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak mempunyai maklumat pengeluaran yang lengkap pada label.
Langkah ini diambil untuk melindungi keselamatan pengguna dan memastikan produk di pasaran mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Berdasarkan kenyataan media daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pengguna dimaklumkan mengenai larangan jualan produk makanan yang didapati mengandungi racun berjadual seperti sibutramine, dexamethasone, dan prednisolone.
Produk ini juga tidak mematuhi keperluan pelabelan yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, termasuk tiada maklumat pengilang atau pemilik hak pengilangan pada label.
KKM mengarahkan semua penjual, termasuk platform atas talian, untuk menghentikan segera penjualan dan pengiklanan produk ini. Orang ramai yang telah menggunakan produk tersebut disarankan untuk berhenti serta-merta dan mendapatkan nasihat kesihatan daripada profesional.
Sebarang keraguan atau aduan boleh disalurkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau melalui laman sesawang dan media sosial rasmi KKM. Langkah ini bertujuan melindungi keselamatan pengguna dan memastikan produk makanan di pasaran mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.