Gelagat anak-anak kita yang sedang membesar sememangnya menghiburkan. Ada sahaja aksi dan telatah lucu yang membuatkan kita tak kering gusi.

Gelagat si comel pujaan ramai, Lara Alana, anak kepada pasangan pelakon dan pengacara, Awal Ashaari dan Scha Alyahya juga tidak kurang comelnya.

“Kakak ‘Show Off’ Adik Kat Member” Bawa Adik Masuk Kelas Online, Gelagat Lara Alana Cuit Hati Wargamaya!

Mana tidaknya, dek keterujaan memiliki adik baru, si comel Lara turut membawa adiknya, Lyla Amina ke kelas online Pdpr nya. Comel sekali.

Berkongsi sekeping gambar menerusi Instagram @lylaaminaa, gelagat Lara itu ternyata mencuit hati wargamaya.

“Kakak ‘Show Off’ Adik Kat Member” Bawa Adik Masuk Kelas Online, Gelagat Lara Alana Cuit Hati Wargamaya!

“Eh apeni? Tak pasal-pasal kita kena masuk online class ni?

“Tolong jangan libatkan saya hokey @laraalanaa,” kapsyen comel yang dikongsikan di Instagram @lylaaminaa.

“Kakak ‘Show Off’ Adik Kat Member” Bawa Adik Masuk Kelas Online, Gelagat Lara Alana Cuit Hati Wargamaya!

IKLAN

Melihatkan gelagat Lara dengan masih berbaju kelawar itu sememangnya cukup menghiburkan. Cantik dan memperlihatkan gaya kakak-kakak.

Meninjau di ruangan komen, wargamaya mula beranggapan Lara membuat cubaan untuk memperlihatkan adiknya kepada rakan sekelas. Aksi yang cukup comel dan menghiburkan.

“Kakak ‘Show Off’ Adik Kat Member” Bawa Adik Masuk Kelas Online, Gelagat Lara Alana Cuit Hati Wargamaya!

“Biasalah tu kakak-kakak nak ‘show off’ ada adik baru kat member-member. heheh. comel betol lah dua org ni.”

“Kakak nk turunkan ilmu tu.”

“Haha kakak wants to introduce u to her classmates n teacher la lyla.”

IKLAN

“Terbaik kakak dukung masuk belajar.”

“Lyla jadi rakan kelas Lara ke?”

“Kakak ‘Show Off’ Adik Kat Member” Bawa Adik Masuk Kelas Online, Gelagat Lara Alana Cuit Hati Wargamaya!

Bukan hanya membawanya ke kelas online, bahkan banyak aksi comel Lara bersama adiknya di Instagram adik kesayangannya itu yang kini sudah pun berusia tiga bulan.

“Kakak ‘Show Off’ Adik Kat Member” Bawa Adik Masuk Kelas Online, Gelagat Lara Alana Cuit Hati Wargamaya!

IKLAN

 

Terdahulu, Lyla Amina, anak kedua pasangan ini dilahirkan pada Jumaat, 12 Februari lalu melalui kaedah pembedahan selepas Scha mengalami kandungan yang songsang biarpun di saat akhir kehamilannya. Kini gelagat Lyla dan Lara menjadi penghibur setia pasangan ini.

Menarik: How About Me, Mula Cemburu Dengan Adik, Gelagat Lara Alana Tarik Perhatian Wargamaya

“Kakak ‘Show Off’ Adik Kat Member” Bawa Adik Masuk Kelas Online, Gelagat Lara Alana Cuit Hati Wargamaya!

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @lylaaminaa @awalashaari

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI