Ada yang sudi bantu adik Hafidz? Mana tahu sumbangan anda itu mampu memberi peluang lebih baik padanya untuk terus membesar seperti kanak-kanak seusia pada masa depan.
Perjalanan adik Hafidz yang disahkan mengalami masalah jantung ini bermula sejak dia dalam kandungan lagi. Semasa scan yang dilakukan ketika 5 bulan kandungan ibunya, doktor dah nampak ketidaknormalan jantung.
Selepas dilahirkan anak bongsu dari tiga beradik ini disahkan mengalami masalah jantung kronik dan kini masih tidak boleh terlalu aktif.
Perlu jalani pembedahan ke-3 sebelum usia 7 tahun
Menurut ibu adik Hafidz, penyakit jantung yang dihidapi Hafidz adalah yang jarang berlaku. Melalui apa yang diberitahu doktor, pembedahan ketiga ini perlu dilakukan sebelum usianya 7 tahun untuk pastikan keadaannya lebih stabil.
Ads
Menerusi perkongsian di FB Rina Zahari (ibu saudara adik Hafidz) dia berkongsi perjuangan anak kecil ini.
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang diRahmati Allah. Maaf nak curi masa anda semua untuk berkongsi kesedihan kakak ipar saya Puan Norhazah Othman, ibu kepada anak kecil dalam gambar ni, adik Hafidz.
Kaki, tangan, bibir kebiruan
Semua sedia maklum Hafidz pengidap masalah jantung kronik sejak dilahirkan dan telah melalui dua kali proses pembedahan sebelum ini. Kini, adik Hafidz yang sudah berusia 5 tahun terpaksa melalui satu lagi pembedahan pada bulan 12 ini seperti disarankan oleh doktor.
Ads
Ini kerana kesihatan adik Hafidz semakin merosot akibat kekurangan oksigen dalam badan dan kesannya kaki tangan dan bibir adik Hafidz akan menjadi kebiruan.
Perlu RM90,000 untuk pembedahan terakhir
Sekarang Puan Norhazah dan abang saya terpaksa berusaha keras untuk dapatkan dana yang sangat tinggi sebanyak RM90,000 dalam masa yang sangat singkat.
Saya memohon jasa baik semua, sudi kiranya sesiapa berkemampuan dapat membantu dari segi kewangan. Doa dan sokongan anda semua juga sangat diperlukan agar pembedahan adik Hafidz dipermudahkan dan berjalan lancar.
Ads
Semoga adik Hafidz diberi kesihatan yang baik dan dapat melalui kehidupan normal seperti kanak-kanak lain. Amin
Sekiranya anda ingin menghulurkan sumbangan boleh berhubung dengan ibu adik Hafidz PuanNorhazah Othman (019- 7281980). Sumbangan juga boleh di berikan melalui akaunMaybank -156226093439
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Macam-macam petua yang dikongsikan untuk ibu menyusu bagi memastikan misi menjayakan penyusuan dapat diteruskan hingga tempoh 2 tahun. Walaupun kebanyakan ibu dah tahu tapi nak lakukan itu kadang tak sempat.
Bagi ibu yang sedang usaha nak jayakan misi penyusuan ini, perkongsian dari Puan Hana Shahadan ini boleh dicuba.
Lima tip dan petua tambah susu wajib untuk ibu- ibu. Jadi nanti bolehlah buat stok susu frozen bila dah mula bekerja kan. Mungkin ramai yang dah tahu, cuma belum cuba buat kan? Apa kata try sampai jadi.
1) Pastikan mengepam susu secara konsisten. Ada demand susu, baru ada supply. Waktu tengah malam hingga ke pagi adalah waktu terbaik pam susu (walaupun itu waktu mencabar juga). Mommy gunakan double freestyles breastpump mommyhana. Tak perlu mahal yang penting sangat kualiti tu ada. Tak payah nak pasang suis time mengepam.
2) Boleh cuba petua susu fresh blend bersama kurma. (Nak best letak almond sikit) Tapi kalau tak sempat sangat, beli susu kurma farmfresh tu.
3) Minum air rebusan kurma merah/kurma cina. Caranya rebus kurma dalam 10biji dan kemudian minum airnya.
4) Sebut je lobak putih ramai tak suka. Tapi cuba Buat sup lobak putih dengan ayam ke, masukkan lobak putih dengan lada hitam ke. Sedap tau. Cubalah.
5)#Stop Ice. Ini pantang paling kena buat. Kalau tak boleh, cuba sikit2 lah stop. Then perbanyakkan minum air kosong/air suam. Minum sebelum semasa selepas pumping. Legaaa.
Cubalah dulu kita kan target 2 tahun menyusu badan. Hiyakk! Nak tambah pahala kongsikan dengan orang yang mengandung menyusu bersalin dan lain-lain.
Kongsi pemilik nama lengkap Nurtria Wulandri Arifin ini, dia kini kembali menyambung pantang selepas berehat selama beberapa hari bagi menyambut Syawal.
Setelah berehat sekejap pada hari raya minggu lalu, Tya dah kembali menjalini rutin berpantang. Walaupun beberapa hari saja tidak melakukan rutin pantang, rasanya rindu. Bersauna, bertangas, berurut, tungku, mandian herba dan lainnya.
“Gimana kalau sudah habis pantang ya? Pantang tinggal setengah jalan lagi, target berat badan pun tinggal setengah lagi,” tulis Tya.
Terdahulu, Tya yang mendirikan rumah tangga bersama anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid pada 1 November 2015.
Menerusi perkongsian hidup itu, pasangan berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Arif Jiwa, 2 tahun sementara anak keduanya, diberi nama Azzahra Jiwa Muhammad Asyraf.
Sumber: ig Tya Arifin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang semua sedia maklum, penyusuan susu ibu dapat membantu diri anda membakar kalori lebih banyak berbanding ibu yang tidak menyusukan anaknya. Namun mengapa ya, ada juga segelintir ibu menyusu yang menrungut dirinya tidak berjaya menurun berat badan.
Bagi anda yang mengalami konflik sebegini lantaran tidak berjaya menurunkan berat badan walaupun mengamalkan penyusuan susu ibu, ketahuilah masalah ini terjadi disebabkan oleh beberapa faktor sampingan. Kadang-kala anda sendiri pun tidak sedar ia adalah punca sebenarnya.
Hormon prolaktin
Semasa hamil dan menyusukan anak, hormon yang berkaitan menjadi aktif. Tahukah anda bahawa prolaktin, hormon yang bertanggungjawab dalam urusan pengeluaran susu ibu ini turut berperanan dalam meningkatkan selera makan.
Hormon prolaktin berada pada tahap paling tinggi dalam tempoh enam bulan pertama selepas kelahiran bayi di mana penyusuan susu ibu berlangsung. Kajian menunjukkan hormon ini boleh menghalang penurunan berat badan, malah menyebabkan pertambahan berat badan. Selain daripada itu, hormon yang sama juga bertindak mengurangkan metabolisme. Oleh sebab itulah sesetengah ibu menyusu sukar menurunkan berat badannya.
Terlalu memilih makanan
Punca anda gagal menurunkan berat badan semasa menyusu adalah disebabkan oleh faktor terlalu memilih makanan. Ada segelintir ibu menyusu langsung tidak mengambil karbohidrat, lemak, manisan dan lain-lain.Apabila anda terlalu memilih, risiko untuk makan mengikut nafsu adalah sangat tinggi. Jadi, adalah lebih baik jika anda ambil semua jenis makanan asalkan ia berkhasiat dan seimbang. Makanlah apa sahaja secara sederhana dalam kuantiti yang kecil berbanding langsung tidak mengambilnya.
Tekanan dan kurang tidur
Tekanan dan kurang tidur adalah antara punca yang menyebabkan kelenjar adrenal menjadi lemah. Peranan kelenjar ini ialah menguruskan tekanan yang dihadapi dan mengawal metabolisme badan.Apabila kelenjar adrenal lemah disebabkan oleh diri anda mengalami stres, tubuh letih, tidak cukup tidur dan sebagainya, maka tidak hairanlah berat badan pun susah untuk turun. Hal ini kerana metabolisme turut sama terjejas.
Bersenam terlalu lama
Tanggapan bahawa bersenam dalam masa yang lama dalam satu-satu masa lebih membantu anda mengurangkan berat badan adalah kurang tepat. Senaman dalam jangka masa yang pendek dan intensif seperti 20 hingga 30 minit setiap sesi senaman sudah memadai untuk membolehkan tubuh membakar kalori yang sedia ada.
Tambahan pula senaman untuk jangka masa yang pendek lebih sesuai anda yang kini banyak tanggung jawab menguruskan bayi yang menyusu susu ibu, keluarga dan kerjaya. Bersenamlah dengan rasa seronok kerana kegembiraan akan meningkatkan hormon endorfin lalu memperbanyakkan susu ibu. Pada masa yang sama, anda juga berupaya untuk menurun berat badan dengan jayanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.