Jangan ingat orang dewasa sahaja yang mengalami masalah tidur malam, kanak-kanak pun tidak terkecuali juga. Aduh, ibu bapa susah hati fikirkan langkah mengatasi keadaan tersebut?

Kalau Anak Ada Masalah Tidur Malam, Segera Dapatkan Rawatan Pakar

Masalah tidur malam dalam kalangan kanak-kanak

Umumnya, terdapat beberapa keadaan yang melibatkan masalah tidur malam kanak-kanak. Ia boleh diatasi dengan melakukan penyesuaian rutin waktu tidur mereka.

Walau bagaimanapun, terdapat juga gangguan tidur yang memerlukan perhatian khusus serta rawatan profesional. Ini bagi mengetahui langkah mengatasi masalah yang dialami. .

Langkah mengatasi masalah tidur malam anak

Berikut disenaraikan 6 masalah tidur malam yang sering dialami kanak-kanak serta langkah mengatasi untuk dicuba.

Antara masalah tidur anak adalah:

Insomnia

Biasanya kanak-kanak boleh melelapkan mata dalam tempoh 20 minit setelah berada di tempat tidur.

Kalau Anak Ada Masalah Tidur Malam, Segera Dapatkan Rawatan Pakar

Tetapi ada juga anak yang kerap mengalami masalah untuk tidur, kekal tidur atau sukar untuk melelapkan mata kembali setelah terjaga. Jika ia kerap berlaku,anak anda mungkin mengalami insomnia.

Ia bukan masalah serius. Namun, keadaan itu boleh mengakibatkan anak letih dan mudah terganggu emosi keesokan harinya.

Langkah mengatasi gangguan ini adalah dengan mengikuti rutin tidur yang baik selama 2 minggu. Ia merangkumi waktu tidur dan bangun yang teratur.  Bagi anak yang lebih dewasa, elakkan mereka daripada tidur siang.

Hindari daripada memberikan makanan atau minuman yang mengandungi kafein kepada anak.

Adakalanya masalah tidur malam insomnia ini boleh jadi gejala kemurungan, gangguan kegelisahan atau hiperaktif.

Tidur berjalan

Keadaan ini biasa berlaku pada kanak-kanak berusia 2 tahun sehingga awal remaja.

Ia dipercayai berlaku jika anak terlalu letih, mempunyai suhu badan tinggi atau berasa tertekan mahupun gelisah.

Individu yang tidur berjalan biasanya:

  • Mempunyai pandangan kosong
  • Sukar untuk bangun pagi
  • Tidak mendengar atau melihat sesiapa
  • Tidak ingat apa yang berlaku pada keesokan harinya
  • Mungkin keliru dengan apa yang berlaku apabila terjaga

Tiada sebab jelas mengapa anak anda tidur berjalan.

Namun berkemungkinan besar kerana mereka terlalu letih, mengalami suhu badan yang tinggi mahupun berada dalam keadaan gelisah dan tertekan.

Mimpi yang menakutkan

Anak yang mengalami mimpi buruk biasanya akan bangun selepas beberapa jam pertama tidur dan menjerit mahupun memanggil ibu bapanya.

Keadaan ini sering berlangsung untuk tempoh beberapa minit dan adakalanya melangkau sehingga 30 minit atau lebih.

Sekiranya anak mengalami mimpi yang menakutkan, ibu bapa sila lakukan perkara ini:

  • Jangan kejutkan mereka semasa mimpi itu terjadi
  • Kekal bertenang dan bersama anak. Tunggu sehingga anak terjaga

Pastinya ia akan mendatangkan kerisauan pada ibu bapa, kan? Tetapi masalah tidur malam dialami anak ini tidak berbahaya dan merupakan sebahagian daripada fasa tidur yang normal.

Tidur apnea

Kanak-kanak yang mengalami tidur apnea biasanya akan tidur berdengkur dan berhenti bernafas selama beberapa saat ketika melelapkan mata – sekali gus memberi isyarat kepada otak untuk membangunkan mereka.

Kekerapan tidak bernafas diikuti dengan terjaga daripada tidur pada waktu malam, biasanya cenderung membuat anak akan letih dan tantrum pada siang harinya.

Punca berlakunya tidur apnea pada anak adalah tonsil atau adenoid membesar dan membengkak.

Hipersomnia

Merupakan keadaan di mana anak akan tidur lebih banyak daripada biasa pada usia mereka.

Seorang kanak-kanak dengan hipersomnia akan selalu letih walaupun selepas tidur untuk tempoh yang lama, mudah meragam dan cepat marah.

Mereka juga dikatakan kurang daya tumpuan dan mempunyai ingatan yang lemah.

Jika anak anda mempunyai hipersomnia, langkah mengatasi yang boleh dicuba adalah dengan menetapkan rutin waktu tidur malam dan siang untuk beberapa hari.

Jika tiada perubahan, lakukan pemeriksaan doktor.

Kalau Anak Ada Masalah Tidur Malam, Segera Dapatkan Rawatan Pakar

Mengetap gigi

Sesetengah kanak-kanak akan mengetap gigi mereka saat tidur. Dalam istilah perubatan, masalah tidur malam ini dipanggil bruxism.

Tingkah laku ini juga turut dilakukan saat mereka sedang marah, kecewa ataupun gelisah.

Umumnya, ibu bapa tidak perlu risau jika keadaan ini terjadi sekali-sekala. Tetapi jika ia kerap berlaku, keadaan tersebut boleh menjadi punca kerosakkan gigi atau rahang anak.

Atasi kondisi ini dengan mencuba untuk mengurangkan tekanan mereka. Tetapkan waktu tenang sekurang-kurangnya setengah jam sebelum tidur tanpa mengira usia anak anda.

Jika gangguan tidur malam menyebabkan kerosakan gigi anak, anda mungkin perlu mendapatkan rundingan doktor gigi untuk membantu mengatasinya.

Kesimpulannya 

Tidur adalah keperluan mutlak untuk semua individu, terutamanya bagi anak kecil.

Mereka memerlukan tidur cukup dan berkualiti untuk tumbesaran pembelajaran untuk tumbesaran, pembelajaran dan mengekalkan fungsi tubuh pada tahap yang terbaik.

Jika anda mempunyai kebimbangan mengenai masalah tidur malam yang dialami anak, berjumpalah doktor untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik.

Kalau Anak Ada Masalah Tidur Malam, Segera Dapatkan Rawatan Pakar

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI