Bila bayi anda sudah mula belajar berjalan dan jatuh, dia memang berisiko untuk kerap terjatuh. Terjatuh tanpa kesan luka atau kecederaan adalah perkara normal sepanjang tempoh tumbesaran seorang anak tetapi jika terlalu kerap terjatuh sehingga ada benjol dan hentakan kuat di kepala, apakah kesannya terhadap si kecil?
Siapa yang tidak risau apabila anak terjatuh dan menangis kesakitan. Lagi bimbang bila kesan terjatuh meninggalkan benjol atau mengakibatkan kecederaan sampai berdarah.
Tetapi sebelum itu ibu ayah perlu faham mengenai kesan-kesan hentakan kepala supaya dapat membuat perbezaan antara hentakan yang serius dan hentakan yang tidak serius supaya langkah-langkah rawatan yang betul dapat diambil.
1. Lapisan kepala terbahagi kepada kulit, tengkorak dan otak. Apabila ada hentakan atau trauma ke kepala ia boleh menyebabkan kecederaan kepada kulit, tengkorak atau/dan otak.
2. Apabila hentakan berlaku, kulit mungkin terkoyak dan menyebabkan pendarahan tetapi jika luka tersebut besar dan melibatkan salur darah yang besar ia boleh menyebabkan pendarahan yang serius.
3. Selain luka ada juga kecederaan kulit kepala yang disusuli dengan benjol sahaja. Benjol boleh disebabkan oleh bengkak pada kulit atau pun pendarahan di bawah kulit di mana darah berkumpul antara kulit kepala dan tengkorak. Ia bermakna pendarahan itu berada di luar otak dan tidak akan menghimpit otak kerana dihalang oleh tengkorak.
4. Benjol di kepala yang disebabkan oleh pendarahan di bawah kulit biasanya akan hilang dengan sendirinya dan boleh memakan masa hingga 1-2 minggu.
5. Kecederaan kepada tengkorak dan otak mempunyai kesan yang lebih serius berbanding kecederaan kepada kulit sahaja dan kedua-duanya boleh berlaku tanpa apa-apa kesan kepada kulit.
6. Jika ada hentakan kepala dan dari segi luarannya mangsa tidak ada luka atau benjol atau apa-apa tanda kecederaan, bukan bermaksud tidak ada pendarahan atau kesan kepada otak.
7. Apabila ada keretakan kepada tengkorak ia bermaksud hentakan yang berlaku sangat kuat dan ada risiko jangkitan kerana kuman boleh masuk melalui retak di tengkorak ke otak.
8. Kecederaan ke otak boleh berlaku dengan pendarahan dalaman otak bergantung kepada di mana hentakan berlaku, pendarahan dalaman otak boleh berlaku di mana-mana bahagian dalam otak.
Antara simptom-simptom pendarahan dalaman otak atau kecederaan kepada otak:
– Pengsan selepas trauma.
– Otot menjadi lemah atau sebahagian/semua anggota badan tidak boleh bergerak.
– Amnesia/hilang ingatan.
– Keliru.
– Sakit kepala dan sakit mata apabila terdedah kepada cahaya.
– Sawan.
– Muntah lebih dari sekali.
– Tidak dapat bercakap dengan betul atau muka menjadi senget sebelah.
– Darah atau cecair keluar dari hidung atau telinga.
– Mata hitam tidak sama saiz.
– Penglihatan kabur atau nampak objek lebih dari satu.
Jika ada simptom-simptom ini janganlah berlengah lagi untuk membawa anak ke hospital yang berdekatan. Jika doktor sudah memeriksa anak dan membenarkan anak di bawa pulang, kebiasaanya doktor akan memberi nasihat untuk memerhatikan anak sekurang-kurangnya dalam 24 jam yang pertama untuk tanda-tanda seperti di atas.
Sekiranya anak anda tidak ada tanda simptom tersebut, kemungkinan berlaku pendarahan dalam otak sangat tipis tetapi proses pemulihan daripada hentakan tersebut mengambil masa yang lama sehingga berminggu bahkan ada yang berbulan.
Bagaimanapun mangsa tidak akan mengalami sebarang kesan jangka panjang walaupun proses pemulihan mengambil masa yang lama.
Rawatan segera
a. Jika berlaku pendarahan akibat luka anak terjatuh, anda perlu segera menghentikan pendarahan kerana kesan serius boleh berlaku kepada mangsa jika hilang darah dengan banyak. Apa yang perlu dilakukan sekiranya terdapat luka pada kulit selepas hentakan ialah dengan mengenakan tekanan pada luka dengan menggunakan kain yang bersih. Jika pendarahan tidak berhenti atau luka agak besar, terus bawa mangsa ke klinik atau pusat kesihatan yang paling dekat sambil meneruskan tekanan terhadap luka tersebut.
b. Benjolan yang berlaku selepas terjatuh akan meninggalkan rasa sakit dan mungkin lebih sakit jika benjol tersebut ditekan. ‘Cold compress’ atau tuaman sejuk boleh mempercepatkan benjolan tersebut reda/kurang.‘Hot compress’ atau tuaman panas boleh mengurangkan sakit tetapi harus disusuli dengan tuaman sejuk kerana panas akan menyebabkan cecair tisu bertambah dan bengkak. Darah beku tersebut akan perlahan-lahan diserap balik ke tisu sekeliling dah benjolan/bengkak akan surut dan hilang.
c. Memberi Paracetamol sahaja jika perlu ubat untuk mengurangkan sakit. Tidak disarankan untuk memberi ubat dari kategori NSAID (‘Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs’) seperti Ibuprofen (Brufen, Bifen, Buprol-B, Ibufac, Nurofen) atau Diclofenac (Cataflam, Voren).
Sumber: doktorbudak.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keraguan memilih susu terbaik pada anak-anak seringkali menjadi topik utama perbincangan bagi ibu. Antara yang dibimbangkan adalah sesuai atau tak jenama susu ni dengan anak.
Ada ibu yang risau anak sembelit, alahan dengan susu dan macam-macam lagi masalah.
Bagaimanapun, ramai juga ibu bapa yang masih tertanya-tanya bila waktu yang sesuai untuk beri fresh milk pada anak?
Menurut Pakar Kanak-Kanak, Dr Salehuddin Sulaiman, fresh milk tak sesuai untuk bayi bawah umur setahun.
Untuk bayi antara 1-2 tahun, limitkan kepada 350ml sehari. Susu segar ini boleh menghalang penyerapan zat besi di dalam usus.
Kandungan protein juga sangat tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan protein yang tinggi di bawah umur 2 tahun boleh menyebabkan kegemukan kemudian hari.
Walaubagaimanapun, susu segar digalakkan untuk diberikan kepada kanak-kanak selepas umur 2 tahun.
As usual, kalau ada info yang salah, tolong betulkan saya.
Isteri kepada Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar iaitu Dr Halina Mohd Yunos meminta tip untuk berhenti menyusu badan memandangkan anak kembarnya, Eusoff & Emelia sudah pun berusia 1 tahun 9 bulan.
Tambahnya lagi, dia sudah bersedia untuk berhenti menyusu anak namun si kembar masih ingin menyusu badan walaupun sudah dilatih minum daripada botol susu. Malah si kembar akan mencari Dr Halina semata-mata untuk menyusu.
“Perlukan pertolongan. Ada ke apa-apa tip untuk stop breastfeeding?”
“Si kembar E&E dah 21 bulan. Saya dah bersedia untuk tutup ‘feeding equipment’ saya!! Saya cuba beri si kembar susu dalam botol sebelum tidur,But she only wants to drink it when I’m not ard. Bila saya ada, dia akan kejar saya dan minta ‘titi’
Dr Halina turut menggunakan petua lama-lama supaya dapat berhenti menyusu namun tetap tidak berjaya.
“Cuba letak asam jawa paste on urrrmm.. The ‘feeding equipment’… Bagi sour taste.. Lepas dia rasa, di lap dengan baju.. dan minta saya pergi basuh #whostheboss?”
Tambahnya lagi, menyusu badan seolah-olah sudah menjadi habit si kembar dan dia sempat bertanya jika ada tip untuk berhenti menyusu badan pada pengikutnya di Instagram.
“Even after she had a bottle of milk, dia tetap nak breasfeed. Dah jadi macam habit. Macam kita lepas makan nak minum coffee.. Eusoff pun sama.. After 2 bottles of Susu (his and Emelia’S) he still wants to latch..”
“So, need help”
Rata-rata warga maya memberikan tip dan pendapat masing-masing berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui.
Keperluan susu bagi kanak-kanak 2 tahun ke atas seharusnya diteliti oleh ibu ayah. Pengambilan susu dalam kuantiti yang banyak dan berlebihan boleh bebankan ginjal mereka.
Susu asalnya adalah keperluan utama bayi selepas dilahirkan. Bagi bayi yang mengambil susu formula, ada yang mengakibatkan pergantungan sehingga mengabaikan keperluan zat dan nutrisi daripada makanan pelengkap dari jenis real food atau whole food.
Dato’ Dr Suriyakhatun memberikan ulasan mengenai susu formula. Beliau menekankan yang susu formula bukanlah makanan semula jadi. Malah ramai kanak-kanak alah kepada susu lembu, lactose intolerance serta kandungan gula yang menyebabkan membiaknya bakteria patogen serta candida dalam usus.
Berikut adalah perkongsian beliau;
Saya membaca comments dibawah posting tentang susu formula lebih dari 2 tahun dan dapati ada ramai yang berkata mereka tidak faham apa yang saya tulis .
BOLEH MENIMBULKAN ALAHAN
Saya cuba fikirkan kenapa pula ada yang tak faham mesej yang cukup jelas bahawa susu formula bukan makanan semula jadi, ia banyak bahan tiruan dalamnya disamping mengandungi susu lembu yang ramai anak -anak mungkin ada alahan kepadanya “lactose intolerance serta cow’s milk protein allergy” serta kandungan gula yang boleh menyebabkan membiaknya bakteria patogen serta candida dalam usus.
Selain dari itu, susu mengambil tempat makanan asli semula jadi yang anak perlukan untuk membesar.
BOLEH MEMBERIKAN BEBAN KEPADA GINJAL JIKA PERGANTUNGAN LEBIH DARI 2 TAHUN
Disamping itu, bila anak masih bergantung pada susu pada umur lebih 2 tahun dengan meminum 200 ml x 5 atau x 6 = 1 liter atau 1.2 liter air pada badan kecilnya akan menyebabkan fluid overload dan beban pada ginjal .
TULANG & GIGI BOLEH JADI LEMAH Pergantungan pada susu yang bersifat acidic food menyebabkan tulang dan gigi menjadi lemah . Ini adalah sebab buffer system badan larutkan zat galian dari tulang anak untuk kekalkan alkaline ph darah bila mana makanannya tidak memberi secukupnya ions yang kekalkan ph darah ditahap alkaline ph yang diperlukan . Gigi juga boleh busuk sebab gula dalam susu .
Ini antara masaalah yang timbul bila susu jadi makanan utama dan bukan makanan tambahan. Susu bukan makanan utama anak lebih dari 2 tahun. Salah faham tentang susu mungkin timbul dari iklan tv. Iklan tv tidak semestinya mengutarakan fakta.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.