Jika anda mendapat anak yang susah mendengar cakap, jangan terus menyangka memang nasib anda dapat anak yang begitu. Itu maksudnya menyalahkan nasib atau menyalahkan Tuhan.
Kedegilan anak ada satu peluang untuk anda belajar bagaimana untuk memperbaiki diri. Kita diuji untuk menjadi lebih upaya dan lebih baik.
Sebenarnya, anak datang kepada kita untuk kita asuh dan didik dengan baik.
TANYA INI PADA DIRI
Maka bertanyalah diri mengapa dia tidak mendengar cakap? Dimana saya boleh memperbaiki diri.
1. Adakah kerana dia terlalu kecil untuk faham?
2. Adakah perhatiannya pada masa itu kepada perkara lain?
3. Adakah dia telah immune dengan nada yang anda gunakan lantaran tidak mahu mendengar kata-kata anda?
4. Adakah anda mengelarnya dengan panggilan yang menjerut hatinya. Contoh :
-budak tak mendengar kata ni
-budak tuli ni
-ada telinga tapi tak mendengar?
Ads
5. Adakah kerana dia memahami komunikasi bukan hanya dengan perkataan tetapi memerlukan visual atau contoh pergerakan kerana dia memahami sesuatu dengan visual atau dengan membuat?
6. Adakah anda terlupa untuk memohon doa agar anak itu mudah mendengar kata?
7. Adakah anda terlupa untuk benar-benar memohon maaf dari ibu atau bapa kerana kedegilan anda semasa kecil dulu?
8. Adakah anda memang merasakan anak anda ini memang degil dan tiada harap untuk mendengar kata? Jika ya, ianya akan menutup jalan untuk anak itu mendengar kata. Bersangka baiklah dan berdoalah agar anda menjumpai jalan untuk mendidik anak-anak anda agar mendengar kata yang baik dari anda.
JANGAN PUTUS ASA
Ads
Belajarlah dari teladan Nabi Nuh a.s. dimana anaknya tidak mahu mendengar dakwahnya…sehingga ke akhir hayat anaknya, sebelum dihanyutkan oleh air banjir…Nabi Nuh a.s. terus mengajak dan terus memberi nasihat.
Ibu mendoakan agar semua yang membaca ini diberi Allah keyakinan bahawa anda mampu mendidik anak-anak dengan penuh kasih-sayang dan tegas supaya anak-anak anak menjadi anak-anak yang berjasa dan berakhlak mulia serta berjaya dunia akhirat.
JANGAN MUDAH TERPERANGKAP MENYALAHKAN NASIB
Paling Ibu doakan agar anda tidak termasuk ke dalam perangkap menyalahkan nasib.
Terlalu mudah kadang-kadang tu seseorang menyalahkan keadaan atau nasib.
” Saya penat..itu sebab saya cepat melenting..”
” Saya ni memang baran…”
” Anak saya tak serupa anak orang lain, cakap lah baik..nanti lagi mengada-ngada “
Ads
Sikap begini tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Anak kecil tidak mahu mendengar kata, bolehlah dimarah-marah…tapi kalau sudah remaja…banyak lagi masalah lain yang akan timbul!
SOLUSI : AMBIL TANGGUNGJAWAB
Keluarlah dari belenggu menyalahkan keadaan. Take ownership of your mistake
contoh;
” Oh, saya penat tadi, lalu kurang sabar…saya akan memperbaiki diri…saya akan terus berusaha. Semoga Allah memudahkan..”
” Saya ni baran sejak kecil…namun, saya akan berusaha mencari jalan mengurangkan baran saya..saya akan mencari jalannya..”
” Memang anak saya ni kalau saya bercakap baik dia menjadi mengada-ngada…tentu ada sebabnya dia jadi begitu…saya akan cari jalan bagaimana nak didik dia dengan berkata baik dan dia boleh mendengar tanpa mengada-ngada… “
Bukan senang nak besarkan anak tapi jika kena cara didikan memang mudah. Setiap ibu ayah mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak-anak mereka. Ada yang sukakan pendekatan lemah-lembut dan ada juga yang sukakan cara tegas. Sebenarnya, biar apa pun kaedah ibu ayah ketika mendidik dan membentuk akhlak anak-anak, asalkan tidak mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan mental dan fizikal mereka, tiada masalah.
Apa jua cara yang digunakan, harapan setiap ibu ayah tetap sama iaitu agar anak membesar menjadi orang yang berguna. Dikongsikan 6 pesanan ringkas dari Imam Muda Khairul Azhar Ghazali untuk ibu bapa.
1. Ubah Pandangan Anak Ketika Dia Menangis
Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.
2. Beri Anak Masa Untuk Berhenti Bermain
Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: “Dah, sudah main, stop sekarang!”. Tapi katakan kepada mereka: “Main 5 minit lagi yaaa”. Kemudian ingatkan kembali: “Dua minit lagi yaaa”. Kemudian barulah katakan: “Dah, waktu main sudah habis”. Mereka akan berhenti bermain.
3. Alih Perhatian Anak Ketika Dia Bertelingkah
Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: “Siapa yang mahu mendengar cerita ibu? Angkat tangan..”. Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusuli dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.
4. Tanamkan Akhirat Dalam Minda Anak Sebelum Anak Tidur
Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur: “Tidur sayang..besok pagi kan kita solat Subuh”. Maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: “Jom tidur, besok kan sekolah”. Akhirnya mereka tidak solat Subuh kerana perhatiannya adalah dunia.
5. Dampingi Anak, Kenakalan Anak Itu Akan Menjadi Kenangan
Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan keanak-anakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.
6. Utamakan Yang Lebih Utama
Tinggalkan handphone seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan: “Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak”. Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.
Bunyi macam besar je kan bila cakap hutang kepada isteri. Tapi inilah benda paling suami terlepas pandang.. HUTANG NAFKAH.. Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa dapat banyak pun tak cukup? Duit habis tapi tak nampak spend untuk apa?
Hati kusut.. Tanya isteri anda, tanya dari hati ke hati.. Adakah dia redha untuk segala nafkah suami terhadap isteri.. Tanya isteri,adakah dia betul-betul halalkan segala hutang nafkah yang suami berhutang tu?
Percayalah, isteri ni sebenarnya banyak benda dia pendam tapi dia takkan luahkan sebab menjaga hati.. kedua sebab nak elakkan pergaduhan.. JANGAN KEDEKUT dengan isteri..
Perasan tak pasangan yang bahagia selalunya suami tak kedekut dengan isteri.. Perasan tak?? Makan isteri berkira, sampai isteri kena keluarkan duit sendiri.. dalam tak sedar, kita suami dah BERHUTANG dengan isteri..
Kite tengok isteri tak kisah, kita tahu ke dalam hati dia?
Mak ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu untuk dijaga macam dia orang jaga.. bukan kamu kerah tenaga dia macam BABU.. bukan untuk kamu kerah kudrat dia siang malam 24 jam tanpa rehat.
Bukan untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu, kamu nak dia jaga.. Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia agak-agak dia akan bagi tak kahwin?
Kahwin ni bukan untuk SEDAP semata.. tapi banyak TANGGUNGJAWAB yang kena pikul.. Atas dunia boleh kite ngelat, tapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat.. Kita akan dipersoalkan kat akhirat esok-esok.
Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri. Jagalah perasaan isteri. Isteri lah punca rezeki suami makin bertambah. Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Aamiin..
Setiap anak yang lahir sudah mempunyai rezeki masing-masing. Malah setiap ibu bapa juga sanggup lakukan apa saja demi kegembiraan anak-anak.
Biarpun hidup secara sederhana, usah risau kerana disaat diri rasa tak mampu penuhi permintaan anak, akan ada suatu hari hajat anak dapat juga ditunaikan. Cuma lambat atau cepat bergantung pada rezeki.
Sebab itu, kita sebagai ibu bapa jika ada rezeki lebih, cubalah gembirakan hati anak dulu. Mana tahu, dalam kita mengembirakan hati mereka, anak-anak mendoakan kita. Seperti perkongsian Influencer Parenting, Encik Mohd Fhais Salim jangan pernah risau pasal rezeki dengan anak kita.
Hari tu dengar ceramah UAI dekat youtube. Ustaz kata jangan PERNAH risau pasal rezeki. Setiap anak-anak ni lahir dah ada rezeki dia orang.
Tiup je roh dia ke rahim, dah tertulis rezeki dia sekian sekian. Anak ramai ke, Anak seorang ke, Jangan RISAU !! Rezeki dia orang pasti ada.
Sebab tu la saya yakin kita ni tak akan jadi papa kedana pun jika tak berkira dengan anak-anak.
Dia nak mainan, belikan. Dia nak jajan, belikan. Dia nak basikal, belikan.
Jika mampu bagi je sebab itu rezeki dia. Andai kata bukan rezeki dia, ibu ayah ada duit banyak sekalipun belum tentu anak dapat semua ni.
Kita tak berkira dengan anak, rezeki pun tak berkira dengan kita. InsyaAllah..
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.