Kadang kita rasa susah tapi sebenarnya ada lagi yang lebih susah dari kita. Percayalah jika kita rasa serabut atau buat sesuatu macam ada yang tak kena, bersedekahlah kerana selepas itu akan nampak hasilnya yang Allah akan bagi.
Sedekah itu juga membuka jalan rezeki kepada rezeki orang lain dan rezeki kita sendiri. Walaupun tak banyak tapi jika niat kita ikhlas itu lebih baik. Amalan ini juga sebenarnya membantu kita untuk sentiasa bersyukur dan berterima kasih pada-Nya.
Janji Allah dalam al-Quran juga turut menyebut sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda. Hebatkan nikmat Allah!
Kalau Anak Sakit, Bersedekahlah
Dalam perkongsian Ustaz Abdullah Khairi melalui video ceramahnya di Facebook The Rohani beliau ada menjelaskan kalau kita sembahyang tak khusyuk, dengan sedekah Allah boleh terima solat kita.
Begitu juga kalau kita berpuasa tapi ada benda kita rasa tak kena, bersedekahlah. Dengan sedekah insya-Allah puasa kita Allah akan terima.
Lagi satu apabila anak kita sakit dah bagi makan ubat tapi tak sembuh lagi atas izin-Nya atau ada masalah lain, hulurkan SEDEKAH. Di sebalik sedekah kita itu, dengan niat yang baik Allah angkat segala sakit tersebut dan mudah-mudahan cepat sembuh. Inilah kuasa sedekah.
Ads
Contoh paling dekat, adik saya mempunyai anak yang ada masalah paru-paru sejak lahir. Nak bernafas pun susah, cepat penat jadi doktor bagi cadangan untuk lakukan pembedahan segera.
“Dengar saja berita itu menangis adik kerana bimbangkan keselamatan anaknya. Dahlah anak sulung, kena lalui pembedahan besar pula.
“Melihat keadaannya yang tengah serabut, ayah saya cakap kita tolong Allah punya, Allah akan tolong kita. Ada duit sedekahlah.
“Bila dengar nasihat itu, adik saya terus niatkan duit gajinya pada bulan itu semua disedekahkan dan alhamdulillah ternyata Allah Maha Mengetahui Dan Mendengar. Akhirnya pembedahan itu berjaya dan selamat. Kini anak adik saya dah pun berusia 10 tahun.
Percayalah dalam apa saja yang kita lakukan berbaliklah pada Allah. Ingat hanya Dialah yang mampu memberi dan menarik semula nikmat atas muka bumi ini.
Amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seorang Muslim. Ingatlah setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Dia akan balas dan ‘membayarnya’ di dunia lagi.
Memandang serius soal kesihatan anak mereka, Tasha Manshahar dan Raqib Majid membuat keputusan untuk mendapatkan suntikan vaksin pneumococcal untuk Muammar Rafiqi. Berkongsi sebuah video semasa anaknya disuntik beserta kapsyen menerangkan jenis vaksin yang mereka ambil untuk si manja, Muammar.
Alhamdulillah, ada kesempatan bawa Muammar ambil optional vaccine Pneumococcal dose 1 harini. Pneumococcal ni vaksin tambahan tau. Tak sama macam kita injection monthly. Kalau ada rezeki lebih, bolehlah ambil vaksin ni. Ni baru 1. Untuk vaksin jenis ni ada total 4 kali suntikan ikut tempoh tertentu. Paling awal boleh diambil oleh baby berusia 2 bulan. Untuk Muammar, kami memang plan untuk ambil full vaksin di @kumpulan_megaklinik_zahran . May Allah ease. _ Bakteria Pneumococcal ni biasanya ada dalam saluran penafasan dan disebarkan melalui batuk atau bersin. Macam-macam penyakit membahaya boleh jadi kalau diserang pneumococcal ni. Jadi, ni antara ikhtiar yang kita boleh ambil sebagai perlindungan extra untuk anak-anak. _ Dia ada dua jenis suntikan vaksin Pneumococcal, Synflorix atau Prevenar. Fungsinya sama, harga berbeza sebab Synflorix cover 10 jenis bakteria, Prevenar pulak cover 13 jenis bakteria. Lepas dengar advice doktor, kitorang suami isteri decide untuk ambil Prevenar. 1 dose RM259. Prevenar mahal beberapa puluh ringgit je berbanding Synflorix. Kalau mommies interested, please consult doktor dulu supaya doktor boleh explain further pasal vaksin ni ? _ Mommy bangga la dengan Muammar sebab nangis kejap je harini. Mungkin tak berapa sakit sebab peha Muammar kan tebal ? _ Jangan terkejut mommy buat2 telefon doktor hujung-hujung tu. Kena gigit nyamuk pun kadang mommy akan buat2 telefon doktor “hello doktor anak saya kena gigit nyamuk ni, boleh tak saya nak panggil ambulan?”. Mommy kan over. Apa kurangnya dedi di awal video, “bertahan! peganggg tangan dedi!”. ? #babyzahran #anakmommy #favouriteboymommy
Untuk pengetahuan anda, Pa&Ma sertakan sedikit info tentang suntikan pneumococcal sebagai rujukan jika anda memutuskan untuk mengambil suntikan ini untuk anak.
Di Malaysia, ada 2 jenis vaksin Pneumococcal untuk kanak-kanak bawah 2 tahun iaitu Synflorix dan Prevenar.
Synflorix dan Prevenar boleh mula diberikan seawal 2 bulan.
2 bulan – 6 bulan memerlukan 4 dos
7 bulan – 11 bulan memerlukan 3 dos
12 bulan – 24 bulan memerlukan 2 dos
24 bulan – 5 tahun – Synflorix memerlukan 2 dos
24 bulan ke atas – Prevenar hanya 1 dos diperlukan.
Jadi untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas, lebih mudah jika ambil Prevenar kerana hanya memerlukan 1 dos sahaja berbanding Synflorix yang memerlukan 2 dos.
Jadi untuk kanak-kanak bawah 2 tahun, nak ambil Prevenar atau Synflorix?
Prevenar memberikan perlindungan yang lebih dari segi jumlah jenis kuman Pneumococcal berbanding Synflorix, yang mana Prevenar cover 13 jenis manakala Synflorix cover 10 jenis kuman Pneumococcal.
Apa jenis kuman yang dilindungi itu?
Synflorix cover kuman Pnuemococcal strain 1, 4, 5, 6B, 7F, 9V, 14, 18C, 19F, 23F
Prevenar Cover yang sama dengan tambahan 3, 6A dan 19A.
Jadi nampak tak apa perbezaan di situ?
Namun perbezaan itu hanya akan ketara jika, kanak-kanak yang di beri vaksin Synflorix dijangkiti contoh kuman Pneumococcal strain 19A, yang mana tidak dilindungi oleh vaksin Synflorix, tetapi dilindungi oleh vaksin Prevenar, jadi kanak-kanak tersebut tidak dapat melawan jangkitan tersebut sebaik kanak-kanak yang diberi vaksin Prevenar.
Namun Synflorix didapati dapat memberi separa perlindungan terhadap strain lain yang tidak dilindungi secara terus seperti strain 19A. Jadi bukan bermakna kalau ambil Synflorix, kalau kena jangkitan kuman Penumococcal strain 19A, langsung tidak dilindungi. Mereka masih mempunyai separa perlindungan kerana kesan yang dipanggil ‘cross protection’.
Secara keseluruhan, kedua-dua vaksin ini memberi perlindungan yang agak baik dimana 80-90 peratus kanak-kanak yang diberi vaksin dapat mencegah jangkitan Pneumococcal. Ini adalah berdasarkan beberapa kajian yang dilakukan oleh kedua-dua syarikat pengeluar vaksin tersebut.
PKP sebenarnya memberi kita lebih waktu untuk bersama anak-anak. Jika dahulu kita hanya berjumpa anak-anak sebaik pulang kerja. Kini PKP memberi kita lebih masa untuk melihat perkembangan anak kecil kita.
Bagi mengelakkan anak bermain gajet, apa kata kita cuba idea kreatif ibu, Pn Madihah Mohamad ini untuk anak-anak kita. Bukan ketika PKP sahaja bahkan rupanya, idea kreatif dan melakukan pelbagai aktiviti ini rupanya telah lama dilakukan beliau.
Saya kongsikan bersama ibubapa di luar sana tentang altenatif lain yang ibubapa boleh buat selain memberi gadget dan tv kepada anak-anak di sepanjang musim PKP berjalan di negara kita ini. Cara ini insyaAllah akan dapat membantu ibubapa dari tekanan menguruskan anak-anak di musim stay at home.
Sejujurnya saya telah mulakan DIY bahan belajar anak-anak sejak anak-anak saya umur 2 tahun sehinggalah ketika PKP 1. Saya terbaca salah satu group di mukabuku “Anak sepah ape arini”.
Rata-rata setiap hari ibubapa meluahkan karenah anak-anak yang kebosanan di rumah sehingga perbuatan mereka memberi tekanan kepada ibubapa yang bekerja dari rumah Ketika musim PKP, stay at home.
Ketika itulah saya meminta izin suami saya untuk publickan post di muka buku saya supaya orang lain dapat mengambil idea, dan membuat aktiviti bersama anak-anak di rumah supaya dapat mengurangkan resah ibubapa di luar sana tertekan dengan anak-anak di rumah.
Semua idea aktiviti yang saya buat bersama anak-anak saya hasil dari bacaan, telitian, DIY saya sendiri mengikut keperluan anak-anak saya sahaja mengikut umur mereka.
Setiap hari saya menyediakan 4 hingga 5 bahan baru (Montessori learning) samada menggunakan bahan yang sama tapi cara yang berbeza untuk anak-anak, selebihnya mereka yang menggunakan bahan yang sebelumnya untuk belajar sendiri.
Kita sebagai ibubapa tidak perlu memberi tekanan kepada anak kecil untuk memenuhi keinginan kita, bagi saya ibubapa hanya perlu memantau ape keperluan anak untuk setiap peringkat umur mereka kerana setiap anak kerana anak-anak yang lahir berbeza tahap kemampuan , tahap IQ.
Rangsang motor halus anak
Jadi jenis aktiviti, tahap aktiviti haruslah berdasarkan kemampuan dan keperluan anak kita. Apa yang anak kita lemah, perbanyakkan aktiviti untuk hilangkan kelemahan tersebut. kelebihan anak, raikan bersama. Ibubapa perlu sentiasa mendedahkan anak-anak dengan aktiviti yang dapat merangsang perkembangan motor halus yang lebih optimum.
Ibubapa perlu meransang motor-motor halus anak terlebih dahulu sebelum belajar membaca di buku secara fizikal. Kemahiran motor halus ialah kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan untuk membuat gerakan.
Pergerakan ini melibatkan otot-otot kecil pada tangan, jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Jadinya kebanyakan aktiviti seharian anak kecil memang melibatkan kemahiran motor halus. Ketangkasan (dexterity) ialah kemahiran kanak-kanak dalam menggunakan pergerakan tangan dan jari dalam melakukan aktiviti. Kemahiran ini paling banyak digunakan dalam proses tumbesaran kanak-kanak.
Ibubapa perlu meransang motor halus : Kekuatan – daya kekuatan jari untuk memegang sesuatu objek Koordinasi – bagaimana kita mengawal jari untuk bergerak Sensori – jika anak mempunyai masalah sensori untuk memegang sesuatu objek atau pun tidak. Kemahiran motor halus ini bukan sahaja untuk membantu anak belajar memegang dan menyentuh sesuatu objek malah kemahiran ini sangat penting dalam persediaan mereka untuk menulis kelak.
Aktiviti yang merangsang perkembangan motor halus melibatkan kemahiran meramas, menggentel, mengoyak, mencubit, menguli, memicit, merenyuk, melipat, menguntai, menjentik, dan merenjis.
Anak yang kurang menguasai kemahiran motor halus akan ketinggalan untuk menguasai kemahiran peringkat seterusnya. Seperti anak yang masuk sekolah tapi masih belum mahir mengawal pensel, dia akan lambat belajar menulis berbanding rakan-rakannya.
Kelebihan aktiviti yang saya buat untuk anak-anak:
1. Tiup Aktiviti ini sangat berkesan bagi anak-anak yang ada masalah pelat bercakap, lambat bercakap. Samada tiup belon, tiup visel, tiup straw dll. Ibubapa perlu kratif untuk pelbagaikan aktiviti meniup tersebut supaya menarik minat anak-anak.
2. Penyepit , Gunting Aktiviti ini adalah untuk melatih kawalan tangan dan jari anak-anak supaya anak-anak boleh mengawal pensil dengan baik Ketika menulis. Aktiviti menggunakan penyepit ibu boleh dipelbagaikan dengan menggunakan bola pom pom atau playdoh.
3. Batang Aiskrim Aktiviti ini paling mudah dan seronok untuk anak-anak. Mereka akan leka memasukkan setiap batang aiskrim tersebut dalam bekas yang disediakan. Anak juga secara tidak langsung boleh belajar mengira sambil memasukkan batang aiskrim satu demi satu. Atau ibubapa boleh melekatkan abc untuk anak-anak samakan padanan.
Kos beli barang banyak tak? Saya hanya berbelanja RM50 di Ecoshop setiap bulan untuk tambah bahan-bahan bantu mengajar di rumah. Itu adalah peraturan yang saya telah tetapkan.
Saya banyak berbelanja untuk bahan belajar anak dari barang-barang viral. Plan nak belajar apa hari ini adalah bergantung pada silibus cikgu mereka yang belajar secara online dan Latihan virtual.
Saya akan menyediakan bahan untuk anak-anak buat balik apa yang mereka belajar secara dalam talian kerana anak-anak saya tidak gemar bermain games di handphone @belajar di dalam telefon. Dan sebenarnya kaedah tersebut tidak memberi kesan kepada anak-anak kecil dengan hanya 5 minit buat latihan online.
Jadi saya sebagai ibu perlu mengambil altenatif lain untuk anak merasa dengan deria mereka ketika membuat aktiviti.
Pada sebelah petang saya buat apa-apa aktiviti untuk mengukuhkan apa yang anak-anak saya lemah sebagai contoh, anak bongsu saya lemah dalam keseimbangan badan, saya akan banyakkan aktiviti untuk dia mahir dalam seimbangkan badan dengan aktiviti yang sesuai. Seperti aktiviti menggunakan metal balance beam.
Alhamdulillah mereka terbiasa dari kecil dan juga persekitaran rumah saya yang mesra anak-anak untuk belajar membuatkan mereka sentiasa dalam keadaan bermain sambil belajar.
Setiap pagi mereka bangun, mereka mandi, sarapan, mereka akan pergi belajar dengan sendiri, yang kakak 4y selalu bantu adiknya membaca.
Saya latih mereka berdisplin sejak kecil, bebas bermain tapi perlu kemas, kerana orang yang berjaya adalah orang yang berdisisplin.
Kini saya tenang menguruskan mereka, mengurus kerja rumah, mengurus kerja saya. Bagi saya menyediakan bahan-bahan untuk anak-anak belajar adalah satu tanggungjawab ibubapa, dan ibubapa jangan cepat melatah jika anak membuat sepah, jangan cepat putus asa jika anak tidak mahu belajar, berusaha cari cara dan kaedah lain.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dato’ Fazley Yaakob mengalunkan zikir untuk mendodoikan Ellie Alaynaselma, anak keempat dan satu-satunya anak perempuannya. Si kecil yang comel ni baru sahaja tumbuh lima batang gigi. Semua orang nak digigitnya.
Video yang telah dimuatnaik oleh Fazley Yaakob di instagramnya mendapat tontonan sebanyak 90 ribu pengikutnya. Fazley Yaakob sedang mendodoikan anak perempuannya dengan zikir yang selalu arwah bapanya bacakan setiap kali ingin mendodoikan mereka adik-beradik suatu ketika dahulu.
Fazley yaakob juga sempat menunjukkan bekas gigitan Ellie di lengan kanannya semasa dia mendodoikan anaknya itu.
Fazley Yaakob sempat bertanya netizen bagaimana pula cara mereka mendodoikan anak-anak mereka. Mungkin boleh dikongsi bersama yang lain. Rata-rata memberitahu cara bagaimana mereka mendodoikan anak mereka. Ada juga netizen yang memuji cara Fazley Yaakob lakukan kepada anaknya.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.