Kegembiraan bakal menyambut orang baru bertukar sedih sekelip mata apabila kelahiran yang dinantikan meragut keceriaan dalam rumah tangga yang dibina sejak 2015 setelah isteri tercinta dan bayi dalam kandungan di jemput ilahi.
Sebelum ini, pemergian ibu dan anak ini tular melalui perkongsian sepupu arwah yang memohon untuk mendoakan arwah Shamira Roslan agar diberi kesembuhan namun takdir Allah tiada siapa mampu menidakkannya.
Terbaru melalui status yang dimuat naik oleh suami arwah Shamira yang dikenali sebagai Shahidan dia meluahkan rasa sedih. Bukan tak reda tapi ia berlaku sekelip mata tanpa apa-apa tanda sebelum ini.
Apa yang membuatkan ramai tersentuh hati, anak sulung yang berusia 4 tahun dan masih memerlukan kasih ibu seolah belum mengerti pemergian ibu buat selama-lamanya.
‘Aisy Hafiy harta yang ayah ada’
Assalammualaikum buat isteri yang ku sayang. Terlalu berat ayah nak pikul seorang diri demi anak kita Aisy Hafiy. Satu-satunya harta ayah yang ada. Kita mula kenai di satu tempat kerja yang sama. Kita bertunang dalam masa yang cepat. Sebab masa tu ayah rasa dah memang pilihan ayah. Bila ayah jumpa ibu memang hati ayah berkta memang ibu la orang yang selama ini ayah cari. Mula ibu malu dan takut sebab takut ayah mainkan perasaan ibu tapi ayah buktikan cinta ayah pada ibu.
Ayah balik kerja cerita dekat mak ayah dah jumpa calon isteri yang betul-betul baik. Mak pun setuju. Kita pun bertunang pada tahun 2014 raya ke-3. Lepas bertunang tempoh yang ayah dapat adalah 1 tahun. Ayah takut sebab tak cukup duit. Tapi semua tu berjalan dengan lancar. Pada 14/12/2015 kita berkahwin, masa tu ayah dah hilang kerja duit memang dah tak ada dah ni. Sampai motor pun orang bagi pinjam untuk guna harian. Ibu la yang kerja cari duit apa semua untuk keluarga kita.
Ads
Besar pengorbanan ibu untuk keluarga kita
Memang ibu tak pernah rasa penat cari duit. Ayah betul-betul terasa sebab ayah tak kerja ibu je yang kerja. Dapat je gaji mesti habis. Ibu tak pernah nak mintak beli apa-apa dekat ayah. Ibu cari duit untuk beli barang ibu sendiri tak pernah nak cakap nak barang yang berharga ke apa ke cuma ibu cakap ada rezeki ibu nak beli sendiri dengan duit ibu sebab ibu tahu ayah kerja duit betul-betul cukup makan.
Pada 16/12/2016 lahir la seorang putera ayah Aisy Hafiy. Macam-macam dugaan kita sayang masa nak bersalin anak yang sulung. Sampai kena hantar ke Ipoh 3 minggu ayah tidur apa semua dalam kereta. Ayah tak kisah sebab ayah tahu ibu kuat semua tu.
Dapat tahu kandungan kedua baby ‘girl’
Pada 2020 ayah dapat berita yang ibu dh mengandung ayah seronok sangat sebab baby yang dalam perut tu perempuan. Ibu happy sangat sebab ada kawankan. Dari mula ibu bawak perut sampai la 13/10 ibu pi klinik sendiri bawa motor dengan anak sebab ibu faham ayah kerja.
Ads
Hanya batuk, sedar-sedar muka ibu pucat
Tiba 16/10/2020 ibu batuk sikit-sikit ibu siap cakap mungkin dah hujung ni alah tu mai. Tak apa la ayah pun ok la. 17/10/2020 pagi ayah sedar tidur tengok muka ibu terlalu pucat. Ayah dah pikir lain dah. Terus bawak ibu ke hospital. Bila ibu duk dalam kecemasan doc bagitahu jantung ibu betul-betul slow. Nafas ibu pun slow.
Baby pun dah meninggal dalam perut
Doc scan baby tak nampak jantung kali ke 2 pun tak nampak masuk yang ke 3 baru nampak dan ayah dikejutkan berita yang tak elok. Anak dalam perut dah tak ada rasa nak luruh jantung ni ibu. Doc cakap kami dahulukn mak dulu. Ayah terima dengan hati yang reda yang anak dah tak ada.
Ads
Allah ambil ibu selamanya
Selepas dah keluarkan baby depa pindah ibu ke wad c2 icu. Doc cakap ibu kritikal. Ayah tak boleh nak kata apa dah. Ayah p mandi apa semua. Pada 9.30pm doc call cakap jantung ibu dah berhenti. Masa tu ayah seorang dekat situ tak ada siapa yang datang lagi. Ayah kuatkan semangat call semua adik beradik ibu dan ayah. Bila tiba pada 10.35 doc bagitahu yang ibu dah tak ada. Ayah dah tak boleh kawal dah perasaan ni. Hanya Allah swt sahaja yang tahu. Ayah cakap betul memang ayah tak boleh terima yang ibu/anak dah tak ada. Betul-betul berat dugaan Allah bagi dekat ayah. Sebab nak jagakan anak yang masih 4 tahun 10 bulan ibu. Ayah cuba untuk kuat demi anak kita dan cinta kita. Selepas dah selesai semua dekat hospital dan dekat tanah perkuburan Kg Cheh Bukit Gantang.
‘Kalau anak tanya, apa ayah nak cakap..’
Ayah tak boleh nak bayang apa yang anak akan tanya. Ayah cuba bagitahu anak kita dia tahu ibu dan baby dah tak ada tapi dia tak faham apa ibu dah tak ada. Ayah rasa nak nangis ibu dalam sekelip mata ayah kehilangan 2 nyawa yang ayah tak boleh lupakan sampai habis nyawa ayah. Ayah janji ayah akan jaga amanah ibu sampai habis nyawa ayah. Wajahmu masih terbayang di mata dan di hati. Ibu la yang awal ibu la yang terakhir buat ayah. Ayah akan besarkan anak dengan penuh kasih sayang ayah akan cuba jadi ibu/ayah buat putera kita.
Al-fatihah buat isteriku yang tercinta
Al-fatihah buat puteri ku (anak syurga untuk kamu dan ibu)
Akan ku ingat sampai bila-bila 18/10/2020..
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perjalanan penyusuan bukanya mudah dan itulah yang turut dilalui oleh pelakon serta pengacara popular, Uyaina Arshad.
Uyaina yang baru beberapa bulan menimang cahaya mata sulung, Raja Urhan, berkongsi pengalaman penyusuan menerusi laman Instagramnya.
Menurutnya, dia mengalami masalah sukar menyusu kerana cahaya mata lelakinya itu mempunyai masalah “tongue-tie”.
“Breastfeeding is not for everyone. Tak semua ibu diberi rezeki untuk menyusukan anak mereka.”
“Sedih juga bila nak diingatkan. Tapi, rezeki Urhan cuma dapat menyusu badan kurang dari 2 minggu sahaja.”
“It started off bila we noticed Urhan ada tongue-tie dalam minggu pertama lepas dia lahir. Dia ada difficulties to latch. Bila menyusu badan je, dia menangis macam kena pukul. Dah jadi macam force-fed pula. Sebab lepas 2-3 kali dia latch, pastu dia akan terpaksa release. Risau sebab dia tak minum susu secukupnya.”
“Kami bawa dia pergi doktor. Bawah lidah dia digunting sikit untuk release tongue-tie tu”
“Lepas tu kita monitor lagi. Tapi dia still tak boleh latch. Masih sama. Bawa pergi jumpa doktor lain pula for second opinion. Rupa2nya tongue-tie tu tak fully released.”
“Doktor kata perlu fully anaesthetic dan operate Urhan untuk betul-betul faham what’s going on with his tongue. Tapi doktor kata kena tunggu Urhan besar sikit. Dah lebih 3 bulan baru boleh buat sebab nak monitor berat dia dulu sebab he was too smol.”
“So sejak dari tu, I started giving him susu formula. Mula-mula tu campur, I pump susu badan, top up dengan susu formula. Siap makan domperidone untuk tambah susu. Tapi lama2, susu makin kurang sebab takde skin to skin contact kot. Makin kurang sampai dah tak perlu pump dah.”
“So now Urhan is fully on susu formula. Alhamdullilahhh walupun tak menyusu badan, he’s getting big and healthy. Syukur.”
“Actually, isu pasal menyusu atau tak menyusu badan ni adalah benda yang sensitif juga. Ada sesetengah ibu, Alhamdullilah anak boleh latch dengan baik, susu pun banyak. Ada sesetengah ibu lain pula rezekinya.”
“Bila tengok orang ada susu banyak, kita akan stress. Bila kita stress, lagi la susu tak keluar ”
“I just wanna say, it’s okay moms.. Setiap rezeki itu datang dari Tuhan. Termasuklah rezeki susu untuk anak kita. Kita dah cuba, kita dah usaha. Kalau masih tak ada tak apa. Yang penting anak kita sihat, membesar dengan baik.”
“Jangan kita terlalu fikir nak bagi susu badan, tapi tak memenuhi keperluan anak kita lepastu berat badan dia drop, anak tak membesar dengan tumbesaran yang sepatutnya.”
“Breastfeed or no breastfeed, we are mothers. And that’s amazing enough”
Anak ketiga penyanyi Lan Solo iaitu Muhammad Akid Qassyaff, telah disahkan doktor menghidap penyakit kronik asma.
Bimbang dengan keadaan anaknya yang perlu mengambil nebulizer sekurang-kurangnya dua kali sehari, isteri Lan iaitu Nur Sheila Hassim meminta pandangan dan petua daripada pengikutnya di Instagram.
“Doktor sahkan Akid ada kronik asma, jadi sehari kena neb dua kali minimum. Ibu-ibu kat luar sana ada tak petua lain?
“Kalau boleh saya nak cari petua dan penyelesaian supaya Akid tak bergantung kepada Neb dan ubat-ubatan yang berpanjangan,” jelasnya.
Tambah Sheila, 33, ada yang mencadangkan dia mencari hati unta kering, yang kemudiannya ditumbuk dan dicampurkan ke dalam makanan anaknya itu.
“Ada yang mesej suruh saya cari hati unta kering tumbuk dan campurkan kat setiap makanan Akid. Ada juga yang suruh mandikan dengan lemon.
“Ada idea tak ibu?,” katanya.
Sementara itu, di instagram Lan Solo dia memohon orang ramai mendoakan kesihatan Akid agar cepat sembuh dan tak terlalu bergantung pada ubat semata-mata.
Di ruangan komennya ada yang mencadangkan Lan bawa Akid pergi berenang, elakkan benda berhabuk seperti karpet, binatang berbulu, tak boleh cuaca sejuk dan jaga pemakanan.
Diharapkan Akid cepat sihat dan Lan serta isteri dapat cari jalan terbaik dan serasi untuk rawatan anaknya.
Sumber: Sinar Harian & Ig Lan Solo
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi Arif Bahran, mengakui sedih apabila tidak dapat membawa balik cahaya mata sulungnya harini bersama isteri. Bayi sulungnya baru sahaja dilahirkan pada Ahad lalu.
Kata Ariff, bayi lelakinya itu ditahan kerana perlu dipantau selepas disyaki mempunyai jangkitan kuman.
Setakat ini isteri Alhamdulillah sihat dan sudah pun pulang ke rumah. Cuma anak pula sekarang masih di bawah pemantauan doktor sebab nak tengok takut ada jangkitan kuman dan sebagainya.
“Sedih juga bila tak dapat bawa baby pulang. Doktor pun beritahu dia syak ada jangkitan kuman. Harapnya tak ada apa yang serious,” katanya
Isteri Ariff iaitu Amirah Syazwani Mohd Ridzuan, 28, selamat bersalin bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor, jam 3.32 pagi, Ahad lalu.
Berkongsi mengenai perasaannya yang kini sudah bergelar bapa, Ariff memberitahu teruja dan dalam masa yang sama terharu mellihat pengorbanan isterinya.
“Rasa terharu sangat sebenarnya, walaupun dah jangka perkara ini lebih 9 bulan lalu. Tapi tak boleh nak jangka perasaan masa hari sebenar. Rasa sedih tengok isteri kat labor room, tapi rasa teruja juga nak dapat anak.
“Saya lihat sendiri semua proses itu dari contraction, sampai dalam labor room, memang tak boleh nak express sakit yang isteri rasakan.
Saya tak pernah lihat isteri merungut sakit, tapi kali ni memang saya tahu sangat sakit. Walaupun saya ada sebelah dia, saya tahu saya tak boleh nak ambil kesakitan tu, cuma boleh bagi mental support je,” kongsinya lagi.
Seperti kebanyakan selebriti lain, Ariff turut mencipta sebuah akaun Instagram (IG) buat anaknya.
“IG tu dah ada tapi pada awalnya memang untuk dikongsi bersama keluarga saja. Insya-Allah nanti kita boleh kongsikan tentang anak dalam tu.”
Setakat ini, Ariff belum bersedia untuk berkongsi nama anak sehingga ia didaftarkan kelak.
Bila kandungan sudah masuk trimester ketiga, especially bila due date dah makin dekat, kebanyakan ibu mula rasa cemas dan tertanya-tanya adakah cara bagi membantu percepatkan bersalin secara natural?