Masalah bayi batuk berkahak membuatkan ibu ayah susah hati dan bimbang. Apatah lagi kalau terkena pada bayi yang baru 20 hari lahir. Agaknya macam mana cara nak hilangkan kahak yang membuatkan si kecil batuk-batuk? Kasihan melihat dia tercungap-cungap batuk.
Bagi ibu bapa yang mempunyai bayi sedang menghadapi masalah batuk berkahak, baca penjelasan daripada Dr. Wan Khairina Wan Mohd Nowalid, Pakar Perunding Pediatrik, Hospital Pantai Ampang.
Bayi sering menghasilkan bunyi pernafasan yang berbagai-bagai. Sebahagian bunyi tersebut tidak diiringi tanda-tanda amaran, manakala sebahagian lagi mungkin memerlukan nasihat perubatan. Saluran pernafasan bermula dari hidung hingga ke bronkiol terminal di mana udara akan tiba ke unit-unit alveoli tempat pertukaran oksigen dan karbon dioksida.
Saluran pernafasan dilapisi oleh sel epithilia yang merembeskan mucus (lendir) serta jejari halus (silia) yang beralun untuk memerangkap habuk/bendasing yang melalui saluran pernafasan.
Selain itu terdapat juga reseptor yang berhubung dengan saraf yang menghasilkan reflex batuk apabila terdapat stimulasi yang mengganggu saluran pernafasan.
Kombinasi beberapa struktur di atas membentuk mekanisma penghalang daripada gangguan kepada fungsi pernafasan yang normal. Sebagai contoh, mukus memerangkap habuk dan silia membantu menggerakkan mukus serta reflex batuk bertujuan menolak mukus dan habuk keluar dari saluran pernafasan.
Bayi boleh menghasilkan pelbagai bunyi yang berbeza bergantung kepada punca dan bahagian yang mengalami gangguan kepada arus udara.
Berikut adalah proses bagaimana kahak terhasil:
1. Bunyi kahak mungkin terhasil disebabkan kehadiran mukus di bahagian saluran pernafasan atas seperti di dalam hidung, di belakang hidung ,tekak, atau larynx iaitu bahagian sebelum memasuki trakea.
2. Bunyi kahak mungkin juga terhasil di saluran pernafasan bawah iaitu dari trakea ke terminal bronkiol sehingga alveoli.
3. Mukus yang berlebihan mungkin terhasil disebabkan berbagai faktor luaran seperti jangkitan kuman, habuk, bahan kimia, suhu/cuaca persekitaran. Faktor dalaman seperti regurgitasi susu/jus asid dari perut juga boleh mempengaruhi penghasilan mukus.
4. Mukus yang pekat atau kering terutamanya di bahagian hidung bayi mungkin menghalang pernafasan kerana bayi tidak boleh bernafas melalui mulut. Doktor mungkin akan menasihatkan penggunaan saline drop atau spray dan sekiranya perlu boleh disedut menggunakan penyedut hidung (nasal aspirator).
5. Bunyi berkahak dan disertai dengan batuk yang kerap serta nafas yang tercungap-cungap menandakan bayi anda mungkin mengalami kesukaran untuk bernafas. Bayi perlu dibawa berjumpa doktor untuk mengenalpasti masalah serta rawatan.
Perlu diingatkan bahawa bunyi pernafasan bukan sahaja disebabkan kahak; oleh sebab struktur pernafasan adalah kompleks, bunyi boleh disebabkan oleh halangan arus udara yang boleh terjadi di sepanjang laluan saluran pernafasan.
Oleh itu sekiranya anda tidak pasti, terutamanya bayi menghadapi masalah pernafasan, penyususan, gangguan tidur atau kurang berat badan, anda dinasihatkan mendapatkan nasihat doktor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bahaya Jangkitan Tonsil: Apa Yang Ibu Bapa Wajib Tahu Untuk Lindungi Anak!
Bayangkan si kecil yang aktif tiba-tiba menjadi lesu, sukar bernafas, dan sering mengadu sakit tekak. Mungkin kita fikir itu hanya demam biasa—tetapi sebenarnya ia boleh jadi petanda awal jangkitan tonsil yang serius. Video daripada saluran Bintang Kecil kali ini membawa kita menyelami realiti penyakit yang sering diabaikan ini bersama Dr. Afiq, seorang doktor ortopedik yang berkongsi ilmu kesihatan dengan gaya mesra kanak-kanak.
Sebagai ibu bapa, kita adalah pelindung utama anak-anak. Mengetahui simptom awal, langkah pencegahan dan bila perlu bertindak pantas—boleh menjadi beza antara sembuh cepat atau komplikasi yang membahayakan nyawa.
Apa Itu Tonsil dan Mengapa Ia Penting?
Tonsil adalah dua ketulan tisu limfa yang terletak di kiri dan kanan tekak kita. Ia bertindak sebagai barisan pertahanan pertama melawan kuman, virus dan bakteria. Fungsi utama tonsil ialah menghalang jangkitan daripada terus ke paru-paru. Namun apabila ia sendiri dijangkiti, ia akan membengkak dan menyakitkan, sekaligus menjadikan fungsi pernafasannya terganggu.
Kanak-kanak sangat terdedah kepada jangkitan ini kerana sistem imun mereka masih berkembang. Oleh itu, memahami struktur dan fungsi tonsil membantu ibu bapa lebih peka terhadap perubahan kesihatan anak.
Simptom-Simptom Awal Yang Jangan Diabaikan
Antara tanda awal jangkitan tonsil yang perlu diperhatikan:
Demam tinggi secara tiba-tiba
Sakit tekak berpanjangan
Kesukaran menelan
Nafas berbunyi atau tersekat
Anak menjadi lemah dan tidak aktif seperti biasa
Jangkitan ini kebiasaannya berpunca dari bakteria Streptococcus dan boleh menyebabkan pembengkakan serius. Jika dibiarkan, ia boleh menghalang saluran pernafasan—dan itulah yang paling membimbangkan.
Rawatan & Penjagaan di Rumah
Jika anak anda menunjukkan simptom awal, jangan panik. Tindakan pertama adalah pastikan mereka cukup rehat, banyakkan minum air suam, dan jika perlu—dapatkan pemeriksaan doktor. Rawatan lazim melibatkan:
Antibiotik untuk melawan jangkitan
Ubat tahan sakit dan demam
Berkumur dengan air garam (untuk dewasa)
Mengelakkan makanan bergoreng dan berminyak yang boleh menambah keradangan
Selain itu, kebersihan mulut sangat penting. Ibu bapa disarankan membantu anak gosok gigi dan lidah secara konsisten serta mengajar mereka berkumur selepas makan. Langkah kecil ini boleh mencegah masalah besar.
Bila Perlu Ke Hospital Segera?
Ibu bapa wajib bertindak pantas jika:
Anak sukar bernafas atau nafas terlalu laju
Demam melebihi 38.5°C dan tidak surut dengan ubat
Anak tidak mahu makan atau minum langsung
Bengkak pada leher semakin besar dan menyakitkan
Dalam sesetengah kes, jika tonsil kerap dijangkiti atau terlalu besar hingga mengganggu tidur dan pernafasan, pembedahan membuang tonsil mungkin dicadangkan oleh doktor.
Kepentingan Ibu Bapa Peka Terhadap Masalah Ini
Menjadi ibu bapa bukan sekadar memberi makan dan tempat tidur. Ia tentang memahami kesihatan anak dan bertindak bijak bila mereka sakit. Ramai yang anggap sakit tekak perkara remeh—tetapi jangkitan tonsil boleh berubah menjadi kecemasan jika tidak dirawat.
Dengan pengetahuan yang betul, kita boleh:
Mencegah jangkitan berulang
Mengelakkan penggunaan antibiotik yang tidak perlu
Menyelamatkan anak daripada komplikasi pernafasan yang berbahaya
Lindungi Mereka, Mulakan Dengan Ilmu
Video ini bukan sekadar hiburan pendidikan—ia satu peringatan bahawa penjagaan kesihatan kanak-kanak bermula di rumah. Sebagai ibu bapa, anda tidak perlu menjadi doktor, tetapi dengan sedikit ilmu seperti yang dikongsi oleh Dr. Afiq dalam Bintang Kecil, anda mampu menjadi penyelamat kecil buat anak anda
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada yang lebih menggembirakan hati setiap pasangan melainkan menerima berita kehadiran bayi baru dalam keluarga. Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti Sari Yanti dan Jep Sepahtu yang baru sahaja menimang cahaya mata lelaki pada tanggal 6 Jun 2020.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Jep menerusi akaun instagramnya. Selepas dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 2018 yang lalu.
Dalam entri tersebut, Jep Sepahtu memaklumkan bahawa isteri tersayang sudah selamat melahirkan anak kedua mereka dengan kapsyen yang cukup menyentuh perasaan.
Penyampai radio Sinar FM itu, menzahirkan rasa syukur atas kurniaan Yang Maha Esa dengan kelahiran bayi keduanya itu dan mengucapkan terima kasih buat isteri tersayang.
“Subhanallah. Alhamdulillah.. Allahuakbar . .
Terima kasih sayang untuk cahaya mata kedua kita,” tulisnya di instagram
Menjenguk ke ruangan komen Instagram Jep, ramai rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi yang baru dilahirkan.
Jep Sepahtu dan Sari Yanti diijabkabulkan pada 25 Februari 2017. Sari mempunyai dua orang anak daripada perkahwinan pertama iaitu Al Aly dan Basit Al Haq.
Pasangan ini dikurniakan cahaya mata pertama pada 2018 yang dinamakan Dariya Inara. Untuk makluman juga Sari pernah mengalami dua kali keguguran kerana mempunyai masalah dengan tiub fallopiannya.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Sari Yanti dan Jep. Semoga dengan kehadiran bayi ini akan melengkapkan lagi kehidupan mereka sekeluarga. Selamat berpantang juga buat Sari Yanti.
Pelbagai jenis berus gigi yang terdapat di pasaran. Berus gigi yang comel dihiasi pelbagai jenis kartun dan warna mampu menarik minat anak-anak dan ibu bapa untuk membelinya. Namun adakah berus gigi yang anda pilih sesuai untuk anak anda?
Doktor Izaza telah berkongsi tip mudah untuk memilih berus gigi yang sesuai dan betul untuk anak yang berumur 2 tahun. Tip yang bermanfaat ini boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa.
Kebanyakan kanak-kanak yang berusia 2 tahun belum pandai meludah, jadi masih lagi boleh guna ubat gigi tanpa flouride.
Ciri-ciri berus gigi untuk kanak-kanak 2 tahun
Jenis berus gigi untuk kanak-kanak 2 tahun sama seperti 1 tahun, cuba kepala berus gigi lebih lebar, lembut dan mempunyai pemegang yang besar dan panjang supaya MUDAH dipegang.
Kepala berus gigi lebih lebar dan mempunyai berus yang lembut bagi memudahkan kanak-kanak memberus gigi geraham yang sudah tumbuh di bahagian belakang gigi.
Pemegang yang panjang dan besar bagi memudahkan kanak-kanak pegang dan menggerakkan berus gigi semasa memberus.
Satu lagi bonus, untuk anak lebih suka memberus gigi adalah dengan menggunakan berus gigi yang mempunyai lampu atau music, supaya anak lebih seronok dan rasa excited semasa memberus.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.