Ramai isteri yang mengambil peluang untuk mencari pendapatan tambahan secara bekerja di pejabat atau berniaga di rumah bagi suri rumah.
Pendapatan yang ada mungkin disimpan atau digunakan untuk menampung keperluan seharian demi membantu meringankan bebanan suami.
Bukan semua suami yang tak pandai menghargai isteri, ramai je yang tahu menghargai dan membalas balik jasa isteri. Tapi masih ada sesetengah suami yang mengambil kesempatan di atas kebaikan isteri. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin.
Ads
Jaga dan hargai sahaja isteri yang membantu setiap bulan tu, tak perlu nak sakiti hati dia dengan perangai yang entah apa-apa.
Isteri mempermudahkan urusan suami bukan untuk suami mengambil mudah dengan bantuan tu. Jangan bagi ada rasa selesa langsung dalam diri bila isteri tu sanggup bagi serba serbi terutamanya bab kewangan.
Ads
Dia tak nak suami dia susah, sebab tu dia tak kisah.
Maka, kita sebagai suami jangan menyusahkan dia pulak. Berterima-kasihlah dengan isteri yang dah banyak berkorban untuk suaminya tu. Nanti bila dah senang, jangan lupa siapa yang ada ketika kita susah dan jangan lupa siapa yang “menyenangkan” kita.
Untuk mencapai kebahagiaan antara suami isteri, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki ada berkongsikan doa yang perlu dibaca antara suami isteri dan setiap anak pun boleh amalkan juga untuk ibu bapa.
Semoga setiap suami isteri saling mendoakan dan setiap anak dan ibu ayah tetap mendoakan. Doa ini boleh dibaca untuk satu keluarga agar cenderung mencintai Allah dan menekuni ajaran Nabi Muhammad SAW.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Musim Influenza ni, ramai anak-anak dapat demam tinggi. Paracetamol ada masanya kurang jalan.
Melalui perkongsian Puan Noraliza Alwi, petua ini yang diamalkannya setiap kali anak demam sejak dari dulu sehingga anak-anak dah besar.
Saya nak share petua yang sampai sekarang saya guna kalau anak demam. Anak kecil, besar, dewasa boleh guna pakai cara ni. Ikhtiar dengan lemon.
Caranya, hiris nipis 2 keping lemon, letak dalam stokin. Orang puteh kata wet-socks treatment. Satu kaedah nak turunkan suhu badan.
Wet socks treatment asalnya guna air biasa sahaja. Tapi kita tambah zat lemon sikit. Dalam lemon ada bioflavonoids dan quercetin semacam antihistamine dan antiviral atau fungsi macam antibiotic. Cara ni boleh bantu ‘tarik demam’.
Lagi satu lemon galakkan berpeluh. Lepas sarung stokin berlemon pada kaki anak, cuba tidurkan dia. Kalau masih panas, jelum kepalanya dengan tuala basah guna air lemon. Insyaallah biasanya dalam 10-15 minit akan nampak suhu badan menurun rambut dan bahagian leher mula dedar.
Alhamdulillah setakat ini cara ini menjadi😊 Tak perlu beratur di klinik. Tak perlu ubat berpanjangan.
Standby saja lemon dirumah k. Kita tak tau emergency boleh berlaku bila-bila. Saya selalu buat Alhamdulillah memang mujarab cara ni. Insyaallah:)
Ada segelintir ibu bapa apabila menimang cahaya mata rasa sayang nak cukur rambut anak yang lebat sampai botak. Alasannya nanti rambut anak lambat tumbuh.
Sebenarnya jika dikutkan ia sunnah dan seharusnya dicukur. Perkongsian dari Puan Halimatulssaadiah Wan Jusoh ini sangat bermanfaat.
Kepada yang baru menimang cahaya mata, jangan lupa mencukur habis rambut bayi pada hari ke-7. Cukur sampai botak. Tak kira bayi lelaki atau bayi perempuan. Jangan cukur sipi-sipi je.
Disunatkan. Sunnah dan perintah agama. Bila buat, dapat pahala. Banyak hadith tentang kelebihannya.
Tujuannya untuk membuang rambut yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran. Darah kan kotor.
Kalau dah terlepas hari ke-7..? Buat je la hari-hari lain. Jangan langsung tak cukur pulak.
Rambut yang dicukur ditimbang dengan penimbang emas (nak timbang kat kedai emas pun boleh), seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak ikut kemampuan kita, dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan ya.
Contoh rambut baby ni berat 0.99g
Harga emas kita ambil paling mahal la kan sebab kita nak sedekah. Tapi ikut kemampuan. Kalau tak mampu, ikut harga perak.
Ini contoh ye.
0.99g x RM215/g (harga persatuan emas)= RM212.85.
Kalau nak sedekah RM215 pun boleh jugak. Seikhlas hati.
Cara nak kumpul rambut baby semasa cukur:
1) Ambil 1 bekas berisi air
2) Basahkan kepala baby dan gunakan sedikit syampu rambut baby.
3) Guna pisau cukur gillette je or mana-mana yang ada. Pastikan yang baru.
4) Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi. Pastikan semua rambut yang dicukur dimasukkan dalam bekas tersebut.
5) Selesai cukur, letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiskan air & rambut dalam bekas tadi.
6) Biarkan penapis tersebut kering dihembus angin pada suhu bilik sahaja. Jangan la jemur kat luar rumah kang tinggal penapis je. Dah kering, boleh angkat je tisu dan rambut yang tertapis dan lipat rapi masuk bekas atau sampul angpaw.
7) Bawa ke kedai emas untuk ditimbang. Atau timbang je sendiri kalau ada penimbang emas 😉
Marahkan anak tak bermakna itu penyelesaian cepat untuk bagi anak dengar cakap. Sebaliknya ia boleh buat anak kita lagi menyimpan dendam dan melawan.
Cuba perhatikan apabila anak sering di marah, apa tindak balas anak selepas itu. Ya memang akan takut, tetapi kesannya anak boleh melawan balik, tiru balik apa kita buat padanya dan ada juga yang penakut seolah akan terus berdiam diri. Kesannya tak elok untuk perkembangan anak.
Perkongsian dari seorang ibu, Najibah Mustaffa mengenai kesilapannya yang terlalu cepat marah dan tengking sehingga bagi kesan pada anak tetapi mujurlah cepat tersedar.
Pernah lah dulu-dulu. Acapkali juga bila anak-anak buat kesalahan. Ibu ini marah beria. Siap tengking. Padahal kesalahan tu kecil sahaja.
Terpecahkan pinggan mangkuk. Habiskan mandian sebotol yang tak sampai 24 jam beli. Tak kemas katil. Bergaduh adik-beradik.
Walhal buat silap adalah proses setiap manusia lalui. Bila ingat balik, allahu teruknya lahai perangai ibu ni yang tak mampu kawal emosi sendiri. Nak anak terdidik emosinya, tapi ibu pun kelam kabut. Zaman baru jadi ibu, tak ada ilmu.
Kesan marah tengking ni teruk sangat rupanya.
Ibu perasan Aqilah anak sulung, bila kena marah dia diam sahaja. Wajah tak ada perasaan. Mata kebil-kebil. Bila ibu tanya, tak jawab. Kita pun jadi lagi nak marah.
Afiqah anak nombor dua pula, bila kena marah nampak takut-takut. Nak bercerita apa yang berlaku pun nampak anak matanya melilau.
Afifah anak nombor tiga jarang kena marah. Tapi sekali kena marah memang menangis terus. Teresak-esak!
Amirah anak nombor empat ibu tak ada lah marah. Kalau berlakon marah, dipukulnya muka ibu. Siap cakar pun ada!Huhu.
Sehinggalah ibu terbaca perkongsian Dr.Taufiq Razif tentang anak-anak yang selalu kena marah ni. Siap tengking, pukul pun ada.
Allahu. Bila jumpa perkongsian Dr. Taufiq ni terus insaf dan rasa syukurnya jumpa ilmu berharga ini. Lepas-lepas tu bila rasa nak marah anak terus ingat kesan 3F ini.
Bukan tak boleh marah langsung. Membesarkan anak-anak ini banyak cerita dan dramanya kan. Tapi ada caranya..
Contoh hari tu adalah mereka 4 beradik makan di dapur. Prangggg! Dengar ada bunyi sesuatu pecah.
Ibu tunggu sahaja. Datanglah Afiqah anak nombor dua. Dia selalu jadi orang tengah apa-apa hal pun.
“Ibu, tadi kitorang kat dapur. Tak sengaja terpecahkan cawan”. Wajahnya takut-takut.
Ibu tanya. “Dah buang yang pecah?”
Dah. Jawabnya.
Ok. Nanti ibu sapu. Lain kali hati-hati.
Okay. Jawabnya dengan suara ceria.
Sebenarnya mudah sahaja. Terbuat salah adalah proses. Yang penting, ajar anak apa solusi selepas buat salah tu, dan apa pengajarannya.
Anak-anak macam kita juga. Ada emosi. Ada sekeping hati. Yang jika dimarah selalu, disakiti selalu. Jadilah hati itu luka. Emosi tercalar. Fizikal mungkin ok, tapi dalamannya rosak. Dan sudah tentu akan beri kesan kepada pembentukan karektornya nanti.
Sekarang, bila ibu sudah jarang marah anak macam dulu-dulu. Anak-anak lebih mudah diurus dan mendengar kata. Emosi ibu pun lebih tenang.
Ibu pesan kepada diri selalu. Dalam rumahtangga. Guna kata-kata yang baik. Banyakkan bahasa kasih sayang.
Luka Caesarean memerlukan penjagaan rapi selepas bersalin. Ketahui 7 tip penting termasuk berjalan awal, pemakanan seimbang, penyusuan susu ibu dan penjagaan luka untuk mempercepatkan proses pemulihan.