Ainul Mardhiah semakin sihat setelah menerima rawatan dan pembedahan membuang ketumbuhannya di London. Kini keadaannya bertambah baik, tampak semakin comel dan berisi.

Bapa bayi kesayangan rakyat Malaysia ini, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dalam kemaskini Instagram mengenang kembali saat awal perjuangan mereka sekeluarga apabila anak sulungnya diuji ketumbuhan.

Artikel berkaitan: [Ainul Mardhiah Stabil & Direhatkan. Dah Boleh Respons Mama Panggil, Cuba Bagi Senyuman] [Pandai Peluk Bantal Pula Sekarang! Makin Cerdik Ainul Sejak Masuk Setahun]

Orang tanya dulu masa Ainul ada ketumbuhan tu, duduk rumah je ke? .

Jawapan : Tak pun. Kadang-kadang keluar juga. Selalunya Ainul ikut Walid pergi kedai. Jaga ainul di kedai. .

Selalunya kalau bawak Ainul keluar, dia akan ditutup macam dalam gambar ni. Ya. Memang kami tutup sebab tak nak bagi orang nampak. .

Bukan sebab malu, tapi sebab tak nak nanti orang sedih bila tengok Ainul and takut orang ramai nak tengok dia.

“Kalau Kami Nak Ambil Kesempatan Tak Perlu Tunggu…” Bapa Akui Pernah Doa Ainul Bukan Bukan

 PUJUK HATI UJIAN ORANG LAIN LEBIH BERAT

Bapa ini juga seboleh-bolehnya tidak mahu keadaan anaknya itu heboh apatah lagi viral.

IKLAN

Kalau boleh dulu, memang tak nak cerita pada sesiapa pun pasal Ainul ni terutama pada umum. Sebab pada ketika itu, walaupun kami rasa ujian ini terlalu berat, tapi kami berjaya pujuk hati kami bahawa ada orang lagi berat ujian mereka. .

Kedua, kami tak mahu Ainul viral. Kalau ikutkan, kami boleh je ambil kesempatan viralkan Ainul ni. Tak perlu tunggu ketumbuhan tu besar untuk raih simpati. 

“Kalau Kami Nak Ambil Kesempatan Tak Perlu Tunggu…” Bapa Akui Pernah Doa Ainul Bukan Bukan

Artikel berkaitan:[ Menitis Air Mata Tengok Ainul! Bibir Cantik, Pipi Tembam. Lepas Ni Anak Mama Boleh Senyum ]

PENDAPATAN BLEH MENAMPUNG, ALLAH CUKUPKAN

Tapi saya rasa serba salah ketika itu sebab saya bekerja dan mempunyai pendapatan yang tak sedikit dan tak banyak. Setakat mahu ulang-alik hospital dan biaya perubatan Ainul, alhamdulillah saya mampu ketika itu walaupun kadang-kadang bisnes tak ok. .

IKLAN

Alhamdulillah, Allah cukupkan rezeki kami sekeluarga. .

Tapi kami selalu doa supaya Allah bukakan jalan dan permudahkan urusan kami. .

KISAH AINUL DIVIRALKAN ORANG LAIN, PERNAH DOA “BUKAN BUKAN”

 Akhirnya, kisah Ainul di viralkan oleh orang lain. Dan kesan daripada itu, Ainul sihat dan ceria pada hari ini. Dulu, kami hampir berputus asa sehingga doa yang ” bukan bukan ” kepada Ainul.

Then bila fikir-fikirkan balik, selagi nyawa masih dikandung badan, jangan sesekali menyerah kalah. Hanya mati sahaja tiada ubatnya. Selagi badan masih bernyawa walaupun sakit, tetap ada ubatnya. .

Jangan putus asa.

IKLAN

“Kalau Kami Nak Ambil Kesempatan Tak Perlu Tunggu…” Bapa Akui Pernah Doa Ainul Bukan Bukan

BERDOA DAN JANGAN BERPUTUS ASA

Allah swt ini sangat ajaib. Pada waktu kita rasa kita dah tak mampu nak berbuat apa apa setelah berusaha, maka kena akur bahawa Allah swt itu memiliki segalanya. Minta pada DIA. .

Percaya lah, DIA lebih tahu apa yang tidak kita tahu. .

Ilmu dan fikiran kita terbatas, tetapi tidak bagi Allah swt. .

Akhir sekali, kuat lah kita dalam apa jua cabaran yang kita sedang atau bakal lalui, DOA dan JANGAN SESEKALI BERPUTUS ASA!

View this post on Instagram

Orang tanya dulu masa ainul ada ketumbuhan tu, duduk rumah je ke? . Jawapan : Tak pun. Kadang-kadang keluar juga. Selalunya ainul ikut walid pergi kedai. Jaga ainul di kedai. . Selalunya kalau bawak ainul keluar, dia akan ditutup macam dalam gambar ni. Ya. Memang kami tutup sebab tak nak bagi orang nampak. . Bukan sebab malu, tapi sebab tak nak nanti orang sedih bila tengok ainul and takut orang ramai nak tengok dia. . Kalau boleh dulu, memang tak nak cerita pada sesiapa pun pasal ainul ni terutama pada umum. Sebab pada ketika itu, walaupun kami rasa ujian ini terlalu berat, tapi kami berjaya pujuk hati kami bahawa ada orang lagi berat ujian mereka. . Kedua, kami tak mahu ainul viral. Kalau ikutkan, kami boleh je ambil kesempatan viralkan ainul ni. Tak perlu tunggu ketumbuhan tu besar untuk raih simpati. . Tapi saya rasa serba salah ketika itu sebab saya bekerja dan mempunyai pendapatan yang tak sedikit dan tak banyak. Setakat mahu ulang-alik hospital dan biaya perubatan ainul, alhamdulillah saya mampu ketika itu walaupun kadang-kadang bisnes tak ok. . Alhamdulillah, Allah cukupkan rezeki kami sekeluarga. . Tapi kami selalu doa supaya Allah bukakan jalan dan permudahkan urusan kami. . Akhirnya, kisah ainul di viralkan oleh orang lain. Dan kesan daripada itu, Ainul sihat dan ceria pada hari ini. Dulu, kami hampir berputus asa sehingga doa yang " bukan bukan " kepada Ainul. . Then bila fikir-fikirkan balik, selagi nyawa masih dikandung badan, jangan sesekali menyerah kalah. Hanya mati sahaja tiada ubatnya. Selagi badan masib bernyawa walaupun sakit, tetap ada ubatnya. . Jangan putus asa. . Allah swt ini sangat ajaib. Pada waktu kita rasa kita dah tak mampu nak berbuat apa apa setelah berusaha, maka kena akur bahawa Allah swt itu memiliki segalanya. Minta pada DIA. . Percaya lah, DIA lebih tahu apa yang tidak kita tahu. . Ilmu dan fikiran kita terbatas, tetapi tidak bagi Allah swt. . Akhir sekali, kuat lah kita dalam apa jua cabaran yang kita sedang atau bakal lalui, DOA dan JANGAN SESEKALI BERPUTUS ASA!

A post shared by Ahmad Safiuddin Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on

Sumber:  @ahmadsafiuddinn

Artikel berkaitan: “Kesihatan Bidadari Syurga Walid Semakin Meningkat”. Doakan Ainul Berjaya Ujian Seterusnya

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI