Pengacara terkenal, Shera Aiyob yang juga merupakan pengacara bagi program Pa&Ma TV musim ketiga telah berkongsi satu luahan menerusi instagramnya berkenaan anak lelaki beliau, Nadi Anaqi. Gelagat anaknya menjadi perhatian netizen apabila memahami keadaan ibunya yang penat.
Mommy tengah masak tadi tiba-tiba Anaqi tanya, “Mommy tak tired ke?” Terkedu kejap kenapa pula tiba-tiba dia tanya macam tu.
Mommy pun jawab semula dengan soalan, ”Kenapa Anaqi tanya Mommy macam tu?” Saja aku nak tahu apa yang ada dalam kepala dia.
Terdiam aku sambil tersenyum sendiri. Memang aku tengah penat ya amat. Tuhan je yang tahu. Sambil masak sambil dalam kepala fikir kerja lain yang menanti untuk diselesaikan.
Tapi bila dengar Anaqi cakap macam tu, aku terus lupa sekejap penat. Menambah semangat aku untuk teruskan kerja.
Ads
Betul lah anak ni penguat segalanya. Mommy doakan Anaqi sentiasa dikurniakan kebaikan dan menjadi insan hebat dunia akhirat. I love you so much Anaqi!
Rata-rata netizen memuji sikap ambil berat Anaqi. Anak lelaki perlu lah hebat dan mempunyai sifat yang melindungi. Ternyata Anaqi mempunyai ciri-ciri tersebut. Tak hairanlah netizen melabelkan Anaqi sebagai budak yang bijak.
Ads
Good one
He is so lovely
Ads
Anak lelaki kena hebat, dunia akhirat
Saksikan Pa&Ma TV Musim ketiga, setiap Selasa jan 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Sumber: Shera Aiyob
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perjalanan dalam mengharungi sesebuah rumah tangga bukanlah sesuatu perkara yang mudah, senang tetapi ia memerlukan tanggungjawab bersama untuk mengharunginya. Tidak mungkin bahtera rumah tangga berjaya tanpa usaha dari kedua-dua pihak.
Sedikit perkongsian daripada Norhayati Abu Bakar tentang alam perkahwinan yang boleh dijadikan panduan buat semua.
Masih terkejut dengan kenyataan bahawa ‘motherboard’ komputer tidak dapat diselamatkan sehingga saya lupa mengucap selamat ulang tahun perkahwinan Syamil Muhammad dan Nurul Ain Zakaria.
Semalam saya ke kedai bersama suami kebetulan terjumpa dulang kecil berlatar belakang Republic Checz, saya tunjukkan kepada suami.
‘Nak buat apa?’ ‘Hadiah kat Ain, tapi birthday dia lambat lagi’ (memang tak ingat langsung hari anniversary mereka, sedangkan malam sebelumnya suami sudah maklumkan sebab ada ingatan dari aplikasi di fonnya)
Akhirnya dulang kecil itu saya letak kembali.
Bulan Ogos banyak mencatat sejarah besar dalam keluarga. Beberapa ulang tahun kelahiran dan ulang tahun perkahwinan juga.
Sedar tak sedar sudah tujuh tahun usia perkahwinan mereka. Kata para kaunselor 10 tahun pertama adalah tempoh perkenalan, mencari titik kesamaan dan penuh dengan cabaran.
Tidak mustahil ada pasangan yang berpisah seawal enam bulan berkahwin. Di suatu masa terdengar perbualan suami dengan seorang jurugambar professional.
‘Oh! saya dah tak ambil gambar perkahwinan. Kos tinggi sebab saya memang akan edit bagi betul betul cantik. Kadang ambik masa berbulan juga tengok kalau banyak jobs. Sedihnya bila setelah bersengkang mata berbulan siapkan, pelanggan tak nak ambik album dan langsaikan baki. Alasan? Kami dah bercerai. Masyaalah tepuk dahi saya’
Menyaksikan fasa perkahwinan anak anak sudah pasti ada masa kami turut tidak lena malam dan bangun membuat solat hajat muga Allah limpahkan kesabaran dan kasih sayang dalam rumahtangga mereka.
Meski kami tidak suka campurtangan urusan rumahtangga anak anak tetapi sesekali kena juga pengadil turun ke padang. Menegur dan mencadangkan solusi. Malah pernah juga pasrah menyerah kepada Allah apa sahaja jalan keluar yang dirasakan baik untuk keluar dari kemelut yang melanda.
Berkahwin bukan sekadar menghalalkan hubungan tetapi lebih jauh dari itu. Mencari keserasian, melengkap kekurangan, menerima buruk dan baik pasangan juga bersusah senang bersama. Hasrat setiap pasangan tentu mahu bercinta hingga ke syurga.
Untuk mencapai bahagia juga perlu ilmu. Baca, dengar dan lihat contoh hidup. Paling penting masing masing tahu hak yang perlu ditunaikan. Betapa cekap sekalipun tahap keupayaan isteri mengurus hal rumahtangga dan kehidupan suami tidak sesekali boleh lepas tangan. Berkahwin untuk mengambil tanggungjawab dan memberi kebahagian. Bukan mengambil kesempatan
Saya pernah berbincang dengan suami tentang saudara mara yang berkahwin berkali kali dan membesar anak tiri bersama. Jelas suami, orang dulu dulu tidak ada kemampuan kewangan. Jadi bila suami mati atau dicerai keluarga akan berusaha mencari jodoh baharu supaya kehidupan isteri dan anak anak terjamin. Istilah kahwin salin tikar, kahwin sepupu dan kahwin dua tiga kali itu perkara biasa dalam masyarakat ketika itu.
Zaman sekarang wanita sudah punya kemampuan kewangan yang kukuh dan mereka tidak perlu mengharap suami menyara kehidupan. Maka keperluan mencari suami baharu dan mungkin trauma dari perkahwinan lepas membuat mereka tidak tergesa berkahwin lagi. Ada yang menunggu anak anak dewasa, berkahwin baharu mereka memikir tentang diri mereka. Mungkin untuk mengisi kesepian.
Ya! Setiap rumahtangga adalah satu pelayaran yang panjang. Ada yang mampu menentang arus dan badai, ada juga yang belum apa apa sudah terhempas menghempap batu karang.
Semalam saya terima pesanan dari seorang teman. Sesuatu yang baik juga untuk dikongsi. Penulis asal tidak pula dinyatakan tetapi yang baik itu kita tetap terima sebagai panduan. Muga ada manfaatnya.
*9 Nasihat Terbaik Dari Seorang Hakim Yang Mengendalikan Satu Kes Kekeluargaan di Mahkamah Syariah*
1. Jangan galakkan anak dan menantu perempuan anda tinggal bersama anda.
Sebaiknya, minta mereka berpindah walau pun terpaksa menyewa rumah. Lebih jauh lebih baik. Ini bertujuan untuk menjaga perhubungan yang lebih baik di masa hadapan. (ini yang kami amalkan kata orang dekat bau tahi jauh bau bunga)
2. Layani menantu perempuan anda seperti menantu, bukannya seperti anak perempuan anda.
Anak lelaki anda sentiasa menjadi anak anda. Tetapi, jika anda melayan menantu perempuan seperti anak apatah lagi jika anda pernah memarahinya maka menantu anda akan ingat sehingga mati. Dalam kehidupan dia selama ini, hanya ibu dan bapanya sahaja yang layak memarahinya. (Betul tu, walau betapa ikhlas menerima mak mertua, hati tetap akan terasa. Dan layan menantu sama rata supaya tak nampak ada diskriminasi. Kadang kita tak sedar, pasangan kena tegur ni)
3. Apa saja karakter atau tabiat yang menantu anda ada bukanlah masalah anda.
Itu adalah tanggunjawab anak anda untuk memperbetulkan apa yang tidak betul. (boleh bercakap baik baik dengan anak, minta mereka menegur pasangan tetapi jangan bagitau mak suruh bagi tahu, pandai pandailah cipta ruang dan cara bak kata orang bagai menarik rambut dalam tepung)
4. Jangan sesekali basuh pakaian, memasak dan menjaga cucu anda melainkan diminta oleh mereka. (sesekali okaylah supaya mereka tidak pula rasa selesa dan ambil kesempatan di atas kerajinan anda). Akan tetapi jangan mengharap balasan di masa mendatang. Usah terlalu risau dengan kemampuan mereka kerana mereka lebih tahu apa yang patut dilakukan.
5. Berpura-pura menjadi bisu dan pekak apabila mendengar anak dan menantu anak bergaduh. (ini betul kalau mereka tak bercerita atau bertanya pandangan jangan sibuk sibuk bertanya) Jangan masuk campur. Itu adalah perkara biasa bagi pasangan yang mendirikan rumahtangga. Mereka tidak gemar orang lain ikut campur.
6. Cucu anda adalah hak mutlak ibu dan bapa mereka. (betul tu jangan atur hidup anak anak. Biar mereka urus anak mereka. Tolong sekali sekala bolehlah)
Bagaimana mereka ingin membesarkan cucu anda terpulang kepada mereka. Baik atau buruk itu urusan mereka.
7. Menantu anda tidak perlu respek dan melayan anda. (pemilihan menantu juga penting supaya ada keserasian dari awal, jika bukan menantu pilihan kena belajar menerima hakikat menantu sudah bantu mengambil alih sebahagian tugas anda)
Itu adalah tugas anak lelaki anda. Anda sepatutnya sudah memberi didikan terbaik dan anak anda mampu mengajar isterinya untuk menghormati anda.
8. Buat perancangan awal sebelum anda bersara. (betul sangat. Rancang apa mahu dibuat supaya dapat mengisi hari tua dengan apa yang selama ini tidak mampu dibuat. Lebihkan masa memupuk kasih sayang dengan pasangan bukan dengan cucu cucu)
Jangan harapkan anak anda. Anda telah pun berjalan jauh dalam kehidupan dan masih banyak lagi yang boleh dipelajari. Seperti kata pepatah Inggeris, “It is your own interest that you enjoy your retirement years. Better if you could utilise & enjoy everything that you had saved before you die. Don’t let your wealth become worthless to you.”
9. Cucu bukan milik anda.
Mereka adalah hadiah dari Tuhan kepada anak dan menantu anda. (sangat setuju)
Pesanan di atas bukan hanya untuk anda. Kongsikan pada sahabat, pakcik, makcik, keluarga mertua, suami atau isteri anda supaya anda boleh mengecapi kehidupan yang lebih sempurna.
Wallahualam… 🙏🏻🙏🏻🙏🏻🤲🏼🤲🏼🤲🏼
*Selamat ulangtahun perkahwinan Syamil dan Ain. Sama sama pikul amanah beri didikan agama, akhlak, adab dan ilmu terbaik untuk dua amanah itu. Semuga Allah merahmati*.
Peranan seorang bapa adalah kunci utama dalam fasa pertumbuhan perkembangan otak dan minda anak. Namun kebanyakan daripada kita menganggap ibulah perlu mempunyai peranan utama dalam pembinaan peribadi anak. Tugas bapa keluar mencari nafkah. Tanggapan ini silap!
Sebenarnya bapa tetap penting dan perlu berkongsi tanggungjawab dalam memberi pendidikan, khususnya bagi pembinaan peribadi anak. Kenapa? Ini penjelasan Penulis dan Pendidik Ilmu Keibubapaan, Taufiq Razif.
Buat para ayah yang selalu sibuk..
1. Jangan sampai lupa untuk peluk anak setiap hari kerana di situ ada kunci ketenangan hati buat anak-anakmu.
2. Jangan sampai lupa bertanyakan khabar anakmu walau terpaksa video call mahupun voicenote kerana di situ lah kunci untuk anak-anakmu merasa kehadiranmu walau terpisah beribu batu.
3. Jangan sampai lupa ucapkan kata kata rindu pada anak dan isterimu kerana ada sesetengah individu memerlukan ucapan yang keluar daripada mulut kita sendiri untuk ketenteraman jiwanya.
4. Jangan sampai lupa mengisi tangki emosi anak dan isteri sebelum berangkat pergi kerana tangki emosi yang kering dan tak terisi akan sangat membebankan jiwa dan emosi.
5. Jangan sampai lupa untuk memberikan masa yang berkualiti pada anak dan isteri kerana KUALITI masa dapat mengalahkan KUANTITI masa.
6. Jangan sampai lupa untuk menjelaskan sebab di sebalik kesibukan kita kerana anak-anak dan pasangan berhak memahami situasi dan keadaan sebenar kita.
7. Jangan sampai lupa untuk memberikan ketenangan hati dan ketenteraman jiwa pada hati isteri sebelum berangkat pergi kerana ketenteraman jiwa juga adalah sejenis keperluan emosi isteri yang wajib dipenuhi.
Ayah dan suami yang hebat adalah ayah dan suami yang mampu menenangkan hati anak isteri walaupun dalam kesibukan dan kejauhan.
Doktor selebriti, Dr. Izzar Anwar berkongsi beberapa pesanan berkenaan penjagaan kesihatan buat semua masyarakat memandangkan sekarang ini merupakan musim hujan dan banjir.
Menurutnya, jangan bertangguh untuk mendapatkan rawatan jika terdapat sebarang gejala atau masalah kesihatan ketika musim banjir.
BANJIR & KESIHATAN
Mari doakan keselamatan dan kesihatan semua orang di Malaysia terutamanya yang sedang menghadapi musibah banjir sekarang. Banjir ni bukan sahaja merosakkan harta benda, tetapi ia juga memberi impak kepada kesihatan fizikal dan mental seseorang. Tambah-tambah lagi kita tengah menghadapi cabaran COVID-19 sekarang ni.
Buat masa sekarang, tiada bukti lagi C-19 dapat merebak melalui air termasuk air banjir. Tetapi, terdapat penyakit-penyakit yang merbahaya semasa banjir yang disebabkan oleh air tercemar seperti demam typhoid, cholera, salmonella, e. coli dan macam-macam lagi. Ini kerana air banjir ni telah dicemari oleh najis/ kotoran dari pembentungan, loji kumbahan, dll. Makanan/minuman pun boleh tercemar kalau tak bersihkan betul-betul.
Antara gejala-gejala dari penyakit makanan /air tercemar adalah cirit-birit, demam muntah, demam, dan sakit kepala.
Oleh itu:
❌ Jangan biarkan anak-anak bermain dengan air banjir
🟢 Lindungi/utamakan golongan tua, kanak-kanak, & ibu mengandung
🟢 Makan makanan yang baru dimasak semasa masih panas. Minum air yang telah dimasak/ air botol. Elak makan makanan mentah.
🟢 Jaga kebersihan diri & persekitaran.Cuci tangan sentiasa, buang sampah dengan betul.
🟢 Jumpa doktor jika bergejala demam, cirit, muntah, sakit perut etc
🟢 Jaga kesihatan fizikal & mental diri serta keluarga.
🟢 Teruskan mengambil ubat sedia ada seperti ubat kencing manis, darah tinggi, dll (jika ada). Simpan dokumen perubatan (buku ubat, buku mengandung, buku vaksinasi anak)
🟢 Patuhi SOP
Semoga kita semua tapat mengharungi dugaan banjir serta COVID-19 ini dengan selamat. Allah selamatkan kita semua. Aminn
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!