Kalau nak anak petah dan bijak, anda boleh tiru cara Tomok & isterinya, Ayu Abas lakukan kepada Arrian dan Andra sejak kecil. Paling menarik ialah bagaimana mereka didik dua adik beradik ini fasih berbahasa Inggeris!

Kalau Nak Anak Petah & Fasih Berbahasa Inggeris, Boleh Tiru Cara Tomok & Isteri Buat

“Rangsangan dan stimulasi menerusi pelbagai cara memang membantu bayi dan kanak-kanak mengembangkan potensi dan kebolehannya.Persekitaran dan orang sekeliling khususnya ibu bapa memainkan peranan penting dalam perkembangan mereka pada masa akan datang.”

Kalau Nak Anak Petah & Fasih Berbahasa Inggeris, Boleh Tiru Cara Tomok & Isteri Buat

Siapa tidak pernah mendengar keletah anak-anak Tomok, Arrianshah Akid, dan Andrashah   di laman Instagram Tomok. Dua-duanya petah bijak mencairkan hati yang menontonnya. Apa rahsia didikan Tomok dan isteri sehingga Arrian fasih berbahasa Inggeris?

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail walau pun mempunyai jadual yang padat sentiasa memastikan pembelajaran dan perkembangan anak. Kekangan masa dan sering out station mengehadkan tumpuan kepada anak-anak tetapi peranan isteri, Ayu Abas yang tidak bekerja membolehkan dia menumpukan sepenuh masa mendidik dan menguruskan anak-anak.

SELALU LUANG MASA BERSAMA

IKLAN

Keluarga kecil ini selalu meluangkan masa bersama di rumah dan dalam aktiviti luar rumah. Tomok  sendiri mengakui jika tiada tugasan luar atau show, dia akan menghabiskan masa dengan keluarga di rumah. Apabila lebih banyak masa dengan anak, mereka akan rasa dihargai dan disayangi. Ini secara tidak langsung akan menjadikan anak-anak lebih yakin kepada diri sendiri.

BERTUTUR DALAM BAHASA INGGERIS

Pertuturan dalam bahasa Inggeris dimulakan dari awal lagi. Ini kerana minda bayi dan kanak-kanak seperti span, mudah menyerap. Biar pun belum mampu menuturkan, ia disimpan dalam minda mereka. Amalan betutur dalam bahasa Inggeris dari awal menyebabkan Arrian dan Andra tidak kekok berbahasa Inggeris.

IKLAN

MEMBACA BUKU BAHASA INGGERIS

Membaca jambatan ilmu. Pembacaan buku berbahasa Inggeris amat membantu pengayaan tatabahasa dan sebutan Arrian dan Andra. Tomok dan Ayu tidak lupa melakukan aktiviti ini bersama kedua-dua anak mereka.

SERING BERMAIN GAME BERBAHASA INGGERIS

IKLAN

PRETEND PLAY

Kalau Nak Anak Petah & Fasih Berbahasa Inggeris, Boleh Tiru Cara Tomok & Isteri Buat

Pretend play atau main peranan adalah cara pembelajaran yang menyeronokkan. Ia juga turut dilakukan oleh Ayu kepada Arrian dan Andra. Anak-anak boleh berlakon menjadi apa jua watak yang disukai dan menuturkan dialog-dialog dalam bahasa Inggeris. Anak-anak juga boleh menjadi kreatif dengan mempelbagaikan watak dan penggunaan alat.

Kalau Nak Anak Petah & Fasih Berbahasa Inggeris, Boleh Tiru Cara Tomok & Isteri Buat

Sumber Instagram: tomokofficial dan ayu_abas

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI