
Bila sebut soal persaraan, KWSP adalah antara talian hayat utama bagi majoriti rakyat Malaysia.
Tak kira kerja kerajaan ke swasta, simpanan dalam KWSP inilah yang diharap dapat menjamin kelangsungan hidup lepas bersara nanti.
Tapi, jumlah simpanan setiap orang tak sama — ia bergantung pada sektor pekerjaan, gaji bulanan, dan juga konsistensi caruman sepanjang tempoh bekerja.
RM1.3 Juta Dalam KWSP: Ini Gaji Konsisten Yang Anda Perlu Setiap Bulan
Laman The Futurizts berkongsi jumlah gaji yang patut anda terima sekiranya mahu mempunyai simpanan sebanyak RM1.3 Juta apabila bersara nanti.
“Situasi ini melibatkan andaian seperti tiada inflasi, tiada bonus dan kenaikan gaji, tiada simpanan manual (bergantung 100% pada caruman untuk persaraan) dan KWSP membayar 5.50% setahun.
“Bagaimana jika anda menyimpan 10% daripada gaji anda setiap bulan? Purata gaji yang diperlukan turun 30-50%.
“Ini mengandaikan bahawa anda melaburkan jumlah tersebut ke dalam KWSP (5.50% setahun).
“Dua carta di atas menunjukkan purata gaji yang diperlukan dalam tempoh 20-30 tahun. Jangan terlalu risau jika gaji semasa anda tidak berada pada julat itu.
“Ingat, anda juga akan menerima bonus, yang akan membantu anda meningkatkan sumbangan anda untuk mencecah RM1.3 juta,” tulis The Futurizts.
Sumber: The Futurizts.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI