Bila suhu persekitaran panas, ramai yang memilih untuk mandi walau pun pada waktu malam. Soalnya betulka? mandi malam bagi wanita hamil boleh menyebabkan?
Suhu badan yang meningkat semasa hamil menyebabkan ibu rasa tidak selesa dan panas. Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, ibu hamil perlu tahu dan tidak mudah percaya mitos yang mengatakan air ketubab bertambah apabila ibu mandi.
JENIS-JENIS KEADAAN AIR KETUBAN
Air ketuban/mentuban banyak dipanggil sebagai polyhydramnios. Air ketuban sikit dipanggil sebagai oligohydramnios. Kalau langsung takde air ketuban dipanggil sebagai anhydramnios
AIR KETUBAN ASALNYA DARI AIR KENCING BAYI
Air ketuban ni datangnya dari air kencing baby, dan dari placenta (uri) dan sedikit komponenya datang dari kulit bayi sendiri. Air ketuban/mentuban sentiasa dalam keadaan keseimbangan di mana air mentuban ini akan diminum oleh bayi itu sendiri. Ibaratnya bayi tu hasilkan air mentuban sendiri dan dia sendiri minum air tu.
Ads
Tak susah pun nak faham konsepnya. Apa jua keadaan yang menyebabkan baby ni kencing banyak atau apa jua keadaan yang menyebabkan baby tak boleh menelan air ketuban ini semula akan menyebabkan air ketuban ini banyak dari biasa.
PUNCA AIR KETUBAN BERTAMBAH
Berikut antara sebab musabab biasa air ketuban/mentuban tu boleh menjadi banyak :
#1: Ibu ada kencing manis
Ads
bila ibu ada kencing manis, paras gula dalam badan ibu tinggi. Gula yg tinggi ini dipindahkan kepada bayi melalui tali pusat. Paras gula yang tinggi pada bayi menyebabkan bayi terkencing kencing dengan banyaknya sekaligus air ketuban jadi banyak
#2: Bayi dikandung cacat
Byi ada kecacatan pada bahagian saraf atau bahagian kepala atau pada salur pencernaan menyebabkan air mentuban ini takboleh ditelan dan menjadi banyak
#3: Bayi dikandung mempunyai masalah genetik
Ads
bayi ada masalah genetik seperti sindrom Down atau sindrom Edward yg mana sindrom ini ada berkaitan dengan ketaknormalan sistem pencernaan. Air ketuban takboleh ditelan dan air ketuban menjadi banyak
APA YANG IBU MAKAN, MINUM & MANDI MALAM TIADA KAITAN DENGAN AIR KETUBAN
Jadi, semua perkara yang berlaku ini adalah melibatkan bayi itu sendiri dan keadaan di dalam rahim. TIADA KAITAN dengan apa yang ibu makan, apa yg ibu minum, atau disebabkan ibu mandi malam.
Air mandian tu takboleh meresap dari kulit ataupun ada laluan rahsia untuk sampai terus ke rahim dan sebabkan air ketuban/mentuban banyak secara tetiba.
Org mengandung ni cepat berpeluh dan berlengas. Nak mandi bebila masa pun tkde masalah. Yang taknak mandi ni dah kenapa? Hobi eh suka bau-bauan kepam ?
Masalah ketika hamil pastinya mengundang kebimbangan sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang melalui jarak kehamilan yang panjang. Komplikasi kehamilan yang dialami oleh Abby Abadi pada Ahad lalu ternyata agak membimbangkan.
Menerusi instagram miliknya, Abby menyatakan masalahnya yang mengalami tekanan darah terlampau tinggi. Komplikasi yang agak berbahaya bagi ibu hamil. Namun rehat adalah jalannya.
Rata-rata para pengikutnya di instagram mendoakan agar kandungan Abby kali ini berada dalam keadaan yang baik. Perkongsian Abby di instagramnya mengundang kebimbangan netizen sambil mendoakan yang terbaik buat Abby.
Anak5 Buah hati Pengarang jantung mama
Doakan Mama Selalu dalam lindungan Dan kasih sayang ALLAH SWT ye
Mama kena masuk ward malam ni. Sebab darah terlampau tinggi. Kandungan baru 23 minggu. Tapi Mama dah tak kuat ni.
Mohon doa kalian ye. Doakan Mama & Baby Panjang umur dan selamat dunia akhirat ye.
Begitu kongsi Abby di instagramnya. Namun pagi ini, Abby berkongsi keadaannya dan meluahkan rasa syukur.
“Assalamualaikum sahabat selamat pagi isnin, Alhamdullillah masih bernafas, syukur, ” luahnya.
Sementara itu melalui instagram suaminya, Faizal Zakaria, turut berkongsi kebimbangan terhadap isteri kesayangannya itu.
Jangan risau MyLove @abby_abadi112 Allah akan permudahkan segala-galanya. Saya ada je kat luar ni. Rehat ya, jangan fikir apa-apa. Nak sayang & baby sihat. Pemantauan 24 jam untuk tekanan darah.
Maaf Sayang @abby_abadi112 saya tak kuat. Moga Allah berikan kesihatan yang terbaik untuk sayang dan baby. ❤️❤️❤️❤️❤️ dunia akhirat.
Sayang @abby_abadi112 rehat ya. Nanti pagi kita jumpa. Saya ada kat dalam kete je ni. ❤️❤️❤️❤️❤️ sayang dunia akhirat. Moga Allah kembalikan kesihatan sayang…muahhhhhhhhh.
Para pengikut Abby turut mendoakan kesejahteraan Abby dan bayi di dalam kandungan. Semoga Abby selamat menjalani tempoh kehamilan yang indah sehingga selamat bersalin kelak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perlukah ibu hamil mengambil sebarang vitamin ataupun suplemen kesihatan sepanjang kehamilan? Adakah bakal ibu masih tercari-cari apakah vitamin atau suplemen kesihatan yang sesuai semasa kehamilan?
Apabila disahkan hamil, seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan. Salah satu soalan yang sering ditanya oleh ibu hamil ialah berkaitan keperluan pengambilan vitamin atau suplemen kesihatan.
Diet yang seimbang adalah cara terbaik bagi mendapatkan nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Justeru itu, ibu hamil dinasihatkan mengambil makanan daripada pelbagai sumber bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia juga bagi memastikan ibu mendapat tenaga yang diperlukan sepanjang kehamilan.
Walau bagaimanapun,terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalan kandungan.
Pengambilan vitamin dan suplemen kesihatan semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.
Apakah vitamin dan suplemen kesihatan yang penting bagi ibu hamil?
Secara amnya, ibu hamil disarankan mengambil vitamin dan suplemen mengikut keperluan dirinya atau saranan daripada doktor dan ahli farmasi. Beberapa vitamin dan suplemen yang biasanya perlu di ambil oleh ibu hamil adalah:
Asid Folik
Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.
Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil. Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.
Dalam sesetengah keadaan, dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg mungkin akan disyorkan oleh doktor. Sebagai contohnya:
Zat Besi
Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak. Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.
Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.
Biasanya, jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit. Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.
Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia, terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.
Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.
Kalsium
Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
Biasanya suplemen ini akan diperskripsikan untuk wanita hamil yang alah terhadap susu atau tidak dapat mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan harian mereka. Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).
Asid Lemak Perlu
Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan. Ikan adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Memandangkan omega-3 adalah sangat penting untuk bayi, adalah idea yang baik untuk berbincang dengan doktor sama ada ibu memerlukan suplemen tambahan yang mengandungi omega-3 ataupun tidak.
Vitamin D
Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan. Oleh itu, adalah penting bagi ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka. Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari.
Sumber makanan terbaik yang mengandungi vitamin D adalah ikan sardin, ikan mackerel, ikan salmon, telur dan daging.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Salah satu kunci kebahagiaan kehidupan berumah tangga adalah sentiasa menghargai pasangan dan saling memahami serta mempunyai sikap tolak ansur antara satu sama lain.
Banyak cara yang boleh ditunjukkan sebagai tanda menghargai pasangan dan ianya tidak semesti dalam bentuk material. Seperti apa yang dilakukan oleh pelawak, pelakon dan pengacara Shahrol Shiro yang menyambut ulang tahun kelahiran isterinya semalam.
Dengan satu entri di Instagram miliknya, Shahrol memuat naik gambar mereka berdua serta menulis satu kapsyen panjang yang cukup indah buat isteri tercinta.
“04 November adalah tarikh yg sgt istimewa.Tarikh lahirnya seorang puteri dari pasangan Shahri dan Jariah.Seorang puteri yg dibesarkan dengan penuh kasih sayang dalam sebuah keluarga sederhana di Kampung Melayu Kluang.
Puteri ini adalah bahagian terpenting dalam hidup aku. Puteri yang melalui susah senang kehidupan ini bersamaku,” tulis Shahrol.
Shahrol turut menyatakan rasa terima kasih buat isteri yang disayanginya kerana tidak putus-putus mendoakan kehidupan mereka sekeluarga.
“Dihari yg penuh bermakna ini izinkan aku pula berdoa untuk puteri ini.Berikanlah dia kesihatan yg baik, barkah dan rahmat mengiringi setiap langkahnya, rezeki yang mengalir seperti air zam zam yang tidak pernah putus.
“Jadikanlah dia wanita yang solehah dan ibu yg baik buat zuriat ini.Permudahkanlah segala urusannya termasuklah urusan melahirkan zuriat kami akan datang tidak lama lagi.Semoga Allah swt mengabulkan doa ku ini.
“Selamat hari lahir buat puteri ini NorFarhanah Syamimi Bt Shahri @anna_danisha .ikhlas dari suamimu Shahrol Azizie B Azmi,” doa dan ucapan daripada Shahrol buat isterinya.
Shahrol mendirikan rumah tangga bersama Anna pada 18 Mac 2016 dengan mas kahwin senaskah kitab suci Al-Quran.
Hasil perkahwinan mereka, Shahrol dan Anna dikurniakan sendan seorang cahaya mata lelaki, Iskandar Rizqi dan kini sedang menanti kelahiran cahaya mata kedua mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.