“Kalau Rina Tak Faham English, Saya Tak Malu.” Ryzal Lebih Bangga Anak Cakap Melayu

Share

Pasangan personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim dan isterinya, Maryam You Narae sentiasa menjadi perhatian ramai apatah lagi setelah kehadiran cahaya mata sulungnya, Rina.

Walaupun Rina baru genap setahun pada Oktober lalu, namun gelagat comelnya sentiasa buat ramai yang geram. Namun, apa yang membuatkan Ryzal sedikit kecewa adalah dengan sikap segelintir individu yang langsung tidak menjaga hati dan perasaannya serta isteri yang menganggap anak sulungnya itu tak faham bahasa Inggeris.

Sedangkan Ryzal ada cara tersendiri dalam mendidik dan membesarkan anak serta penggunaan bahasa memandangkan mereka berkahwin berlainan bangsa. Berikut adalah perkongsiannya.

“Kesian dia tak faham English”

Rina ni baru 1 tahun. Dia cakap pun tak fasih. Awak datang tegur babysitter dengan Rina tu saya ucap terima kasih, mungkin awak salah seorang peminat Rina. Tapi cara awak guna perkataan ‘Kesian’ tu salah sama sekali.

Sebagai bapa yang berbangsa Melayu, saya lebih sayangkan Bahasa Kebangsaan kita. Saya berkomunikasi dengan anak menggunakan Bahasa Melayu, Korea dan last sekali barulah English. Rina faham je English, malah saya gunakan British English di rumah bila berkomunikasi. Bukan English terabur “adik, wear your kasut”.

Kadang-kadang saya cakap dialek Kelantan supaya Rina tahu dari mana ayah dia datang.
Andaikata Rina tak faham English pun, saya tak malu dan tak kesian. Yang saya kesian kita bangsa Melayu terlalu agungkan bahasa asing sehingga lupa identiti bangsa sendiri.

Bangga dengan anak boleh berbahasa Inggeris tapi tidak faham Bahasa Melayu, itu yang malu dan kesian.

Saya saksikan ramai kenalan saya jumpa, anak mereka tidak boleh berbahasa Melayu. That’s a shame of being Malaysian. Satu nasihat Ryzal pada semua. Learn every language you could but don’t lose your identity.

Kredit: Ryzal Ibrahim

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

IKLAN