Anak tak sihat atau demam, ibu paling susah hati. Situasi ini turut dirasai Noor Nabila selepas kehadiran Jebat Jayden empat bulan lalu.
Menurut Nabila, baru tahu dan faham macam mana perasaan seorang ibu bila tengok anak tak sihat.
“Sebelum ada anak, mungkin kita tak boleh nak selami perasaan seorang ibu tapi bila dah ada zuriat sendiri automatik jiwa rasa sensitif. Ibaratnya kehadiran anak telah mengubah kehidupan seorang wanita.
Menerusi posting di instagramnya, Nabila menyatakan selepas Jebat disuntik dia demam tapi alhamdulillah tak menangis atau merengek.
Cuma Jebat lebih banyak diam kerana badannya lemahnya. Kalau boleh tukar tempat dengan anak, Nabila lebih sanggup. Inilah orang kata kasih seorang ibu tiada batasnya.. macam ni la ya mak kita rasa kan? luah Nabila.
Apabila melihat najis bayi warna hijau lumut pastinya akan menyebabkan kebimbangan, betul tak ibu-ibu?
Jom kita ketahui lebih lanjut mengapa tinja bayi berwarna sedemikian, apakah puncanya dan bagaimana menangani situasi tersebut dalam perkongsian
Mengapa najis bayi warna hijau?
Sebenarnya najis hijau termasuk dalam variasi najis biasa. Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), warna najis biasa adalah sebarang warna coklat, tan, kuning atau hijau.
Najis berwarna hijau merupakan perkara normal pada si manja terutamanya bayi baru lahir. Bahkan kanak-kanak yang lebih dewasa juga mungkin mengalaminya.Walaupun keadaan najis berwarna hijau itu menyebabkan kerisauan, namun dalam kebanyakan kes ia berlaku kerana sesuatu yang dimakan oleh anak, vitamin atau ubat yang diambil atau sakit perut yang mengakibatkan cirit-birit.
Memahami simptomnya
Najis hijau mungkin berlaku dengan sendiri atau disertai gejala tertentu bersama ketidakselesaan perut:
Punca najis berwarna hijau
Terdapat banyak punca najis berwarna hijau dan jarang disebabkan masalah perubatan serius.
Najis bayi warna hijau lumut
Bayi, khususnya yang baru lahir, berkemungkinan besar mengalami najis hijau ini. Berikut antara kemungkinan puncanya:
Pada kanak-kanak
Anak yang dihantar ke taska atau pusat asuhan dan mula berinteraksi dengan kanak-kanak lain, boleh mendapat virus yang menyebabkan cirit-birit – selalunya cair dan berwarna kehijauan
Apabila anak kecil mengembangkan lelangitnya (palate), mereka mungkin mengalami sensitif makanan yang menjadikan najis kehijauan seperti bayam, sayuran hijau lain dan makanan mengandungi pewarna
Anak lebih dewasa
Seperti punca najis bayi warna hijau dan kanak-kanak, anak yang lebih dewasa juga boleh mengalami tinja hijau disebabkan:
Warna najis yang berbahaya!
Menurut AAP, najis berwarna hijau tidak pernah menjadi punca kebimbangan. Namun, najis hijau dan cair sering menunjukkan masalah cirit-birit yang memerlukan perhatian dan penjagaan pada kanak-kanak di semua peringkat umur.
Terdapat warna najis yang mungkin menunjukkan petanda masalah.
Jika najis anak berwarna putih, merah – khususnya merah terang – atau hitam, anda harus berjumpa pakar pediatrik segera. Ia mungkin tidak berbahaya, tetapi sebaiknya lakukan pemeriksaan.
Merawat masalah najis bayi warna hijau
Seperti dinyatakan pada awal tadi, najis kehijauan bukanlah sesuatu yang membimbangkan. Tetapi tiada salahnya untuk melakukan pemeriksaan jika wujud kerisauan.
Dalam sesetengah keadaan, doktor mungkin akan melakukan pemeriksaan perubatan, bagi memastikan keadaan anak selamat.
Jika anak kelihatan sangat sakit dan najisnya berwarna hijau, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor segera! Ini kerana sebagai contoh, najis kehijauan yang disertai cirit-birit boleh menandakan penyakit virus atau bakteria.
Sekiranya anak mengalami najis hijau cair selama beberapa hari, mereka mungkin mendapat dehidrasi kesan daripada penyakit yang dialami.
Biasanya kes dehidrasi boleh dipulihkan dengan menghidrat anak. Tetapi seandainya anak tampak lesu atau sukar bangun, mereka mungkin memerlukan rawatan perubatan untuk mengatasi dehidrasi tersebut.
Perubahan pemakanan bantu atasi masalah najis bayi warna hijau
Jika anak mengalami najis hijau disebabkan sesuatu yang dimakan, vitamin atau ubat, anda tidak perlu mengeluarkannya daripada diet hanya kerana risau tinjanya berwarna sedemikian.
Namun, jika makanan, vitamin atau ubat itu menjejaskan mereka dengan cara lain, seperti menyebabkan perut berangin atau sakit, anda boleh mempertimbangkan untuk menyingkirkannya daripada diet pemakanan anak.
Sekiranya keadaan najis hijau itu disertai dengan ketidakselesaan fizikal pada anak, maka sudah tiba masanya untuk campur tangan. Contohnya:
Jika bayi menyusu badan mempunyai najis berwarna hijau dan berbuih, disertai dengan perut berangin dan terjeluak, si manja mungkin mengalami ketidakseimbangan foremilk/hindmilk atau intoleransi makanan atau alahan. Berundinglah dengan pakar untuk penyelesaian terbaik
Sekiranya susu formula menyebabkan najis bayi warna hijau lumut bersama sakit perut, rujuklah doktor untuk menukar jenama susu formula lain
Seandainya anak menghidapi penyakit atau sakit perut yang menyebabkan najis berwarna hijau, dan tidak sihat, lakukan pemeriksaan doktor untuk mengetahui rawatan bagi penyakit atau masalah perut mereka. Anak juga perlu dihidrat semula jika mengalami dehidrasi
Dalam mana-mana situasi yang tidak menyenangkan atau anak tampak sakit, segera bawa mereka untuk pemeriksaan doktor. Sentiasalah mendengar naluri keibubapaan anda apabila melibatkan keadaan kesihatan anak.
Tya Arifin Kongsi Tip Kurus Lepas Bersalin, Pernah Alami Masalah Berat Badan
Tya Arifin, menantu kepada penyanyi nombor satu, Datuk Seri Siti Nurhaliza, siapa yang tidak kenal dengan wanita cantik manis ini bukan? Walaupun sibuk menguruskan perniagaan berasaskan kesihatan, wanita kelahiran tanah seberang ini sangat menjaga penjagaan dan kecantikan diri.
Figura hebat ini sentiasa tampil cantik setiap kali berada di khalayak, malah keanggunan lebih terserlah selepas mengenakan hijab. Bagaimanapun sama seperti wanita dan ibu-ibu di luar sana, Tya Ariffin juga tidak terlepas dari mengalami masalah pertambahan berat badan mendadak terutama sepanjang tempoh kehamilannya.
Namun berkat disiplin dan kesabaran, wanita cantik ini berjaya mendapat berat ideal. Tidak lokek berkongsi tip jadi kurus dan cantik selepas bersalin, Tya berkongsi amalannya.
TIP URUSKAN BADAN SETELAH MELAHIRKAN
Berat badan naik mendadak setelah melahirkan Tya yakin ramai ibu menghadapi masalah ini bukan?
Apa yang perlu kita buat apabila berat badan naik? Apa caranya nak kurus? Kalau dulu beli baju saiznya kecil, sekarang harus beli yang lebih besar. Pernah tak anda rasa bila pakai baju tu kelihatan tak cantik.
Biasanya bila berat badan naik, automatik kita akan kurang kepercayaan kepada diri sendiri dan keyakinan diri menurun. Rasa malu mahu keluar rumah dan bertemu dengan orang ramai.
IbuHebat jangan bimbang. Setiap permasalahan ada cara penyelesaiannya. Hari ini Tya akan share tips dari Tya sendiri dengan ibu-ibu kerana Tya sendiri pernah gemuk. Mungkin tip ini boleh berkesan dan membantu anda ya.
1. KURANGKAN MAKANAN DAN MINUMAN MANIS
Buat anda yang sukakan makanan manis seperti snek, coklat, biskut, please STOP! Jangan ambil makanan dan minuman yang manis. Yang biasa minum minuman dalam tin, kalau nak kurus kalian harus cut terus. Banyakkan minum air putih, air jus, air lemon atau honey lemon. Seperti Tya sendiri, Tya suka air honey lemon, rasanya manis masam tapi manis yang natural.
2. KURANGKAN PENGAMBILAN KARBOHIDRAT
Apa itu karbohidrat? Karbohidrat adalah makanan yang sering kalian ambil harian. Contohnya nasi, roti, pizza, spagetti/pasta. Tukar! Tukar pengambilan karbo iaitu nasi putih menjadi nasi merah( Beras Perang/Brown Rice).
Seperti yang anda tahu nasi putih sukar untuk dicerna jadinya nasi merah lebih banyak serat dan senang untuk kurangkan berat badan. Kalau ibu-ibu mahu cepat kurus, cut karbo dan gantikan dengan karbo yang lebih bagus seperti jagung dan kentang. Cuba untuk lakukan secara berperingkat.
3. BANYAKKAN MAKAN SAYURAN
Seterusnya, IbuHebat boleh gantikan nasi dengan lauk. Perbanyakkan makan sayuran karna sayuran mempunyai kandungan serat yang tinggi, serat pemakanan yang menyerap toksin justeru dapat membantu untuk melancarkan pencernaan.
4. BERSENAM
Yang terakhir adalah bersenam. Boleh mulai dengan senaman yang ringan. Tidak perlu ke gimnasium. Ibu semua boleh mula dengan joging, jalan di sekeliling rumah. Cuba untuk joging 1 hari sekali atau seminggu 3 kali minimum. Selain itu pemakanan juga perlu dijaga. Pasti akan kelihatan hasilnya.
Tya harap tip yang Tya kongsi ini akan memberi manfaat buat semua ibu-ibu yang mengalami masalah berat badan. Tya faham bila kita hilang keyakinan diri dan selalu merasa diri tidak cantik.
Jadinya ibu-ibu harus konsisten. Cuba untuk kekal konsisten selama 2 minggu. In Shaa Allah akan nampak hasilnya.
Rezeki kurniaan Allah! Siapa sangka, penantian selama 32 tahun Datuk Rosyam Nor berakhir apabila beliau selamat menimang cucu lelaki pertama yang ditunggu-tunggu selama ini.
Perasaan gembira dan kesyukurannya itu dikongsikan di instagram. Sebelum ini Datuk Rosyam sudah pun mempunyai tiga orang cucu perempuan.
“32 TAHUN! Alhamdullilah. Lama sangat tunggu..Terima kasih Allah kerana kurniaanMu”
Dalam perkongsian sama, Datuk Rosyam juga memberitahu, hasil perkahwinannya, beliau dan isteri telah dikurniakan 5 anak perempuan.
“HASIL PERKAHWINAN AKU..Dikuniakan 5 anak perempuan. Alhamdullilah”
HASIL PERKAHWINAN ANAK SULONG @_nieshafiz..Dikurniakan 3 cucu perempuan. Alhamdullilah”
Penantian yang sangat lama dan mengambil masa lama menunggu sang hero. Akhirnya tanggal 15 November 2021, Allah makbulkan doa selama ini.
“Proses panjang selama 32 tahun, tunggu Sang Hero. Alhamdullilah semalam anak aku @_aniskiss selamat melahirkan. Alhamdullilah. CUCU LELAKI !yeyyyy
Terimakasih Doktor dan staff di @andorrahospitalofficial. Apa nama nak letak ni?.
Diruangan komen, rakan artis tumpang gembira dan mendoakan yang baik-baik untuk Datuk Rosyam Noor sekeluarga.
Tahniah buat Datuk sekeluarga. Lepas ni dah ada geng lah ye. Atoknya masih handsome bergaya lagi tu.
Kredit: IG Datuk Rosyam Noor
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!