Viral kisah seorang ustaz selebriti yang menceraikan isterinya yang sedang hamil 7 bulan demi mengahwini seorang janda anak satu. PU Abu menjadi bualan hangat netizen kerana tergamak memperlakukan isterinya sedemikian rupa.
Keputusan untuk menceraikan isteri ketika hamil dianggap sesuatu yang keterlaluan kerana ibu hamil memang memerlukan suami di sisi sepanjang kehamilan untuk memberikan semangat dan ibu hamil juga perlu dijaga emosinya.
Emosi yang ibu rasakan sewaktu mengandung boleh memberi kesan kepada bayi. Itu antara sebab mengapa ramai selalu berpesan terutama terhadap bakal ibu yang sedang mengalami kedukaan agar jangan terlalu mengikut perasaan, ingat anak dalam kandungan.
Menurut kajian Psychological Science, janin berusia enam bulan boleh terpengaruh dengan emosi ibu dan kesannya dapat dilihat dalam jangka masa panjang iaitu selepas bayi dilahirkan.
Berikut ini antara kesan yang boleh berlaku ke atas bayi sekiranya emosi ibu kerap terganggu sepanjang hamil.
1. Kadang kala ibu hamil juga ada mengalami stres yang ringan sekali-sekala. Jangan risau, kerana ini tidak memberi kesan kepada bayi tetapi awas sekiranya ibu kerap mengalami stres teruk diikuti tekanan kerana kesan buruk akan terjadi kepada emosi bayi kelak.
2. Ibu yang terlalu kerap stres dan risau berlebihan mungkin akan melahirkan bayi yang mudah gelisah dan kolik yang akan membuatkan bayi berusia bawah tiga bulan menangis selama berjam-jam tanpa sebarang sebab dan sukar ditenangkan.
3. Tubuh ibu hamil yang stres akan menghasilkan hormon stres. Walaupun emosi ibu tidak melalui plasenta, tetapi hormon akan melaluinya. Jadi, bila ibu stres maka hormon stres yang diterima janin juga semakin banyak.
Ini antara kesan yang boleh berlaku kepada bayi dan ibu yang sedang hamil. Para suami dinasihatkan supaya menjaga isteri sebaik mungkin ketika tempoh kehamilan. Berbalik kepada cerita PU Abu, ini kisah disebalik apa yang terjadi kepada isterinya.
Ads
Diceraikan Sedang Mengandung
Kantoi Curang Dengan Founder Skincare Di Kedah
Dua Hari Sebelum Suami Ke Umrah.. Aku Terbaca….
Ads
Bas Dia Ke Penang Bukan Ipoh
Malam Tu Aku Bleeding Teruk, Call Bagitahu Dia Endah Tak Endah
Dia Pijak-Pijak Hadiah Aku Bagi Masa Bergaduh
Ads
Aku Rasa Lost Sebab Masa Nikah Aku Dah Set Akan Hidup Dengan Dia Dunia Akhirat
Jangan Bina Kebahagiaan Mu Dari Air Mata Orang Lain
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah lima beranak yang tinggal dalam kereta sejak lapan bulan lalu dengan anak-anak kecil telah mendapat perhatian Ustaz Ebit Lew. Apa yang membuatkan orang ramai terharu tindakan pantasnya itu memberi harapan baru buat ahli keluarga tersebut.
Menurut beliau, kisah sedih keluarga tersebut sampai ke pengetahuannya ketika berada di Johor semalam hingga membuatkan air matanya tertumpah.
“Menangis saya bila mengetahui kisah Ganesh dan isteri Parameswari serta 3 anak kecil tidur 8 bulan dalam kereta je. Sedihnya lapan bulan makan tidur dalam kereta. Mandi di tandas awam. Kerja pengawal keselamatan (shift) malam bawa keluarga tidur dalam kereta.
“Rumah mereka terbakar bulan empat. Semua musnah. Sedihnya rasa. Saya tidur lena makan sedap, ada orang sampai tinggal dekat bonet kereta,” jelasnya sayu menerusi perkongsian di Faceboooknya.
Akibat dihimpit kekangan, difahamkan Parameswari (isteri) pernah terpaksa menjalani tempoh berpantang selepas bersalin hanya di dalam kereta itu sahaja.
Dalam pada itu, walaupun sekadar sebuah ‘rumah’ kecil yang sempit, kedatangan Ustaz Ebit ke sana disambut meriah dengan gelak tawa si anak kecil.
“Sampai saja tengok muka anak comel sangat. Ceria saja masa belikan kek, makan dengan mereka,” katanya.
Difahamkan, kediaman asal mereka sebelum ini musnah dalam kebakaran dan sejak itu, sudah dua kali permohonan rumah baharu telah dibuat.
Bertindak atas rasa simpati, Ustaz Ebit menyediakan sebuah rumah sewa sebagai tempat tinggal mereka sekeluarga, manakala kosnya akan ditanggung buat sementara waktu.
“Saya sewakan rumah cantik, selesa, ada tiga bilik. Saya akan bayar sewa rumah untuk sebulan sementara mereka dapat rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
“Sudah dua kali mohon semenjak rumah terbakar. Tapi jika mereka terus ingin terus (tinggal) di situ (rumah sewa) pun saya akan terus bayarkan dengan gembira,” tambahnya.
Seperti biasa, bukan sahaja sebuah rumah yang selesa ‘dihadiahkan’ buat mereka, malah kelengkapannya juga turut sama diberikan.
“Saya hadiahkan peti ais, mesin basuh, televisyen, pemasak nasi, dapur, kipas, katil saiz Queen satu, katil bujang dua, barang dapur dan duit belanja.
“Tak berhenti Ganesh dan isteri cakap terima kasih. Mereka menangis terharu. Katanya kenapa banyak sangat ustaz. Mereka suka sangat tengok rumah baru, cantik dan selesa.
“Gembira dapat tengok senyuman anak-anak. Doakan perjalanan nak balik ke Kuala Lumpur. Sudah empat hari di luar,” katanya lagi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di media sosial, siapa yang tak kenal dengan si comel Abang Aji, pempengaruh cilik yang sering menghiburkan warganet dengan telatahnya yang bersahaja. Namun baru-baru ini, timbul pula isu yang membuatkan ramai tertanya-tanya: “Adakah si kecil ini makan secara berlebihan untuk konten?”
Persoalan ini semakin hangat selepas jurulatih kecergasan, Tareq Fit, menegur mengenai keadaan tubuh Abang Aji yang dikatakan sedikit berisi untuk usia empat tahun. Seperti biasa, netizen mula berbelah bahagi – ada yang menyokong, ada juga yang mempertikaikan.
Namun, bapa kepada Abang Aji, Mohd Redzuan Zainol, tampil menjernihkan keadaan dengan penjelasan yang penuh kasih sayang dan tanggungjawab sebagai seorang ayah.
Menurut Redzuan, video yang tular hanyalah konten hiburan semata-mata. Apa yang ditayangkan bukanlah realiti penuh kehidupan harian anaknya.
“Video tu saya yang edit. Saya buat seolah-olah dia makan banyak supaya nampak lucu dan menghiburkan. Sebenarnya, dia cuma berlakon. Tak makan banyak pun.”
Malah katanya, jika ada yang tidak terhibur, tidak perlu menonton. Bagi mereka sekeluarga, niat berkongsi konten hanyalah untuk menggembirakan hati orang ramai.
Sebagai seorang ayah, Redzuan menjelaskan bahawa dia sangat mengambil berat tentang pemakanan anaknya. Beliau tidak akan sesekali membiarkan anaknya makan secara berlebihan atau tidak sihat.
“Saya bukan nak sombong, tapi komen-komen semua pelik. Saya ni ayah dia. Takkan saya nak abaikan tanggungjawab saya? Satu Malaysia sayang dia, takkan saya tak sayang pula.”
Abang Aji bukanlah seperti yang disangka oleh netizen. Di rumah, dia tidak dibenarkan makan makanan proses, malah jajan pun tidak disimpan di rumah.
“Makanan proses dia tak makan. Gula-gula dan aiskrim pun kadang-kadang je. Dia hanya makan dua kali sehari.”
Menurut Redzuan, bentuk tubuh anaknya bukan disebabkan makan banyak, tapi kerana pengambilan susu sejak kecil yang sangat konsisten.
“Badannya begitu sebab dia minum susu. Kalau dia berhenti minum susu, dia akan kurus.”
Sebagai ibu bapa, kadang-kadang kita juga perlu belajar membezakan antara realiti dan konten hiburan. Redzuan menegaskan bahawa anaknya baru berusia empat tahun dan pemakanannya langsung tidak seperti orang dewasa.
“Saya pantau semua. Dia tak makan banyak pun. Lagipun dia baru empat tahun. Takkanlah makan macam orang dewasa.”
Mama papa, kisah ini memberi kita pengajaran penting: jangan cepat membuat andaian berdasarkan apa yang kita lihat di media sosial. Lebih penting, jika kita risau atau prihatin, tegurlah dengan berhemah, dan berilah ruang kepada ibu bapa untuk menjelaskan.
Di sebalik setiap video comel anak-anak yang tular, pasti ada ibu dan ayah yang berusaha keras mendidik, menjaga dan melindungi anak mereka dengan penuh kasih sayang.
👶🏼 Anak kita adalah amanah, pantau setiap apa yang masuk ke mulut mereka 🥛 Susu memang penting, tapi pastikan ia seimbang dengan makanan berkhasiat lain 🍬 Elakkan makanan tinggi gula, garam dan proses dari usia kecil 🩺 Buat pemeriksaan berkala di klinik untuk pantau tumbesaran anak 📱 Dan yang paling penting, jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain hanya berdasarkan video yang kita tonton di media sosial
Semoga kisah ini jadi inspirasi buat semua mama papa yang sentiasa berusaha menjadi yang terbaik untuk anak-anak tersayang 💗
Ajal maut semua rahsia Allah. Bila dan bagaimana cara kematian kita, semua itu Allah yang tahu. Begitulah yang dialami oleh pasangan suami isteri ini apabila anak ketiganya telah pergi buat selama-lamanya selepas demam dan mengalami sawan.
Perkongsian dari seorang bapa Mohd Esmadi Ibrahim ini boleh dijadikan peringatan bersama.
Sekejap saja Allah bagi pinjam
Seminggu anak saya Muhammad Dayyan Hazim (ajim) yang berumur 1 tahun 8 bulan meninggalkan saya untuk kembali kepada Allah SWT.
Kini saya diberi kekuatan olehNya untuk menceritakan detik sebelum anak saya kembali ke rahmatullah dan menitipkan pesan buat semua. Sayangnya kami sekeluarga pada Ajim Allah saja yang Maha Mengetahui.
31/12/2019
Anak kedua demam, sah Influenza A
Anell abang kepada Ajim demam pada paginya dan suhunya mendadak naik sehingga 39 degree pada sebelah petang dan malam. Demam tak kebah-kebah walaupun diberi ubat. Saya bawa Anell ke hospital untuk mendapatkan rawatan jam 12 tengah malam.
Setelah darah diambil, doktor di hospital mengesahkan yang anak saya tiada jangkitan kuman dan disuruh balik..Subhannallah. Saya bagitau kepada doktor tersebut anak saya sering sakit perut dan demamnya tak kebah-kebah walaupun diberi ubat demam.
Malahan ubat demam yang diberi di hospital juga tidak memberi kesan untuk menyembuhkan demam beliau. Doktor tetap arahkan saya untuk balik dan kerap membasahkan badan anak saya dengan air.. Allahuakbar. Dengan sedikit kekecewaan saya bawa anak saya balik. Sampai rumah jam 6 pagi saya dan isteri sering basahkan badan anak tetapi seperti meletakkan air di atas cerek panas. Ia tak mampu untuk menurunkan suhu.
Jam 8 pagi sekali lagi saya bawa Anell ke klinik di bandar Temerloh dan menceritakan semuanya termasuk darah telah diambil di hospital. Doktor di klinik kemudiannya mengambil sample hingus untuk dibuat ujian influenza. Tak syak lagi bahawa Anell dijangkiti Influenza A.
Bayangkan begitu sedih saya dengan fasiliti hospital kerajaan yang sangat menyedihkan tak mampu mengesahkan anak saya menghidap Influenza A. Dengan surat rujukan dari klinik saya bawa Anell terus ke hospital swasta di bandar Kuantan.
Bayangkan sahabat-sahabat semua, saya tak dapat bagi tumpuan pada Ajim sepanjang masa tu dan tak pernah berjumpa dia dari 1 Januari 2020.. Allahuakbar.. saya lebih memberi tumpuan kepada Anell kerana dia demam teruk. Saya sangat sedih sehingga sekarang bila terkenangkan semua ni.. Saya berada di hospital bersama Anell dan umi menjaga Ajim dan along di rumah.
2/1/2020
Ajim demam, mengadu sakit perut
Pada sebelah malam umi bagitau saya yang Ajim demam. Saya hanya memikirkan yang Ajim hanya demam biasa sebab beliau kebah selepas tu. Pada sebelah pagi 3/1/2020 Ajim demam balik dan saya bagitau umi supaya baw Ajim ke klinik yang sama masa abangnya demam sebelum ni.
Saya bagitau umi untuk minta doktor di klinik tersebut buat influenza test. Alhamdulillah negatif. Ajim sangat aktif sehingga saya dan isteri memang tidak dapat mengesan langsung sama ada Ajim tengah sakit atau pun tidak.
Tapi, umi bagitau Ajim selalu sakit perut. Umi bawa Ajim balik rumah berbekalkan ubat demam jenis cecair dan sub serta antibiotik. Selepas jumaat umi call saya bagitau demam Ajim naik dengan mendadak. Allahuakbar Ajim dimandikan dengan air lemon tapi masih tak kebah-kebah. Umi bagitau yang dia nak masukkan sub dan saya pun setuju..😭😭. Selepas masukkan sub lah Ajim sawan yang tiada penghujungnya…Allahhh.
Dalam keadaan bercelaru umi ditemani oleh dua orang staff saya bawa Ajim ke emergency. Pada masa yang sama saya terus bergegas balik dari hospital swasta di Kuantan bersama Anel walaupun Anel masih tak sihat. Berita yang sangat menyedihkan saya terima dalam perjalanan bahawa Ajim semakin kritikal dan terpaksa dihantar ke hospital.
Satu Hari Demam Terus Kritikal
Bayangkan sahabat-sahabatku, Ajim kritikal dengan hanya demam satu hari saja.. Allahuakbar…lemah seluruh tubuhku..Allah saja yang tahu. Sepanjang perjalanan air mata mengalir mengenangkan anak aku yang masih kecil.
Sampai di hospital tak dibenarkan masuk tengok Ajim sebab masih dirawat. Allah Hanya Engkau saja yang tahu perasaanku pada ketika itu.
Dari jauh saya tengok Ajim terbaring kaku dah dan tak dapat melihat saya malah bergerak pun tak boleh. Mulut diikat sebab sawan..Allahuakbar anak saya terus dipindahkan ke hospital lain dan ditempatkan di zon kritikal. Doktor pakar memaklumkan kepada saya yang anak saya sangat kritikal terpaksa dipantau 24 jam.
Selepas CT scan anak sy dimasukkan ke ICU. Saya dalam keadaan sangat sedih terpaksa bawa balik Anell ke hospital swasta di Kuantan semula dan saya terpaksa minta Anell dipindahkan ke hospital berdekatan rumah.
Ajim pergi buat selamanya
Saya pendekkan cerita dengan keadaan Ajim yang sangat kritikal, Ajim pergi meninggalkan kami pada 6/1/2020 jam 7.11 am. Walaupun saya dan isteri sangat sayangkan Ajim tapi kami reda yang Allah lebih sayangkannya.
Kami tahu bahawa Allah akan menempatkan Ajim di tempat yang paling tinggi iaitu Syurga Allah.. Ajim dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jengka 18 pada hari yang sama.
Saya titipkan kisah ini sebagai kenangan buat saya dan isteri di alam maya ini dan saya ingin menyampaikan pesan buat semua yang membaca kisah saya ini janganlah abaikan anak kita walaupun demam sedikit. Kita tak tahu apa yang mereka tanggung masa tu…Tolonglah bagi tumpuan penuh pada anak-anak.
Al-Fatihah (dengan bacaan) Abi, umi, along dan Anell sayang Ajim sangat-sangat.