Bila berhari raya, duit rayalah paling menjadi keutamaan anak-anak kita. Bagaimana cara anda menguruskan duit raya anak-anak kali ini? Belikan mainan kesukaan anak atau memilih untuk menyimpan di dalam bank sebagai pelaburan di masa akan datang.

Pilihan paling tepat adalah bertanyakan pada anak itu sendiri, apa yang diinginkannya dan kemudian selebihnya mama perlulah menguruskannya dengan bijak. Mungkin menyimpannya di dalam akaun simpanan anak-anak atau memilih pelaburan jangka masa panjang yang lebih menguntungkan buat anak-anak. Apa pilihan anda?

Kami senaraikan beberapa pilihan berbaloi untuk anda simpan dan gandakan wang si comel anda.

Kalau Tak Belikan Mainan Kesukaan, Mama Jangan Guna Duit Raya Anak Tapi Simpan Untuk Pelaburan!

1. ASB
Pilihan paling popular pastinya membuka akaun ASB atau Amanah Saham Bumiputera yang hanya dikhaskan untuk Bumiputera sahaja (Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak). Sejak tahun 2000, Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah memperkenalkan skim amanah saham terbaru yang membolehkan pelaburan dibuat untuk bayi berusia 6 bulan ke atas, iaitu Akaun Remaja. Jadi sebaik anak mencapai usia 6 bulan bolehlah terus membuka akaun ini.

Tetapkan pilihan untuk buat potongan anak setiap bulan dan dividennya akan diperolehi setiap awal tahun. Jadikan ia sebagai simpanan terbaik buat anak-anak.

IKLAN
Kalau Tak Belikan Mainan Kesukaan, Mama Jangan Guna Duit Raya Anak Tapi Simpan Untuk Pelaburan!
Foto: Hafizrahim.com

Kalau Tak Belikan Mainan Kesukaan, Mama Jangan Guna Duit Raya Anak Tapi Simpan Untuk Pelaburan!

2. TABUNG HAJI
Selain ASB, Tabung Haji menjadi pilihan kedua popular bagi ibu bapa. Selain sebagai simpanan,ia juga dilihat sebagai simpanan untuk menunaikan Haji apabila besar kelak. Proses pembukaan akaun kanak-kanak Tabung Haji adalah mudah dan tidak memerlukan proses yang rumit.

Penjaga hanya perlu membawa sijil lahir dan MyKid kanak-kanak tersebut beserta sijil nikah ibu dan bapa. Kelebihan menyimpan di Tabung Haji adalah simpanan dijamin 100% oleh kerajaan. Malah simpanan juga dikecualikan daripada bayaran cukai.

Paling selamat kerana baik akaun dewasa atau akaun kanak-kanak, ia berlandaskan syariah Islam malah simpanan telah dibayar zakat sebanyak 2.5 peratus. Paling menarik, untuk menyimpan wang setiap bulan, ibu bapa tidak perlulah beratur panjang di kaunter sebaliknya boleh dibuat melalui Maybank2u sahaja. Mudah!

IKLAN

Kalau Tak Belikan Mainan Kesukaan, Mama Jangan Guna Duit Raya Anak Tapi Simpan Untuk Pelaburan!

3. SSPN-i
PTPTN turut me¬numpukan perhatian terhadap amalan menabung bagi tujuan pendidikan tinggi, bukan untuk pinjaman dana semata-mata. Sebagai langkah bijak Akaun SSPN-i (Skim Simpanan Pendidikan Nasional) boleh dibuka bermula usia anak 1 tahun.
Jadi bagi mengelakkan proses yang sukar untuk anak memohon dana bagi memasuki universiti kelak, anak-anak kecil perlu membuka akaun ini terlebih dahulu.

Apa yang ibu bapa perlu tahu adalah:

*SSPN-i Plus ialah simpanan minima secara bulanan dengan jumlah yuran pengajian sebagai sasaran.
* Simpanan diuruskan oleh PTPTN untuk dilaburkan dan penyimpan atau pendeposit diberikan keuntungan / dividen bagi pelaburan tersebut.
*Sekiranya berlaku kamalangan yang menyebabkan penyimpan tidak lagi mampu membayar secara bulanan, pampasan akan diberikan bagi membantu sasaran dicapai.

IKLAN

Kalau Tak Belikan Mainan Kesukaan, Mama Jangan Guna Duit Raya Anak Tapi Simpan Untuk Pelaburan!

 

4. AKAUN SIMPANAN NURI (BANK RAKYAT)
Akaun simpanan Nuri daripada Bank Rakyat ini juga menarik perhatian anak-anak. Koleksi tabungnya yang unik dan cantik buat anak suka. Akaun ini terbuka kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun dan ke bawah. Menariknya hanya RM10 (paling minima) sahaja diperlukan untuk membuka akaun ini.

Keistimewaan membuka akaun simpanan Nuri ini selain berpeluang menjadi ahli kelab Nuri, turut juga menawarkan pelbagai hadiah menarik sebagai ransangan untuk kanak-kanak terus menabung dan menyimpan ke dalam akaun simpanan Nuri. Antara hadiah-hadiah menarik adalah pensil, buku, pensil warna, puzzle Upin & Ipin, tabung, beg dan macam-macam lagi. Bukan itu sahaja melalui Kelab Nuri, anak-anak berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti Kem Cuti Sekolah, Kembara Alam Laut, dan lawatan sambil belajar.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI