Anak-anak yang masih kecil memang selalunya akan tidur dalam bilik yang sama Bersama ibu dan ayah. Persoalannya bilakah waktu yang sesuai untuk mula asingkan tempat tidur anak-anak supaya mereka tak manja sangat dan boleh tidur sendiri tanpa mak ayah.
Perkongsian seorang wanita di Twitter tentang anaknya yang baru berusia 2 tahun lebih yang sudah tidur sendiri membuktikan bahawa si kecil sudah boleh diajar untuk tidur tanpa ibu ayah sejak awal. Azra Rahman menyatakan anaknya yang dikenali sebagai Mekca memang pada mulanya tak mahu tidur seorang kerana sudah terbiasa. Tapi apa yang dilakukan oleh Azra untuk pisahkan tempat tidur anaknya ternyata berkesan.
Ramai orang tanya,
“Mekca okay ke tidur sorang?”
“Nak pulak dia tidur sorang?”
Sebab dia baru 2 years +, okay Azra share tips untuk pisahkan anak untuk tidur sendiri dekat bilik ☝🏻 pic.twitter.com/RiwWo4mKdv
Hias bilik untuk dapatkan mood “bilik ini bilik Mekca”
Pendekatan Azra cukup menarik. Dia menghiaskan bilik si kecilnya cantik-cantik dengan perabot comel termasuklah meja kecil untuk anaknya membaca dan menulis. Bukan itu sahaja, malah Mekca ada almari sendiri untuk dia pilih baju yang akan dipakai olehnya. Kelengkapan lain seperti bakul baju kotor dan juga tempat penyimpanan permainan juga ada dalam bilik anak kecil ini yang fungsinya adalah untuk mendisiplinkan si kecil.
Ads
Ads
Teman Mekca sampai dia tidur
Menurut Azra juga di dalam bilik anaknya turut diletakkan sebuah tilam untuk dia atau suami menemankan anaknya sehingga tidur dengan aktiviti-aktiviti seperti menyanyi, ajar benda baru dan sebagainya. Setelah anak tidur barulah dia dan suami akan masuk ke bilik mereka untuk tidur.
Nak buat benda ni semua tentulah kena ada kerjasama dengan pasangan. Jelas Azra dia dan suami memang bekerjasama dalam menjayakan hal ini. Dengan pisahkan anak tidur dari awal juga, mama papa boleh tidur dengan selesa.
Proses kehamilan dan kelahiran adalah salah satu fasa perubahan dalam kehidupan seorang wanita yang mana ia boleh mendatangkan ketidakseimbangan dalam diri wanita tersebut. Ia boleh dianggap sebagai satu proses kematangan diri, walaupun sesetengah wanita, mungkin menghadapi masalah.
Penyakit mental selepas bersalin boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
(Postpartum=waktu selepas bersalin)
Kebiasaanya emosi si ibu selepas bersalin sangat sensitif, keadaan dirinya yang penat dan tempoh berpantang yang mencabar boleh mempengaruhi emosi sehingga menyebabkan Postpartum Depression. Namun ramai yang tidak mengambil serius tentang hal ini.
Bacaan WAJIB buat semua LELAKI… Postpartum Depression is REAL… 😭
Elakkan orang tersayang menjadi mangsa seterusnya…. 😭 Emosi wanita jangan dibuat main.. lebih-lebih lagi pada wanita mengandung, berpantang dan menyusukan anak.
Terlalu banyak kes yang meruntun jiwa melibatkan wanita.. Kes mak kelar anak. Kes ibu campak bayi baru lahir dari rumah. Kes meroyan.
PPD (post partum depression) is REAL.
Sakit ni melibatkan emosi dalaman yang sesiapa tidak tahu.. selain orang yang mengalaminya..
Kadang kita tengok isteri kita normal, happy.. nampak macam takda masalah, tetapi kita tidak tahu apa yang terbuku di dalam hati dan sebaliknya. Seharusnya kita rajin bertanya bukan ‘buat bodoh’ buat tak reti bila tengok isteri penat.. leka main handphone sambil tengok isteri susukan anak dan suapkan anak yang lain makan..
Suami kena rajin ‘BERTANYA’.
Konsep bertanya sangat digalakkan dalam rumahtangga.
TANYA isteri ‘ dah makan ke belum?’ TANYA isteri ‘ macamana anak-anak hari ini?’ TANYA isteri ‘ ada apa-apa kerja rumah yang masih berbaki?’ TANYA isteri ‘ sayang penat? Rehatlah dulu’
Ada sesetengah suami, tak perlu ditanya.. tengok dari reaksi isteri automatic kita tahu keadaan dia seharian. Terus tolong urus anak dan sediakan apa yang patut. Tolong jangan buat tak tahu sedangkan diri tu TAHU!
Jangan pandang remeh bila isteri mula tunjukkan tanda-tanda ini:
1. Moody dan sensitif tak tak tentu pasal. 2. Diri sendiri tak terurus. 3. Mengasari anak. 4. Tak cukup tidur. 5. Berhalusinasi sendiri.
Suami.. jangan biar isteri sendiri dalam segala hal. Bila isteri sering menangis, bantu dia.. zikir dan doa dalam hati kita. Cium, pujuk dan peluk dia seeratnya.
Jika dia sedang ceritakan masalahnya, dengar luahan hati dia. Diam dan dengar tanpa bantah.
Teruskan suntik kata-kata semangat dan dorongan buatnya.
Wanita yang sedang mengalami tekanan perasaan hanya memerlukan sesorang untuk dia meluah rasa, untuk melepaskan apa yang selama ni terbuku dihati dia.. Dia rasa sesak dalam kepala.. kemarahan dia membuak-buak.. otak dan fikiran dia bercelaru.. kadang-kadang cakap pun dah tak betul.
Lagi satu! Jangan biar orang sesekeling mencemuh atau mengkritik kelemahan isteri anda berjemaah.. tak kiralah mak mertua ke, pak mertua ke, jiran-jiran, adik beradik atau pun mak ayah wanita itu sekali pun..
Tolong bercakap mewakili dirinya.. bela dan tunjukkan tanggungjawab anda kepadanya.
Wanita meroyan, tidak ingat dan tidak sedar siapa dirinya.. ianya boleh berlaku pada sesiapa sahaja.. tak kisah lah dia pengarah urusan ke, cikgu ke, surirumah mahupun ustazah.. kalau dah penat dan stress mungkin dia akan ‘TERTEWAS’.
SUAMI.. jangan marah seorang wanita ketika emosi dia tidak stabil. Jangan sakiti hatinya.. jangan mengukit! Jangan berkira!
Jika dia salah, tegur dengan baik. Jika dia penat, urut dia. Jika dia sibuk melayan anak, uruskan kerja rumah yang lain. Bantu dia di sebalik nya..
Kredit : Syukriyah Idrus, MyHealth Portal
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hidap kanser payudara ‘rare’ bukan penghalang untuk bergelar ibu. Sebelas tahun bukan tempoh yang singkat untuk menanti sebuah gelaran bernama ibu. Ia menuntut kesabaran, kekuatan emosi dan keyakinan penuh terhadap takdir Tuhan. Bagi Juliana Razid, penantian itu menjadi lebih bermakna apabila ia hadir selepas melalui ujian besar iaitu disahkan menghidap kanser payudara jarang berlaku ketika masih muda.
Hari ini, Juliana akhirnya mampu menarik nafas lega. Selepas hampir 11 tahun menunggu dalam penuh pengorbanan, beliau kini bergelar ibu kepada seorang bayi perempuan yang menjadi anugerah paling berharga dalam hidupnya.
Segalanya bermula pada Disember 2016 apabila Juliana mengesan ketulan pada payudara kanannya. Ketika itu, usianya baru mencecah 34 tahun dan langsung tiada sejarah kanser dalam keluarga. Hasil pemeriksaan mengesahkan beliau menghidap mucinous carcinoma, sejenis kanser payudara yang jarang berlaku dan hanya melibatkan satu hingga dua peratus kes.
Sebagai seorang wanita, berita itu nyata mengejutkan. Namun Juliana memilih untuk menerima ujian tersebut dengan hati terbuka.
“Bila orang tanya kenapa saya kena, saya terima ini sebagai ujian yang Allah bagi,” katanya.
Anak kelahiran Taiping, Perak ini segera mengambil cuti sakit dan menjalani pembedahan di Institut Kanser Negara (IKN) pada Januari 2017.
Walaupun doktor memaklumkan rawatan kemoterapi boleh dielakkan kerana sel kanser belum merebak, Juliana memilih untuk meneruskannya sebagai langkah berjaga-jaga. Beliau menjalani enam sesi kemoterapi sehingga rawatan terakhir pada Julai 2017.
Keputusan itu bukan mudah, namun dibuat demi masa depan yang lebih terjamin. Sepanjang tempoh rawatan, sokongan suami tercinta, Fariq Azwar Salehuddin, menjadi sumber kekuatan utama walaupun mereka melalui perkahwinan jarak jauh.
Dalam diam, impian untuk memiliki zuriat tidak pernah dipadamkan walaupun diuji dengan penyakit.
Selepas tamat rawatan kanser dan disahkan sihat melalui pemeriksaan susulan termasuk imbasan CT, Juliana dan suami meneruskan rawatan kesuburan. Pasangan ini terlebih dahulu menjalani empat kitaran rawatan IUI di Hospital Putrajaya sebelum dirujuk ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) bagi rawatan IVF di bawah seliaan pakar reproduktif dan onkofertiliti.
Percubaan IVF pertama pada tahun 2020 memberi sinar harapan apabila Juliana disahkan hamil. Namun takdir menentukan sebaliknya apabila kehamilan tersebut tidak berkembang. Beberapa kitaran rawatan seterusnya pula terpaksa ditangguhkan, malah ada ketikanya folikel yang dikutip kosong tanpa kehadiran ovum.
Juliana turut menjalani pembedahan membuang polip sebanyak dua kali kerana ia boleh mengganggu proses penempelan embrio.
“Setiap kali rawatan gagal, memang timbul persoalan dalam diri… apa lagi yang tak cukup,” luahnya jujur.
Selepas melalui tujuh kitaran IVF, pasangan ini akhirnya menerima berita yang paling dinanti. Juliana disahkan hamil pada Disember 2024 dan selamat melahirkan seorang bayi perempuan, Emma Emily Fariq Azwar, pada 24 Julai 2025 ketika kandungan berusia 37 minggu lima hari melalui pembedahan elektif.
Detik itu menjadi kemuncak kepada sebuah perjuangan panjang yang penuh air mata dan doa.
Sepanjang kehamilan, Juliana memilih untuk merahsiakan khabar gembira itu daripada ramai pihak dan hanya berkongsi dengan keluarga terdekat, selain mematuhi sepenuhnya pelan rawatan yang disusun oleh doktor.
Mengakhiri perkongsiannya, Juliana menitipkan nasihat buat pasangan yang masih berjuang mendapatkan zuriat agar tidak berlengah melakukan pemeriksaan kesihatan.
“Kalau rasa nak anak, selepas enam bulan berkahwin pun dah boleh buat pemeriksaan. Jangan malu jumpa doktor dan jangan ambil nasihat daripada mereka yang tidak bertauliah,” katanya.
Bagi Juliana, segala rawatan dan ikhtiar hanyalah usaha manusia. Selebihnya, keputusan tetap di tangan Tuhan. Kisah hidap kanser payudara ‘rare’ bukan penghalang untuk bergelar ibu ini menjadi bukti bahawa ujian kesihatan bukan penamat kepada harapan.
Kerana setiap ibu mempunyai perjalanan tersendiri, namun kasih dan pengorbanannya tetap sama.
Pedofilia adalah penyakit mental kronik yang menyebabkan penghidapnya berasa ghairah apabila melihat kanak-kanak. Tambah menjengkelkan, ada dalam kalangan mereka bertindak berani cuba memanipulasi ibu bapa dan pengasuh demi melampias nafsu syaitan.
Pengalaman seorang pengasuh mendedahkan mesej yang diterimanya oleh individu tidak dikenali berkenaan sumbangan wang untuk para pengasuh membeli lampin buat anak asuhan. Lebih menjijikkan lagi apabila individu tersebut meminta gambar kemaluan kanak-kanak untuk melihat ruam sebelum menasihati pengasuh membeli lampin buat mereka.
Ada pengasuh jaga anak perempuan?
Umi Nasir menerusi laman Facebook miliknya mendedahkan mesej perbualan antara individu yang tidak dikenalinya. Individu berkenaan telah memuatnaik posting ke dalam group Facebook yang diberi nama Khidmat Pengasuh Shah Alam.
Dia bertanyakan kepada pengasuh yang menjaga kebajikan anak perempuan sahaja untuk ditanyakan pengalaman.
Bantuan untuk anak yang ada ruam
Individu yang menyamar sebagai perempuan itu turut menawarkan bantuan lampin kanak-kanak buat para pengasuh. Bukan itu sahaja, dia turut meminta gambar kemaluan kanak-kanak perempuan bagi mengenalpasti sama ada kanak-kanak berkenaan punyai masalah ruam ataupun tidak.
Minta gambar ruam kemaluan
Individu tersebut sedaya meminta gambar kemaluan anak perempuan dengan alasannya kanak-kanak perempuan sering mengalami masalah ruam di kawasan berkenaan.
Untuk dapatkan bantuan, tak apa
Bagaimanapun, pengasuh ini tidak memberi gambar yang diminta dan menganggap perbuatan berkenaan adalah salah disisi undang-undang setelah mengikuti kursus di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Tambahnya, perbuatan demikian perlu mendapatkan kebenaran dari ibu bapa terlebih dahulu sebelum mana-mana pengasuh berbuat demikian.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.