Pelakon Nana Tanjung itu berkahwin kali ketiga dengan seorang juruterbang iaitu Aizat Al Jefri Abdul Kudus pada Disember 2016.
Terdahulu, Fiza pernah berkahwin dengan peserta Akademi Fantasia, Adam, pada September 2013 dan bercerai pada 2016, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.
Sebelum berkahwin dengan Adam, Fiza pernah bernikah dengan Ahmed Farriq dan dikurniakan dua anak iaitu Ferra Aryanna, 9, dan Feeya Adyrra berusia lapan tahun.
Sumber: ig fizaabdulhalim & astro gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Degupan itu akhirnya terhenti & hilang dari pandangan. Takziah buat Amy search & isteri, semoga tabah melalui ujian ini.
Amy melalui Instagram memaparkan video ujian imbasan ke atas janin isterinya itu menunjukkkan bunyi degupan jantung janin yang tiba-tiba terhenti. Perkara ini menimbulkan kesedihan kepada Amy sekeluarga termasuk anak-anak yang lain.
Degupan itu akhir nya terhenti dn hilang dri pandangan. Alex, Sania dn Qaqa tertunduk saat mndpt berita ini. Qaqa menangis teresak esak. Kini tiada lgi cerita baby yg bakal mereka miliki antara mereka. Moga kami semua redha dgn dugaan yg tk terpandang ini. Aku pasti dugaan itu dtg bersama keindahan dn sabar itu sma seperti berbesar hati dgn dugaan nya. AmeenYRA ” Aku Tersentak Langsung Tersedar Cuaca Dingin Menanda Hati Yg Kian Rawan Terbayang Seribu Kemungkinan Sejenak Ku Mendakap Kau pn Hilang, Dari Pandangan. “
Beberapa bulan yang lalu, Amy Search mengumumkan kehamilan isterinya yang ketika itu berusia 4 minggu. Semalam, kegembiraan itu tidak lagi kekal apabila dia mengkhabarkan bahawa janin dalam kandungan isterinya tidak bernyawa lagi.
Amy dan isterinya Nourish yang berkahwin pada 2003 mempunyai tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.
PEMINAT TURUT BERSEDIH & UCAP TAKZIAH
Lagenda rock Malaysia ini mendapat ucapan takziah daripada follower & peminatnya yang turut bersedih dengan kehilangan ini.
Kehamilan adakalanya membuatkan mama mengalami perubahan dari segi mood. Aktres Mawar Rashid mengakui perubahan yang dihadapinya ialah hilang mood untuk memuatnaik gambar.
Mawar yang kini sedang hamil anak sulung mengakui perkara itu di Instagram. Dia bagaimana pun menyedari perubahan itu dan akan memuatnaik gambar-gambar untuk tatapan peminatya.
mawarashid Gambar throwback Mummy Rose at #16weekspregnant ? Sejujurnya banyak gambar2 Mawar ambil tapi tak post2 lagi. Sejak preggy ni rasa macam tak de mood nak post2 gambar. Ada tak geng sama mood macam mummy Rose ni?
?Tapi terfikir jugak, mesti followers Mawar Rindu nak tengok baby bump Mawar kan ? I will post more for you guys okay! Stay update kay my beautiful followers
Jangan lupa tonton rancangan TV Pa&Ma yang mengutarakan tajuk Derita Jantung Si Kecil pada 20 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesetengah wanita jika sememangnya sudah bersedia untuk hamil, pasti gembira jika ujian UPT yang dibuat menunjukkan keputusan positif. Walaupun begitu, tetap ada isteri yang masih tidak bersedia untuk hamil terlalu awal terutamanya jika pasangan tersebut masih muda atau mengamalkan perhubungan jarak jauh.
Sesetengah keputusan UPT, walaupun positif tetap tidak boleh diyakini sehingga seorang wanita itu membuat ujian bersama doktor. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan alat ujian kehamilan tercemar dan rosak sehingga mengganggu keputusannya. Dr Zubaidi Hj Ahmad turut berkongsi tentang isu wanita tidak hamil walaupun ujian UPT positif melalui laman Facebooknya.
Saya tersenyum bila seorang bakal ibu yang baru saja hamil, tetapi belum bersedia untuk hamil, menelefon saya.
“Doktor saya belum bersedia untuk hamil. Saya masih muda. Masih lagi belajar di universiti. Suami saya tinggal berjauhan. Saya anak yatim. Kami belum bersedia…”
Ya puan. Apa masalahnya?
“Saya sedih doktor. Ujian UPT saya pagi tadi POSITIF. Saya tidak sangka yang saya hamil”
Perbualan kami panjang. Sepatutnya kerunsingan ini dikongsikan bersama suami. Fikir apa yang harus dilakukan. Sama-sama berjumpa doktor. Minta nasihat.
Kerisauan ini bukan patutnya dihadapi sendirian oleh isteri.
Di akhir perbualan, beliau mahu tahu bagaimana menggugurkan kehamilan.
Saya mengucap panjang dalam hati. Tak mahu dia berkecil hati dan mengatakan saya tak empati.
“Begini puan. Puan harus berjumpa doktor dulu. Paling baik bersama suami. Bincang dengan suami dan doktor bagaimana nak buat.”
“Yang penting ialah pastikan atau confirmkan kehamilan puan”
“Bolehkah UPT positif tapi saya tidak hamil?”
“Ya ia boleh berjadi. Puan harus buat pemeriksaan ultrasound jika kehamilan puan sudah memasuki 6 minggu. Pemeriksaan UPT hanya ujian saringan. Ia bukan pengesahan. Ia harus dipastikan dengan pemeriksaan ultrasound.”
Banyak pemeriksaan UPT POSITIF tetapi wanita itu tidak hamil. Sementara itu ada pemeriksaan UPT NEGATIF TETAPI wanita itu hamil.
Oleh setiap ujian UPT yang dilakukan sendiri haruslah dirujukkan kepada doktor kerana ada kalanya ujian ini mengelirukan.
Ada beberapa keadaan di mana ujian UPT positif padahal wanita itu tidak hamil. Pertama, apabila alat ujian UPT telah tamat tempuh atau disimpan di tempat yang panas. Oleh itu sebelum melakukan ujian ini, perhatikan tarikh luputnya. Kadang kala kita simpan alat itu terlalu lama dan terlupa ia telah pun mencapai tarikh luput. Malah ada yang disimpan di tempay yang panas sehingga merosakkannya.
Kedua, keadaan di mana telah mengalami keguguran dan menyangka darah yang keluar itu adalah darah haid. Padahal darah yang keluar adalah darah keguguran. Dalam kes ini ujian UPT mungkin masih menunjukkan tanda positif, tetapi kehamilan telah berakhir.
Saya percaya melakukan ujian UPT selepas beberapa hari, ujian UPT akan bertukar menjadi negatif.
Ketiga, apabila seorang wanita yang sedang dalam rawatan kesuburan dan diberikan suntikan kesuburan. Ramai yang tidak sabar untuk mengetahui sama ada beliau hamil atau tidak selepas beberapa hari bersama suami.
Ujian UPT akan menunjukkan keputusan positif, pada wanita itu tidak hamil.
Keempat, apabila seorang wanita mengalami beberapa penyakit seperti ovarian cyst dan kanser ovari. Tidak semua semua kes ovarian cyst yang menunjukkan ujian UPT positif. Jadi ujian UPT bukanlah saringan untuk ovarian cyst.
Ujian UPT juga mungkin positif bagi wanita yang mengalami kanser ovari yang advanced bila sel-sel kanser telah mereka ke bahagian lain.
Jadi apa yang perlu dilakukan bila ‘mendapati berita gembira apabila ujian UPT yang dilakukan sendiri memberikan keputusan positif’?
Jika ujian UPT dilakukan terlalu awal, belum cukup (6 minggu), sebaiknya melakukan semula selepas dua minggu kemudian.
Jika ujian itu telah dilakukan selepas 6 minggu, elok buat pemeriksaan doktor bagi melakukan ujian pemeriksaan ultrasound.
Jadi jangan terlalu gembira sebelum pengesahan dilakukan.