Ibu kanak-kanak perempuan yang dilanggar bas sekolah dalam satu kejadian di Taman Anggerik, Sepang reda dengan pemergian anak ketujuhnya itu serta tidak mahu mengambil sebarang tindakan ke atas pemandu bas berkenaan.
Tak salahkan pemandu bas sekolah
Zainab Mohideen Abdul Kadar, 37, berkata keluarganya sudah lama menggunakan perkhidmatan pemandu bas berkenaan untuk menghantar anaknya berulang-alik dari sekolah.
Beliau berkata, walaupun sedih dengan kejadian berkenaan, beliau memahami kejadian itu tidak disengajakan oleh pemandu bas berkenaan.
“Saya belum lagi bertemu dengan pemandu bas berkenaan, sebab dia masih lagi trauma dengan apa yang terjadi.
Tapi dia sudah menghubungi saya dan minta maaf atas apa yang berlaku dan saya maafkan.
“Saya pun tidak boleh salahkan pemandu bas, ketika keterangan yang diberikan kepada polis pun saya beritahu supaya pemandu ini tidak diapa-apakan. Tiada dendam pun saya simpan untuk pemandu bas ini, dia pun sudah lama menjadi pemandu bas iaitu kira-kira 25 tahun.
“Saya tiada masalah dengan dia (pemandu bas), begitu juga dengan suami, kita terpaksa reda dan tidak boleh berdendam,” katanya kepada pemberita, ketika ditemui di kediamannya.
Semalam, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof memaklumkan seorang bayi perempuan berusia setahun empat bulan maut dilanggar bas ketika mengekori kakaknya untuk ke sekolah.
Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST), dekat sini, Wan Kamarul Azran berkata, mangsa keluar rumah dan mengekori kakaknya yang sedang menaiki bas untuk ke sekolah.
Ads
Wan Kamarul Azran berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Nak cepat, tak perasan adik ikut belakang
Sementara itu, menceritakan mengenai kejadian menyayat hati itu, saksi kejadian yang juga kakak ketiga kepada mangsa, Nurul Aishah Mohamad Kassim, 13, berkata beliau berada di tangga bas berkenaan untuk memberikan duit poket kepada adik kelimanya yang pada ketika itu sudah berada di dalam bas.
“Lepas saya bagi duit pada adik, saya turun daripada bas. Saya nampak bas itu bergerak dan melihat Zahida (mangsa) sudah berada di bawah bas. Saya terus menjerit dan mengambil adik yang pada ketika itu sudah terperosok dibawah bas. Tindakan itu diambil kerana saya takut Zahida akan digilis kali kedua dengan tayar belakang bas berkenaan.
“Nenek dan jiran yang mendengar jeritan saya kemudiannya terus keluar dan bertanyakan apa yang berlaku sebelum jiran menolong kami menghantar Zahida ke klinik berdekatan,” katanya.
Nurul Aishah berkata, selepas pemandu bas berkenaan menyedari kejadian itu, beliau terus meminta maaf berulang kali kepada nenek dan memaklumkan tidak menyedari Zahida berada di bahagian kiri bas terbabit.
“Selepas meminta maaf, nenek menyuruh pemandu bas itu menghantar murid lain yang berada di dalam bas berkenaan ke sekolah sebelum terlambat. Pemandu bas berkenaan sangat bertanggungjawab kerana selepas menghantar kesemua murid itu, beliau datang ke rumah bertanyakan keadaan Zahida.
Ads
“Dia sekali lagi meminta maaf, kerana tidak nampak Zahida dan kejadian itu tidak disengajakan. Mak kata tidak mengapa, dia tak salahkan pakcik berkenaan atau pun saya. Kerana kami berdua tidak perasan Zahida keluar dari rumah,” katanya.
Adik yang manja
Mengenangkan semula keletah adik bongsunya itu, Nurul Aishah berkata Zahida adalah seorang adik yang manja dengan semua orang dan sangat rapat dengan ayah serta neneknya.
“Saya memang rapat dengan Zahida, dia memang suka ‘mengekor’ walaupun ke mana sahaja saya pergi, saya juga selalu bergurau dengannya,” katanya.
Dalam pada itu, Wan Kamarul Azran ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya kini sedang menyiapkan kertas siasatan untuk dibawa kepada pihak pendakwaan.
“Pemandu bas berkenaan sudah ditahan semalam dan selesai memberi keterangan kepada pihak polis. Dia juga sudah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.
Bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia disyaki didera oleh pengasuhnya. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata polis menerima laporan daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, pada 12 Julai lalu yang memaklumkan kemasukan mangsa ke hospital itu.
Beliau berkata, ketika pemeriksaan pihak hospital mendapati bayi berkenaan berada dalam keadaan koma dan terdapat kesan lebam di badan disyaki akibat didera.
Katanya, susulan itu sepasukan anggota polis menahan seorang wanita tempatan berusia 52 tahun yang juga pengasuh mangsa secara sepenuh masa pada 13 Julai lalu.
“Suspek direman empat hari bermula semalam hingga 17 Julai ini untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu mengabaikan atau menganiayai kanak-kanak dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal,”
Bagaimanapun, beliau berkata, kes itu diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan kematian mangsa di wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HRPB pada jam 2.51 petang 14 July lalu.
Yahaya berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan hari ini menunjukkan punca kematian mangsa disebabkan kecederaan di kepala akibat objek tumpul (blunt trauma of the head).
Suspek mengasuh mangsa secara sepenuh masa sejak Mac lalu berikutan ibu bapa kandung bayi itu bekerja di Australia.
Pelakon, Jozlynn memuat naik insta story kenangan setahun yang lepas ketika dia sedang berbasikal di sekitar Kuala lumpur.
(Followers Pa&Ma nak dapatkan barangan yang comel-comel untuk anak boleh klik SINI)
Namun video tersebut disalah ertikan oleh sesetengah warga maya yang terlalu mengambil berat kerana menyangka Jozlynn melakukan aktiviti berbasikal ketika ini sedangkan dia masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak keenam awal September yang lalu.
Terpanggil untuk memperbetulkan keadaan, Ozlynn yang juga isteri kepada Johan Raja Lawak menjelaskan bahawa video tersebut sebenarnya dikongsi kembali setelah setahun dan sememangnya kepsyen yang ditulis juga jelas menyatakan video tersebut diambil setahun yang lalu.
“Sangat prihatin rakyat Malaysia.. di video basikal tu pun dah ada ayat baru semalam kayuh tahu-tahu dah setahun.. bermaksud video dah setahun”
“Maksud ayat sebulan tu, dalam tempoh belajar kayuh tak sampai sebulan dah mendaki bukit-bukit tinggi”
Tambahnya lagi, dia masih dalam tempoh berpantang hari ke 18 dan tidak terfikir untuk kayuh basikal dalam keadaan seperti ini.
“Saya ni baru je pantang 18hari, tak sampai sebulan lagi. Nak kayuh apanya.. dengan kepala berpilis, perut berbarut 20 meter panjang, ada ketika masih berkain batik, mana maunya kayuh”
Walaupun Jozlynn dan Johan sudah menimang cahaya mata ke-6, namun dia masih lagi tahu menjaga diri.
“InsyaAllah sekalipun anak dah masuk 6, saya masih tahu menjaga diri.”
Dia turut mengucapkan terima kasih kepada yang mengambil berat namun sempat menasihati supaya warga maya bersangka baik sebelum mengeluarkan pendapat.
“Anyway terima kasih pada yang ambil berat dan pada yang tak tahu situasi, belajar husnuzon ye”
Pasangan selebriti Johan dan Ozlynn Wati menyambut kelahiran cahaya mata keenam mereka pada awal september lalu namun masih belum mendedahkan identiti bayinya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Setiap ibu bapa nak yang terbaik untuk anak-anaknya. Begitu juga Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida. Kelahiran Yusoff Al-Qardawi betul-betul membuka rezeki baru dalam keluarga mereka. Setiap anak membawa rezeki, tetapi rezeki mereka dalam bentuk berbeza-beza.
Setelah 6 tahun, Datuk Aliff Syukri boleh merasa buat majlis cukur jambul untuk anaknya tidak lama lagi. Datuk Aliff Syukri berkongsi rasa syukur menerusi posting di Instagram milik beliau setelah persiapan cukur jambul anaknya hampir selesai. Ikuti perkongsian ini;
Datuk Rizalman menghadiahkan sentuhan dari Kota Paris buat baby Yusoff. Bertuah betul baby Yusoff. Sentuhan Datuk Rizalman memang menjadi impian setiap orang.
Datuk Rizalman memang betul-betul hebat. Hasil sentuhan tangan beliau memang tak dapat dinafikan lagi. Gambar sebelum dan selepas dihias sangat berbeza.
Datuk Aliff juga berkongsi gambar pelamin cukur jambul dalam Instagram milik baby Yusoff Al-Qardawi untuk peminat-peminat babynya. Sangat cantik sentuhan Datuk Rizalman, betul-betul berbakat.
Datuk Aliff bersama Datin Shahida diatas pelamin cukur jambul baby Yusoff
Komen dari pengikut Instagram baby Yusoff
Rata-rata turut berkongsi kegembiraan yang sama dan memuji sentuhan Datuk Rizalman. Mereka turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Aliff dan Datin Shahida.
Untungnya kalau dapat tengok depan mata
Peminat baby Yusoff nampaknya tak sabar tunggu majlis tersebut. Ramai yang mendoakan yang baik-baik buat baby Yusoff.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.