Pada usia 12 tahun, Nik Nur Muhammad Akid Najwan Nik Rizuan sepatutnya menjalani kehidupan zaman kanak-kanaknya dengan menuntut ilmu namun atas tanggungjawabnya sebagai anak sulung, kini dia memangku tugas sebagai ketua keluarga setelah ayahnya lumpuh.

Tak kekok uruskan ayah dan adik-adik

Menerusi laporan Sinar Harian, kehidupan keluarga ini berubah sekelip mata selepas ayahnya lumpuh dan tak mampu menguruskan diri sejak Ogos tahun lalu.

“Kami Tiada Pilihan”. Anak 12 Tahun Terpaksa Jaga Ayah Lumpuh, Ibu Berpantang & 3 Adik

Walaupun usianya baru menginjak 12 tahun, Nik Nur Muhammad Akid Najwan tidak pernah mengeluh walaupun terpaksa menjaga ibunya yang sedang berpantang selepas bersalin pada Februari lalu.

Tidak cukup dengan itu, anak sulung daripada empat beradik ini sanggup tidur di sebelah katil ayahnya, Nik Rizuan Nik Par, 38, yang terlantar sakit sejak Ogos tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru bagi memastikan insan tersayang dijaga dengan rapi.

“Kami tiada pilihan..”

Ibunya, Zaleha Manaf, 36, yang ketika ini sedang berpantang selepas melahirkan anak keempat mengakui dia terpaksa bergantung sepenuhnya kepada anak sulungnya itu.

“Saya sedih bila melihat anak yang masih kecil perlu memikul tanggungjawab ini, namun kami tidak punya pilihan.

IKLAN

“Dengan keadaan saya yang sarat mengandung sebelum ini dan sekarang sedang berpantang, sukar untuk menguruskan suami terlantar,” katanya.

“Kami Tiada Pilihan”. Anak 12 Tahun Terpaksa Jaga Ayah Lumpuh, Ibu Berpantang & 3 Adik

Beri susu, tukar lampin dan lap badan ayah

Menurutnya, Nik Nur Muhammad Akid Najwan tidak kekok memberikan susu serta menukar lampin pakai buang serta mengelap badan ayahnya.

Zaleha berkata, selepas itu dia akan membantunya menguruskan adik-adik lain iaitu Nik Nur Aina Najma, 10, Nik Muhammad Bakri, 5, Nik Nur Basyirah, 19 hari.

IKLAN

ARTIKEL MENARIK [Kenapa Buat Macam Tu?” Jika Anak Jawab Tak Tahu, Jawapannya Betul. Dia Tak Menipu!]

Dia berkata, keluarga mereka bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila suaminya kehilangan pekerjaan pada awal tahun lalu selepas kilang tempat Nik Rizuan bekerja di Kuantan perlu mengurangkan kakitangan.

Katanya, selepas kehilangan kerja mereka sekeluarga yang sebelum ini menetap di Kemaman, Terengganu nekad pulang ke Kelantan untuk meneruskan kehidupan.

Zaleha berkata, di sini mereka menumpang di rumah peninggalan orang tua di mana salah seorang abangnya turut sama tinggal bersama.

“Kami Tiada Pilihan”. Anak 12 Tahun Terpaksa Jaga Ayah Lumpuh, Ibu Berpantang & 3 Adik

IKLAN

Suami lumpuh selepas mengalmai masalah paru-paru

Dia berkata, belum sempat mencari pekerjaan suaminya didapati mempunyai masalah paru-paru dan sekarang hanya mampu terlantar.

“Sepanjang tujuh bulan suami terlantar, kami hanya bergantung kepada sedekah daripada sanak saudara untuk meneruskan hidup kerana ketika itu saya sarat mengandung, sukar untuk mencari kerja,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga ini boleh berbuat demikian melalui nombor akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1199 5411 00 3236 27 atas nama Zaleha Manaf.

Kredit: Sinar Harian 

“Kami Tiada Pilihan”. Anak 12 Tahun Terpaksa Jaga Ayah Lumpuh, Ibu Berpantang & 3 Adik

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI