Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia dipercayai sesak nafas ketika sedang makan buah rambutan. Kejadian mengejutkan itu dipercayai berlaku di Pasar Stutong, Kuching sekitar jam 9 malam pada Ahad.
SESAK NAFAS SEBELUM PENGSAN
Ads
Mangsa yang berusia empat tahun itu tiba-tiba sesak nafas, batuk serta muntah darah sebelum pengsan. Ibu mangsa yang menyedari keadaan anaknya cuba menyelamat dengan menepuk belakang badan kanak-kanak itu.
GAGAL DISELAMATKAN, SEJARAH PENYAKIT ASMA
Ads
Bimbang akan keselamatan kanak-kanak itu, ahli keluarga bergegas membawanya ke sebuah hospital swasta berhampiran namun gagal diselamatkan. Menurut sumber, kanak-kanak malang itu dipercayai mempunyai sejarah penyakit asma.
BELUM DAPAT LAPORAN
Ads
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Ng Ah Lek ketika dihubungimemaklumkan pihaknya belum menerima laporan berhubung kes tersebut.
Negeri di bawah Fasa 1 telah diberi beberapa kemudahan termasuk aktiviti ‘dine-in’ atau makan di restoran dibenarkan kepada individu yang lengkap vaksin dalam negeri Fasa 1 PPN, berkuat kuasa 20 ogos lalu.
Namun kelonggaran yang diberikan bukanlah satu tiket untuk tidak menjaga SOP. Terpanggil untuk berkongsi berkenaan virus Covid-19 yang semakin membimbangkan, Dr.Izzar menasihati ibu bapa yang mempunyai anak kecil agar menangguhkan untuk membawa anak ke tempat awam jika tiada keperluan penting walaupun dibenarkan kerana kanak-kanak masih belum mendapat vaksinasi Covid-19.
NAK DINE-IN KE TAK?
Mesti ramai gembira dah boleh keluar dine-in n merentas daerah kalau dah lengkap divaksinasi. Walaupun kelonggaran ini diberi, kita hendaklah beringat dan bijak membuat keputusan. Ini kerana Delta Variant sedang berlegar2 di luar sana
🟢Pastikan pakai double mask atau N95 kalau keluar n patuh SOP
🟢Makan di kedai yang open concept/ pengudaraan dia baik. Elakkan dine-in di mall/ kedai di mana pengudaraan dia tak berapa baik sebab dalam ruang tertutup. Try pergi awal masa takde orang ke.Virus C-19 ni kan airborne. Dine-in kat rumah famili/kawan yang dah lengkap divaksin lebih baik.
🟢 Nak merentas daerah pun beringat. Hanya benarkan orang yang dah lengkap divaksin untuk melawat anda dan lawat orang dah lengkap divaksin. Kalau ada anak-anak kecil yang belum divaksin, tangguhkanlah dulu niat sebab mereka tak dilindungi lagi.
🟢 Jangan teruja sangat dengan kadar vaksinasi di Malaysia. Alhamdulillah memang tinggi tapi kalau kita tengok betul-betul, ia tinggi di GKV. Rata-rata negeri lain kadar vaksinasi tak sampai 50% lagi yang lengkap divaksinasi
🟢 Kita boleh menarik nafas lega kalau kes BID, kematian, dan kes CAT 3,4,5 semakin berkurangan. Perhati betul-betul.
🟢 Kita kena terima yang kita akan hidup disamping C-19 ni. Walaupun kelonggaran diberi, tak bermaksud ancaman C-19 tu dah tiada. Sentiasa beringat.
❌ Golongan yang memalsukan e-sijil vaksinasi perlu didakwa atas tuduhan percubaan membunuh.
Buatlah keputusan yang bijak. Tanggungjawab keselamatan/ kesihatan keluarga di tangan anda, bukannya orang lain. #drizzarshares
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang bayi lelaki berusia 19 hari meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru di rumahnya di Kampung Kubang Bonggor Hulu Melor, Kelantan.
Kejadian menimpa Mohd Al Amin Rafael Mohd Rosli tersebut disedari ibunya, Miss Nuriah Mansur, 41, pada jam 9.45 malam.
Nuriah berkata, dia sebelum itu menyusukan anak bongsu daripada lima beradik berkenaan sebelum menidurkannya.
Suaminya, Mohd Rosli Deraman, 51, pula ketika itu berada di dalam bilik kerana menidurkan anak perempuan mereka yang berusia 4 tahun.
“Mohd Al Amin Rafael pula ada bersama saya dan saya memberikan susu badan kepadanya kira-kira pada jam 9 malam, selepas itu saya sendawakan dia dan bermain dengannya sebelum dia membuang air besar.
“Siap membersihkan najis saya menidurkannya dan kemudian pergi ke dapur untuk makan tetapi berasa tidak sedap hati lalu berpatah balik untuk melihatnya.
“Ketika itulah saya nampak dia yang tidur di atas tilam kecil di ruang tamu rumah dalam keadaan mulut yang ternganga. Semasa cuba mengangkat untuk diletakkan di atas riba, tangannya sudah terkulai,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Menurutnya, dia kemudian menghubungi pihak hospital dan doktor yang datang ke rumah mengesahkan anaknya itu sudah meninggal dunia lalu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.
“Semasa tengok najisnya sebelum itu saya sudah berasa pelik kerana berwarna kuning bercampur hijau. Sepanjang mengandungkannya saya berasa tidak sedap hati sehinggalah dia dilahirkan pada usia tujuh bulan seberat 2 kilogram melalui pembedahan pada 30 Julai lalu.
“Tiga hari lalu saya bermimpi dia menyusu badan dan merangkak sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah saya seolah-olah sudah memberi petanda dia akan pergi meninggalkan kami sekeluarga,” katanya sebak.
Sementara itu, Mohd Rosli berkata, doktor memberitahunya punca kematian anaknya itu akibat kuman pada paru-paru menyebabkannya tidak boleh bernafas dan meninggal dunia.
“Saya diberitahui oleh doktor anak saya ini meninggal dunia kerana kuman pada paru-paru hasil daripada laporan bedah siasat yang dilakukan Unit Forensik HRPZ II hari ini.
“Kami sekeluarga masih terkejut dengan kematiannya namun reda dan percaya ada rahmat di sebalik ujian ini. Jenazah anak kami akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Pak Da Daud Jambu Merah, Melor,” katanya.
Sekitar jam 11 malam, sepatutnya anak-anak dah berada di rumah dan tidur tetapi bagi seorang kanak-kanak lelaki ini dia masih lagi mencari rezeki dengan menjual mangga pada lewat malam.
Kegigihannya demi mencari rezeki untuk kelangsungan hidup mengundang sebak seorang wanita dalam satu pertemuan di tepi jalan.
Wanita berkenaan, Natrisya Zainal berkata, dia menemui kanak-kanak berusia sekitar sembilan tahun itu berdekatan Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee di Johor Bahru, Johor pada kira-kira pukul 11 malam Ahad.
Menerusi laporan mStar, Natrisya berkata, ketika itu dia bersendirian dalam perjalanan untuk membeli burger di kawasan tersebut.
“Masa saya duduk dalam kereta sementara tunggu burger siap, ada adik ni datang ke kereta. Dia tengok-tengok sebelum saya buka tingkap.
“Saya tanya adik tu buat apa? Adik tu jawab ‘Kak, tolonglah saya. Belilah buah, saya dah penat, belilah semua‘. Kata-kata adik tu buat saya rasa sebak,” katanya.
Lebih mesra disapa Trisya, katanya, dia dimaklumkan oleh kanak-kanak terbabit bahawa ibunya yang menghantarnya ke kawasan tersebut untuk berniaga buah.
“Dia cakap mak dia hantar, ada adik-beradik di rumah. Saya rasa sebak sebab nampak dia jalan seorang diri pada waktu lewat begitu.
“Ada berbaki sembilan biji mangga yang dia mahu jual kesemuanya. Mungkin dia bawa lebih banyak mangga sebelum itu tetapi sudah terjual.
“Mungkin dia ada target untuk kena habiskan buah yang dijual sebelum boleh balik. Sebab itulah dia merayu untuk saya beli kesemua buah yang tinggal. Tak tahu berapa lama dia berniaga tapi nampak dia cukup penat,” ujarnya yang berasal dari Johor Bahru.
“Tak mahu duit, rayu beli mangga”
Menerusi satu video yang dikongsi di aplikasi TikTok sehingga meraih lebih dua juta tontonan, Trisya membeli kesemua sembilan biji mangga yang berharga RM45.
Dia bagaimanapun memberikan RM50 kepada kanak-kanak itu dengan bakinya untuk tujuan sedekah, sebelum kanak-kanak itu beredar meninggalkan keretanya.
Walaupun ramai yang memuji kegigihan kanak-kanak itu menjual mangga, Trisya menganggap sepatutnya anak kecil seusianya dah perlu ada di rumah pada lewat malam.
Menurut Trisya, dia menyifatkan kanak-kanak dalam pertemuan singkat itu sebagai petah bercakap, berani dan bijak.
“Sebak tengok dia tak mahu saya beri duit, tapi dia merayu saya beli mangga yang dijual.
“Lepas jual mangga pada saya, dia beredar dan ada kereta datang jemput di hadapan.
“Saya dalam kereta menangis terkenangkan dia. Saya doakan agar adik tu tak lupakan pelajaran dan menjadi orang yang berjaya suatu hari nanti,” kata Trisya yang menyediakan ‘Kasih Ohana’ bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan lampin, keperluan makanan dan susu, termasuk peluang pekerjaan, kelas mengaji dan tuisyen percuma.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan pengacara popular, Scha Alyahya berkongsi pendekatan santainya dalam mendidik anak sulungnya, Lara Alana, untuk berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Kisah Lara Alana puasa...